Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Wednesday, December 7, 2011

Benda berfaedah

Assalamualaikum

Aku suka buku!
Kalau kurung aku dalam perpustakaan pun aku takkan bosan insyAllah...

Kalau aku pi kerja, keluar berjalan dan mana-mana skalipun aku suka bawak buku standby dalam beg, in case kalau tetiba aku nak kena menunggu masa tu aku tak buang dengan duduk termenung tengok orang walaupun hakikatnya tengok ragam manusiabest!!..bahahahaha

Antara buku- buku yang berjaya mencuri perhatian dan tumpuan aku :

Semua series enid blyton 



Tulisan fatimah syarha 



Komik anime 








Hari hari midori vol 1 - 8.

Ujang



Solusi




Reader digest 


Encyclopedia


Tulisan Pahrol Juoi



Tafsir Quran




Wasalam......

Saturday, December 3, 2011

Buat pertama kali

Assalamualaikum

"Peluang depan mata walaupun belum pasti kesudahanya akhirnya buat aku takut buat pertama kalinya dalam hidup"

Kisahnya bermula apabila iman yang makin goyah..
Prinsip yang dengan mudah aku biarkan ikatannya longgar,

Aku pikir kalaulah dengan percaturan yang sahabat aku aturkan ni menjadik,
Aku akan teruskan tanpa rasa bersalah,
Bersedia untuk menerima 'dunia baru' yang kononya tak ada salahnya..Hanya kawan saja....

Tapi akhirnya diri sendiri yang rasa tak kena...

------------------------------------------------------------------------

Pada satu ketika yang hening,
Aku sering mendengar cerita tentang dia, si lelaki melalui sahabat aku Dib,

Sampai satu ketika,aku mula lupa diri,
Membiarkan diri aku mula menyukai si lelaki yang sering diceritakan dib.

Pada mulanya diam-diam saja aku suka kat si lelaki,
Tapi yang dinamakan sahabat, Dib mula menyedari tanpa aku perlu bercerita pun..
Akhirnya dib tau jugak...

Aku pikir 'ah takpa lah dib saja yang tau',
Suka tak salah kan, bukan si lelaki tau pun...

Tak disangka-sangka Dib sedang merancang sesuatu yang tak aku duga,
Si lelaki dapat tau tentangnya,

aku :  Dib, malu la kalo dia dah tau, aduhhhh....baru pikiaq nak teruskan dengan tepuk sebelah tangan saja....waaa dib, why dib bagitau kat beliau, wuuuuuu...

jarum tak bersyukur mula hadir

aku :  kami ni dah la hitam, tak cantik, budak poli pulak, keja technician cabut saja..waaaaaa.....tak sekufu la dib...kalo dalam cerita fairy tale ada hero n heroin, kami ni watak sampingan yang gabungkan hero n heroin tu walaupun diam-diam kami minat dekat hero tapi drama tetap drama,akan ada watak yang tepuk sebelah tangan ^^ dunia ni ibarat pentas lakonan yang Allah pinjamkan buat kita untuk lakonkan watak menjadi KITA....even kat shorubber ada ayat-ayat halus yang secara tak sedar orang shorubber kata kat kami HODOH...tapi sekarang ni isu dia bukan about me being ugly ma, tapi is about SEKUFU lor...u see mak cik kantin pun tau bezakan sekufu atau tidak...itu mak cik kantin sayang, orang lain? im just really really  girl yang terlalu BIASA...i wish i am one of _______ best friend so i may find someone perfect for him..i was thinking one of my friend..sofyiah...they seem so perfect together ^^....honestly it is hurt to match someone you like with others..i would not lie to u lahhh..tapi i feel better this way..sebab dah 'mangli' dengan being middle 'girl' for someone i like...okeh okeh tak mau tacimmm...thank you so muchhhh sweetheart....muahhhh..u can resign now ;p is time for u to rest and think about your incoming marriage

dib : iii farid ni, tak baik tau, hishhh...farid cantik la, farid ni baik sebab tu dib nak sangat carik orang baik jugak kat farid...ahahhahaha. kamu niiiiiiiiiiiiii. shhhhhhhhhhhhhhh. jgn nak tacim tacimmm. tampo kaluuu. a prince is waiting for his princess the princess is adorable, noble, kindhearted, grateful in all sense and you have all that dear, that other girl might not have. If la, this sinetron could be a real scene, i'll be the first to cry. Cause you have your dream guy, and ___________ will get his guidance, he will never fall apart from Islam

aku : tolong la dib, kami tak baik macam yang dib sangkakan tau, kami ni jahat banyak..dib tak kenai kami lagik...

Dib main psikologi

dib : kalau farid yang macam ni pun kata farid tu jahat, tambah la dib ni, nampaknya dib berkali ganda la lagik jahat.....

aku: dib!!!!!! arghhh geramnya.....dib tak jahat la okeh..aduhhhh

---------------------------------------------------------------------------------
Pada satu hari

Dib : farid, balik sadgi tengok FB nah,.

aku: ar okeh..

aku tak syak apa-apa time tu sebab aku pikir maybe dib dah balas mesej aku dalam fb..so aku pun malam tu buat biasa saja lah nak tengok beliau balas apa...dan mungkin terdapat perbualan dib dan si lelaki tu, sebab dib sering copy paste perbualan mereka untuk bagik kat aku.

sebaik saja aku buka fb, jantung aku berdenyut kencang, kaki aku sejuk dan leher terasa panas...
Ada satu friend request!

Si lelaki ADD aku sebagai friend
Hati berbolak balik,
perlukah aku approve?

Untuk malam tu aku putuskan untuk tak approve,

Sepanjang malam, gelisah....tak dapat tidur.
Terlelap pastu terjaga balik,
Rasa bersalah, rasa macam nak demam, tangan ketar-ketar, hati tak tenteram
Sejuk -sejuk satu badan...Oh apa semua ni

First aku ingat ini nama dia GALAK dan ANGAU
Untuk menenangkan jiwa aku pun solat hajat,
Aku minta Tuhan beri aku jawapan
apa yang tengah aku rasa ni?
Patut ka aku teruskan? bukan nak buat apa pun, kawan saja kan....

Akhirnya Tuhan bagik aku jawapan
Rupanya perasaan tu bukan angau.
ianya adalah perasaan takut,
perasaan BERSALAH pada Tuhan...

Ya aku biarkan hati aku suka pada seorang lelaki yang tidak halal buat aku!
Kenapa fikiran aku bukan pada Allah?sebaliknya pada si lelaki saja?
Oh rasa menyesal tu Tuhan saja yang tau,
Menyesal sebab biarkan hijab terbukak.........

Hati aku sedang SAKIT!
Ini akibat terlalu lama tidak merawat hati!
Hati aku dijangkiti, dimasuki virus!
Salah siapa? Salah aku sendiri!
Mujurlah Allah masih hadirkan kesedaran,

Approve atau tidak ?

Tidak sama sekali
Apa yang aku perlu buat bukanlah menjadi kawan
sebaliknya aku PERLU menjauh..untuk mengelak hati menjadi SAKIT kembali...

Aku telah langgar prinsip


Ada satu prinsip yang aku pegang,
Aku tidak mahu bercinta dengan seorang lelaki selagi tidak ada ikatan sah,
Aku tidak mau cemari hati aku dengan cinta yang tidak halal,

Dan Tuhan hadirkan ujian untuk menguji prinsip tu..
Jujurnya aku hampir kalah sampai Tuhan bangunkan aku semula !
Alhamdulillah.......

Sebab tu aku sering kata "Kita tak tau lagi bagaimana kita di masa hadapan, jadi jangan sesekali kita hukum orang lain"

Oh aku harap prinsip ini takkan goyah lagik...
Agaknya inilah yang si gadis (rujuk sini)rasa kot pada satu masa dulu? Mungkin.....

Terima kasih Tuhan..terima kasih...

Wasalam

Kita?

Assalamualaikum,

Menagih kasih Allah tu satu kepastian dari mengharap cinta manusia kan?

Tapi kita slalu pilih benda yang dah sure-sure kita tau ada penghujung,
Kita slalu sangat pilih sesuatu yang boleh dilihat sang mata,

Bedua-duan dengan manusia itu lebih 'ASYIK' dari kita berdua-duan dengan Allah..

Ketenangan itu kita lebih suka cari dengan hiburan yan melalaikan dari zikrullah,

Kita tak pernah percaya pun dengan apa yang kita baca sebab kita hanya baca dan kita tak ambil port pun...
Bagi kita, bila ada orang bercakap hal kebaikan,itu adalah pendapat dia,
Sedangkan kita tak sedar pun yang Allah sedang mendekati kita dengan mengizinkan kita dengar, baca dan lihat...

Kita hanya biarkan saja hati kita terdetik tanpa ada effort untuk berubah...
Last-last Allah tarik kembali hidayah yang tadinya sampai kat kita...
Dia Allah tak rugi tapi kita sangat rugi..sebab dah lepaskan satu rahmat yang belum tentu akan hadir lagi..

Aku tahu, menulis dan bercakap itu adalah SENANG,
Tapi bila sampai pada perlaksanaan, aku pun belum tentu lagi sempurna,
Mungkin lebih teruk? Wallahualam
Allah Maha Mengetahui...

Wasalam

Thursday, December 1, 2011

Masih belum cukup 2

Assalamualaikum


Sambungan masih belum cukup


Penerimaan orang

Huh~ yang ini memang sakit
Macam nak give up pun ada masa mula-mula..T_T
Biasa la budak-budak lagik..akal pun tak brapa nak matang sangat.

Komen yang 'membina' dari kawan baik yang 'menyenangkan'

kawan 1 : huih anda pakai begini nampak seperti orang tua la

kawan 2 : ciss..perangai anda itu bukannya baik sangat..tak kena gaya lansung dengan penampilan anda

kawan 3 : nak buat apa pakai tutup tutup, kita semua ini dah macam adik beradik..tak payah la dok tutup sangat...

lelaki 1: tudiaaa ustazah farida...ustazah ustazah (buat tone mengejek okeh)

lelaki 2: woi..awat yang tiba-tiba anda jadik alim neh?! ustaz mana plak anda sangkut?

Dan benda neh berterusan..dikaitkan dengan setiap hal..Tak boleh buat salah..kalo gatai terbuat jugak, free - free saja dapat nama buruk dekat orang lain yang bertudung labuh...

Ya...ejekan, hinaan dan tomahan bukan berhenti takat sekolah menengah saja,
Kalau time tu aku pikiaq tak pa la masing-masing budak-budak lagik...

Tapi aku salah tafsiran..sampai aku dah umuq 22 tahun ni pun,
Ada lagik insan-insan yang rasa sakit jiwa dengan golongan macam aku...

Time aku masuk poli cerita dia versi lain pulak ;

kawan 1 : kami semua tak macam farid..mana layak kawan ngan farid...

kawan 2 : hipokrit, dalam bilik bukan main lagik tak senonoh, dalam kelas  pura-pura sopan

Kalo time keja aku dah pernah cerita dalam entry yang sebelum-sebelum neh..(klik sini)

Tapi alhamdulillah..kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayang Allah yang masih izinkan hati untuk bersabar, masih izinkan hati untuk istiqamah, mungkin dah lama aku menjauhkan diri dari salah satu pilihan untuk menutup aurat dengan betul :)

Dan dengan semua dugaan ni la aku dapat jadi lebih kuat...barulah challenge sikit..tu baru saja sikit tak sampai tahap macam negara yang mengharamkan tudung lagi...
Barula ada  rasa manis di penghujung kalau perjuangan tu penuh duri di permulaan bukan?

Bagi seterusnya juga, Allah hadirkan sahabat sefikrah untuk satu tempoh yang telah  menguatkan lagik diri.. Kemudian DIA hadirkan pula seorang yang boleh menerima aku seadanya malah meminta untuk aku membimbing dia...Oh terasa tak layaknya aku! Sunggguh aku tak layak!

Sebab (akhirnya ada kaitan ngan tajuk..bahahah) jujurnya aku serba serbi tak cukup lagi
Banyak nak diperbaiki...akhlak sana sini berlubang..nipis iman.....
Hakikatnya 'jahat' aku masih banyak,

Jadi bantulah aku untuk meneruskan perjuangan ini...
Untuk terus tetap istiqomah bukan hanya luaran tetapi juga dalaman.....

Tulah sedikit perkongsian dari aku..Cerita tamat diisini

Wasalam

Masih belum cukup 1

Assalamulaikum..

'First day lepas cuti seminggu raya bulan 9 tut tut yang dah lama berlalu ' time melangkah masuk kerja, rasa pelik semacam..
Huh~ ada benda hilang...dok cari punya cari..aku duduk sat dan berfikir

Baik punya aku dok posing depan cermin, belek diri punya lama
Aduh dah jumpa!

Seminggu aku berpeluang 'full time' pakai tudung labuh
Bukan senang dari pagi sampai malam nak buleh dapat peluang...

Start aku kerja, tudung labuh dah jadik macam 'part time'
Hanya buleh aku sarung bila tak pi kerja saja atau bila aku balik dari kerja
Bila agaknya nak ber'full time' balik?

Masih fresh waktu aku mula-mula start pakai tudung labuh
Tak dak angin tak dak ribut.., terus pakai...umur baru nak masuk 15..penghujung 14 tahun
Aku pun tak tau apa aku pikiaq time-time tu...semuanya jadik terlalu laju...

Tapi dah lama sikit dalam 2 atau 3 tahun aku pakai aku ada terbaca :
Kalau nak berubah, kena pelan-pelan jangan bantai terkejut bewak macam aku buat neh..bukan apa, takut tak long lasting...hati kita neh bukan nya senang-senang nak bagik dia lembut kalau dok besa kita biaq dia keras..

Mai aku nak stori sikit pengalaman aku

Flash back (tuit tuit..ni bunyik muzik rewind style aku)
Pagi tu aku mangkit (bangun) tiduq
Ada satu feel yang pelik...Ada benda tak cukup kat penampilan aku

Time tu aku dok pakai tudung-tudung kosong, petak, corak-corak yang gaya macam makcik-makcik sikit
Pastu aku nampak tudung labuh yang maktuk aku bagik kat mak aku
Kebetulan ibu soh aku tolong simpan masa aku form 1 dulu...

Aku amik, try-try pakai
"Uish senang pulak jadik tudung neh, tak payah dok belit-belit.."
Pastu aku terdiam..Sebab ada dialog lain dok bertarung dalam kepala otak

Dialog tu berbunyi :

Si baik : Hah tunggu apa lagik..dah rasa selesa tu pakai la teruih (terus)

Si jahat : Tak yah la weii..nampak tua la kalo anda pakai tudung ni..

Si baik : Eleh nampak tua tak pa..janji selesa..Pakai pakai pakai...

Si jahat : jangan jangan..nanti anda rasa menyesal kemudian hari..apa orang-orang akan kata nanti?

Aku: ahhh...bila lagik aku nak berubah kalo bukan la ni ! Baik...aku nekad, mulai hari ni, ni la gaya mutu dan keunggulan aku...bahahaha

Bersambung......