Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Tuesday, April 10, 2012

Berfikir sejenak

Assalamualaikum

"Kata-kata saya ni keramat, jangan sampai saya berdoa pada Tuhan supaya sekian sekian sekian"

"Kalau bukan kerana kami, anda takkan berjaya"

Fuh fuh serius confident ja beliau-beliau berucap...

Salah la kak,pak cik, kalau bukan kerana Allah kita semua takkan berjaya..
Kalau bukan kerana Allah yang jadikan akak dan pak cik, kita semua takkan di sini
Dan akak, yang makbulkan doa itu Allah lah...
Kalau kita doakan keburukan kepada orang, tak mustahil orang juga mendoakan keburukan kepada kita.
Begitu bukan?
Tapi kalau Allah itu izinkan setiap keburukan yang didoakan itu akan makbul, maka makbul lah ia ^^
Sesunggunya Allah Maha Tahu...

Ehem....first skali  macam biasa aku tak point pada sesiapa
Secondly....., aku hanya wujudkan contoh supaya penyampaian kali ini lebih jelas

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Tanpa Allah siapalah kita
Jangan katakan berjalan, bernafas pun for sure kita tak mampu..
Dia lah segalanya..setiap sedutan , Dia lah yang izinkan

Orang-orang yang kita lihat penuh dengan ilmu, yang mencipta, yang bijak pandai,
Semua tu Allah jugak yang buat,
Hak Allah sepenuhnya!
Dan kerana Allah lah mereka mampu berbuat demikian,
Idea yang terbit dari mereka itu adalah dari Allah,
Hebat kan Allah?
Takkan lah tiba-tiba semuanya turun dari langit kan?

Jadi mengapa kita sombong?
Kita cakap penuh gah, riak seolah-olah kita jauh lebih baik dari orang lain,
ish sombong kan kita dengan Allah?
Dah la Allah bagik pinjam  benda-benda yang ada kat kita ni, kita plak sombong dengan Allah,
memang tak malu la kan?

Jaga percakapan sahabatku,
Jangan mudah melatah dengan kedudukan yang Allah beri kepadamu,
Ingat ! Sekuat mana pun anda berusaha, jika Allah itu tak izinkan, pasti anda tak kemana-mana
Hari ini, esok, tulat , tunggiing, Allah dah pun tahu apa nak jadik, Allah dah atur pun semuanya...
Dan sebesaq gajah mana pun kedudukan anda,
Jika bukan kerana Allah sudah tentu pangkat baik punya tinggi bukan milik mu teman!

Dan semua contoh-contoh yang  baik aku dok sebut di atas ini dipanggil tauhid rububiyah ^^
Oh jika salah tolong betulkan
Jika ada penambahan silalah tambah

Wasalam

Terima kasih banyak kak mar ^^