Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul buat semua umat islam.....

Sahabat

Sahabat...
Aku merindui gelak ketawa kita bersama....
Aku merindui persahabatan kita....
Dimana engkau sahabat?
Mengapa engkau tinggalkan aku seorang diri sahabat?
Terkapai-kapai ku mencarimu.....
Dimana engkau sahabat?

Sahabat...
Entah dimana silapnya...
Kini hanya luka yang engkau berikan........
Hanya senyuman tawar dan kepuraan-puraan yang kau tunjukkan....
Hanya dari jauh dapat ku perhatikan kegembiraanmu....
Tidak mengapa sahabat...
Jika engkau gembira, aku juga amat gembira bagi pihakmu.....

Sahabat...
Jika sikapku yang engkau benci,
Mengapa tidak kau khabarkan?
Mengapa hanya engkau biarkan?
Mengapa engkau biar ku lalai?
Mengapa engkau tinggalkanku...?

Sahabat...
Aku bersahabat denganmu kerana Allah....
Jika begini adalah terbaik buat kita,
Maka siapalah aku untuk melawan ketentuanNya........
Maka haruslah ku redha suratan ini setelah aku berusaha....

Sahabat..
Engkau carilah sahabat yang lebih baik....
Maafkan aku kerana tidak menjadi sahabat terbaik buatmu....
Selamat Tinggal aku ucapkan.....
Terima kasih untuk segalanya........
Buat sahabat yang amat aku sayangi.....

mujahadah

Saturday, February 13, 2010

Mawar Berduri

http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.comassalamualaikum
AYAT PEBERET DALAM MAWAR BERDURI




Firman Allah yang bermaksud :
‘barangsiapa yang Allah kehendaki kesesatannya, maka kamu tidak akan sesekali dapat menolak sesuatu pun (yang datang )dari Allah. Mereka itu adalah orang–orang yang Allah tidak mahu menyucikan hati mereka. Mereka beroleh kehinaan di dunia dan akhirat kelak mereka beroleh azab yang pedih.’

Al –Maidah(5) ayat 41


Tafsir ayat ini menjelaskan jika seseorang sudah terbiasa mendengar kebatilan dan menerimanya, ia kan menghijab dirinya dari kebenaran. Hatinya dibiarkan angguk pada kesesatan. Dia menerima kebatilan dah tentu dia sebenarnya menyukainya. Akibatnya, ketika kebenaran datang tanpa memenuhi seleranya dia menolak dan mendustakannya. Why not? Hatinya dah gelap dan tak nampak lagi cahaya Allah. Sebagai alasan, Allah biarkannya terus dalam kesesatan dengan tidak memancarkan hidayah-Nya ke hati–hati mereka


Kalau dilihat tafsir ayat secara keseluruhan, mereka difokuskan kepada orang – orang Yahudi yang mengubah kitab Taurat dan mendustakan ayat–ayat Allah. Namun orang Islam sekalipun yang tahu tentang kebenaran tetapi tidak beramal dengannya sebaliknya memilih kebatilan sebagai cara hidup samalah sikapnya dengan orang–orang Yahudi laknatullah. Hatinya akan berselaput dengan noda hitam kerana sudah sebati melakukan kesilapan hingga akhirnya sukar untuk menerima kebenaran yang dia imani sebelumnya.

sekadar perkongsian http://emo.huhiho.com