Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, October 15, 2010

Kenangan dan emosi

Assalamualaikum


"Enti, ana teringin teh strawberi, heheh..."
"Meh la bilik ana, ana bancuhkan"
"Ahaaaa insyAllah ana pi lepas isyak okeh" 
"Okeh enti..ana tunggu"


Pada waktu tu Tuhan saja yang tahu,
Seronoknya bukan main kepalang....
seorang sahabat yang sering bersama waktu susah dan senang mau bertendang menyinggah ke bilik..


Ada satu "waktu."
"Waktu" yang  takkan aku  lupa sampai ke hari ini....
Malam,
Esok kelas cancel...Jadi lokasi aku adalah bilik sahabat yang tersayang...
Kehadiran aku seringkali disambut dengan gembira..
Seolah-olah komputer yang bakal di "upgrade" 
Seolah-olah sudah lama tidak bertemu...


Pada "waktu" tu aku memendam rasa...
Menghalimunankan atau lebih tepat lagi "hidden file" yang tak patut di lihat....
Kononnya cuba untuk happy....
Tapi ternyata, 
Sahabat aku still boleh "detect"
Kuatnya "anti virus" kasih sayang yang beliau pakai, 
hinggakan "trojan" sedih yang aku cuba sembunyikan beliau berjaya "scan" walaupun di dalam hidden file...
Aku keluarkan semua data yang dah dijangkiti virus
Beliau mendengar dengan baik...


Sehingga sampai pada satu "hidden file" yang tersembunyi di dalam "document and setting" dalam "local disk c',
data-data tersebut seperti tersekat......
aku tak mampu lagi menahan virus sebak...
Perlahan aku muntahkan sejenih titisan yang bernama "air mata"
Sahabatku menyapu air mata ku....
"Sabarlah Farida, enti janganlah sedih...Kalau enti sedih, ana lagi sedih
ana sayangkan enti, Enti jangan sedih ya"
Lalu dia dodoikan aku dengan zikir "Lailahaillawah" 


Takkan aku lupa alunan itu...
Takkan aku lupa detik itu...
Yang pasti satu ketenangan yang membuatkan diri yang lalai ini kembali mengingati Tuhan...
Virus yang tadinya menguasai, telah di "delete" dengan jayanya....
Terima kasih wahai sahabat....


Namun kini....
Rasa amat terkilan dihati...
Ketika beliau hilang orang penting di dalam hidupnya
Aku tidak disisinya
Ketika beliau sedih mengalirkan air mata,
Aku bukan disampingnya....
Ketika beliau menghantar mesej kepadaku,
Lewat petang baru ku balas...
Dimana peranan ku pula sebagai "anti virus"?
Dimana tugasku sebagai "firewall" yang sepatutnya setia "on" dalam  "operating system" ?


"Kesibukan" ku jadikan alasan...
Tugas "dakwah" aku tangguh-tangguhkan
Hinggalah sahabat sendiri memerlukan aku pun.., aku tidak disitu....


Moga-moga Tuhan temukan kami buat kali terakhir......
Sebelum sahabatku pulang ke kampung halamanya.....
Agar aku dapat memeluknya dengan puas.....
Agar aku dapat memohon maaf darinya..
Agar dapat ku katakan aku sayang padanya....
Agar dapat ku tatap puas wajahnya....


Wahai sahabat..maafkan aku.....
Kerana aku bukan sahabat terbaik untuk mu.....




Sunday, October 3, 2010

Tabiat "some" human

Assalamualaikum





Dia suda mau buat dah…
Darik cara gerakan memang sah..hoh konpiden betoi
Dia senget badan pastu buat muka lega..
Haha..bajet tak dak sapa tengok..ceh..
Kena spesis manusia yang “suka perhati orang” dok usha dia,
Haishhh...lagi pown tabiat manusia adalah satu perkara yang paling besh untuk ditengok
Fuhhh sedap betoi dia kentut, bau pown leh tahan..
Nyesal aku tak tarik nafas awal-awal




Apa reality sebalik perkataan yang aku sedikit sebanyak mengarut neh?
Ada manusia yang buat jahat tapi bajet tak dak sapa tau
Tapi hakikatnya ? Tuhan kan tau
Lupa ka?
Ya depa lupa…Kalo depa ingat dan takut Tuhan, takkan depa buat kan?
Ramai yang tau hakikat “Tuhan tengok apa yang kau buat”
Tapi tak ramai yang betoi-betoi “ingat Tuhan” bila nak buat jahat
Opsss sat sat beb, aku tak kata kentut tu jahat
Tapi amik la analogi kentut tu sebagai nasihat yang mendalam dan tersirat (chewahhh)




Ibarat kita rasa si fulan tu atau si fulan neh takdak
Alaaaa...depa bukan tau pown kalo aku buat..
Ceh kalo nak curik buat la depan-depan..huh~
Macam la ada orang brani curik depan-depan?
Tapi zaman la tak leh kira gak
Macam-macam da jadik,
Bunuh orang cam sembelih ayam..kejam…






Al-kisah bila “geng” aku balik cuti aritu
(Heheh geng itu adalah adik sekutu aku, kami bleh kata ibarat kawan baik sebab beza umuq cuma setaun)
Dia stori kat aku satu kesah
Hostel dia banyak orang “kebuluq” (terlebih lapar – ibarat tak makan lama dah)
Aku sebagai kakak mithali (ecece) pown tanya “apa pasai weh?”
Dia kata makanan yang dia beli bila letak dalam peti ais abeh ilang,
Disapu ngan sangat licin..sampai tuan sendirik tak dan nak amik secebis..
Adakah: hampeh punya orang?, kuceng pandai bukak peti ais?, makhluk ghaib?..


Skali dua bleh la niat sedekah
Tapi kalo da berkali-kali agak “perit” la
Beli bajet nak breakfast before pi kelas,
Tapi benda tu bleh takat jadik niat ja la..
Buka peti ais bisok pagi
Kabushhh = aik? wahhh ajaibnya...
Pi mana susu kotak yang simpan tu? salah letak?
Selongkar punya selongkar peti besi ais tu tak jugak jumpa…Kecewa
Nak buat camna adik oii, tak dak rezeki kau..


Dan benda keep happen,
Sapa saja yang simpan mesti ilang..
Memang sah..ada pencuri..
Maka aku telah memberi idea yang jahat gila
Memang sangat jahat
Buahahah..(gelak sangat jahat)
Dan rancangan neh menjadik rahsia..oh yeahhhh




Bukan nak buat aniaya kat beliau “si pencurik”
Tapi sebagai pengajaran buat beliau
Agar dia reti mintak dulu pada masa kedepan
dan paham “that thing” bukan dia “punya




Nak tuduh lagik la naikk mazmumah ati
Pastu dosa mengata lagik..isk isk isk
Bek kita carik dulu “sapa si pencuri”
So kita bleh bincang balik elok-elok..


Apa-apa pown kalo tak dapat tangkap jugak,
Moga Allah bukakan pintu ati pencurik tersebut..
Kalo takdak manusia nampak,
Tuhan tetap ada untuk “lihat”
Ingat tuuu…


Wasalam