Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, December 21, 2012

tak tara mana pun tapi boleh la kot

Assalamualaikum


Kali ni aku nak bagik tips untuk sapa sapa yang merasa
1)  Dilupakan
2)  Dicari-cari ketika susah sahaja
3) Orang buat salah dengan kita pastu dia yang marah kita 
4) Kecewa

First of all kena muhasabah diri..kita selalu rasa orang yang buat kat kita tu saja kejam kan, tapi kita? Sedarilah as human being  kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kata-kata kita yang kita melawak tu sebenarnya kawan atau sahabat kita terasa hati. Mungkin jugak attitude kita tu tak disenangi..

Hopefully lepas ni kita stop untuk asyik rasa semua orang saja salah..sebab mungkin punca masalah dan kesalahan adalah dari kita..sekalipun kalau kita dah puas muhasabah dan tak jumpa-jumpa  jugak  masalah diri sendiri ,kembali lah berfikir yang sebagai manusia kita takkan lari dari kesilapan.

Pastu kalau lah kita ni selalu ada feeling benci – benci or  tak suka orang, tak mustahil akan ada orang juga tak suka kita..so tak boleh nak salahkan orang yang melupakan kita atau tak suka kita. Apa-apa pun kita lah yang salah. Ha kan senang  fikir gitu.

Untuk kawan yang jenis suka cari kita waktu susah pulak,
Aduh kalau spesis ni aku pun rasa sentap jugak..ikutkan nafsu  jahat dalam diri aku malas nak tolong, silalah carik orang lain..Bila  senang-senang tak pernah nya tanya khabar kita, bila susah dia mucul Tanya khabar supaya kita dapat membantu permasalahan beliau..

Tapi untuk positifkan diri anggap sajalah mungkin kita juga pernah melakukan sedemikian rupa (walaupun hakikatnya kita susah camna sekalipun kita takkan carik orang untuk diajak susah sekali melainkan kita susahkan diri sendiri dan mak bapak serta adik beradik)

Untuk orang yang buat salah dengan kita pastu dia plak yang hangin..hohohho..dah la buat salah pastu di marah nya pulak kita..aduh la..perkataan paling simple tu lah susah nak cakap kan..kita ni punya lah berharap orang tu akan mintak maaf  walaupun dengan hantar mesej ‘saya mintak  maaf’ tup tup dia buat derk macam tak dak benda berlaku.

So to handle with these situations just avoid this people. Serius. Sebab kalau kita terus saja bersama mereka kita tetap akan menghadapi symptom sakit jiwa punya . maka lebih baik la sangat-sangat untuk elakkan orang-orang ni. Bukan nya aku maksudkan putus kawan ka apa ..jangan la gitu..tak baik tau..Cuma maksud aku cakap tetap cakap tapi nak rapat tu tak perlu kot.

Aku punya pendapat bukan lah maksudnya the best pendapat tapi kalau kita selalu sangat rasa diri kita baik sebab tu lah punca kemurungan dan sakit jiwa. Sebab kita tak pernah perbaiki diri dan terlalu  sibuk tengok salah orang kan kan.

Last skali bila jadi semua ni kat kita, kita akan rasa kecewa sangat. Oleh itu cara-cara untuk mengelak kekecewaan yang telah menyerang  diri kita is banyakan solat hajat, solat malam dan taubat.Jangan lupa zikir dan baca Quran.

Percayalah seribu satu cara pun kita cuba hati kita tetap takkan tenang kalau kita tak kembali kepada Dia. Luahkan sungguh-sungguh pada Tuhan sebab Tuhan adalah pendengar yang takkan pernah bosan dengan cerita kita, yang takkan berpaling dari kita dan yang tetap sudi melihat kita sekalipun sebesar gunung dosa kita bawa kepadaNya. Plus, percayalah bahawa kita tak sorang, sebaliknya kita ada Allah.

Lagi satu kan, kita suka sangat burden si  otak kita dengan apa orang nak fikir. Semua tu punca kepada stress yang tak sepatutnya wujud pun. Toksah la dok pikir apa nya orang nak pikir. Kalau benda kita buat tu  tak menyalahi syarak, kena gayanya dan bukan perbuatan mungkar serta ada good advised, tak perlu kot kita nak takut apa orang nak kata.

Hahah kesian kat kita ni tau. Asyik risau pendapat orang saja tapi pendapat BIG BOS  kita tak pernah la kita nak amik tau. Sedangkan DIA lah yang berhak kita takuti. Tau pasai pa kita jadik gitu? Sebab kita tak pernah cari DIA, kalau kita cari mesti kita fikir..cayalah cakap aku walaupun aku ni tak tara mana pun.heeee…

Sekian untuk tazkirah hari jumaat. Haha..

Wasalam. 

Wednesday, December 19, 2012

hidup yang berfasa ka?


Assalamualaikum

Benda yang paling best la ni bila dalam rumah cuma tinggai ibu, abah n aku..tetiba rasa macam anak emas..hahah ..

Teringat baru-baru ni aku sangat stress dengan keadaan kerja, aku balik tak tahan sangat-sangat terus  menangis macam anak kecik yang kesakitan depan ibu dan abah..malu lah jugak tapi ada satu kepuasan yang aku rasa mak n abah aku diam saja dan dengar dengan baik apa yang aku cakap sampai la aku dah puas baru abah aku bagik nasihat..ohoooo sungguh terasa seperti dimanjakan, pastu malam tu abah pun masak yee mee hot plate kat aku, kasi hilang stress dalam otak..

Kadang-kadang bila aku nak rasa tak syukur terus aku teringat balik yang aku ni sangat bertuah.. for at least ada ibu bapa yang memahami..Mereka lah ibu dan abah, merekalah sahabat yang sudi temani aku tak kesah la aku buruk ka, aku jahat ka, aku cacat ka, aku sakit ka..syukur for having parent yang macam depa..Alhamdulillah..ya ya aku tahu mak bapak orang lain pun gitu jugak..saja galak aku nak cerita ja..holoh..huh~

Hidup ni memang fasa kan..(ni  macam kenyataan tanya tau)

Masa aku kecik dulu aku selalu rasa, betul ka ibu abah aku ni sayang aku? Kalau sayang awat depa marah..at that time aku rasa pelik..sebab apa la abah  aku ni garang sangat? Sebab apa aku kena rotan?
Tapi bila aku dah masuk umuq 23 baru aku faham..oh this is the reason..nak suruh aku jadik manusia rupanya..bukan nya aku nak kata zaman sekarang  ni cara  psikologi tu tak bagus dan cara bapak aku tu the best tapi cuba la tengok budak-budak sekarang..seriously  mereka terlalu dimanjakan..sampai tak tahu apa maksud ‘hormat’..

Aku rasa tak perlu kot aku cerita detail apa yang tak kena dengan budak-budak sekarang, tak yah susah-susah tanya pak cik google..go out there dan see for yourself…you will see ‘what’ going on..trust me ^^

Ah jalan cerita aku macam dah lari dari topic asal..hidup satu fasa
Fasa kita kecik, remaja dan separuh dewasa dan dewasa

Bila kecik everything is about study, sekolah baguih mana hang masuk dan university mana hang belajaq..

Tapi  bila aku dah sampai umur 23 tahun, soalan yang berbuih mulut orang sekeliling akan tanya is “BILA NAK KAWIN?”

So hipotesisnya yang boleh dibuat :jika tak kawin maka makin berbuih lah mulut orang..hahah boleh gitu?

I wonder why mak cik tu tak tanya “BILA NAK PI HAJI ?” kah kah..sedap la sikit aku dengaq kan..

Aku memang dah biasa tiduq sorang-sorang dalam bilik aku kat rumah tu sebab  aku ada mind set “nanti 3 haribulan nanti nurul nak balik…tak sabaq nya” so aku tak kesah tiduq sorang-sorang…
 tapi la ni kadang-kadang tu aku mesti teringat “dulu nurul pernah tiduq kat situ..”
“dulu aku dan nurul penah sembang sampai pukul 3 pagi, cerita tentang hidup masing-masing”

Bohong  kalau aku kata rasa sunyi tu tak dak..rasa kehilangan sebab  darik kecik lagik tak pernah berpisah, kalau berpisah pun sat saja masa masing-masing sambung belajaq..jadi bila dia jadik hak orang aku faham tumpuan dia, tanggungjawab dia adalah pada suami..sebab dia dah sampai fasa berumah tangga iatu dewasa..jadi as kakak yang perasan mitahli ni aku kena faham ;p

Dan pulak elok adik aku abeh belajaq terus dia kawin..mungkin sebab tu kot aku rasa something is missing… kami sangat-sangat rapat..no secret between us..mesti nak cerita jugak kalau benda tu berkaitan diri masing-masing..oh rindunya T_T

Nak dijadikan cerita masa adik aku ada dulu, kalau malam-malam bunyik apa-apa aku terjaga mesti akan beralih tengok kat  tempat dia tiduq tu,tengok dia ada pastu tak rasa apa-apa dah sebab ada la jugak kan orang lain dalam bilik tu…tapi lepas adik aku dah kawin,ada satu malam tu aku dengaq bunyik orang golek-golek atas bumbung pastu terjatuh atas lantai kat tingkap bilik aku..aduhh..dah la terjaga with a lot of terkejut..tengok jam baru pukul 2 pagi..baca ayat kursi tak leh tiduq jugak, terus aku keluaq pi tiduq ruang tengah..rupanya abah dan ibu aku pun tak tiduq lagik dan dok tengok tv kat ruang depan..so incik abah pun tanya la :

Abah : awat kakak?
Aku: nak tiduq kat sini..takut..ada bunyi kat belakang
Abah : masuk pi tiduq bilik ibu n abah nuh
aku: takpa, sini pun buleh kot..
Abah : ibu pi panggei kakak tiduq kat bilik nuh ,kakak masuk tiduq bilik abah, tang tu sama lah jugak..

Ibu pun mai tarik aku soh masuk bilik..jom jom
Aku dengaq-dengaq abah kata tiduq tang tu pun sama jugak kena usik terus cuak so bangun la tiduq dalam bilik ibu dan abah..

oh seriously 23 tahun tiduq bilik  parent? 23 ka? I thought I baru 7 tahun..T_T

Esok pagi tu ibu pun cakap “kena cari teman cepat ni” sambil sengih-sengih..
oh maluuu nya..
bukan sebab ibu cakap gitu tapi sebab aku buleh plak pi belasah tiduq bilik ibu n abah..iskisk..
sadisnya aku ini..sejak bila la aku jadik penakut ni..hoh~ selalu kalau bunyik bom meletup pun aku tak sedaq, la ni kalau letrik tak dak pun aku dah jaga, hujan pun aku mesti jaga,bunyik guruh lagik la aku jaga...cerita hantu yang ditayang after 11 pm  aku avoid..

oh adakah ini tanda aku rasa sunyi atau situasi ni akan berlaku bagi adik beradik yang sudah berkawin?
Fuhhh teruk punya orang..-_-“

Mungkin bila fasa dewasa aku sampai aku takkan jadik penakut dah kot..mungkin?

Entah..nak cakap pasal masa depan pun aku pun tak dak mesin travel time macam doraemon punya cerita tu..dan  semakin hari aku semakin suka kartun! -_-“ oh oh what to do? Abah kata masa kecik orang soh tengok kartun tak mau dah besaq-besaq ni baru nak mengadap kartun..toing toing kena dekat aku kata-kata itu..huh~ hopefully aku cepat-cepat matang so that aku tak balik jadik anak-anak kecik yang mengada-ngada..oh goshhhhh~ HELP HELP…

Plus plus si handset aku ni memamg spesis pendiam..hoho..al maklumlah aku ni kan jenih tak suka sms dan ada komitmen yang tak jelas masa depan (maksudnya berboyfriend lah), nak bergayut tengah malam memang payah la kalau benda tu tak penting..(pukul 10 aku dah hanyut sampai kealam lain dah..heee)

Oleh itu apa bila balik dari keja talipon tu aku baling ja dekat tepi kotak, sebab kan aku dah set dah time talipon aku untuk menjerit pada pukul 4 pgi, 4.30 pagi, 5 pagi dan 5.30 pagi untuk keesokan hari nya, aku pun for sure dan selalunya memang tak tengok dah kat handset tu sampai la esok pagi plak time dia menjerit untuk mem bangunkan aku dan aku pun mendiamkan kan dia balik..hahah..sampai ada yang malas nak kontek aku sebab aku balas lambat atau tak balas lansung (sebab kedit pun abeh di tempat keja)..iskisk apa sudah terjadik pada aku ini..-_-“

Ok sudah..dah berjela aku merapu meraban dan bergaban-gaban dah..

Dan juga sebelum lupa..disebabkan laptop ibu telah diambil oleh si adik  dan computer di rumah buat hal which is motherboard telah rusak,aku lansung tak leh online kat rumah, so dah 2 minggu aku tak bukak fb untuk ber fb lalu mintak maaf siap-siap kot kot ada yang hantaq mesej ka, komen ka yang aku tak reply (kot kot la kan..konon-konon gitu..hahah padahal tak dak pun)..kesimpulan nya silalah kontek si parid ni dengan handphone..sekian terima kasih dan wasalam…

p/s rindu lah kat semua sahibah..T_T