Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Wednesday, May 22, 2013

Kisah cinta aku?..erkkk

Assalamualaikum,

Tajuk ewwww ewwww..(bunyi geli-geli)

Mukadimah macam suspen kan..hahaha (Ceh suspen la sangat)
Punya la banyak lagi isu yang berfaedah boleh aku tulis, pasai benda alah ni jugak aku tulis..haishh
Tapi takpa, insyAllah tetap ada guna ..hahah

Dah berbuih mulut aku ni cakap pasai kawin, pasai 'cara' yang kononya aku demand nak 'buat'..
Aku tak salahkan masyarakat sebab concern tapi certain-certain ayat buleh buat aku makan dalam. Hahah sentap oi..iskisk tak habeh-habeh sentap..adehhh

"Bila nak kawin? "
"Takkan la umuq dah 24 tak dak sapa-sapa lagik?"
"Tu la hang memilih sangat"
"Zaman la, mana ada orang pakai orang tengah dah, mengarut semua tu, bukan semua orang buleh pakai cara tu"
"Apa salahnya kenai, bukan buat salah pun, kawan-kawan ja"
"Yang adik nya dah lama menikah, nak dekat setahun dah, yang kak takkan tak dak apa lagik?"
"La awat tak mau kenai, bukan teruih nak kawin, kenai dulu"
"Pakwe orang mana"
"Hang ni farid, takkan tak mau kawin?"
"Cuba la berhias sikit, dengan gaya hang lagu ni, orang panggei farid, macam mana la orang nak mau"

Senyum. Tetap... walaupun kelat sikit...sikit ja lah...bukan semua faham apa yang aku mau.
(Banyak la cekadak nak orang faham aku..hampeh..)
Aku manusia. Takkan aku tak mau kawin. Mesti la aku nak kawin.
Fitrah tengok orang berkasih, orang ada 'someone' special. Certain time tu teringin jugak.

Bukan aku memilih, aku cuma cari sapa yang buleh ikut cara aku, tudia??? cara apa pulak dah??
hah sat la.. nak cerita  ni..haha

Ya aku bukan baik sangat, pergaulan dengan kawan-kawan laki yang aku kenai pun tak cukup menjaga tara mana. Tak sehebat wanita muslimah lain yang sangat menjaga dari segi ikhtilat, dari segi syariat. Cuma soklan aku kalau aku nak buat jugak cara taaruf yang dituntut islam dalam mencarik pasangan hidup, salah ka? Apa tak bolehkah? semata-mata sebab aku ni macam ni? Orang panggei aku Farid pastu aku jenis gila-gila? Sebab tu tak boleh? Allah...berat jugak spekulasi masyarakat..huh~Nak jadik baik kena 'perfect' dulu..parah la..mana ada manusia perfect..

Bukan la aku nak kata CINTA TU HARAM, TAK BOLEH, jangan jadi jumud..luaskan pengetahuan..buka minda..Kita takkan mampu nak halang hati dari 'suka'. Suka tak haram, suka tu fitrah..Cinta tak salah..tak salah lansung tapi pelaku cinta tu, apa kita buat bila ada 'cinta' dalam hati?

Aku paham dengan keadaan 'zaman' ni, zaman yang semakin hancur akibat salah kita sendiri..agak susah bila kita tak kenai dengan sapa yang kita nak kawin..macam-macam cerita 'busuk' kita baca..kes cerai tu macam kita makan nasi, nasik kan banyak..(buleh ka analogi camni? hahah buleh la kot..) Tapi ada dak kita amik tau tentang orang yang ikut cara islam sarankan tu, berapa ramai yang berjaya dalam rumah tangga depa..ada? kurang kan? Kita semua kena sogok kalau nak kawin kena 'bercinta' kena 'couple'..sebab tu yang kita faham..

Murabbi aku, Pak Cik Rosdi penah cakap,
"Bila kita kawin, kita sebenaqnya kawin dengan alien"

Ibu aku pun penah pesan kat aku
"Kita bercinta pi lah 13 tahun sekalipun, selagi tak dok sebumbung, kita takkan kenai pasangan kita tu"

Kalau kenai pun dah di umpamakan macam 'alien' tambah la tak kenai kan?
Takpa la, islam bukan agama kejam, ada cara yang betul..Cari, kaji, baca dan banyakkan bertanya..
Percaya lah agama kita ni, bukan agama yang zalim, kita yang selalu zalimi diri kita sendiri..pastu  kita salahkan agama sebab kesilapan diri kita..Tak adil kan?

Aku tak mau cerita kat sini macam mana cara-cara tu semua, sebab dari experiance aku sendiri,  disebabkan penerangan aku tak cukup jelas,..last-last habis semua jadi miss communication..jeng..jeng..apa yang aku cakap ni? To be honest, aku dah pernah buat taaruf ke arah perkahwinan..tapi Allah tu lebih tahu yang terbaik,.aku kata aku nak yang tu, tapi Allah kata yang tu bukan untuk aku..

Teringat masa dalam tempoh taaruf, ada satu feeling 'tak mengharap'..dalam berdoa pun aku tak rasa nak mintak dia untuk aku..

 "Ya Allah jika dia engkau takdirkan untuk ku, mudahkan lah, jika tidak kau pertemukan lah dia dengan orang lain yang jauh lebih baik serta bahagia kan lah dia dunia dan akhirat dengan pilihan nya itu"

Bila ibu cakap " ha tak lama dah,dia habaq nak mai bawak mak bapak dia mai rumah.. lepas ni buat kenduri pulak,."

Aku jawab "Selagi tak dak ikatan, kakak tak mau harap apa-apa, mungkin dia just sampaikan hajat dia tu tapi kita tak tau lagi nak jadi ka dok..kakak takut nak mengharap..kot-kot kalau Allah tak izin nanti kecewa"

Ibu balas " isk sekali skala cuba la cakap amin ka, haishh budak ni, insyAllah ibu doa moga-moga jadi"

Aku sengih sambil kata "bukan tak mau amin bu, tapi nak jaga hati sendiri, sebab kedepan ni kita mana lah nak tau..takpa bu, Allah ada..kakak dah usaha, dah guna ibu, dah guna mak cik sebagai orang tengah.. insyAllah kalau Allah izin jadi lah, kalau dok Dia tu Maha Tau.."

Dan tup tup Allah tak izin taaruf diteruskan..Allah sebaik perancang..

Kata sahabat aku ecah  "jika taaruf tu basic dia dah betoi, kita jadikan Tuhan sebagai rujukan, insyAllah kalau 'tak jadik' pun kita takkan kecewa"..

Dan yes aku tak kecewa..Eh tipu ah, takkan tak nangis pun? Adeh..aku manusia kan..sedih tu ada..tapi sehari saja..sebab apa menagis? sebab terharu, cara Allah tunjuk tu..tak sangka yang dalam keadaan tak mencari, tiba-tiba Allah izin hadir..sedangkan aku slalu rasa macam susah ja cara aku ni..tapi bila kata "Allah nak bagi, bila-bila ja DIA boleh bagi"..sebab tu aku kata kena ada TRUST dengan ALLAH..

Fuh.tu lah sedikit sebanyak kisah aku..Tak menarik mana pun..haha?

Wasalam

p/s KOLOT oi KOLOT..huh~ cakap mudah la, kena kat aku baru tau..T.T

2 comments:

Anonymous said...

Tak semua yg kta inginkan akan jd milik kita...
Cinta selepas nikah yg sah lebih indah kerana
Tidak perlu takut2x atau was2x...
Kita cuma merancang, DIA yg menentukan..

Anonymous said...

in sha ALLAH sesorang yg baik sdg mnanti anda... yg perlu kta wat adalah mnjadi baik... yakin dgn janji ALLAH... :)