Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, April 30, 2011

Sayang + Benci Sabtu

Assalamualaikum..






tik tik tik...
haish pehal pulak bunyik cam nak mati ja server neh...dah nazak ka...

Ah...bunyik la camna pun si server oi...
Tak meletup sudah..kang dok tik tik tik pastu keboom keboom kebommm plak
free free bertambah pekat kehitaman aku ini...

----------------------------------------------------------------------------------------------

Gila kentut....entry -entry aku kebelakangan ini serius dan sedikit - dikit emo..auwwww
Naik buhsan aku baca balik...



Sabtu oh sabtu..(ececece..lawa tak intro?)

Aku cerita bab suka dulu lah pasal sabtu,

Suka sebab 
1) senang aku nak menunggang si motosikal aku ke kerja...
2) Beliau, si motosikal bergerak smooth tanpa hadir si kereta yang ala -ala cute pemandunya menghimpit aku ke tepi...
3) Takkan ada si bedah dan mamat kereta yang bawak slow motion rilex rilex ubi...
4) Jalan tu aku yang punya, sebab time - time  pukul 7.30 pagi di hari sabtu for sure jalan di kangar lengang  dan dan kalau ada kereta pun, takat sebijik dua saja...
5) Jadi pada hari sabtu bulehlah aku melewatkan diri keluar hampir -hampir 7.30 pagi..kalau tak jangan MIMPI!
6) Budak - budak skolah cuti, jadik mak bapak mereka juga cuti (bagi yang bekerja dengan goment -goverment) lalu tidak ada lah yang  akan berhenti secara sakit jantung a.k.a terkejut .

Sakit jiwa a.k.a Dislike sebab 
1) Waaaaaaaaa...Sabtu kerja la pulak...wuuuuuuuu.....
2) Dah tak buleh melelapkan mata kembali di saat - saat mengantuk tahap jebon pada waktu pagi
3) Dengki ngan ibu n abah + adik lelaki serta adik pompuan  sebab melihat mereka masih buleh bergolek - golek menidurkan diri
4) Rasa cam masa berlalu sangat slow sebab pukul 5 baru buleh pulang ke rumah..haishhhh
5) Tak buleh join aktibiti - aktibiti yang naqibah aku buat..-_-"
6) Rasa mual - mual sebab dah tengok kilang Shorubber tu 5 hari pastu kena tengok lagi hari keenam
7) Penat buat muka kesian sebab berharap Si bos jepun akan consider lalu memberi cuti pada hari Sabtu..hahahahah..
8) Tak buleh men'terer'kan diri menghadiri kelas - kelas tambahan misalnya kelas mandarin ka, kelas bahasa isyarat ka, kelas meng'upgrade' kan sijil cikai diploma ka dan lain lain lagik..huahuahuahua
9) Tak buleh aku melawat adik - adik kesayangan aku di tempat pengajian dahulu sebab pakat - pakat dok mesej cakap rindu nak jumpa...Aku pun rindu jugak kat depa!
10) Tak kira  nak jugak bagik cukup 10, baru nampak grand...Ngeeee ^^

Begitu lah hendaknya kesukaan dan ketaksukaan
Maka buleh takat suka dan tidak suka sajalah..

Sekian terima kasih

Yang benar 
FARID ;p

wasalam...

Sunday, April 17, 2011

BUTA, PEKAK dan BISU

Assalamualaikum




Orang yang penglihatannya tidak dapat digunakan, bibirnya berbicara tanpa suara dan telinganya tidak mendengar diberi kelebihan yang menjadikan mereka ISTIMEWA....

Dan mereka ini jauh lebih baik dari segelintir manusia yang CELIK,yang mampu BERBICARA dan yang boleh MENDEGAR

Kerana ada kuman - kuman antara kita yang sempurna ini lah yang sewajarnya digelar BUTA, BISU dan PEKAK

Hakikat yang PAYAH dinafikan dalam dunia sekarang

Walaupun ada si kita -kita yang TAU hal  kebenaran , ramai saja akan :
berpura MEMBUTA kan mata
berpura MEMPEKAK kan telinga
berpura MEMBISU kan mulut

Kita butakan mata bila kita lihat dengan mata perihal KEMUNGKARAN
Silap - silap kita pun join sekaki dua...


Kita naik angin bila ada yang tegur
"Ang tak buleh buat lagu ni...Apa yang hang buat neh salah...DOSA"
"PIRAH...ang pun bukan baik sangat !"
Lantas kita PEKAK kan saja telinga dengan NASIHAT dan PESANAN...


Kita BISU untuk menegakkan hal yang sebenar walaupun kita tau sahabat kita tak salah
Walaupun kita tau orang yang sedang DIUMPAT tak lansung terlibat dalam hal yang diumpat...


Kita BIAR saja KEJELIKAN itu terus - terus berlaku


Jadi bukan kah kita  :
SI BUTA?
Kita  SI PEKAK?
dan  SI BISU....?


Ayuh sahabat...
Ayuh saudara seislam ku


JANGAN kita menjadi BUTA, PEKAK dan BISU pada hal KEMUNGKARAN
JANGAN kita menjadi BUTA, PEKAK dan BISU pada hal yang terang - terangan SALAH

JANGAN
kita menjadi BUTA, PEKAK dan BISU hanya kerana kita DISOGOK harta DUNIA yang takkan KEKAL...yang takkan boleh DIBAWA MATI PUN WEI..

wasalam...

Friday, April 8, 2011

Sahabat sejati atau kawan?

Assalamualaikum


Ramai orang sering salahkan orang lain bila kita MEMILIH untuk berkawan
Ramai orang sering mewujudkan spekulasi kita BERPUAK jika kita rapat dengan golongan tertentu

Yang digelar berpuak itu bila kita ni HANYA berkawan dengan satu group saja,
Orang lain lansung kita tak pandang, cakap pun lebih kurang...

Tapi jika masih bersahabat dengan semua orang
dan ada masanya kita LEBIH SUKA meluangkan masa dengan satu group itu,
ianya bukan lah digelar BERPUAK....

Macam biasa aku gemar memberi analogi supaya kenyataan aku ni jangan di salahfaham...

Okeh begini :

SITUASI A
Ada sekumpulan pelajar yang selalu stadi dengan pelajar yang juga satu kos atau satu subjek yang sama

SITUASI B
Ada sekumpulan pelajar yang memilih stadi saja ramai - ramai tanpa perlu ikut kos atau subjek yang sama

SITUASI C
Ada kumpulan pelajar yang main 'bedal' saja stadi, orang buat stadi group dia pun nak stadi group
Last -last jadik 'sembang group'

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi ketiga -tiga situasi ni, kita sendiri pun dah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk

Analoginya di sini,
Bagi setiap situasi ada banyak kesimpulan dan hipotesis yang kita boleh beri,

Misalnya situasi A
Pelajar yang sama kos ini boleh bertanya satu sama lain jika ada tajuk yang mereka kurang faham dan pemahaman mereka akan lebih bertambah baik...

Mereka juga pasti telah MEMILIH pelajar yang berpengetahuan lebih  dalam SUBJEK tersebut bagi menjadikan si BIJAK itu sumber rujukan

Lalu segala kemusykilan tetang ILMU akan terjawab...

Jika ada soalan yang tak mampu DISELESAIKAN selepas PERBINCANGAN, soalan itu akan disimpan untuk ditanya kepada PENDIDIK...

Begitu juga bersahabat,
kita memilih sahabat yang BAIK...
kita memilih sahabat yang lebih SOLEH atau SOLEHAH...

Supaya jika kita lalai, SAHABAT kita ini dapat mengingatkan kita...
Membantu kita kembali ke landasan yang benar...

Jika kita ada sebarang ketakpastian,
kita boleh rujuk pada beliau juga...

Beliau boleh memberi jawapan tapi sekiranya masih kita merasa konpius,
Pada MURABBI lah rujukan kita...

SUASANA SOLEH juga terwujud,
Sikap saling mengingati serta fikrah yang sama itu penting supaya andai satu JATUH satu lagi boleh ANGKAT

Andai ada yang salah sorang yang tidak mempunyai fikrah yang sama, si soleh atau solehah boleh bimbing...


Bagi situasi B
Mereka juga kumpulan stadi group..Bagus tetap bagus sebab mereka pilih untuk belajar bersama walaupun bukan dalam subjek yang sama

Tapi jika ada sebarang kemusykilan tetang SATU atau DUA soalan sudah pasti sebab kos yang berbeza mereka tak dapat nak bertanya persoalan yang timbul.,.

Tanpa sebarang PERBINCANGAN, golongan ini HARUS terus bertanya kepada PENDIDIK

Stadi group ini akan lebih bersifat SEPI kerana masing -masing dengan subjek kos sendiri...

Baiknya kita tidak memilih untuk bersahabat..benar...Jangan berpuak

Buruknya,
kita nampak dia buat kemungkaran tapi kita  buat 'DERK' saja
Biarkan dia dengan hal dia...Sepi demi MENJAGA HATI  kononnya

Kita akan hanya  terus   menanam spekulasi dan bersembang perihal buruk nya pada yang lain

"Dia ini buat itu dan ini"

"You jump, i just look and laugh hahahahahah"

"What ever you do is none of my business"

"What ever"

Namun jika tadinya dalam kumpulan ini adanya  yang SOLEH atau SOLEHAH sekurangnya boleh juga 'diangkat' sahabat yang 'terjatuh' tadi...

Situasi C pula

Ini adalah kehancuran...
Ada apa dengan pertubuhan kumpulan belajar jika hanya akan berakhir dengan SEMBANG -SEMBANG kosong yang amat merugikan masa dan diri sendiri...

Why begitu drastik kesimpulan aku beri untuk situasi terakhir ni?

Jika si PELACUR hanya berkawan dengan PELACUR,
Kalau ikut logik, takkan pelacur sorang lagi nak nasihat ;

"Ang ni bila mau tobat, tobat - tobat la"
Sejurus selepas habis beliau nasihat, beliau pulak terbang buat maksiat sama...

kita lebih suka duduk dalam kumpulan yang sering ke disko
Last -last kita pun kaki disko

Bukan mudah nak bertahan jika iman di dada tak cukup
Bukan mudah juga untuk terus istiqamah kalau hari -hari kita dengar

"Cuba la moden sikit, kita ni muda lagi" Ayu start bebel

"Try pakai baju ni tengok" Jijah menghulurkan baju tanpa lengan pada Minah

"Ang neh, kami semua bukan tak mau lepak ngan ang, tapi cuba tengok dressing ang tu" kata Wati

------------------------------------------------------------------------------------------------------


Terpulang pada anda semua untuk menerima atau tidak tapi di zaman yang dah semakin mengetepikan islam sebagai cara hidup, SAHABAT amat memainkan peranan penting,

Terkadang ada anak yang dari keluarga yang baik akan rosak jua disebabkan KAWAN...

Aku ajak marilah kita semua tepuk dada tanya IMAN...
Fikirlah dengan rasional...

Jika Tuhan memberikan kita sahabat yang baik, itu bermakna Tuhan menyayangi kita...

BERHENTI menilai orang dan START jadi TERBAIK kalau mahu sahabat BAIK....

Wasalam

p/s Aku bukan suruh berpuak tapi aku suruh PILIH orang yang mampu ingatkan kita pada TUHAN!

p/s lagik
Kalau kita mahu cinta Allah, kita juga akan berkeinginan untuk semua orang MENCINTAI ALLAH....