Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, December 21, 2012

tak tara mana pun tapi boleh la kot

Assalamualaikum


Kali ni aku nak bagik tips untuk sapa sapa yang merasa
1)  Dilupakan
2)  Dicari-cari ketika susah sahaja
3) Orang buat salah dengan kita pastu dia yang marah kita 
4) Kecewa

First of all kena muhasabah diri..kita selalu rasa orang yang buat kat kita tu saja kejam kan, tapi kita? Sedarilah as human being  kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kata-kata kita yang kita melawak tu sebenarnya kawan atau sahabat kita terasa hati. Mungkin jugak attitude kita tu tak disenangi..

Hopefully lepas ni kita stop untuk asyik rasa semua orang saja salah..sebab mungkin punca masalah dan kesalahan adalah dari kita..sekalipun kalau kita dah puas muhasabah dan tak jumpa-jumpa  jugak  masalah diri sendiri ,kembali lah berfikir yang sebagai manusia kita takkan lari dari kesilapan.

Pastu kalau lah kita ni selalu ada feeling benci – benci or  tak suka orang, tak mustahil akan ada orang juga tak suka kita..so tak boleh nak salahkan orang yang melupakan kita atau tak suka kita. Apa-apa pun kita lah yang salah. Ha kan senang  fikir gitu.

Untuk kawan yang jenis suka cari kita waktu susah pulak,
Aduh kalau spesis ni aku pun rasa sentap jugak..ikutkan nafsu  jahat dalam diri aku malas nak tolong, silalah carik orang lain..Bila  senang-senang tak pernah nya tanya khabar kita, bila susah dia mucul Tanya khabar supaya kita dapat membantu permasalahan beliau..

Tapi untuk positifkan diri anggap sajalah mungkin kita juga pernah melakukan sedemikian rupa (walaupun hakikatnya kita susah camna sekalipun kita takkan carik orang untuk diajak susah sekali melainkan kita susahkan diri sendiri dan mak bapak serta adik beradik)

Untuk orang yang buat salah dengan kita pastu dia plak yang hangin..hohohho..dah la buat salah pastu di marah nya pulak kita..aduh la..perkataan paling simple tu lah susah nak cakap kan..kita ni punya lah berharap orang tu akan mintak maaf  walaupun dengan hantar mesej ‘saya mintak  maaf’ tup tup dia buat derk macam tak dak benda berlaku.

So to handle with these situations just avoid this people. Serius. Sebab kalau kita terus saja bersama mereka kita tetap akan menghadapi symptom sakit jiwa punya . maka lebih baik la sangat-sangat untuk elakkan orang-orang ni. Bukan nya aku maksudkan putus kawan ka apa ..jangan la gitu..tak baik tau..Cuma maksud aku cakap tetap cakap tapi nak rapat tu tak perlu kot.

Aku punya pendapat bukan lah maksudnya the best pendapat tapi kalau kita selalu sangat rasa diri kita baik sebab tu lah punca kemurungan dan sakit jiwa. Sebab kita tak pernah perbaiki diri dan terlalu  sibuk tengok salah orang kan kan.

Last skali bila jadi semua ni kat kita, kita akan rasa kecewa sangat. Oleh itu cara-cara untuk mengelak kekecewaan yang telah menyerang  diri kita is banyakan solat hajat, solat malam dan taubat.Jangan lupa zikir dan baca Quran.

Percayalah seribu satu cara pun kita cuba hati kita tetap takkan tenang kalau kita tak kembali kepada Dia. Luahkan sungguh-sungguh pada Tuhan sebab Tuhan adalah pendengar yang takkan pernah bosan dengan cerita kita, yang takkan berpaling dari kita dan yang tetap sudi melihat kita sekalipun sebesar gunung dosa kita bawa kepadaNya. Plus, percayalah bahawa kita tak sorang, sebaliknya kita ada Allah.

Lagi satu kan, kita suka sangat burden si  otak kita dengan apa orang nak fikir. Semua tu punca kepada stress yang tak sepatutnya wujud pun. Toksah la dok pikir apa nya orang nak pikir. Kalau benda kita buat tu  tak menyalahi syarak, kena gayanya dan bukan perbuatan mungkar serta ada good advised, tak perlu kot kita nak takut apa orang nak kata.

Hahah kesian kat kita ni tau. Asyik risau pendapat orang saja tapi pendapat BIG BOS  kita tak pernah la kita nak amik tau. Sedangkan DIA lah yang berhak kita takuti. Tau pasai pa kita jadik gitu? Sebab kita tak pernah cari DIA, kalau kita cari mesti kita fikir..cayalah cakap aku walaupun aku ni tak tara mana pun.heeee…

Sekian untuk tazkirah hari jumaat. Haha..

Wasalam. 

Wednesday, December 19, 2012

hidup yang berfasa ka?


Assalamualaikum

Benda yang paling best la ni bila dalam rumah cuma tinggai ibu, abah n aku..tetiba rasa macam anak emas..hahah ..

Teringat baru-baru ni aku sangat stress dengan keadaan kerja, aku balik tak tahan sangat-sangat terus  menangis macam anak kecik yang kesakitan depan ibu dan abah..malu lah jugak tapi ada satu kepuasan yang aku rasa mak n abah aku diam saja dan dengar dengan baik apa yang aku cakap sampai la aku dah puas baru abah aku bagik nasihat..ohoooo sungguh terasa seperti dimanjakan, pastu malam tu abah pun masak yee mee hot plate kat aku, kasi hilang stress dalam otak..

Kadang-kadang bila aku nak rasa tak syukur terus aku teringat balik yang aku ni sangat bertuah.. for at least ada ibu bapa yang memahami..Mereka lah ibu dan abah, merekalah sahabat yang sudi temani aku tak kesah la aku buruk ka, aku jahat ka, aku cacat ka, aku sakit ka..syukur for having parent yang macam depa..Alhamdulillah..ya ya aku tahu mak bapak orang lain pun gitu jugak..saja galak aku nak cerita ja..holoh..huh~

Hidup ni memang fasa kan..(ni  macam kenyataan tanya tau)

Masa aku kecik dulu aku selalu rasa, betul ka ibu abah aku ni sayang aku? Kalau sayang awat depa marah..at that time aku rasa pelik..sebab apa la abah  aku ni garang sangat? Sebab apa aku kena rotan?
Tapi bila aku dah masuk umuq 23 baru aku faham..oh this is the reason..nak suruh aku jadik manusia rupanya..bukan nya aku nak kata zaman sekarang  ni cara  psikologi tu tak bagus dan cara bapak aku tu the best tapi cuba la tengok budak-budak sekarang..seriously  mereka terlalu dimanjakan..sampai tak tahu apa maksud ‘hormat’..

Aku rasa tak perlu kot aku cerita detail apa yang tak kena dengan budak-budak sekarang, tak yah susah-susah tanya pak cik google..go out there dan see for yourself…you will see ‘what’ going on..trust me ^^

Ah jalan cerita aku macam dah lari dari topic asal..hidup satu fasa
Fasa kita kecik, remaja dan separuh dewasa dan dewasa

Bila kecik everything is about study, sekolah baguih mana hang masuk dan university mana hang belajaq..

Tapi  bila aku dah sampai umur 23 tahun, soalan yang berbuih mulut orang sekeliling akan tanya is “BILA NAK KAWIN?”

So hipotesisnya yang boleh dibuat :jika tak kawin maka makin berbuih lah mulut orang..hahah boleh gitu?

I wonder why mak cik tu tak tanya “BILA NAK PI HAJI ?” kah kah..sedap la sikit aku dengaq kan..

Aku memang dah biasa tiduq sorang-sorang dalam bilik aku kat rumah tu sebab  aku ada mind set “nanti 3 haribulan nanti nurul nak balik…tak sabaq nya” so aku tak kesah tiduq sorang-sorang…
 tapi la ni kadang-kadang tu aku mesti teringat “dulu nurul pernah tiduq kat situ..”
“dulu aku dan nurul penah sembang sampai pukul 3 pagi, cerita tentang hidup masing-masing”

Bohong  kalau aku kata rasa sunyi tu tak dak..rasa kehilangan sebab  darik kecik lagik tak pernah berpisah, kalau berpisah pun sat saja masa masing-masing sambung belajaq..jadi bila dia jadik hak orang aku faham tumpuan dia, tanggungjawab dia adalah pada suami..sebab dia dah sampai fasa berumah tangga iatu dewasa..jadi as kakak yang perasan mitahli ni aku kena faham ;p

Dan pulak elok adik aku abeh belajaq terus dia kawin..mungkin sebab tu kot aku rasa something is missing… kami sangat-sangat rapat..no secret between us..mesti nak cerita jugak kalau benda tu berkaitan diri masing-masing..oh rindunya T_T

Nak dijadikan cerita masa adik aku ada dulu, kalau malam-malam bunyik apa-apa aku terjaga mesti akan beralih tengok kat  tempat dia tiduq tu,tengok dia ada pastu tak rasa apa-apa dah sebab ada la jugak kan orang lain dalam bilik tu…tapi lepas adik aku dah kawin,ada satu malam tu aku dengaq bunyik orang golek-golek atas bumbung pastu terjatuh atas lantai kat tingkap bilik aku..aduhh..dah la terjaga with a lot of terkejut..tengok jam baru pukul 2 pagi..baca ayat kursi tak leh tiduq jugak, terus aku keluaq pi tiduq ruang tengah..rupanya abah dan ibu aku pun tak tiduq lagik dan dok tengok tv kat ruang depan..so incik abah pun tanya la :

Abah : awat kakak?
Aku: nak tiduq kat sini..takut..ada bunyi kat belakang
Abah : masuk pi tiduq bilik ibu n abah nuh
aku: takpa, sini pun buleh kot..
Abah : ibu pi panggei kakak tiduq kat bilik nuh ,kakak masuk tiduq bilik abah, tang tu sama lah jugak..

Ibu pun mai tarik aku soh masuk bilik..jom jom
Aku dengaq-dengaq abah kata tiduq tang tu pun sama jugak kena usik terus cuak so bangun la tiduq dalam bilik ibu dan abah..

oh seriously 23 tahun tiduq bilik  parent? 23 ka? I thought I baru 7 tahun..T_T

Esok pagi tu ibu pun cakap “kena cari teman cepat ni” sambil sengih-sengih..
oh maluuu nya..
bukan sebab ibu cakap gitu tapi sebab aku buleh plak pi belasah tiduq bilik ibu n abah..iskisk..
sadisnya aku ini..sejak bila la aku jadik penakut ni..hoh~ selalu kalau bunyik bom meletup pun aku tak sedaq, la ni kalau letrik tak dak pun aku dah jaga, hujan pun aku mesti jaga,bunyik guruh lagik la aku jaga...cerita hantu yang ditayang after 11 pm  aku avoid..

oh adakah ini tanda aku rasa sunyi atau situasi ni akan berlaku bagi adik beradik yang sudah berkawin?
Fuhhh teruk punya orang..-_-“

Mungkin bila fasa dewasa aku sampai aku takkan jadik penakut dah kot..mungkin?

Entah..nak cakap pasal masa depan pun aku pun tak dak mesin travel time macam doraemon punya cerita tu..dan  semakin hari aku semakin suka kartun! -_-“ oh oh what to do? Abah kata masa kecik orang soh tengok kartun tak mau dah besaq-besaq ni baru nak mengadap kartun..toing toing kena dekat aku kata-kata itu..huh~ hopefully aku cepat-cepat matang so that aku tak balik jadik anak-anak kecik yang mengada-ngada..oh goshhhhh~ HELP HELP…

Plus plus si handset aku ni memamg spesis pendiam..hoho..al maklumlah aku ni kan jenih tak suka sms dan ada komitmen yang tak jelas masa depan (maksudnya berboyfriend lah), nak bergayut tengah malam memang payah la kalau benda tu tak penting..(pukul 10 aku dah hanyut sampai kealam lain dah..heee)

Oleh itu apa bila balik dari keja talipon tu aku baling ja dekat tepi kotak, sebab kan aku dah set dah time talipon aku untuk menjerit pada pukul 4 pgi, 4.30 pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi untuk keesokan hari nya, aku pun for sure dan selalunya memang tak tengok dah kat handset tu sampai la esok pagi plak time dia menjerit untuk mem bangunkan aku dan aku pun mendiamkan kan dia balik..hahah..sampai ada yang malas nak kontek aku sebab aku balas lambat atau tak balas lansung (sebab kedit pun abeh di tempat keja)..iskisk apa sudah terjadik pada aku ini..-_-“

Ok sudah..dah berjela aku merapu meraban dan bergaban-gaban dah..

Dan juga sebelum lupa..disebabkan laptop ibu telah diambil oleh si adik  dan computer di rumah buat hal which is motherboard telah rusak,aku lansung tak leh online kat rumah, so dah 2 minggu aku tak bukak fb untuk ber fb lalu mintak maaf siap-siap kot kot ada yang hantaq mesej ka, komen ka yang aku tak reply (kot kot la kan..konon-konon gitu..hahah padahal tak dak pun)..kesimpulan nya silalah kontek si parid ni dengan handphone..sekian terima kasih dan wasalam…

p/s rindu lah kat semua sahibah..T_T

Tuesday, October 30, 2012

Kenduri yang nak kata bajet tapi bukan bajet la tapi tapi..sudah sudah

Assalamualaikum,

Penat tau kenduriii....
(hahaha  pura-pura teruk padahal bukan kena buat apa sangat pun..tayang muka, amik video, pastu pi duduk-duduk ngan tetamu yang aku kenal…..iskisk)

Sebab kita kan,kita kan kan  tuan rumah, tapi double+ triple+million of syukur  sebab abah pilih untuk buat kat denai larian pengkalan asam(track jogging) maka tak dak la banyak sangat nak buat, just make sure rumah bersih dan bawak semua goodies yang nak bagik kat tetamu ke homestay yang available kat sana.

Makan plak catering yang buat, senang kan zaman sekarang? Tak payah teruk-teruk..dah la sedap..sekali khemah ngan makan beradab pengantin semua, sekepala jadik rm 7..nice..

Sebenaqnya boleh dikatakan kecil-kecilan jugak la sebab panggilan dalam 700 gitu,seperti besa dalam kenduri ni bila dah memanggil tu kena la darab 3 (untuk bini, laki dan anak dan eh..eh dah cukup 3 la)..maka jadik la 2100 tapi abah genapkan untuk jadik 2000 saja.Dah tu sewa tapak kat track jogging tu rm 150 saja. ada surau, ada toilet..Kalau nak homestay tambah la lagik rm 150..huh~ murah teruk darik sewa dewan!

Cuma kontra dia kalau hujan tu tak dapet la nak tolong, walaubagaimanapun Allah tu lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita, minggu adik aku kenduri tu, adalah minggu hujan yang femes menyerlahkan dirinya, tapi Alhamdulillah, pagi tu hujan lebat, elok pukui 10 teruih  cuaca panas baik saja sampai pukul 4 petang, atucara majlis pun sampai 4 petang ja, lepas 4 petang tu atas izinNya barulah hujan balik..ALHAMDULILLAH…mudah segalanya ^^

Part yang aku rasa tak best masa nak menjemput la, tak dapat aku nak panggil semuanya,kebanyakan yang aku panggil guna mesej dalam facebook tu pun aku Tanya status kehadiran dan certain-certain orang saja, dah tu yang respon  aku kira..Mungkin cara ni Nampak kejam dan lebih senang cakap “nak panggil orang makan kenduri tapi macam kuda..kuda.. er.. er kuda hekut kut kut (kedekut)” .

Niat dia hati tu, nak memanggil saja semua yang kenal, tapi al maklumlah, kenduri itu kenduri adik aku, dah tu plak duitnya dikeluarkan oleh mak bapak aku, part aku tu just tang siapkan rumah kasik kemas-kemas baik punya, tolong ibu sikit-sikit tang hantaran dan goodies.

Pastu dalam 700 panggilan tu plak bahagian yang aku dapat 100panggilan ja, orang shorubber saja dah 60 plus plus (not include all worker la, gila kau nak panggil semua..mau mendidih mak bapak aku sebab ada 2 ribu lebih pekerja), thas why la aku kena kompom sapa nak mai atau tak, sebab kalau dah tak mau mai tu bleh la aku panggil orang lain pulak..hahha teruk kan?

Tambah-tambah plak aku ni dah 23 tahun chumel chumel, (ecece apa kaitan plak?) jadik kawan-kawan tu darik skolah rendah, menengah, poli, praktikal, haluan dan tempat keja, fuhh banyak tuuu…
(tapi tapi tapi, Tuhan kata niat tu dah dapat pahala dah kan kan..ahaks ahaks..hoho)

So aku tak kesah la sebab tak terjadinya pembaziran bila buat camni,.aku ni jenih susah hati sikit kalau makanan berlambak lebih kena buang, sayang oi! Siap boleh teringat sedara-sedara kita susah payah nak carik sesuap nasik kat Myanmar, Palestine dan Negara-negara yang susah-susah..Oleh itu, kalau kejam sikit demi benda yang elok kan, pembaziran tu kan amalan setan..(hoho)

Masa mak bapak aku menjemput pulak, cerita dia lain sikit,  :

“ambui, konsep garden ka, grand giler” ß ayat kebanyakan orang

“budaya apa lah hampa ikut nih, konsep taman lah apa lah”

mak bapak aku sengih saja sambil berkata

"haishh mana ada taman-taman aih, ada khemah macam besa la, biasa-biasa jer"

Yang best nya masa depa mai kenduri tu dengan memakai ala-ala vogue gitu, siap makan, basuh tangan sopan-sopan lalu  mengeluarkan ayat comel ini:  

“elok jugak noh tempat ni, luas, murah pulak”

Hahaha yes mak cik, yes..That’s why kita buat kat sini makcik, bukan sebab nak men’taman’ kan kenduri ini tapi sebab nak memudah-mudahkan makcik..

Hahah…ragam manusia..
Buat baik kena kata, buat jahat lagik la kena kata..
holoh holoh sweet betul lah..

Dah dah, makin aku meroyan makin aku merapu, sudah sudah la farid oi, orite I stop meroyan dulu okeh.

P/S teringin nak letak p/s jugak, okeh la u’olss, I stop dulu lah, jangan rindu-rindu I okeh (geli pulokk guna ayat gini..hak tuiii)

Wasalam..


Thursday, October 18, 2012

aku dah kawin...eh eh adik aku dah kawin..salah pulak taip tittle nih..hahah

Assalamualaikum...

"Tepat 5.43 pm, telah menjadik milik dia sepenuhnya, syukur alhamdulillah"
"Majlis akad nikah berjalan lancar, walaupun tak dapat cuti tapi alhamdulillah mudah segalanya..."

Intro kena lah power sikit...

heeee..atceli 17/10/12 aku eh eh salah, adik aku telah pun bertukar tittle dari cik kepada puan,
Syukur alhamdulillah aku sebagai kakak, amat-amatlah gembira tak terkata..

Cuma sentap sikit dengan soklan makcik-makcik yang bertandang..
"laaa adik dulu, kakak nya bila"
Siap desak lagik tanya aku bila nak kawin, dah ada calon ka belum..
bila aku jawab " tak dak lagik makcik"
depa gelak-gelak cakap aku bohong -_-"oh makcikkkk...

hoh~ rilex la mak cik, saya kan muda lagik baru 23 tahun sweet - sweet gitu..

so kat bawah ni ada la sikit gambo masa majlis akad nikah adik aku, kenduri belum lagi..heeee




tu saja untuk diroyankan minggu ini..sekian

wasalam

Saturday, September 29, 2012

Nasihat incik abah kepada anaknya yang cumel (kenyit mata sikit)

Assalamualaikum

"Semua orang boleh sembang pasai syukur tapi tak semua orang mampu buat dengan ikhlas" (tangan kat dada mata keatas..fuh fuh)
Agak agak setuju dak?

Hoho..sebenaq nya bila kita duduk dalam satu kedudukan yang selesa dan baik
semuanya mudah dan jalan tu kurang herot petot (bengkang bengkok) dan sweet sweet saja,
maka kita secara otomatiknya akan  sembang bab syukur tu dengan sangat baik..ya gitu la lebih kurang.(.tu pun ada jugak yang tak reti syukur..)

Tapi bila hidup kita sebaliknya, maka syukur tu sangat perit untuk di jalankan..

Macam mana pun tetap ada method dia..
incik abah selalu ajaq kat aku method-method untuk bersyukur,
Meh aku nak kongsi, macam mana nak bersyukur..

Sebab apa aku tekankan untuk syukur?
haa sebab zaman la ni, ketenangan hati dan kelapangan dada tu kita buleh dapat kalau kita reti syukur..
seriusss!
dalam Quran pun Tuhan banyak tekan ayat untuk syukur (salah satu dia = sila rujuk surah ibrahim ayat 7 "kalau kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan kepadamu")

So method pertama:

1) JANGAN  BANDING DIRI NGAN ORANG LAIN YANG LEBIH DARIK KITA..?

Aku nak bagik contoh..jom kita sembang pasai kakitangan kerajaan yang dapat kelebihan sungguh-sungguh banyak dalam belanjawan 2013..yahh isu ini amat hangat..swasta?
ada swasta yang lagik advanced pada kerajaan, means that bonus 5 bulan yang dasyat woo..tapi ada swasta yang lagik teruk darik kerajaan iatu kalau anda ada degree pun gaji anda boleh takat 1200 saja..
tak percaya? tolong la percaya ^^

Jadi untuk geng-geng yang tak dapat macam YANG KITA IDAMKAN..sila jangan dok perati orang lain yang lebih walaupun kita dok serumah, sebaliknya usha la sapa-sapa yang jauh lebih susah dari kita? banyak boleh carik..tengok kanan dan tengok kiri ^^

Aku nih 3 orang dalam rumah aku orang kerajaan, benefit tu tak yah kata, tapi macam mana aku nak bersyukur?
Mudah, abah aku ada kawan, kawan dia ada tunang, tunang dia ada degree tapi gaji dia RM 1200. Bulan-bulan kena bayaq keta bapak dia sebab bapak dia request keta sebab dia ada degree, mana minyak lagik, mana makan lagik, keja plak amat-amat tertekan.
oh awat dia tak keluaq? yang nama dia rezeki tu bukan hak kita, merata dia mintak tapi tak dapat..sekian terima kasih..
Renungkan..seorang yang dah berumur 28 tahun, bukan tak dak kelayakan, besaq kelayakan dia tapi?  tiba-tiba rasa sangat bersyukur...

Pastu aku ada kawan, kawan aku ada diploma, tapi gaji dia rm 600.., nak banding ngan aku sedap jugak..
bayangkan dia nak sara famili dia lagik, makan lagik, minyak lagik..uishh la untung banyak dah kita ni..

Seterusnya, tengok sedara seislam kita kat PALESTIN..ok noktah..tak syukur jugak tak tau la

2) SILA KEJAR PANGKAT..eh JANGAN KEJAR PANGKAT.

Aku paham why kita pulun nak kejaq pangkat. Nak nak plak kita ada degree dan ke atas kan. Bila ada pangkat gejala-gejala di bawah ini akan berlaku :

- orang sengih dengan begitu indah kat kita
- orang kagum kat kita
- orang er er..dah la sikit-skit satgi tak pasai-pasai blog ni panjang pulok..hahah

Kalau aku, pangkat tu bukan tak penting, buleh la sikit sipi penting (puii) tapi kalau kita jadik bos tapi kita tak reti nak buat keja, malu la jugak, pastu bongkak plak kan..hahah..tapi heii im the boss kan..so??
Walaupun kita jadik bos dengan kebolehan tapi jadik bos tu bukan benda yang senang, sebab berkebolehan la beban tu jadik berat..sebab kita tak cakap pandai saja :)

Dulu dulu, masa zaman muda-muda (la ni muda la jugak tapi berusia sikit la) time-time aku baru masuk keja, fuhh..bab syukur tak yah sembang la ngan aku, MEMANG TAK RETI LANSUNG..SIKIT-SIKIT MERUNGUT...silap-silap ketaq pala cakap pasai syukur..hahaha
tapi bila hari berlalu,lepas bapak aku BRAINWASH aku,TARBIAH aku, aku pun pi keja, buat keja, cukup bulan dapat gaji, dan ya experience pun aku dapat, bukan takat pasai komputer tapi pasai ORANG..yaaaa macam-macam ada ^^

Bukan apa, bila kita buat keja kita harap something, susah sikit la, contoh dia  camni :

A: Oi ang mai rumah aku sat, tengok tengok komputer aku tuh..jadi apa tak tau,. ang buat apa pun takpa la aku bagi RM 100 kat ang.
B: wowwww...orite-orite

So si B ni dengan pengharapan RM 100 dalam kepala pi buat komputer kat rumah si A, tengok tengok simple ja Si B ni buat..alaaa defragment ja pun..bila tengok keadaan tu si A ni bagik la RM 30 saja
Jadik secara tak lansung Si B ni mesti la rasa tak puas hati sebab dia  mengharap RM 100 tadi...

tapi cuba kalau dialog tadi camni :


A: Ang mai rumah aku sat, tengok tengok komputer aku tu..jadi apa tak tau,.
B: orite-orite


So si B ni pi la rumah si A ni without harap apa-apa.
Bila dah siap :

A: terima kasih wei..nah RM 30. ni ja aku ada, lepas-lepas ni aku belanja hang makan ka
B: ha sama-sama..takpa-takpa..

Si B tu pun terima duit tu dengan senang hati..

Jadi pengharapan tu tak dak..orang putih kata you dont expect more..means that as is saja la..dapat brapa pun takpa..so even kalau perbualan yang atas tadi tu pun boleh ja kalau nak buang tak puas hati tuu...BERHENTI BERHARAP..yaaaa...itu key dia
Sebaik-baiknya better harap kat Tuhan la..sebab qadak n qadar kita ni kita boleh ubah dengan DOA dan USAHA..yaa darik kita sakit hati tak ketahwan hala, baik kita usaha to do something kan kan kan.. (mata bling-bling)

3) BANYAK SUJUD SYUKUR WALAUPUN ATAS HAL YANG KECIK DAN BUAT SOLAT HAJAT

Hari ni agak-agak ada sujud syukur? alamak!
Ada sahabat aku penah kata "kalau nak ikutkan bernafas tu benda besaq kan, tapi kita tak reti syukur pun..iskisk"
Tuhan bagik hidup tu pun dah satu rahmat tapi kita? iskisk sombong, ramai mana yang mau sujud syukur sebab Tuhan izin bernafas saja? bukan susah pun, lepas solat tu sujud sat..nak sujud tu pun la payah benor..

Macam tu jugak solat hajat, 2 rakaat saja. lepas magrib cuba buat, kalau tak mintak ngan Tuhan camna nak dapat kan? semua harap mai golek-golek depan mata saja, pastu bila tak dapat salah Tuhan..dah la Tuhan bagik hidup, baru tak dapat yang kita nak sikit dah melenting..tu tak kira part dosa lagik...tak malu sungguh!

Okeh..buat 3 ni dulu, no 3 jangan tinggai..mula-mula memang berat..tapi jangan tinggai..insyAllah hati lapang
nak lebih lapang, banyakkan selawat ya sahabat ^^

Dulu masa aku kena pi dan balik keja dalam hujan naik moto pakai baju hujan, aku rasa sakit hati, rasa sedih ,tambah tambah bila ada keta ikut suka teradap saja bawak,
Tapi la bila aku kena redah hujan, kadang-kadang demam dan ada  keta penah hampir-hampir langgaq aku, tapi aku tetap rasa tenang, ikut petua abah, pusing kat keta tu dan senyum, angkat tangan buat best..hahaha...hati tak sakit jiwa rasa tenang!

So bila kita dah usaha untuk buat sesuatu tapi Tuhan tak izin tu maksudnya tu bukan rezeki kita..
Sebab Tuhan tengah rancang nak bagik kita benda yang jauh jauh lebik baik..oh baiknya Tuhan!
Jadi BERSYUKURLAH! ^^

P/S AMBIL MASAMU SAHABATKU SAYANG, BELAJAR BERSYUKUR, IMAN NI ADA NAIK DAN TURUN NYA, BILA MAI PERASAAN TAK SYUKUR TU CEPAT-CEPAT SOLAT HAJAT DAN MOHON MOGA TUHAN BUANG PENYAKIT HATI TUU..SELAMAT MENCUBA..

wasalam..

Monday, September 10, 2012

Tajuk dia nak letak farid sentap la kot..buleh dak?


Assalamualaikum

“Gurl suka  lelaki yang handsome saja”
“Gurl suka lelaki yang  kurus saja”
Status holololo (sebut dalam nada pujuk budak kecik)  atas ni  aku selalu nampak dekat laman-laman social macam hi5, facebook, friendster, my space dan tagged (ni ja aku penah main..hahah).
Balik-balik sentences tu keluaq.

Sedangkan kalau tengok situasi bawah ni :

Di satu kenduri
“La ni mcama trend kan, kalau pi kenduri, mesti yang pengantin pompuan kecik saja, yang lelaki chubby, gemuk-gemuk sikit kan”
“La bini sikit punya lawa, putihhh, segak..yang lelaki alahai, sikit pun tak segak!”
“Awek segak, pakwe muka macam pecah rumah”

Mungkin si lelaki meletakkan piawaian yang tinggi untuk calon perempuan pilihan nya.
Dah dia ngorat yang lawa, kurus, putih dan complete package so susahla dia nak dapat.
Orang lawa sapa tak mau kan?

Dan as a perempuan, based on my experience (eceece) perempuan ni dia jarang memilih, sebab tu bila kita tengok ja couple suami isteri kat luaq nuh, payah nak jumpa perempuan cantik bergandingan ngan laki handsome..kalau ada pun satu dua saja..boleh bilang..rare sangat..

Even kalau kita sendiri pilih barang nak yang elok,
Jadik kita semua sebenaqnya pemilih jugak
Berapa kerat sangat nak bela kucing yang ekoq pendek, muka penyet dan badan kurap kan..hahaha

Walaubagaimanapun tak semua lelaki gitu.
Mungkin ‘lawa’ tu adalah yang sedap mata dia memandang.
Ada jugak seorang rakan penah cakap kat aku
“bini aku gemuk tak pa, janji tak hitam”

Tapi ada sorang bro dekat shorubber cakap
“Lelaki ni dia bukan carik yang cantik sangat pun, cukup sedap mata memandang, paling penting dia nak yang faham dia, cantik tu number 2”

Dan seorang kakak di shorubber jugak penah cakap kat aku :
“Ingat satu saja.... Dia dah atur yang terbaik untuk kita. Cantik ke hodoh ke bukan pointnya....akak selalu jugak compare diri dengan orang lain. Tapi tunang akak cakap, cantik seseorang tu lahir dari hatinya yang baik....so jangan jadikan ia sebagai satu kelemahan....never blame the others jugak sebab mulut depa hak depa nak cakap apa...bukan smua betoi pun kan...hehe”

Seorang  sahabat shorubber, penah jugak cakap :
“Awak mungkin bagi sesetengah orang awak tak cantik dari luaran. Dari dalaman bagi saya awak cukup sempurna. Mungkin kalau awak yang berkahwin dulu, saya rasa pahala yang awak himpun sebagai isteri cukup sempurna tiada cela dan mungkin suami awak tak pernah masam muka kat awak.Sebab awak halus tahu dosa pahala dan batas wanita, sebagai isteri ..”

Ya pesanan di atas sedikit terkesan di hati.



Kriteria yang sering dikatakan cantik :
-Kulit putih
-Kurus
-Muka ala-ala korea?
Semua ni adalah gara-gara Korean drama yang menjadik kegilaan orang. Jadik kalau sebut cantik, handsome, semuanya pusing kepala ke korea lah..”aku nak serupa itu”

Ada jugak yang minat ala-ala mat saleh ataupun minah saleh punya muka.
Waktu zaman industan femes dulu-dulu, masa tu gamaknya semua nak carik yang muka industan la kot..sebab tu bangla buleh kawin orang malaysia kot…hahah..kot saja..aku pun tak tau..tak penah amik port bab-bab kawin masa kecik-kecik.

Kalau aku plak, aku ada satu penyakit er apa nak sebut ya nama penyakit ni
Hurm..buleh dak panggei dia “tak bersyukur” ? ka nak panggei dia “rendah diri tahap gaban”?
Hah~ mana-mana pun buleh kot?
Dok dok, nak sambung bagik senang sebut lah..tak syukur + rendah diri = tak syurendiri? Haaa cam sedap ja..hahaha
Susah nak buang penyakit ni..dah kronik dah..kalau kanser dan tahap ketiga dah ni..

Kes nya masa skolah menengah panggilan untuk aku = betty
Pastu sapa-sapa agak nak menyakitkan hati kaum adam kat kelas aku,
Simple, ejek saja sifulan-fulan itu dengan aku,
So apa lagik, melenting la kaum adam ni..(waaaaa..tacimm ar weii)
“Agak-agak la nak kata pun wei, ada ka kata aku dengan faridah, kata la aku ngan hak putih-putih sikit”
Masa kelas lukisan bebas kat luaq kelas :
“woii betty tepi sikit, aku nak lukih ni, hang tu menggangu pemandangan” sambil buat tangan suruh ketepi
-_-“
Haishhh..Femes jugak aku ya..

Sahabat aku masa tu slalu positive kan aku
Kata dia :
“La maksudnya farid ni lawa la sebab betty last-last jadik lawa”
Aku sengih tawaq..susah nak dengan nasihat..
Maklumlah otak dah payah nak program balik..
Sahabat aku tu pulak girl yang femes kat skolah sebab lawa,
So lagik la aku susah nak makan nasihat tu..gahaha (sapa soh makan, orang soh dengaq..zzzzzz)

Bila nampak ja orang cantik aku mesti nak tengok banyak kali
Sambil-sambil tu pulak sambil kagum hebat-hebat
“uishh lawa noh dia, dah la putih, umuq 27 nampak cam 20, belajaq baguih pulak, pandai masak,  tenang ja tengok”
Gitu lah lebih kurang ayat aku tiap-tiap kali..

Jadik penyakit tu still aku susah nak rawat
Nak nak pulak dalam family aku, aku sorang pulak yang hitam dan kurang lawa la kot..hahaha
“ La yang adik dia dua-dua putih noh, mai tang kakak dia..hitam ikut abah”
Lagik la sentap oii..adehh mak cik ni pun satu..cakap la kurang putih, tak la sentap sangat..hishhh..
(sila lihat gambar adik lelaki aku di bawah ini..hahaha )















Tapi la ni tak teruk dah la..sikit-sikit tu buleh la..nak kata tak dak, nampak sangat berbohong..hahah
“Sapa kata anak ibu tak segak, macam combi, lawa aihh..kakak tu saja tak perasan”
Hahah sedap hati sat pastu jadik balik penyakit tak syurendiri aku tu..hoh~
tapi tapi, combi?







ibu biaq betuiii?? hahahahaha
okeh okeh maksud ibu aku, combi dalam cerita kasim selamat tuuu..hishhh...





Kesimpulan nya ni semua salah media..(aik???)
Hahahah dok dok saja nak carik benda nak pi salah
Padahal yang salahnya aku sebab tak reti bersyukur oiiii..

Haishhh nak kena lempang laju-laju farid ni..
-_-“
(ni kalau sahabat-sahabat aku nun jauh di sana,akak-akak shorubber nampak entri ni, mau kena tarbiah aku..hahaha)
Okeh dah..berenti meroyan untuk kali ni..hoh~

Wasalam. 

Sunday, September 2, 2012

Berenti gaduh sat boleh dak?

Assalamualaikum,

Berpuluh? Beratus atau  dah berjuta yang teguq
Kritikan ? umpatan ? cemuhan ? kejian ? teguran ?dan fitnah?

Aku penah cakap dakwah ada banyak cara..
Aku penah cakap jugak ’zaman sekarang, cakap apa pun salah’

Bila sokong dikatakan si syaitan
Bila bangkang dikatakan terlebih alim
Bila teguq dikatakan tak layak
Bila cerita dikatakan ’melayu ni cepat melatah’,
’melayu tak banyak membaca’

Aku suka membaca
Tak kira internet ka, buku ka
Ikut mood jugak dan oh tolong faham
Aku belum habis baca semua,
Ilmu yang ada pada aku terlalu sedikit tapi itu bukan  la alasan untuk tak berkongsi,
Malah kita sebagai manusia sentiasa belajar sampai ke akhir hayat kita...

Apa semua ni?
Ya di sini seperti biasa aku akan  keluarkan pendapat atau mungkin kesimpulan dari setiap perilaku yang aku lihat dan
Opkos la  aku akan berkata ayat di bawah ini setiap kali aku menulis sesuatu pendapat supaya incik-inck dan puan puan sekalian tak ’naik hangin’
”agak-agak tak boleh terima, hangpa hanya perlu baca, tak payah susah-susah terima, bajet-bajet rasa blog ni adalah sampah, sila lari jauh-jauh dari blog ini sebab jangan sesekali lupa yang aku bukan malaikat tapi manusia ”

Tertarik dengan sebuah tulisan aku bukan malaikat

Awat kita semua kena bergaduh?
Menunding jari? Bertikam – tikam lidah hanya sebab satu benda yang tak kita setuju?

Bukankah wujudnya satu kaedah yang nama dia perbincangan berhemah?
dan please hormat la orang lain walaupun kita tak sependapat...

Rata-rata segelintir komen yang dilontarkan untuk sesuatu isu amatlah menyedihkan baik yang menyokong mahupun membangkang...

Kalau yang sokong, tak lepas darik cuba menunjukkan diri nya lebih baik dari yang lain
Contoh komen :
”tah...saya pun sokong dengan admin, bodoh ja..tak tahu hukum lansung”
”baru setahun jagung kenal islam dah nak meroyan”

Kalau yang bangkang plak :
”semuanya tak bleh, semua nya salah, cuba jangan jadik jumud, islam tu kan luas..sampai bila nak berkembang..semuanya nak cuba jadik ustaz dan ustazah..dahh start meroyan dah ustaz dan ustzah fb ni...”

er agak-agak patut kah aku terang tang mana silap komen-komen  ni?
Masing-masing ada akal untuk menilai

Dan pastu, wujud plak komen-komen camni :
”macam ni ka orang islam menegur orang?”

Agama jadik taruhan di mana-mana
Agama jugak disalahkan sebab kurangnya ilmu
Agama jugak tengah hangat didebatkan

Agama tak pernah salah!
Yang salah penganutnya...

Betul la kata kata sorang hamba Allah  ni ”kalau la Rasulullah tengok kita berfacebook”
”kalau la Rasulullah tengok sikap kita..”
Allah.... teringat benda-benda ni saja dah buat aku nangis!

Salah ka isu yang kecik kita teguq  banding ngan isu yang besar?
Salah ka untuk kita guna bahasa yang elok-elok dalam teguq?
Salah ka bila orang tu tersalah, kita nak bawak dia balik?, kita nak bimbing elok-elok?
Awat salah ka?

Bila isu small-small kita teguq dan sembang , keluaq ayat ni:
”lawak la hangpa ni, isu kecik pun jadik hal, punya banyak isu besaq yang lain”

Sungguh la..ada betoi apa yang dia ni kata, banyak lagik isu lain,

Dan tapi..tetap ada tapi jugak…kalau nak padam api biaq dari mula-mula dia dok nyala, kalau dah besaq, susah sikit cara dia..

Yang pasti bukan semua ada kehebatan untuk teruih pi teguq atau selesai masalah yang ’big-big’

Yang si pengkomen ni pun satu, kalau boleh tu, ala kadar sudah la dalam berkata-kata..
biaq tenang sikit bila membaca,
ini bila baca terus naik mood gaduh orang lain...adehhh..

Zaman la ni,

Bila teguq salah, tak teguq salah
Bila cerita artis luaq, dia kata artis malaysia banyak lagik, awat dok kalut artis luaq
Bila teguq artis malaysia, dia kata kita ni mengaibkan orang islam..siap tambah lagik punya la banyak artis lain tang malaysia ni awat artis ni jugak kita nak teguuq...
Pulak dahhh???

Pastu ada plak yang  bagik idea ’baik’
“kubuq masing-masing, diri sendiri belum tentu, nak nasihat orang, pi la bagik ilmu penuh di dada dulu baru nak nasihat orang”

Pulakkk...

Haishh la sayang oiii,
Nak tunggu ilmu penuh kat dada,, alamatnya kita jumpa kat akhirat besok-besok pun belum tentu penuh sayang...

Dah dah..aku pun nak stop meroyan sat..
Nak kena iron baju untuk keja esok...
Hahahah...lalalalalala..insyAllah ada time aku meroyan lagik..

Wasalam...

Friday, August 10, 2012

Special lah sangat


Assalamualaikum

“Orang pejabat special”
Selalu aku dengar ayat ni kat kat hurm....mana ya? ada la satu tempat atas bukit mana tah…
(cerita ni kalau kak wan, mira, bro yuzairi, bro affa, kak liza,kak zu, dibab, tehah baca mesti tau kat mana..hahaha)

Special tang mana pun aku tak tau
Aku tak mahu kata kerja pejabat tu teruk ataupun cuba nak tunjuk yang kononya teruk la dok pejabat..Sedangkan aku tahu kerja operator tu lebih penat dan ya betul..ianya teruk sungguh-sungguh at some part…(haaa part ni mesti semua reader bleh tangkap tempat ni kat mana..kan kan)

Cuma sekadar ingin berkongsi yang kalau ada 40 orang, 30 orang sebenarnya nak berhenti saja kalau ada pilihan…
Pasaipa sampai  hampir kesemuanya tension?nampak happy saja? selalu gelak-gelak?
Mudah saja
Kita kerja bukan nak stress, serius memang serius tapi kedamaian fikiran tanpa tekanan itu penting.
Apa yang seronoknya kalau cctv ada sampai 8 bijik?
Even makan pun direkod?
Aku tak nafikan semuanya adalah sebagai langkah keselamatan, tapi agenda lain bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’, mungkin? ah aku pun tak tau
Tup tup bonus kurang…

“eh orang pejabat gaji banyak, so tak pa lah bonus kurang pun”
yelah..’banyak’ nyaaaa...pi opis pun naik moto
‘banyak’ la sampai nak beli viva pun teragak-agak..
‘banyakaaaaa’ bila gaji 27 aribulan, 3 aribulan dah tinggai rm 100 dan paling teruk, habiss
‘banyak’ jugak la gaji rm 1500 pun tak sampai (syukur Alhamdulillah…rezeki ni)
Ada yang dah keja 5 tahun pun gaji tak sampai lagik rm 1500…

“alah, kami lagik la sikit, sama saja lah kita”
Ya itu point aku..kita sama saja…
Aku seboleh-boleh nya tak mau untuk bezakan taraf pendidikan sebab aku penah jumpa orang yang ada spm, dan ada jugak pmr tapi boleh ada sebuah bunglow..dan lebih success dari those yang ada certificated.  
So,  aku tak mahu sebut tentang pendidikan 
Cuma aku nak ajak fikir sikit saja..
Disebabkan kan aku ni ‘galak’ nak sambung belajaq, so aku ada hutang rm 17 000
Jadik tu baru hutang belajar. Tidak termasuk moto atau kereta..

Bukan mintak banyak,
Hanya mintak hentikan perasaan tak puas hati seolah-olah 'dia' tu semua dapat…
Seolah-olah swasta ni semuanya bergaji banyak
Ada swasta yang betui la gaji banyak...

Kita semua sama
Kalau macam aku ni position tittle aku – IT ASSISTANT
Bile terjemah jadik = pembantu IT
Kalau letak dalam jadual rangking, operator ngan pembantu IT, sama ranking
Jadi tak dak beza…hanya dari segi gaji which is adil kot? sebab banyak masa korban nak amik kertas yang namanya diploma, degree, master dan bla bla.

Jadi tolong STOP amik PHD (perasaan hasad dengki)
Sebab yang sebenarnya sama
Orang pejabat perlukan operator
Dan operator perlukan orang pejabat
Semua saling perlu, semua sama penting, semua ada peranan masing-masing..
Tak dak sapa lebih, tak dak sapa kurang
Last last yang untung owner tempat niii, Managing Director, General Manager dan Japanese.

Walaubagaimanapun aku tak leh halang jugak,
Manusia mana pernah puas,
Aku sendirik pun tak puas, aku nak halang orang, memang ‘tak’ la kan
Menjadi hamba tak bersyukur memang hidup takkan bahagia..
Jadi silakan jika nak teruskan PHD anda, sebab percayalah,
Kita dengki tara mana pun kat seseorang,
Orang tu sikit pun tak rugi..Bahkan gaji dia tetap puluh ribu jugak sebulan.

Dan yang sebenarnya jugak, semua kerja ada pro dan kontra,
Tak dak kerja senang..

Sekian terima kasih.

 Wasalam


Tajuk er er er

Assalamualaikum,

Bukan rugi kalau jadik baik…
semua orang suka dan sayang walaupun 'semua' tu bukanlah orang dari seluruh dunia

bercakap tentang 'baik' rasanya ada sedikit benda aku nak kongsikan kali ni tentang blog…
dan jeng jeng sudah tentu blog aku la..

hahaha mungkin aku punya penulisan kadang-kadang, oh tak tak ,
sebenarnya 'selalu' lebih kepada luahan perasaan, tak puas hati atau pun kesedihan
Atau mungkin bajet nak tunjuk baik, atau bajet hot?
(Hahahaha ini seriusly lawak…)
sebenarnya kalau baca go through penulisan dan cerita-cerita, ada pengajaran hidup yang boleh diambil, (ececece perasan pulakkk)

ada kisah yang kononya mampu dibuat 'guideline' malah ada sesetengah solution mampu diguna pakai..konon ja lah yer..
mungkin sebagai salah satu alternatif penyelesaian..mungkin la..
yang nama lain nya 'ikhtiar' dan sedikit kesedaran ..sikit kot…(hahah kot saja lah ya… )
tu pun kalau boleh atau berupaya memahami apa yang cuba aku nak sampaikan la...
lagipun bahasa aku memang kasaq sikit..ada sebab jugak tu..bukan saja-saja

Mesti rasa pening kan apa kebenda la aku meroyan ni..iskisk
hahahah..nak jugak nak jugak buat
Dan untuk pengetahuan jugak yang aku sure semua tahu tapi tetap aku nak cakap jugak-jugak (sambil guling-guling)
Dekat hujung screen monitor anda ada satu benda kaler merah putih, (kalau window 7 kaler biru putih,)
Bentuk dia lebih kurang gini :






Fungsi button ini mudah saja, tujuan nya adalah untuk ditekan bila anda rasa  tak selesa baca ayat ayat kat blog ni
Tekan saja button ni dekat atas skali tuuu laju-laju dan insyAllah tertutuplah blog ni..silap-silap anda akan rasa puas hati ^^
Tekan saja bila rasa = I don’t need to read this ‘sampah’(waaaaa blog aku sampah ka weiii..sentap oii)
Mudah bukan?
Dengan hanya sekali klik anda akan mendapat kelegaan berganda-ganda.
Cer cuba bila time-time tengah jadik gorilla (yang berhidung kembang tapi still cute la kot) masa baca apa-apa artikel ka,blog ka dan apa-apa lah.. insyAllah dengan izin YANG MAHA ESA rasa tenang pasti hadir Hahaha.

Kesimpulannya dan maksud yang aku nak sampaikan (kononyalah): rasa rasa menyampah ngan blog ni...sila lah awak ke blog lain..kita tak suruh pun awak baca blog kita..har har..(geli oiii) fuhh sopan teruk sopan dak? ^^

Wasalam..

Thursday, August 2, 2012

Bila dah jadikkk

Assalamualaikum

sekali lagik nyaman sungguh ramadhan..
Moga ketenangan ini mampu dibawa dalam diri selama-lamanya...

Sedikit cerita nak aku sampaikan..
Tuhan tu slalu saja ingatkan kita..
Sayangnya Dia pada kita walaupun kita ini sering khianati Dia...
especially aku lah...

Satu hari di laman hi5 dan facebook,
aku telah dengan sengajanya letak satu gambaq profile yang telah diblurkan dengan sangat-sangat blur sampai susah nak nampak rupa sebenaq..,
gambar tu bukan besaq pun, kecik saja,
buat pertama kali setelah bertahun-tahun aku ada profile di laman maya aku tetiba galak nak letak profile picture..
fikiran aku " takpa la kot, blur saja, lagipun aku bukanya lawa pun, tak menarik perhatian lah"

Rupanya aku salah (okeh aku bukan maksudkan aku lawa..sila baca lagik)
di hi5 saja ratusan friend request dari insan yang namanya lelaki
Tak kira peringkat umuq!
Fuhhh!!
tak aku sangka, blur-blur pun depa lagi berminat!

Terus aku amik langkah delete profile photo tu
dan cuba teka?
Friend request berhenti..
Nyaman balik rasanya!
Hahahahah..

Kesimpulanya, kebanyakan lelaki,
kebanyakan ya bukan semua, reti..
kebanyakan mereka memilih seorang perempuan untuk kawan sebab rupa..
Hanya nak kawan kot..bukan nya nak buat bini...sigh~

Cehh hanya kerana profile photo aku bleh cakap gitu?
opkos la..disebabkan kononya aku ni nak psiko lah konon konon..last-last aku yang kena balik..
sebab ada sorang mamat tu aku cakap aku ni kulit gelap dia yang tadinya bukan main lagik dok mengayat, terus belit-belit pastu aku bagik la jarum sikit
"awak kulit cerah, kena carik yang kulit cerah jugak, baru sesuai ^^"
konon nya aku bajet nak psiko la..sekali dia jawab :
"awak ada tak kawan-kawan yang kulit cerah? bleh tolong kenalkan kat saya tak"
aku kata " insyAllah saya ada"
dia kata "hurm kenalkan dengan saya ya awak, saya tak nak yang free hair"
wah wah..siap bagitau spec lagik..bagus bagus..cemerlang sungguh sikap itu..
-_-"

Hahah dan farid, padan muka!
sebab dok tak duduk nak psiko orang

Pastu nak jadik cerita, Tuhan nak tunjuk.,2 minggu lepas aku buang profile picture
Wujud plak laman-laman himpunan bla bla bla (kena rahsiakan)
hukhuk ALLAH MAHA BESAR!

Kira macam peringatan untuk aku,
Jangan pernah langgar prinsip!
Baik baik aku sudah mengerti wahai Tuhan...

Cuma apa yang aku buleh buat bila buka laman tu adalah report kan kepada fb..
Bukan apa, kesian dekat saudara seislam aku,
Tambah-tambah perempuan...
aurat mereka dilihat oleh ratusan atau mungkin ribuan lelaki..tah tah jutaan?
Allah Maha Mengetahui...

Betoi depa salah sebab upload gambar-gambar yang tidak menutup aurat ataupun membiarkan diri mereka menjadi tatapan umum tapi aku sangat tak setuju dengan method yang admin Himpunan bla bla tu buat sebab lebih ramai lagik lelaki akan melihat gambaq depa, dah tu komen plak benda-benda yang tak baik..
dah la bulan posa,..Jadi dimana method yang digunakan tu betul?
siap komen pelac** semua..
Ini bukan kasaq dah namanya..ini namanya sabotaj...huh~
Jadi saudara perempuanku, please..remove picture anda dan hati-hati..
zaman sekarang banyak orang gila..
Moga Allah buka pintu hati mereka...

Wasalam...






Thursday, July 26, 2012

Aku rasa aku teruk

Assalamualaikum


Lepas baca apa yang Ibnu Batoota https://www.facebook.com/Ibnubatoota cerita tentang isterinya, jujur aku jadik tak senang duduk.

Kagum edisi kali ke 2 kepada isteri Ibnu Batoota, selepas kagum aku yang pertama pada sahabat aku dalam artikel yang aku tulis “dia menangis bila lelaki suka dia

Aku tak sangka, tak pernah jumpa barangkali. 

Kalau aku pi MATRI (Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah) atau join aktiviti yang depa buat, duduk dengan depa saja aku dah rasa 
“uishh kecik nya aku” 
“uishh lekeh nya aku” 
“uishh rupanya jauh lagik perjalanan aku”. 
Itu belum lagik cakap… 

Aku tahu Allah itu memandang semua hambaNYA 
Tapi kalau depa itu yang slalu basahkan lidah dengan alunan Al Quran dan zikir boleh kata 
“Apa yang hebatnya farid, akak masih terlalu hina dik” 

Pastu aku camna? Di tingkat mana kah iman aku? T_T sedih tak terkata.. 

Seringkali Tuhan temukan aku dengan orang yang hebat imannya.. 
Seringkali Tuhan temukan aku dengan orang yang indah akhlaknya.. 

Buat isteri Ibnu Batoota, (Oleh sebab umuqnya pun baru 19, jadi elok lah aku bahasakan adik dan akak ja) Dik, 
Andai Allah izin, betapa akak harap nak jumpa! 
Sungguh kita terlalu banyak bezanya! 

Dan sungguh akak jeles !
Akhir zaman ni ada lagi wanita sehebat adik!
Bersih, suci terpelihara dari segala debu-debu dosa di sekeliling..
Rasa  malu yang adik pamerkan buat kaum adam buat aku terfikir kat mana letaknya rasa malu aku?
Sikap berluma-lumba adik untuk habiskan 10 juz dalam masa sehari, buatkan aku malu kat diri sendiri, 1 juzuk sehari pun aku terkial-kial..
Cara adik jaga diri dengan baik,buat aku tertanya, selama ini sejauh manakah aku jaga diri?
Sebutir manik yang wujud di jubah hitam pun dia menjadi khuatir lelaki pandang dia..
Tetapi aku tak pernah risau pun tentang hal yang amat mudah tapi lansung tak mau buat!

Allah..sungguh kagumnya aku dengan hamba ciptaan mu ini
masih wujud rupanya insan-insan camni..T_T.

Adik ini dah bukak mata aku besaq-besaq,
kata Ibnu Batoota, isterinya buta teknologi,
Bagi aku tu satu rahmat,
Lebih baik tak tahu dari tahu tapi menglalaikan,
dari tahu tapi tak mampu menjaga,
dari tau tapi hati jadi sakit,
dari tau tapi hubungan dengan Tuhan jadi retak..
Kita bukan insan yang terlalu suci hatinya untuk kata tu tak jadi kat kita..
Buat yang mampu menggunakan teknologi ke arah menaikkan islam..Tahniah aku ucapkan
Kalian hebat..tapi aku tidak!

Ya Allah, Engkau telah menunjukkan pada ku
Bahawa jika Engkau mahu,
Engkau pasti wujudkan, Engkau pasti tunjukkan..
Terima kasih Tuhan sebab tunjuk ada lagik orang camni..terima kasih T_T

Wasalam




Monday, July 23, 2012

Ada ada saja

Assalamualaikum,
Nyamannya bulan ramadhan ni..lapang dada…

Zaman la ni kan tulis apa pun tak kena!
Cakap apa pun semua salah!
Especially cakap benda baik..

Aku pun dah naik muak untuk rasa PELIK
So bila ternampak ja peristiwa –peristiwa pelik, aku terus sengih ala-ala kerang busuk.. Busuk betoi..

Meh sini aku listkan perkara pelik yang aku nampak. Aku nampak okeh..bukan satu Malaysia nampak..

1) Bila nampak ja orang pakai tudung labuh terus si fulan-fulan ni bercakap “ cehh pakai tudung labuh bukan nya semestinya baik. Tah tah lagik teruk dari kita kita yang biasa ni”

Aku kata : haru la weiii, dah tak mau buat benda tu pi fitnah orang plak..haishhh -_-“

2) Ada seorang Ustaz tu dia nasihatkan benda baik ja..tak dak pun ayat dia yang salah..just perkara-perkara yang disalahertikan bila berpuasa. Tup tup ada komen kat bawah : “ saya bukan nak kata la, tapi ustaz-ustaz ni bukan semuanya boleh percaya sangat, banyak kes r **** + l ****..so hati – hati lah yer..nak dapat ilmu agama bukan nya dari ustaz and ustazah jerr”

Aku kata : “saya bukan nak kata” tapi dah kata pun kan,..benda baik pun tiba2 nak cakap ustaz jangan dipercayai sangat..dah tu take action la, sampaikan something dari dok salahkan something -_-“ haihhhh laaaa..

3) Post hadis ngan ayat-ayat ingat Tuhan kat wall..”eleh..tunjuk alim la kunun nya..! Puiii”

Aku kata : orang tu post pasai benda-benda ingat Tuhan bukan main lagik melenting tak tentu hala, bila orang tu post maki-maki orang, pandai plak ‘like’…
Tolong la JANGAN LIHAT PADA ORANG YANG POST tapi LIHAT PADA BENDA YANG DI TULIS ATAU DI UCAPKAN..kalau betul ikut..kalau tak betul tegur dan jangan ikut.. Dakwah bukan tanggungjawab orang tertentu ja..ianya tanggungjawab semua okeh..-_-“ apa lah...orang tu freehair sekalipun dia sebut benda yang betul misalnya “ kita haruslah bersedekah dengan ikhlas”..cer cerita kat aku part mana yang dia salah? Betul la Dia TAK MENUTUP AURAT tapi apa yang disebutnya tu kan betul…

4) Bila ada orang tegur benda salah, berderet ja komen kat bawah tu yang tolong mengata-ngata skali,hukum skali, tak kurang jugak yang backup...kemain lagik ayat power-power dan jugak ada yang siap sebut "masuk neraka lah kau" " perangai cam setan lah kau" "camni ka orang beragama tegur orang?" "korang ni benda ni pun nak jadik isu" "dengki la tu"

Aku kata : Adehhh..Tuhan tu kan Maha Pengampun, kita semua takkan tahu pengakhiran kisah hidup kita, hari-hari kena doa "Ya Allah matikanlah aku dalam iman, jauhi lah aku dari jalan-jalan kesesatan" bahasa apa pun tak pa, Tuhan tau..jadi jangan mudah menghukum "tak ketahwan hala"..JANGAN...orang yang rasa diri dia baik sehingga bila pandang orang lain semuanya dia rasa lebih teruk darik dia, haaa baik tobat banyak-banyak..MASALAH tuuu...RIAK tahap gaban dah...
Yang tolong kata, baik pun backup, ayat tu bagik kena dengan cara..apakata darik ayat masuk neraka, tukaq ja dengan ayat " Moga sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah" contoh ja okeh..tak semestinya kena guna ayat ni ..gunakan kreativiti yang TUHAN bagik...bukan guna nafsu amarah tu..

Hurm okeh la..tu dulu perkara-perkara yang aku dah muak nak PELIK..nanti aku sambung lagik...bahahaha
Wassalam ^^

Wednesday, June 27, 2012

Saya sedang belajar bersyukur

Orang jepun pernah kata mereka nak beli otak orang Malaysia sebab banyak sangat space dekat otak yang tak digunakan, tapi aku rasa aku nak beli kudrat mereka sebab mereka asyik duduk dan guna otak banyak sangat dan kudrat tu hanya jalan ke tempat yang nak dituju saja.

Hostel ada dekat belakang kilang tapi guna kereta. Sapa kata jepun rajin? Opsssss
Tapi depa memang rajin pun..hahah
Dan sebenarnya jugak Jepun bukannya pandai tapi usaha mereka yang menjadikan mereka tu berjaya. Aku kata camtu sebab ada jepun kat sini tak payah tahu pun ilmu pasal IT tapi boleh jadik bos IT.  
Tapi sebab ni kilang mereka, aku zip mulut duk diam-diam..

Bangsa mana pun kalau berusaha insyAllah ALLAH bagik. Sebab yang boleh ubah nasib kita hanyalah diri kita sendiri dan semuanya adalah atas izin Allah.

Mula-mula dulu aku rasa terseksa duduk shorubber, rasa macam apa aku perlu buat?Sampai bila aku kena camni? Sampai bila aku nak mengeluh?merungut?
Puas cari kerja pun last-last baru 2 interview yang dapat dalam tempoh 2 tahun. Hah ok lah kan, sekurang-kurangnya ada lah jugak..haishh kena blajar bersyukur banyak-banyak lagi.

Nak dijadikan cerita sebab nak  belajar bersyukur pastu nak ubah nasib diri, aku pun mula buat operasi carik duit lebih demi untuk mencukupkan duit yang konon nya asyik tak cukup.

Sasaran opis tempat aku carik makan.
Misi : jual makanan sarapan pagi
Resepi : pakai resepi abah.
Moto : nak bagik orang makan kualiti itu penting.

Penat , sangat penat tapi berbaloi untuk lahirkan sifat syukur. Berbaloi untuk ajar erti susahnya cari duit. Berbaloi untuk belajar cara hidup. Titik.

Jujur, aku rasa macam dah tak dak life. Semuanya jadi singkat untuk aku. Hari berlalu seolah-olah sehari ada 30 minit dan semua kena settle dalam masa yang pendek tu!. Cewah tak boleh blah la ayat ni.

Hahahah buat teruk sungguh aku ni.

Tapi jadual aku lebih kurang gini la : Aku bangun pukul 4 pagi untuk masak. (uishhh masak tuuu) Selalunya pukul 6 akan settle kalau bungkus, kalau tak bungkus pukul 5 lebih dah boleh settle. Pukul 6 lebih mandi ,siap – siap ke tempat kerja. Waktu kerja masuk 7.45 dan jarak pun buleh tahan, sebelum 7.20 kena ada atas jalan. So selalunya pukul 7.10 dan atas jalan. 7.30 sampai tempat kerja lalu pura-pura kerja dengan penuh dedikasi sampai pukul 5.30. Pukul 5.40 balik tapi aku tak terus balik. Singgah dulu kedai untuk barang niaga besok. Sampai rumah tetap pukul 7. Kadang-kadang awal sikit pukul 6.50. Bila dah sampai rumah, terus pi dapur untuk urus buka posa kalau puasa dan sambil-sambil siapkan bahan untuk masak besok pagi. Pukul 9.30 terus pengsan.

Kesimpulanya cari duit bukan benda senang. Nak dapat rm 15 sehari pun jalan cerita dia panjang. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.

Haish tetiba rasa aku dah tua. Sekian terima kasih

Tuesday, April 10, 2012

Berfikir sejenak

Assalamualaikum

"Kata-kata saya ni keramat, jangan sampai saya berdoa pada Tuhan supaya sekian sekian sekian"

"Kalau bukan kerana kami, anda takkan berjaya"

Fuh fuh serius confident ja beliau-beliau berucap...

Salah la kak,pak cik, kalau bukan kerana Allah kita semua takkan berjaya..
Kalau bukan kerana Allah yang jadikan akak dan pak cik, kita semua takkan di sini
Dan akak, yang makbulkan doa itu Allah lah...
Kalau kita doakan keburukan kepada orang, tak mustahil orang juga mendoakan keburukan kepada kita.
Begitu bukan?
Tapi kalau Allah itu izinkan setiap keburukan yang didoakan itu akan makbul, maka makbul lah ia ^^
Sesunggunya Allah Maha Tahu...

Ehem....first skali  macam biasa aku tak point pada sesiapa
Secondly....., aku hanya wujudkan contoh supaya penyampaian kali ini lebih jelas

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Tanpa Allah siapalah kita
Jangan katakan berjalan, bernafas pun for sure kita tak mampu..
Dia lah segalanya..setiap sedutan , Dia lah yang izinkan

Orang-orang yang kita lihat penuh dengan ilmu, yang mencipta, yang bijak pandai,
Semua tu Allah jugak yang buat,
Hak Allah sepenuhnya!
Dan kerana Allah lah mereka mampu berbuat demikian,
Idea yang terbit dari mereka itu adalah dari Allah,
Hebat kan Allah?
Takkan lah tiba-tiba semuanya turun dari langit kan?

Jadi mengapa kita sombong?
Kita cakap penuh gah, riak seolah-olah kita jauh lebih baik dari orang lain,
ish sombong kan kita dengan Allah?
Dah la Allah bagik pinjam  benda-benda yang ada kat kita ni, kita plak sombong dengan Allah,
memang tak malu la kan?

Jaga percakapan sahabatku,
Jangan mudah melatah dengan kedudukan yang Allah beri kepadamu,
Ingat ! Sekuat mana pun anda berusaha, jika Allah itu tak izinkan, pasti anda tak kemana-mana
Hari ini, esok, tulat , tunggiing, Allah dah pun tahu apa nak jadik, Allah dah atur pun semuanya...
Dan sebesaq gajah mana pun kedudukan anda,
Jika bukan kerana Allah sudah tentu pangkat baik punya tinggi bukan milik mu teman!

Dan semua contoh-contoh yang  baik aku dok sebut di atas ini dipanggil tauhid rububiyah ^^
Oh jika salah tolong betulkan
Jika ada penambahan silalah tambah

Wasalam

Terima kasih banyak kak mar ^^

Saturday, March 31, 2012

Jujur : tak pelu baca jika anda tak boleh menerima pendapat ^^

Assalamualaikum

4 hari di rumah tanpa pi shorubber rasa  nyaman,... tenang..fuh fuh...(opsss jangan marah bossss..haitttt)

Kali ni aku nak berkongsi sedikit pendapat
Tapi incik dan puan sekalian, perlu di ingat ini hanya pendapat ^^
Dan pendapat tak semestinya betul..maka please jangan sesekali naik hangin wokeh?

Tarik nafas dalam-dalam
Okeh mulaaaa...

Baik,
Bicara hari ini adalah tentang dakwah.

Ramai yang tau atau mungkin pura-pura tak tau atau memang tak tau
Dakwah sebenarnya tanggungjawab semua..
dan bukanya sekadar tanggungjawab ustaz, ustazah, cik tudung labuh dan incik kopiah, mamat dan minah dari sekolah agama.

DAKWAH:  adalah amanah yang kita sebagai manusia kena bawak sepanjang hidup!

Dakwah ada banyak cara
salah satunya  secara direct (straight to the point ja cakapnya)
dan ada juga secara lembut dan hikmah

Aku highlight dua ni sebab benda ni sangat femes  nowadays
Dua dua tak salah..
Contoh?
Saidina Umar  dan Saidina Uthman

Saidina Umar beliau seorang yang tegas,sangat terkenal dengan sifat beraninya
manakala saidina Uthman adalah seorang yang lembut sampai malaikat pun cemburu dengan sifat pemalunya

Jadi apa pointnya?
Ceritanya di sini
Ada orang yang sesuai ditegur secara hikmah,
Ada orang yang sesuai ditegur secara terus (direct),

Manusia, banyak ragamnya
Banyak sifatnya..jadi tak semua 'makan' kalau ditegur secara lembut
Tak semua 'makan' jugak kalau ditegur secara direct

Aku bagik satu situasi sebab lebih mudah untuk faham

Seorang yang letak gambar seksi dalam fesbukk (femes isu ni)

Apa kita sebagai umat islam akan buat?

1) mengumpat tapi tak buat apa-apa

yang ni banyak terjadik, dah la tengok, pastu siap mengata lagk.
perlu ingat kalau kita mengumpat tanpa buat apa-apa siap tunjuk dekat orang lain yang jugak akan mengata, si pelaku for sure takkan berubah sebab kita hanya 'kata', then si pelaku jugak boleh dapat pahala percuma ^^ sebab kita mengata dia

2) dekati dia perlahan-lahan (kenal dahulu)

ini adalah salah satu dakwah secara lemah lembut,camna caranya?
haaa...mula-mula add dia, kenal slow-slow
pastu mintak no phone
pastu kena ingat jangan cakap bab agama lagik, biaq depa sendiri yang mula dulu
i mean setiap manusia, jauh dilubuk hati dia sedalam-dalamnya,semua nak jadik baik
tak dak sapa kata dia 'mau' masuk neraka

cara ni memang akan makan masa..ada yang sampai bertahun - tahun
bergantung pada keadaan
hidayah kan milik Allah ^^

dan kalau secara berdepan plak (face to face)
mula-mula buat-buat la terpijak kaki ka,tercuit ka, pendek kata ter ter lah
then cakaplah sorry, pastu sembang-sembang la
pastu mintak no phone

oh better yang pompuan buat pada pompuan
yang lelaki buat pada lelaki...

3) comment terus kat gambar "_________ ni seksi la, tak takut Tuhan kah?"

T_T ya cara ni agak  kasar sebenarnya, ada yang boleh menerima, tapi ada jugak yang mungkin akan diakhiri dengan makian.Tapi slalunya cara ni banyak di buat oleh lelaki sebab mereka kan berani ^^

Terus terang pada pendapat aku
ya ianya tak salah
jika si pelaku malu, habis sangat beliau delete gambar tu
tak pun beliau delete komen si penegur
tak pun beliau private kan fb beliau bagi certain-certain orang saja boleh komen

tapi buleh nampak dah,
yang tadi beliau publickan gambar beliau untuk sapa-sapa saja tengok
terus beliau privatekan
baguss jugak la tapi kasaq..
ada peningkatan kan kan...

Cuma akan ada pihak yang akan berkata si pelaku telah ditegur dengan cara di aibkan
Kasihan juga sebenarnya pada si pelaku
Tapi kan, sapa yang zahirkan si penegur untuk tegur si pelaku secara direct? Allah bukan?
Bukan kah itu maknanya Allah sayang pada si pelaku? dan disebabkan itu DIA gerakkan si penegur untu tegur secara direct.


4) marah balik pada si penegur di atas

"Kita jangan mudah menghukum, kita semua penah buat salah.Hidayah kan milik Allah"

benar sahabat yang dikasihi..

jangan mudah kita menghukum orang..benar sangat
kita pernah buat salah..ya jugak benar
hidayah milik Allah...ya ya..true

tapi sahabatku, hukum itu siapa yang buat? bukankah tutup aurat tu hukum Allah?
tapi sahabatku, jika kita pernah buat salah, adakah kita mahu membiarkan si pelaku ini juga membuat salah?
tapi sahabatku, hidayah itu perlu dicari dan kerana hidayahlah Allah telah hadirkan si penegur untuk menegur si pelaku ^^


5) Inbox dan tegur secara direct

Boleh juga, ini lebih baik jika kita belum kenali seseorang
sebab sekurang-kurangnya dalam inbox..
Mungkin akan dimaki,di block dan mungkin tak dibalas lansung
sebab tu kadang-kadang tegur di gambar terus lebih berkesan ^^ sebab si pelaku akan melakukan "sesuatu"

Itu saja pendapat yang terzahir dari diri yang lemah...
ya ini mentaliti aku..
masing-masing ada their own opinion kan kan ^^
dan sudah tentu pendapat you guys jauh lebih baik dari aku..

Okeh cerita perkongsian tamat

wasalam

Monday, March 26, 2012

Muslimah part time yang membosankan

Assalamualaikum

"Baik tak dak keja  asalkan aku boleh jadik muslimah full time"
Ini antara fikiran mudah aku yang pernah terlintas sebab tak tahan dengan situasi dan keadaan.

Aku cuba untuk blajar menerima seadanya tentang keadaan aku sekarang,
SYUKUR dengan rezeki yang dikurniaNya,
tapi KECEWA dengan keadaan diri yang asyik jadi muslimah "part time"
RINDU dengan muslimah full time!

Dok tanya sampai bila kena camni tapi dah 2 tahun dah !
Siap depan cermin with rasa tak dak rasa redha

Aku tak selesa!BETUL!

Satu masa dulu...
Baju, aku  labuh sampai paras lutut
Tudung, aku biar labuh melepasi dada,

Tapi la ni?
Baju, atas satu jengkal setengah dari lutut
Tudung,kena masuk dalam baju
Seluaq, nah NAMPAK dari paras paha ke kaki

Aku cuba  faham situasi baju aku yang singkat tapi longgaq
Aku cuba  faham tudung itu katanya untuk tujuan keselamatan sebab aku kerja di kilang,
nak nak pulak bahagian komputer, ada sedikit terlibat dengan masuk bahagian yang ada mesin..
Aku cuba nak faham, seluaq itu mudahkan pergerakkan

Tapi aku tak pernah faham!
sebaliknya ada rasa heran..
tiap tiap hari heran

Aduh sakitnya!!!!.
Luka paksaan yang semakin hari semakin besaq!

Kakak : sebenarnya kerja macam mana farid idamkan selain mengajar  ataupun pasal komputer?

Aku : kakak, saya tak pernah pilih, kerja kat kedai buku pun saya sanggup asalkan saya boleh jadi muslimah sepenuh masa

Kakak : jadi awat farid tak berhenti?

Aku : saya tak berhenti sebab saya disuruh berfikir sedalamnya, ibu bapa saya minta saya consider,depa kata saya kena pilih kerja yang berbaloi, maksudnya yang saya boleh lepas bayaq duit minyak, makan, ptptn dan moto saya. Disebabkan hal tu saya masih dihalang. Ikutkan hati, dah lama saya jauhkan diri. Saya tau saya tak sempurna tapi hati saya asyik menjerit minta jauhkan diri. Longgarnya syariat....Saya tak salahkan parent, saya faham ada betoi nya apa yang depa cakap.

Kakak : adik, islam tak dak paksaan, pelan-pelan carik jalan untuk keluar, banyakkan solat hajat. Moga Allah bantu adik untuk keluar darik situasi ni.

Aku : Doakan saya kakak. Terima kasih.


Mungkin bagi yang tak paham situasi aku akan cakap benda camni pun nak sedih
Tapi cukuplah kalau tiba-tiba aku paksa sapa-sapa pakai tudung labuh bagi pompuan
pastu kalau yang terbiasa berkapel untuk jangan berkapel bagi lelaki dan pompuan,
Apa anda rasa?PAKSAAN bukan?

Jadi tu la situasi aku!
Aku tak baik, sempuirna?? nooooo...
Ya aku teruk, betul!
Tapi aku dah terbiasa Allah izin untuk melabuhkan tudung,melabuhkan baju
tapi tiba-tiba tudung dan baju aku singkat
Aku tak pernah ikhlas pakai baju macam tu pi kerja!

Saudara seislam aku yang aku kasihi,
Andai tulisan blog ni dibaca,
Aku mintak tolong banyak-banyak,
Tolonglah doakan semoga Allah izin aku menjadi muslimah full time semula
Tolonglah doakan semoga Allah izin kita semua menjadi yang terbaik di sisiNya,
Tolonglah doakan semoga dikurniakan rasa CINTA kepada ALLAH...
Aminn......

Wasalam

Sayangnya mereka.........

Assalamualaikum,

Akhirnya Allah mendengar rintihan hati,

Terima kasih Ya Allah,

Dah lama sejak keluar dari politeknik,
halaqah tak pernah konsisten aku ikut,
Sat sat ada halaqah,aku boleh ikut..
Sat sat ada halaqah, aku lansung tak boleh ikut....

Tapi kebanyakkan nya tak boleh ikut pun..
Alasan kerja,
Itu alasan yang aku sebagai manusia bagi alasan kat manusia,
Tetapi Allah tu lebih TAU..
samada alasan itu boleh terima pakai atau tidak...

Nak dijadikan cerita,
Ada lagi yang sayang!
Yang masih peduli dengan keadaan rohani aku, akhlak aku dan fizikal aku..
Dengan menjadikan kak ton (isteri cikgu azmi -murabbi aku) dan kak mar sebagai pengantaraan,
Allah telah menunjukkan betapakasih sayang NYA

Serius, sewaktu aku dengar kata-kata mereka,
Aku mahu sujud syukur kat situ
rasa nak nangis..

Benda ni jadik masa majlis reunion
waktu aku pelawa kak ton dan kak mar untuk makan kek yang aku buat...

Selesai makan,
kak mar menghampiri aku.....

Kak mar : Farid, kak mar nak tanya, boleh tak lepas ni kak mar dan kak ton buat halaqah khas untuk farid?

Aku : Maksud kak mar?

Kak mar : Kak Mar faham, farid sibuk kerja dan lansung tak sempat nak ikut halaqah mak cik rohainon, jadik kak mar ingat, kak mar dan kak ton nak buat halaqah ikut masa farid free bila...

Aku : Betul ka kak mar? Allah...terharu sangat...sampai macam ni skali kak mar......(manahan sebak)

kak mar : ya farid, kak mar dan kak ton sayangkan farid, jadi rugi kalau farid tinggal kan halaqah macam tu saja..2 minggu skali pun tak pa lah farid, janji farid ikut halaqah........Bila farid free slalunya?

Aku: Slalunya ahad kak mar, sebab ahad tak kerja, sabtu pun ikut hari...

Kak ton bangun dan duduk di sebelah aku, diambil tangan ku dan dipegangnya...

Kak mar : Kalau macam tu hari ahad boleh, waktu pagi atau petang farid free?

Aku : sebaiknya pagi sebab petang susah sikit..

Kak mar : tempat? farid boleh mai beseri?

Aku : insyAllah boleh, sebab tu kena pagi,..

Kak ton : kalau pagi kak ton tak boleh sebab ada program...kalau petang insyAllah..

Aku : petang tu boleh selagi tak lewat petang kak ton, sebab insyAllah saya pergi beseri dengan moto jadi abah tak izin kalau jauh sangat pastu balik lewat petang sorang-sorang..

Kak ton : oh kalau camtu lepas zohor tu elok la

Aku : Boleh boleh, terima kasih kak ton, terima kasih kak mar

Kak Ton : sama-sama..InsyAllah jika kita berhajat, Allah pasti mudahkan jalan...banyak-banyak solat hajat, mohon pada Allah....

Aku genggam erat tangan kak ton,
Sebelum pulang aku peluk dan cium kak mar dan kak ton...
Sayu rasanya untuk berpisah..
Sebab bila tengok depa,
Ada satu rasa ketenangan yang luar biasa dalam diri..........

........................................................................................

Hari ini aku sedar,
Betapa jika kita berhajat pada kebaikan..
Allah pasti mudahkan
Allah pasti hadirkan.......

;....................................................................................


Kenapa halaqah penting?
-Sebagai ingatan buat diri kita yang lalai.
-Banyak persoalan boleh terjawab dengan halaqah
-banyak perkara boleh belajar contoh belajar untuk bekerjasama, saling pimpin memimpin, saling ingat mengingati...
-belajar berbincang
-belajar menyampaikan idea

dan untuk lebih lanjut sila klik sini

BUAT SAUDARA SEISLAM KU
JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH 
SEBAB ALLAH ITU DEKAT! 


Wasalam

Camtum jiwa

Assalamualaikum,

Kelmarin 25/3/2012,
bertempat di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Satu majlis reunion telah dianjurkan oleh adik-adik pusat islam politeknik baik yang masih di poli dan yang sudah keluar dari poli,

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Bersyukur kerana dengan izin Allah aku dapat bertemu adik-adik baru, lama dan sahabat-sahabat yang dah sekian lama tak jumpa.
Yang dah membara aku pendam rindu

................................................................................................

Melangkah masuk ke pusat islam,
Hati sayu, jiwa rasa sedih bercampur kegembiraan.
Seribu kenangan kat sini...

Cuma bezanya,
tak semua sahabat dapat berkumpul,
Itu yang membuatkan ada 'sesuatu' yang 'kurang'...

Tapi kekurangan itu ditampung dengan kehadiran adik-adik yang sangat ramah,
adik-adik yang sering tersenyum ikhlas,
adik-adik yang sudi berkongsi cerita dengan seorang kakak yang baru dikenali,
adik-adik yang sudi mendengar dan melayan kerenah seorang kakak yang asyik lupakan nama mereka..
Jazakillah adik-adik ku..beruntung akak dapat kenal adik-adik ^^

BERTUAHNYA MEREKA

Ya bertuahnya mereka, Allah pelihara...
Akhlak, dressing, fizikal dan rohani,
Cantik semuanya...

Cemburu?
Tipu kalau aku kata tak

Cemburu dengan akhlak yang baik
Cemburu dengan status mereka "muslimah sepenuh masa"

Nak dibandingkan dengan aku,
seorang "muslimah separuh masa"
akhlak pun tak seberapa...

Buat sahabat dan adik-adikku sayang,
Beruntunglah kalian
kerana Allah masih izin kalian menjadik muslimah sempurna
kerana Allah masih izin kalian terpelihara,.

Buat saudara seislam ku,
Apa ditangguh lagi?
TUTUPLAH AURAT MU SAYANG..............
Selagi Allah masih izin..selagi Allah masih mahu peduli....

Wasalam









.........................................................................

Saturday, March 24, 2012

PAKSA?

Assalamualaikum,

Cer story kat aku apa rasa bila kena paksa?
Buat satu benda yang kita TAK MAU?

Contoh 
Ada satu peraturan ketat kat sebuah pusat pengajian tinggi,
Wajib pukul  4 pagi semua kena bangun stadi
Jadi setiap pukul 4 pagi stau siren kuat akan bunyi selama 5 minit
Nak dijadikan cerita, oleh sebab pihak pengurusan menjadikanbenda nihwajib,
setiap bilik dipasang pulak satu siren yang boleh dikawal dari jauh,..

Walaupun contoh ni agak merapu tapi cuba pikirkan perkaitanya dengan paksaan

For sure ramai antara penuntut pusat pengajian tu akan rasa tertekan
sebab kena ipaksa untuk stadi pagi-pagi buta
Tak bangun siap ada siren khas lagik
Memang paksaan lah..

Tapi brapa ramai yang nampak kebaikan dalam paksaan?
Brapa ramai yang sudi untuk bangun stadi?

Silap-silap lepas 5 minit siren bunyi pakat tiduq balik kan?
Sapa yang TAU?

Camtulah ISLAM sekarang

Seolah-olah PERATURAN yang ALLAH buat jadi satu paksaan
Cuma bezanya, kalau tadi dekat pusat pengajian tu tak dak sapa boleh MONITOR untuk bangun atau tak
Tapi kalau ISLAM, ALLAH buleh monitor secara direct..

Tapi tetap jugak brapa ramai yang betul-betul cuak bila TAHU ALLAH MAHA MELIHAT?

KENAPA KITA TIDAK TAKUT?

Cuba layan perbualan ni...

Si A : Muda hanya SEKALI, kita ENJOY dulu

Si B : ha ah elok sangat lah, MATI pun skali jugak

Si A: BELUM BERSEDIA la

Si B : Camna kalau MATI sebelum ALLAH izin bertaubat? pastu kan camna kalau ALLAH pun tak sedia nak bagi kita nafas?

Si A:  Ramai orang cuba nak jadik ustaz dan ustazah sekarang ni..huh~

Si B :  Salah kah semua orang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah? Tu tugas kita sebagai manusia bukan? Kenapa bila orang buat jahat tak cakap pun "ramai orang cuba nak jadik setan dan iblis?"

Si A: kasar bahasa incik B

Si B: opsss maaf kalau buat incik A terasa, tak dak niat cuma hairan , bukan suruh buat jahat sebaliknya suruh buat kebaikan, dunia seolah terbalik, yang berbuat BAIK dipandang LAIN MACAM, yang buat JAHAT itulah TREND atau BIASA?

Si A:  alaahhh, yang bertutup - tutup tu, yang berkopiah tu, yang skolah agama tuuu, yang baikk tu...(ayat membosankan) BUKAN nya baik sangat! Mengumpat number 1, tu tak kira yang maksiat lagi, kalah saya ni incik A, Sekurang-kurangnya saya ni tak la buat cam mereka-mereka

Si B: hah ini lagik satu hairan ni, yang suruh buat amal makruf nahi mungkar tu sapa? MANUSIA kah?
Huh dah la ALLAH bagik pinjam nafas, anggota badan, kehidupan...tu tak kira lagik muka bumi yang kita pijak, mana nak kira dengan rumah lagik, kerja lagik..Tup tup baik punya SOMBONG dengan ALLAH, nak suruh BUAT YANG DISURUH  pun carik ALASAN lagik

Si A: bukan carik alasan incik Boi, cuma cuba tengok...yang dok nampak BAIK sebenarnya lebih teruk dari yang DISANGKA JAHAT...

Si B : Aiyakk incik A, siapa yang sering SANGKA? MANUSIA  bukan? Pentingkah sangkkan mereka? Awat bukan incik A yang ubah semua..?Ubah spekulasi yang incik A kata tu, jadi yang terbaik then baru lah tahu...

Si A: Incik B, saya ni memang nak berubah, cuma pelan-pelan la, BUKAN SENANG nak berubah TIBA-TIBA, apa pulak ORANG CAKAP nanti? dan lagi satu ni incik B, bukan kita patutnya DOAkan mereka? BUKAN hukum ! HIDAYAH kan HAK ALLAH?

Si B: ya perubahan tu memang perlukan MASA, jadi kenapa perlu mencarik SALAH pada yang juga CUBA untuk berubah?

Si A: apa incik B cakap ni? belit -belit la

Si B: Yalah, iman ni ada naik turunnya, pastu yang tadi incik A kemain best ja cakap yang tutup-tutup tu, yang pakai kopiah tu lebih teruk tu?
Bukan kah mereka jugak macam incik A, nak jugak berubah cuma pelan-pelan jugak kan?

Si A: Iman naik dan turun?

Si B: Yup, dan sebab tu lah kita kena sentiasa hadiri majlis ilmu, baca quran, zikir , BUAT apa yang ALLAH SURUH, TINGGAL apa yang ALLAH LARANG..sebab kita nak sentiasa beringat-ringat..Betul yang tutup- tutup tu belum tentu baik tapi kalau tak TUTUP?

Si A: Amboi incik B,ada tau orang yang tak tutup tu lebih baik amalan dia tahu

Si B: Betul ADA, cuma kalau amalan nya baik, SUDAH tentu dia tahu apa yang dilakukan nya itu SALAH, bukankah itu LARANGAN, jadi bila langgar? Hukum ALLAH tu..kalau BOS kat tempat kerja kita TAKUT dan HORMAT kalau ALLAH?yang bos kita tak suka semuanya kita nak ikut...kalau ALLAH tak suka? Sedangkan ALLAH tu besar lagik dari BOS tuuu
Dan lagik satu, bila kita buat sesuatu AMALAN dan kita merasakan KITA JAUH lebih baik dari ORANG LAIN, lalu disebabkan itu kita tak TUTUP ataupun bagi yang TUTUP kita BUAT DOSA atas alasan KITA JAUH LEBIH BAIK DAN TAK MENGAPA KALAU KITA BUAT?
Dah lain macam dah tuuu incik A...

Si A: Bukan orang tak tutup ja yang jadik camtu, yang tutup pun bercambah!

Si B: Ha ah betoii tu, thats why balik pada yang saya katankan tadi, IMAN ada NAIK dan TURUN...jadik incik B, yang tutup atau tidak kena perbaiki DIRI, ISLAM bukan untuk orang yang tutup saja, IANYA UNTUK SEMUA..
KITA SEMUA HAK ALLAH, kita semua pinjam BARANG ALLAH....Jadi untuk apa kita SOMBONG?
BERUBAH sementara ALLAH masih MAHU beri peringatan..

Si A: apa maksud incik B?

Si B: incik A rasa, takkan tiba-tiba saja ada orang cakap pasal KEBAIKAN dengan kita? Takkan tiba-tiba kita terdengar ceramah agama? KEBETULAN?  MESTI ALLAH yang jadikan semua tu pengantaraan untuk TEGUQ (tegur) kita..Ada orang yang ALLAH teguq secara direct, ada orang yang ALLAH hadirkan pulak sesorang untuk teguq kita..JADI bila ada orang teguq ketahuilah yang itu dari ALLAH, incik A...Dan maksudnya, ALLAH RINDU, ALLAH MASIH SAYANG dengan kita...
Tapi sayang tau, brapa ramai antara kita yang berpaling, tinggal kan ALLAH...
ALLAH sendiri penah kata :

Wahai anak Adam!
Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! 
Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam!
Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

"Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan
sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.
Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."


Cuba tengok incik A, sayang dak ALLAH dekat kita? T_T tapi kita?

(Reaksi kemungkinan dari incik A)
Reaksi 1 : T_T
Reaksi 2 : Saya tengah berubah lah niii
Reaksi 3: wahh kemain pandai lagik incik B berkata-kata tapi incik B tu buat ker?

Cerita tamat ^^

Yesss aku kOLOT

Assalamualaikum,

Ya aku KOLOT,
Jadi awat?

Aku KOLOT sebab aku tak sudi terima percakapan yang tak senonoh dari kaum ADAM,

Aku KOLOT sebab aku tak sudi mengwujudkan hubungan yang  belum tentu masa depan dengankaun ADAM

Aku KOLOT sebab baju nak besaq-besaq yang mana orang cakap macam makcik-makcik, tak style lansung!

Aku KOLOT sebab tudung pun nak besaq-besaq...

Jadi awat kalau aku  KOLOT?

Sedikit duit orang aku tak sentuh atau kacau
Andai pandangan terasa sesak, jangan LIHAT aku..MUDAH bukan?

Aku tidak mungkin memandang orang seolah-olah aku manusia paling BAIK
Nak judge orang? Fuh takdak makna ok!
Baik judge diri sendiri itu lebih baik sebab kita takkan penah tahu APA kita pada ALLAH!