Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, December 21, 2013

Bila pemimpin zalim, rakyat yang kena tanggung, tapi sapa yang pilih pemimpin ni? rakyat yang zalim juga la kan??

Assalamualaikum,

Aku cuba struggle sehabis baik untuk hidup dalam negara yang semakin hari semakin zalim yang akhirnya aku sebagai rakyat mendapat 'dorongan' sebegini :



Buat pertama kalinya aku  tulis tentang isu ni. Penat.
Ayik minta rakyat bersyukur, jangan merungut dan cari alternatif lain untuk hidup, untuk survive, jangan asyik harap semuanya di 'suap'.

Dan sebagai orang yang dari mulanya Allah izin untuk didedahkan kepada kebenaran korupsi, aku lansung tak mengharap pada 'mereka' si kerajaan, sebab aku tau, sebagai seorang yang tak dak sebarang cable untuk masuk kerja kerjaan, aku kena dan wajib susah payah cari jalan aku sendiri dengan bantuan dan izin dari Allah, ibu dan abah.

Aku buat perniagaan dan aku faham ada orang lain yang lagi susah dari aku, aku sangat-sangat bertuah sebab sekurang-kurangnya boleh 'tumpang' alatan-alatan kat rumah. Ada sokongan dari ibu dan abah.

Cuba bayangkan sewaktu aku berniaga roti, pukui 3 atau 4 pagi dah kena bangun untuk siapkan benda yang kita nak niaga, pukul 7 dah kena keluar pi kerja pulak sebab masuk kerja pukul 7.30, balik kerja pukul 5.45 kena pikir beli bahan mentah untuk esok pulak,sampai rumah dah pukul 7 lebih, balik mandi, solat dan ready bahan untuk esok, bantu kerja-kerja di rumah mana yang boleh bantu. Letih. Dengan keadaan kita berniaga dengan penuh risiko sebab berniaga kat tempat kerja. Terikat dengan peraturan.

Bila aku berhenti buat roti yang juga disebabkan peraturan syarikat, aku tak putus asa sikit pun, aku cuba juai benda lain, macam-macam aku juai, sampai la sekarang, aku masih juai lagi. Aloe vera, barang kosmetik DNARS, dan makanan frozen.

Tu belum kira harga barang mentah lagi. Bila kita berniaga kita tersepit antara pembekal dan pembeli.
Beli bahan mentah dah mahal,  pembeli pula merungut makanan kita terlalu mahal. Jadi apa option yang aku ada?

Berkali-kali buat kajian nak jual apa, dah elok buat tengok-tengok modal untuk sebiji popia daging saja dah RM 0.45, jadi harga berapa aku kena jual? RM 0.50?? tolong sat jawab dengan aku..
Sedangkan popia sayur yang ada sengkuang and carrot dekat 1 malaysia pun 8 biji rm 3.20, itu baru sayur dah jatuh harga sebiji 0.40, kalau macam aku ni yang  letak daging, ubi, sayur, bawang, telur, macam mana?
abah slalu pesan, kalau kita nak jual, buat macam kita yang nak makan benda tu, kalau buat ala kadar ja, orang pun tak mau beli..kan? lagi satu kesian kat orang, penat kerja cari duit bila beli nak makan tup tup tudia peniaga buat tah apa-apa ja..

Mudah.
Depa cakap mudah sebab depa tak duduk dalam situasi rakyat. Atau mungkin depa penah duduk tapi depa lupa. Lupa situasi tu macam mana sebab depa dah senang. Dah kaya.
Ya kaya bukan penentu segalanya, dan aku bukan mintak untuk kaya, cuma mintak for at least dengan gaji dan untung perniagaan yang aku dapat, aku mampu survive hidup berdikari.

Berhempas pulas mencuba, diperah dengan majikan swasta, semua serba tak kena, cctv kanan kiri, satu kilang pasang, peraturan semua gila-gila kejam.
Tapi still rakyat jugak kena blame. semua salah rakyat, pemimpin tak pernah salah. Bila cakap, kita pula disuruh jadi pemimpin.

Ini masih lagi single, kalau berkahwin? seorang kawan satu pejabat, husband kerja kerajaan, seorang pegawai gred 41, isteri kerja di kilang ada degree, kerja pejabat, masih lagi dia cerita tak cukup, mana anak lagi, itu baru menumpang rumah parents. Kalau dah ada rumah sendiri?

Mereka minta kita belajar tinggi-tinggi, ada jaminan katanya, tapi dekat kilang aku  40 orang kerja dalam ofis pakat ada degree, tapi awat depa kerja kilang yang orang slalu pandang rendah "kerja kilang? sambungla belajar". Zaman sekarang, sijil kelayakan pun tak mampu beri jaminan.

Ya inilah majoriti keadaan rakyat yang tersepit. Lupakan tentang enjoy, nak melancong pun kena kumpui duit. Nak kawin lagilah, semua semakin mahal, yang merka tahu adalah naik, naik dan naikkan lagi. Kami di sini asyik sepit, sepit dan tersepit yang tak putus-putus cuba, cuba dan cuba lagi. JANGAN MERUNGUT depa pesan, BERSYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN kan?


Wasalam

P/S Tolong sat bagitahu aku celah mana aku salah berusaha? adakah aku masih dikategorikan sebagai orang yang tak bersyukur?

Friday, June 21, 2013

Sapa salah?

Assalamualaikum,



Makin bertambah tahun, makin hebat-hebat lah teknologi yang terberanak keluaq kan?
Tapi dalam kita dok jenguk teknologi yang semakin hebat ni, agak-agak rohani kita ada bertambah bertamadun dak?

Aku nak bagik satu soklan kat sapa-sapa yang dah klik untuk baca blog ni

Atas 3 meja ada 3 pinggan yang berisi makanan

1) dekat satu meja A, satu makanan terdedah, lalat hinggap banyak
2) dekat satu meja B , satu makanan tutup separuh, tetap lalat buleh masuk jugak
3) dekat satu meja C, satu makanan tutup sepenuhnya

Aku rasa dengan aku tulis situasi kat atas ni, dah ramai buleh tangkap apa yang aku nak kongsi kali ni.
Chill..aku bukan nak pukui sapa-sapa dengan tulisan aku ni. Dan aurat bukan pasai cover belah luaq saja, dalam pun kena jugak which is aku pun still dalam proses jugak.

Cuma aku nak ajak berfikir sikit saja,dalam 3 situasi kat atas, fitrah kita sebagai manusia akan pilih yang mana? makanan kat kedai yang terang-terang kita nampak ulat pun mesti kita tak mau makan kan?

Aku tak cakap yang  perumpamaan orang yang tak menutup apa yang patut tu macam makanan yang terdedah, cuma just imagine la, kita sendirik pun takkan pilih makanan terdedah yang kena hinggap lalat,.pastu kita expect orang lain akan faham dengan keadaan kita..dah tu habis semua yang menutup dipukul-pukul dengan kata-kata yang bajet 'cool'.

Zalim kan?
Ada tukang masak tolong masak tiga-tiga makanan tadi dan siap masak dia letak kat atas meja tadi untuk makan. Beliau pun  panggil 3 orang ni dan suruh makan. Beliau siap pesan lagik  kalau tak mau makan simpan dulu elok-elok.

1) Si A tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" sambil teruih blah tanpa amik inisiatif pun untuk 'at least' tudung dulu makanan tu.

2) Si B tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" tapi amik tudung dan tutup separuh sebab takut kalau tutup abeh nanti makanan tu jadik 'berpeluh'. Bimbang tak sedap. Sedangkan tudung saji kan dah direka khas untuk tudung makanan.

3) Si C tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" tapi amik tudung saji, letak elok-elok makanan bawah tudung saji.

Nak dijadikan cerita, bila time si A dan si B nak makan, depa tengok makanan tu ada ulat lalat..pastu banyak lalat dok hinggap..niat nak makan pun terbantut sebab dah geli..Akhirnya nasi tu dok dalam tong sampah sambil depa merungut-rungut salahkan si lalat yang tengah 'lapaq' jugak.

Cer cerita kat aku sapa yang zalim? tukang masak yang masak ka atau orang yang nak makan tu yang zalim? ka lalat tu yang zalim? aikkk??
Dah la si tukang masak ni masak, hidang, siap bagi guideline lagi kalau tak mau makan kena buat apa. Si pemakan hanya perlu makan dan jaga makanan tu saja tapi last-last bila makanan tu tak leh makan depa merungut dan salahkan lalat dah rosakkan makanan depa..paling teruk kalau ada yang salahkan tukang masak..fuhh sangatlah tak patut kan?

Pastu bila tengok si C ni buleh makan, si A ngan Si B pun mula lah cakap yang makanan yang tutup tu tak semestinya lalat tak masuk dan mintak si C check betul-betul.

Faham dak analogi yang aku cerita kat sini?
Ok kalau tak faham meh aku terang dengan ayat pendek

Tuhan bagik jadi kita, dia bagi kita guideline yang nama nya AL QURAN, pastu bila kita tak ikut, kena timpa macam-macam kita rasa tak adil and cuba salahkan takdir, paling teruk kita salahkan ALLAH sebagai pencipta kita..
Part paling best bila kita tak 'mau buat', kita blame habis orang yang buat..pastu kita melenting bila ada yang menegur,..habis semua yang 'mau buat' kita maki sebab kita rasa kita dah cukup baik dah dari depa,
Tambahan plak kita yang hebat ni 'pikiaq' depa tu walaupun 'mau' buat apa yang Allah suruh tetap ada slack jugak..tak tara mana pun lahhh..hoh~
Dalam fikiran kita, kita dah cukup sure yang kedepan nanti bila Allah izin kita berubah, kita akan jadik taraf-taraf malaikat dan takkan buat salah lansung..yeahh syabas attitude itu..

FAHAM?


Ok tu saja kali ni..wasalam


Thursday, June 6, 2013

Er tangan galak?

Assalamualaikum,

Kakak opis: Farid, tolong sat design kad untuk birthday depa ni, agak-agak sempat dak siap hari ni?
Aku: hurm insyAllah..boleh kot..hohoho..
Kak opis : ha tak pa kalau tak dan pun buat yang birthday terdekat dulu nah..
Aku: orite-orite..insyAllah..heee

Serius kering idea, tapi disebabkan masa rehat tu singkat dan skill photoshop yang sangat lah level 1 maka terhasil lah design simple di bawah ni:





Tak teruk pun, cari background, cut some gambaq-gambaq yang kita nak, masuk word sikit dan tadaaaaa siap..sebab tu nak buat design kat atas ni guna knowledge photoshop basic saja...hahaha..
Orite..tu saja nak kongsi ^^

Wasalam

P/S Jom main sat..cer teka apa yang sama dalam ke empat-empat gambaq ni?

pstttt..kat bawah ni aku tunjuk uniform aku kat tempat keja,huh~


Wednesday, May 22, 2013

Kisah cinta aku?..erkkk

Assalamualaikum,

Tajuk ewwww ewwww..(bunyi geli-geli)

Mukadimah macam suspen kan..hahaha (Ceh suspen la sangat)
Punya la banyak lagi isu yang berfaedah boleh aku tulis, pasai benda alah ni jugak aku tulis..haishh
Tapi takpa, insyAllah tetap ada guna ..hahah

Dah berbuih mulut aku ni cakap pasai kawin, pasai 'cara' yang kononya aku demand nak 'buat'..
Aku tak salahkan masyarakat sebab concern tapi certain-certain ayat buleh buat aku makan dalam. Hahah sentap oi..iskisk tak habeh-habeh sentap..adehhh

"Bila nak kawin? "
"Takkan la umuq dah 24 tak dak sapa-sapa lagik?"
"Tu la hang memilih sangat"
"Zaman la, mana ada orang pakai orang tengah dah, mengarut semua tu, bukan semua orang buleh pakai cara tu"
"Apa salahnya kenai, bukan buat salah pun, kawan-kawan ja"
"Yang adik nya dah lama menikah, nak dekat setahun dah, yang kak takkan tak dak apa lagik?"
"La awat tak mau kenai, bukan teruih nak kawin, kenai dulu"
"Pakwe orang mana"
"Hang ni farid, takkan tak mau kawin?"
"Cuba la berhias sikit, dengan gaya hang lagu ni, orang panggei farid, macam mana la orang nak mau"

Senyum. Tetap... walaupun kelat sikit...sikit ja lah...bukan semua faham apa yang aku mau.
(Banyak la cekadak nak orang faham aku..hampeh..)
Aku manusia. Takkan aku tak mau kawin. Mesti la aku nak kawin.
Fitrah tengok orang berkasih, orang ada 'someone' special. Certain time tu teringin jugak.

Bukan aku memilih, aku cuma cari sapa yang buleh ikut cara aku, tudia??? cara apa pulak dah??
hah sat la.. nak cerita  ni..haha

Ya aku bukan baik sangat, pergaulan dengan kawan-kawan laki yang aku kenai pun tak cukup menjaga tara mana. Tak sehebat wanita muslimah lain yang sangat menjaga dari segi ikhtilat, dari segi syariat. Cuma soklan aku kalau aku nak buat jugak cara taaruf yang dituntut islam dalam mencarik pasangan hidup, salah ka? Apa tak bolehkah? semata-mata sebab aku ni macam ni? Orang panggei aku Farid pastu aku jenis gila-gila? Sebab tu tak boleh? Allah...berat jugak spekulasi masyarakat..huh~Nak jadik baik kena 'perfect' dulu..parah la..mana ada manusia perfect..

Bukan la aku nak kata CINTA TU HARAM, TAK BOLEH, jangan jadi jumud..luaskan pengetahuan..buka minda..Kita takkan mampu nak halang hati dari 'suka'. Suka tak haram, suka tu fitrah..Cinta tak salah..tak salah lansung tapi pelaku cinta tu, apa kita buat bila ada 'cinta' dalam hati?

Aku paham dengan keadaan 'zaman' ni, zaman yang semakin hancur akibat salah kita sendiri..agak susah bila kita tak kenai dengan sapa yang kita nak kawin..macam-macam cerita 'busuk' kita baca..kes cerai tu macam kita makan nasi, nasik kan banyak..(buleh ka analogi camni? hahah buleh la kot..) Tapi ada dak kita amik tau tentang orang yang ikut cara islam sarankan tu, berapa ramai yang berjaya dalam rumah tangga depa..ada? kurang kan? Kita semua kena sogok kalau nak kawin kena 'bercinta' kena 'couple'..sebab tu yang kita faham..

Murabbi aku, Pak Cik Rosdi penah cakap,
"Bila kita kawin, kita sebenaqnya kawin dengan alien"

Ibu aku pun penah pesan kat aku
"Kita bercinta pi lah 13 tahun sekalipun, selagi tak dok sebumbung, kita takkan kenai pasangan kita tu"

Kalau kenai pun dah di umpamakan macam 'alien' tambah la tak kenai kan?
Takpa la, islam bukan agama kejam, ada cara yang betul..Cari, kaji, baca dan banyakkan bertanya..
Percaya lah agama kita ni, bukan agama yang zalim, kita yang selalu zalimi diri kita sendiri..pastu  kita salahkan agama sebab kesilapan diri kita..Tak adil kan?

Aku tak mau cerita kat sini macam mana cara-cara tu semua, sebab dari experiance aku sendiri,  disebabkan penerangan aku tak cukup jelas,..last-last habis semua jadi miss communication..jeng..jeng..apa yang aku cakap ni? To be honest, aku dah pernah buat taaruf ke arah perkahwinan..tapi Allah tu lebih tahu yang terbaik,.aku kata aku nak yang tu, tapi Allah kata yang tu bukan untuk aku..

Teringat masa dalam tempoh taaruf, ada satu feeling 'tak mengharap'..dalam berdoa pun aku tak rasa nak mintak dia untuk aku..

 "Ya Allah jika dia engkau takdirkan untuk ku, mudahkan lah, jika tidak kau pertemukan lah dia dengan orang lain yang jauh lebih baik serta bahagia kan lah dia dunia dan akhirat dengan pilihan nya itu"

Bila ibu cakap " ha tak lama dah,dia habaq nak mai bawak mak bapak dia mai rumah.. lepas ni buat kenduri pulak,."

Aku jawab "Selagi tak dak ikatan, kakak tak mau harap apa-apa, mungkin dia just sampaikan hajat dia tu tapi kita tak tau lagi nak jadi ka dok..kakak takut nak mengharap..kot-kot kalau Allah tak izin nanti kecewa"

Ibu balas " isk sekali skala cuba la cakap amin ka, haishh budak ni, insyAllah ibu doa moga-moga jadi"

Aku sengih sambil kata "bukan tak mau amin bu, tapi nak jaga hati sendiri, sebab kedepan ni kita mana lah nak tau..takpa bu, Allah ada..kakak dah usaha, dah guna ibu, dah guna mak cik sebagai orang tengah.. insyAllah kalau Allah izin jadi lah, kalau dok Dia tu Maha Tau.."

Dan tup tup Allah tak izin taaruf diteruskan..Allah sebaik perancang..

Kata sahabat aku ecah  "jika taaruf tu basic dia dah betoi, kita jadikan Tuhan sebagai rujukan, insyAllah kalau 'tak jadik' pun kita takkan kecewa"..

Dan yes aku tak kecewa..Eh tipu ah, takkan tak nangis pun? Adeh..aku manusia kan..sedih tu ada..tapi sehari saja..sebab apa menagis? sebab terharu, cara Allah tunjuk tu..tak sangka yang dalam keadaan tak mencari, tiba-tiba Allah izin hadir..sedangkan aku slalu rasa macam susah ja cara aku ni..tapi bila kata "Allah nak bagi, bila-bila ja DIA boleh bagi"..sebab tu aku kata kena ada TRUST dengan ALLAH..

Fuh.tu lah sedikit sebanyak kisah aku..Tak menarik mana pun..haha?

Wasalam

p/s KOLOT oi KOLOT..huh~ cakap mudah la, kena kat aku baru tau..T.T

Tuesday, May 21, 2013

Yes hidup memang la camni

Assalamualaikum..

Hi u olsss.... mat kiah back in the houseeeee..hahahaha (erk...mat kiah mana pulak dah..)..Sudah-sudah la meroyan wahai farid-_-"

Mukadimah tak berilmiah lansung..hoh~
Okeh okeh as a promise to one of my friend a.k.a "orang tua" (ini nama panggilan beliau)
Aku telah mengeluarkan perkataan "ar nanti aku update pasai ni dalam blog..hahah"
maka disebabkan aku telah terkeluar ayat tu aku kena lah menulis jugak...haishh

So this post bukan sekadar untuk beliau, tapi untuk diri aku sendiri dan for those out there lah yang rasa buleh amik buat pengajaran sikit-sikit..mana lah tahu kan kan..


















Apa yang kita faham bila tengok word dekat gambaq ni?

Pernah dak kita duduk dalam situasi atau pengalaman atau  kita nampak kat orang lain atau kita yang buat kat orang..hahah :

-  Kita pulun gila stadi, kawan kita plak buat derk ja, rilex..siap main game lagik, pastu tup tup tengok bila result keluaq tak tara mana pun result kita tu tapi kawan kita yang main tadi plak yang dapat high score.

- Penat tungkus lumus buat assigment, kata ber'group' tapi lepas kita dah siap buat, yang lain main letak nama ja.

- Duduk satu rumah skali, masak kita yang masak, cuci kita yang cuci, beli kita yang beli, yang lain?

-  Kita sedia la kemudahan untuk diri sendiri contohnya broadband, kita bayaq bulan-bulan tengok-tengok kawan kita selamba guna tanpa rasa bersalah.

- Member-member sama baya dah buleh pakai kereta dah, kita ni dok terhegeh lagik naik moto.

- Bila jumpa cikgu ka, lecturer ka punya lah nak mengelak sebab 'malu' nak habaq keja kat mana, keja apa, jawatan apa.

- Member lain pakat sambung blajaq tinggi-tinggi, kita ni dok kat 'takuk' lama lagi

- Member kita sama baya masuk keja teruih jadik bos, kita ni dok pegang tittle "assistant" lagi

- Kita suka, sayang, tangkap cinta ngan mamat/minah ni,.pastu lepas usaha semua tengok-tengok dapat kat orang lain jugak. 

- Member kita banyak dah kawin, ada anak, kita ni asyik DOTA  ja (DUNIA ORANG TANPA AYANG..hahah memandai ja ubah ya) 

- Kita beratuq punya panjang dekat kaunter, tengok-tengok VVIP mana tah, terus masuk dalam ja.

- Punya la susah kita pi interview, dah la jauh,duit pun terbang banyak, tengok-tengok dah ada orang 'dalam' tolong kira untuk minah/mamat tu..huh~

- Tudia dia tu, tak yah susah pun semua mudah, belajaq best student, stadi dapat scholar no hutang at all, dapat keja mudah government /swasta, kawin pun mudah..senang nya jalan dia

Cukup list-list tu dulu, dah buat kita rasa angin satu badan kan? Tujuan aku menyenaraikan semua ni bukan nak bagik rasa sakit hati, ada yang aku penah kena dan ada yang aku tolong jadik kaunselor untuk orang-orang sekeliling aku yang kena..Tapi motif nya aku nak ajak kita sama-sama berfikir..Nak ajak 'kembali' ..nak ajak untukbelajaq 'menerima' apa yang dah ditetapkan untuk kita after kita dah berusaha.

"Cuihhh dia ni bab nasihat orang pandai la, tah tah bila kena kat dia lagik teruk apa"

Yes betul, bila nasihat orang memang pandai, bila kena kat diri sendiri fitrah kita sebagai manusia ada rasa sedih..TAPI apa yang kita buat dengan rasa SEDIH tu? apa yang kita buat untuk kurangkan rasa SEDIH tu?
atau mungkin rasa tak PUAS HATI, rasa DUNIA sangat tak adil..
Dan as manusia aku jugak seorang yang lemah, terkadang sewaktu iman lemah yang disebabkan kezaliman diri sendiri, rungutan jugak terkeluaq..

Tapi sekurang-kurangnya kita boleh sama-sama  pujuk hati, sama-sama usaha untuk 'baiki' diri, mana tahu dengan ingat-mengingati begini kita lebih di izin Nya untuk jadik super 'kuat' menempuh hidup yang kita set dalam diri   "tak adil"

Cuba kita ambil balik dari senarai-senarai yang ada tadi, lepas di summarize dan dicari punca  perkara yang selalu kita rungutkan = harta/ money..Dunia sekarang semuanya tentang duit...Betoi dak? sebab apa dari duit tadi wujudlah benda lain yang tak puas hati tu...kurang jelas? sat aku bagik contoh :

Tolong bagitau aku kita belajaq tinggi-tinggi sebab apa? nak pegang pangkat tinggi kan? sebab apa?
Sebab gaji banyak..Bila gaji banyak means pekerjaan tu mesti la yang hebat-hebat kan? bila keja dah hebat, duit berkepuk, kita buleh kawin, beli rumah, beli kereta, dan HIDUP.. (Untuk yang nak belajaq sebab ilmu, congratulation..)

Dahtu kalau kita tak belajaq tinggi  sekalipun kita carik keja untuk apa? bukan sebab DUIT ka?

Ya kita perlukan duit, so disebabkan duit kita tend to banding diri kita and orang lain..kita akan asyik rasa sedih bila kita tengok orang lain yang jalan hidupnya Allah izin jauh lebih baik..mudah..ditambah plak persepsi masyrakat sekeliling "kau banyak duit kau bagus" back to yang aku sebut tadi bila banyak duit mesti dia keja bagus kan? bila keja bagus orang pandang kita tinggi..

ITULAH  'kita'..Susah nak merasa cukup, susah nak syukur, susah kalau tak banding..SUSAH semuanya..
Betoi ka susah atau kita yang jadikan 'nya' susah?

Sekali-sekala duduk, muhasabah diri. Contoh :

Kita pulun gila stadi, kawan kita plak buat derk ja, rilex..siap main game lagik, pastu tup tup tengok bila result keluaq tak tara mana pun result kita tu tapi kawan kita yang main tadi plak yang dapat high score.

Dari satu segi kita rasa sakit hati, kenapa kita..?! wahh depa sedap ja main, tiduq, kita yang bersusah payah kat library, kita yang tungkus lumus siapkan semua, cari sumber..Arghhhh..
Tapi pernah kita pandang satu segi lagi? Eh segi apa pulak dah? segi tiga? empat? hoh~
Segi di mana ilmu tu sebenarnya kita dapat lebih, usaha kita yang 'teruk' untuk dapat ilmu tu, bila sampai di alam pekerjaan nanti dimana 'ilmu' yang jerit payah kita buat tu 'mungkin' dapat membantu..berapa ramai antara kita yang pandang dari sudut ni?

Satu lagi contoh:

Susahnya nak dapat benda yang kita mahu, orang lain mudah ja..Bertimpa-timpa kesusahan yang jadik kat aku, kenapa dia tu senang ja..

Betul kah orang lain mudah? dan betulkah kita susah?
Antara nikmat susah dan nikmat kesenangan, lebih baik lagi nikmat kesusahan
lebih baik lagi apa yang kita mahu tu susah untuk kita dapat, lebih baik lagi kita terus-terus ditimpa musibah..
(Ewah ewah budak ni..cakap  memang la senang..)

Tau sebab apa aku cakap mudah camni? Tolong jawab kat aku, zaman la ni, berapa ramai orang yang ALLAH beri nikmat senang, yang kaya raya ingat Tuhan? berapa ramai? memang la ada tapi persoalanya ramai ka? Bukan lebih banyak yang kufur ka, lupa diri..bila di uji musibah sikit terus terduduk..ha kan?
Pastu slalunya kita ni menangis time bila? ada ka orang kaya menagis sebab dia kaya? kita menagis bila kita sedih, jadi dengan sedih, sekurang nya kita dekat dengan TUHAN..ya kalau dengan ujian kesedihan mampu menjadikan iman kita bertambah, bukankah tu bermakna Tuhan 'nak' kat kita..kan? Jadi setiap kali ditimpa musibah ingat yang TUHAN tu rindu sangat nak dengaq sora kita, sebab ada antara kita yang bila di uji 'senang' lupa diri, lupa TUHAN..ya sebab tu jugak lah antara salah satu sebab TUHAN tak izin kita senang..

"Ah, hang takpa la Farid, semua ada, bukan susah pun.."

Mungkin aku rasa aku slalu di uji kesusahan, payah nak dapat sesuatu dalam hidup atau mungkin aku menjadi manusia yang tak merasa cukup dengan apa yang aku ada sedangkan banyak lagik manusia di luaq sana yang Allah uji jauh lebih berat..

Tapi believe me, apa yang kita nampak kat orang tu bukan seindah yang kita sangka..Kita takkan tau keperitan seseorang tanggung untuk capai ke tahap dia hari ini, tapi as for me setakat la yang aku tau, apa yang aku nak memang aku takkan dapat mudah-mudah..serius..Contoh :

-Masa aku skolah dulu, aku ni otak lembap, payah nak masuk pelajaran, so aku kena usaha lebih sikit la, balik skolah stadi sejam, pukui 3 pagi bangun stadi, sampai ada yang kata kat aku "buat pa sampai nak bangun pukui 3 pagi stadi?"

-Teringin nak pakai handphone? Mak bapak aku ajaq, kalau nak apa-apa kumpui duit beli sendirik, so lepas abeh skolah aku kumpui duit and beli handphone secondhand by myself..Kata abah "abah bukan tak mampu nak beli tapi abah nak hangpa tau duit tu bukan mudah nak dapat dan at least hangpa akan appreaciate benda yang hangpa beli susah payah"

- Allah yang beri rezeki aku masuk poli..Sebab lepas aku habis SPM, aku apply U semua tak dapat, aplly POLI pun sebenaqnya tak dapat..eik? ya aku buat rayuan..aku masuk POLI dari rayuan..bukan check-check terus dapat..

- Famili aku bukan terus-terus senang, my parent start dari bawah, berterit susah payah besaqkan kami adik beradik, pernah susah tapi tak pernah la sampai tak makan, so far alhamdulillah cukup..sebab tu la abah aku pandai masak, disebabkan 'kesusahan' hidup banyak benda belajaq masak sendiri, jarang -jarang dapat melancong, buleh bilang dengan jari..benda yang paling aku tak bleh lupa pasai parent aku, sebab kami adik beradik teringin nak pi langkawi, ibu siap buat pinjaman koperasi semata-mata nak bawak melancong...dan lagik ibu penah cerita abah  duduk dalam rumah masa raya sebab tak dak duit lepas beli baju raya kat kami semua..masa tu aku ngan adik-adik kecik lagik,.

- Ada satu ketika aku pernah di uji sampai aku rasa lebih baik 'mati' sebab terlalu tertekan, asyik ditimpa musibah demi musibah..tapi syukur Allah izin aku 'kembali'..syukur Allah beri aku 'peluang' untuk bertaubat..
Ya aku juga ada masa silam, bukan lahir-lahir terus baik macam yang orang slalu cakap (erk baik lah sangat kan)..

Cukup sekadar contoh-contoh ni, tak baik rasanya aku cerita kesusahan aku, bukan nak habaq yang kononnya aku susah tapi sebagai pengajaran dan perkongsian.

Tudiaaa skali meroyan secara serius, panjang beb..apa-apa pun aku suka untuk kata, apa saja yang aku kongsi kat sini boleh jadik betoi, boleh jadik tak betoi..jadi jangan assume aku tau semua, cari lah sumber-sumber lain, aku sekadar berkongsi rasa, cerita..

Sekian terima kasih ^^

Wasalam

P/S Agak-agak kalau semua orang kaya, bumi ni ada lagik ka dok ya?




Wednesday, May 15, 2013

Tunang

Assalamualaikum,


sumbangan gambaq google..heh~ mustahil tangan aku seputih ni..haha

Tajuk kena la bertujuan nak bagik orang klik kan..hahah

Bila cerita bab tunang ka, kawin ka orang mesti ingat kita dah ada calon kan?
Opss bunyik macam nak promote single ja ni..haishhh mana ada..kena habaq jugak
nanti pakat salah faham sebab aku tulis tajuk-tajuk gini..hoho..(ada sapa-sapa nak kira aku dengan kawan yang tengah single dak?..hahahah okeh aku melawak ja..adeh)

Sekali sekala kalau seorang yang single seperti aku nak menulis perihal orang yang dah ke arah 'itu' tak salah kot kan kan..sekadar nak kongsi-kongsi, pastu cakap pandai..hahah
Dah tu plak aku tulis sebab makin ramai kawan-kawan aku yang sebaya dah tamatkan zaman 'muda'
(kawin = tua..hahahha jangan marah..sesunggunya aku saja gurau-gurau..alaaa u olls ni..erk..) ececece alasan ja nih..hahah

Baru baru ni masa duduk- duduk sembang dengan abah,
Abah ada cakap pasai tunang..sebagai pengetahuan katanya..
Mula-mula aku cakap jugak "ambuih dok tak dok cakap pasai tunang, calon pun tak dak"
Pastu aku tak sangka plak apa yang abah aku sampaikan tu sebijik macam yang aku pikiaq selama ni..
Sebab aku ingat untuk orang yang macam abah aku mesti la dia nak ikut adat kan.
Tup tup lain pulak..hahah elok jugak bapak aku cakap pasai benda-benda ni kan..
Mana la tau Allah izin ada orang berkenan..erkk..hahah

Kisahnya bermula di satu malam lepas masing-masing sudah makan (perbualan sebelum tu rasanya tak perlu kot aku masuk sini, aku skip terus ke bab 'tunang')

Abah : tunang ni patutnya diam-diam saja, tak yah dok habaq kat orang..cukup kalau famili-famili dan kawan-kawan dekat ja tau, kalau tak jadik pun tak dak nak malu apa ka...Kalau ikut abah, tunang tu tak yah susah-susah buat hantaran tu semua, cukup bawak cincin, 'tanda' kata dah tunang..pastu biaq adik-beradik ja yang ada masa sarung cincin..sudah, baju pakai ja baju yang tutup aurat..sewa ka, make up ka tak yah..

Aku : tu la, kakak dok pikiaq benda yang sama, macam buang duit jugak atas benda yang tak pasti, bagi kakak benda ke depan tu kita tak tau lagi la apa nak jadik, nanti nak kawin nak keluaq banyak jugak duit, tunang nak keluaq duit lagik..adeh semput..kita ni terikat dengan adat sangat kan bah...kalau kakak la Allah izin, nak sangat buat macam yang abah kata..cukup 'ala kadar'..

Abah: kita dah set macam tu, orang lain buat camtu, kita pun nak buat camtu, takut nak buat hok 'lain' sikit..takut orang kata,.tapi sebenaqnya nak susah kita jugak,.bila buat ala kadar, tak jadik pun takpa, tak dak la nak bagi balik hantaran ka apa ka, cukup bagik balik cincin kalau depa nak balik..duit pun takat keluaq tak teruk sangat habuan cincin,..kita ni nak sangat jaga 'imej', juai 'ego'..bukan la abah nak kata yang kita kena negatif dok pikiaq benda tak jadik tapi kita kan manusia, buleh rancang saja, nak tentu tu Allah jugak..

Habis dahhhhh..heheh

Cukup kot takat tu dulu, aku rasa apa yang aku nak kongsi pun dah aku muntah-muntah abeh kat blog ni, by the way, apa yang aku sharing-sharing dengan anda ni bukan lah bermaksud benda ni betul atau aku nak soh ikut cara ni , this is apa yang aku ngan bapak aku bincangkan, means boleh jadik ada yang akan ikut cara ni, boleh jadik sekadar tambah pengetahuan..

Hopefully tu as the one who discuss buleh lah praktik kan..haha..tak tahu lah kedepan macam mana..Allah Maha Mengetahui..moga-moga Allah izin bila sampai masa aku nanti, aku buleh buat just the way i want..

Apa-apa pun kita rancang lah tungging terbalik camna pun tapi last-last kena balik kepada Allah, lepas usaha, doa serahkan pada Allah..sebab Allah tu kan sebaik perancang..

Wasalam

p/s  Kalau pun kita tak dak sapa-sapa, jangan risau..ALLAH pasti temukan bila sampai masa..kena YAKIN saja..YAKIN tau ^^..


JAMU MATA :
haaa simple gini kan lawa..

simple dan cute..heee
erk..,biaq betuii? hahaha
hahahah makin pelik zaman la ni

nak habaq kata budak IT -_-"

macam ni pun buleh..hahah
peminat game tegar..hohoho

er..suka tanam pokok? XD

tak tau nak kata apa dah..hahaha..

Sunday, May 5, 2013

Reti masak dak?

Assalamulaikum..

Mengikut rasa-rasa hati aku, kali ni rasa nak kongsi pasai memasak pulak..

Bila sebut masak, apa yang kita pikiaq? Ada dak macam ni:

- Malas
- Leceh
- Takut tak sedap
- Takut tak habis
- Tak reti
- Susah

Abah penah kata kat aku " tak kira lah apa saja kakak buat dalam hidup, kakak kena enjoy, macam masak..walaupun benda tu berkali-kali kakak buat tapi tak jadik, buat  jugak ulang-ulang, jangan pernah give up sebab lama-lama nanti mesti kakak akan dapat jugak 'rasa' dan 'skill' yang kakak nak tu"

"Bagi abah,masak ni bukan benda yang susah bila kita dah enjoy dan yang penting know the basic, bila tau basic semua masakan jadik mudah, pastu kena kreatif dengan bahan yang ada"

Aku pun start belajaq memasak dah lewat dah, tu pun tak sepenuhnya, ikut mood..ada yang aku tau masak, ada yang aku tak tau masak,..even sampai sekarang aku masih belajaq memasak..serius tak tipu..

Plus bapak aku suka masak dan suka cipta resepi baru, dulu aku sebagai anak yang bajet patuh kepada parent, hanya akan menghabiskan masakan bapak aku sampai licin..hahah..malas nak amik tau sebab aku rasa susah, ala list-list yang aku senarai kat atas tu lebih kurang aku punya pikiran lah tu..hahaha dah bapak aku masak, buat pa aku nak susah-susah belajaq kan? T.T

Tapi lama-lama bila asyik makan saja, terjadik satu peristiwa yang mana bapak aku masak moi sup masa raya  kedua dan masakan tu licin tak sempat tengahari kena masak lain..pastu pakat-pakat kata buleh bukak kedai..hoh~

Aku pun mula la rasa teringin nak tau and nak belajaq, sebab 'terpikiaq' incase aku tak dak keja lepas aku habeh belajaq dari poli, aku bulehlah meniaga masakan bapak aku tu.(.hahah bila nampak duit baru nak belajaq..ada ka patut -_-" )

Tapi lama-lama bila dok belajaq rasa syok jugak memasak ni, betui cakap abah, tak susah..kita saja dok complicated kan fikiran kita yang susah nya nak buat gulai, padahai simple saja..

Aku ada satu buku resepi, yang mana abah ajaq, lepas siap memasak teruih aku tulis dalam buku tu, so next time bila nak masak aku buleh rujuk buku tu,ada ja yang aku kena gelak ngan bapak aku sebab asal memasak ja bukak buku tu tapi aku buat derk ja sambil kata "i am copy cat"..Means setiap resepi yang bapak aku reka aku tiru sebijik-sebijik..

Banyak jugak yang bapak aku selaku ketua chef kat rumah ajaq,
Apa perlu buat nak hilangkan hanyir dalam minyak, dalam masakan, bila terlebih berminyak nak buat apa, bila terlebih garam apa perlu buat, macam mana nak bagik nasik tu masak jadi panjang-panjang tanpa perlu guna beras brasmati, teknik-teknik buat nasi goreng dengan betoi, nak bagik manis dengan guna bahan semulajadi, masak without guna ajinamoto lansung..fuhh macam-macam..

Dan setiap kali aku masak beliau akan komen, so far baru 1 atau 2 saja yang dia akan kata "okeh yang ni sedap" , yang lain-lain "boleh tahan" , " sikit lagik nak capai perfect" , "rasa dia tak sampai"

Paling best aku buleh jual masakan dan dapat feedback yang baik..heheh especially resepi inti roti..
Yang mencabar sikit masa buat  koteaw goreng la sebab aku kena goreng beberapa hari before aku nak juai sebab bapak aku nak aku capai rasa yang betui-betui sedap untuk juai kat orang..so 2 hingga 3 hari asyik makan koteaw saja..iskisk..Alhamdulillah berjaya..cuma tak sebijik rasa macam bapak aku buat -_-"

La ni plak aku tengah aim nak masak ikan, disebabkan aku ni tak makan ikan, aku lansung tak amik tau cara nak masak ikan..pastu baru-baru ni bapak aku yang turut tak makan ikan pun bersuara :

Abah nak kakak belajaq masak ikan, nak carik laki (husband) yang tak makan ikan jugak bukanya senang..kalau jumpa laki tak makan ikan pun takkan mertua tak makan ikan, pastu dah buleh anak-anak takkan tak mau bagik anak-anak makan ikan?

-_-" dush dush

Urghh i hate ikan so much..T.T but what abah said to betui jugak..haishhh my mums ngan adik-adik plak peminat ikan tegar, hahah okeh ada mangsa nak dera untuk makan masakan ikan aku..bahahahah (gelak jahat)...

Well cukup lah perkongsian kali ni, pesanan aku kita tak pernah terlambat nak belajaq masak, tak kisahlah umuq berapa pun, yang belum kawin, yang dah kawin, semua buleh..dan please learn it to survive..jangan buat sebab sapa-sapa..Enjoy dan selamat belajar ^^

Sila berfikiran terbukak... Memasak is not just for perempuan , when kita sebut to survive, its means everyone..,lagipun ramai ja chef lelaki yang lebih superb dari perempuan kan..eh salah ayat.kebanyakan chef yang hebat is lelaki -_-"

Okeh byeeee..jumpa lagik..

Wasalam


Gambaq selingan :)

abah teringin nak makan cucuq jagung + teh wangi


sotong paprik kunyit + sup sayuq kobis..heheh  jangan pandang rupa dia..gahahah



Bila pi keja awai-awai

Assalamualaikum,

Bila hari sabtu terpaksa keluaq awai jugak untuk pi keja suddenly rasa sunyi pelik ja jalan kat kangaq -_-"
Padahal dah almost 6 month dah dok pi keja pukui 6.50 hari sabtu..haishhh

Near putra palace pukui 6.50 am Sabtu 
Lalalala, tu ja nak cerita..bye ;p

Wasalam

Sunday, April 28, 2013

Saya nak kawin ;p


Assalamualaikum, 

Hahah tajuk mau kontroversi kan kan, lalalalalalalala

Lately benda ni selalu main kat pala otak 
Mungkin lebih kepada muhasabah diri jugak la kot..kot la,,hahaha

Agaknya bila Allah izin ada seorang lelaki yang  nak buat aku as bini kan kan
Berapa hantaran yang abah akan letak ya? Hahaha -_-“  
malu oi cakap pasai ni..okeh okeh, open sikit la..tajuk ni kan general..adehhh..semua orang nak dan akan kawin kan?

Teringat tahun lepas masa time nurul dan suami dia nak kawin,
Abah letak satu jumlah (tak sampai 10 ribu pun)
Then as kakak sulung yang ada perasaan ingin tau aku pun tanya,
“Kalau depa nak nego abah bagik?”

“Awat pulak tak bleh, abah letak saja, kalau depa setuju Alhamdulillah, kalau depa nak nego pun abah ok ja,kena jugak consider si lelaki, esok-esok dia jugak yang nak bela anak abah, kalau sampai nak kena berhutang, yang nak susah anak abah jugak kan”

Aku sengih ja..

Bukan ni yang jadi muhasabah nya,
Cuma aku hope sangat bila sampai turn aku dimana Allah jualah yang izin,
Aku harap abah letak kurang lagi pada Nurul,
Bukan nak rendah diri cuma rasa diri aku ni banyak kurang nak dibandingkan dengan adik aku
Serius..tak tipu..aku tau la sebab ni kan diri aku sendiri, takkan la aku nak cakap aku bagus sedangkan hakikatnya dok kan?

Kalau pikiaq balik baik-baik
Dari segi rupa, skill memasak, pekerjaan, fizikal, agama,
Serba serbi kurang ! 

Nak meratap sebab kurang tu takkan kot, 
Takkan la nak biaq kurang saja kan?
Usaha sekuat mungkin untuk menambah yang mana boleh tambah,
Yang tak mampu ubah aku wajib  ‘jirus’ dengan ‘baja’ syukur
Sebab Tuhan tu takkan uji kalau kita tak mampu kan..heheh..so terima seadanya dan baiki yang mana patut..

Aku ni kesian la jugak kat kaum Adam ni, 
Besaq jugak tanggungjawab depa, 
Nak sedia duit belanja, mas kawin, hantaran,
Pastu yang paling penting kehidupan lepas kawin tu, banyak benda nak kena ready,
Duit yang kumpui berkepuk selama ni, buleh jadi habis banyak masa kawin kalau bakal mertua letak tinggi, boleh jadi habis kat kenduri, boleh jadi habis renovate rumah -__-“

Tah maybe aku belum jadik mak bapak,
So aku takkan tau depa punya perancana untuk anak-anak..
Apa-apa pun terserah la kat abah aku, beliau kan wali aku jugak,
Sapa lah aku nak persoalkan bukan-bukan tapi still aku ada cakap jugak kat abah aku yang kalau buleh letak rendah sudah la,kakak ni besa-besa saja, feedback beliau adalahhhhhh…………… er rahsia ;p

Bukan senang nak dapat laki dan pompuan yang buleh seadanya terima KITA NI
Lepas da kawin banyak ‘hal’ akan terbukak dan sejauh mana masing-masing dapat terima?
Ramai orang kawin tapi ramai ka yang masih berkasih sayang sampai sudah?
Atau sekadar hidup bersama sebab dia tu bini aku dan dia tu laki aku
Memang ar sebelum kawin macam-macam kita kata kita boleh, tapi lepas kawin?

Apa kita boleh jadik tara Nabi Muhamad ngan Siti Khadijah?
Sampaikan bila Khadijah dah tak dak pun, cara ketukan pintu Khadijah  masih baginda cam
Pinggan diletakkan di tempat Siti Khadijah slalu duduk seolah-olah belaiu masih ada, boleh?
Kalau tak boleh sekalipun sekurangnya kita berusaha kearah tu kan..hahah cakap  memang la mudah cik parid oi..haishhh -_-“

Pompuan misalnya, bila dah beranak
Banyak ‘benda’ akan berubah, Lelaki buleh terima dak?
Bila sibuk uruskan anak-anak pulak, serabai sikit jadiknya,boleh mengadapkah?
Masa memasak misalnya, baju bau bawang bagai, camna?
Kalau yang chumel tu buleh tahan la jugak kalau yang tak tu?bolehkah lelaki?
Tepuk dada, muhasabah diri, Sediakah?
Bila marah, mampukah kawal perasaan?
Perempuan, mampukah menjaga diri , berhias dan mengambil hati suami?
Lelaki bila dah punya isteri mampukah menjaga hati supaya tak diserah pada yang lain?

Itu fizikal, rohani?
Sentiasa ingat mengingati, berpesan – pesan bila ada yang ‘ terlupa’
Cara menegur dengan baik, cara membimbing, apa sediakah?
Anak-anak mahu diajar, dibentuk sediakah?
Kedua pihak main peranan, SEDIAKAH?

Fuh banyak jugak ya benda nak kena sedia..
Tu yang aku sebut, yang tak sebut?
Bukan sekadar untuk menjadikan semuanya halal
Ada satu kisah baru yang perlu dilalui..
Kawin bukan benda mudah, bukan jugak benda yang dibuat main..
Bukan jugak semata-mata simply said “saya nak kawin”, tapi banyak definisi nya!

Apa-apa pun,  tak dapat dinafikan lah jugak,
Bila dah berjodoh kita tetap akan kawin,
Maksudnya kena lalui dan teruskan next fasa dalam kehidupan
Plus fasa ni jugak adalah salah satu jalan untuk kita cari DIA kan?

Apa-apa pun duduk dan muhasabah diri, Sediakan diri,
“Alahhh..Ada ja orang yang sedia bagai nak rak last-last cerai jugak kan”
 -_-“ At least kita berusaha..sehabis baik kita jaga tapi tetap  jodoh tak kekal panjang nak buat camna..
Aturan Tuhan, siapa kita nak menolak?

Aku pernah jugak la sempit punya pemikiran,
Pernah pikiaq “alah calon pun tak dak, nak buat pa sedia awai-awai”
Tapi lepas incik abah kata “kita kena ada target umuq brapa nak kawin, baru kita akan usaha untuk capai target tu”
So lepas tu secara gegeh nya terus aku target umuq 25 atau 26, bahahah la baru 24 wei which means next year..opsss
Andai Allah izin, umuq 25 tak jugak kawin, letak la target baru 26,
Apa nak buat ? Kan kita hanya mampu merancang, Allah jugaklah yang menentukan kan ? ;p
So lapang-lapang lah dada anda, letak target
Toksah risau ‘tak’ capai tapi ‘isi diri’ banyak-banyak

Bak kata sahabat aku ecah,
Kita kata ja kita tak ready tapi yang kita  belajar masak, tingkatkan ilmu, dekatkan diri ngan Tuhan, kumpul duit,
Tu semua nama dia usaha la  jugak tu..tanpa sedaq bila kita letak target insyAllah kita akan push diri kita untuk ubah apa-apa yang patut..

Lagi satu kita bukan nya nak buat jahat, bila nak buat benda baik ni insyAllah Allah  mudahkan
Lepas usaha, doa jangan lupa..

Tudia..panjang nya tajuk aku kalau bab kawin yer..Hahah
Yang mana boleh pakai tu, amik la, yang mana tah apa-apa tu, aku mintak maaf, ala besa la manusia kan
Bukan semua cakap aku ni buleh pakai..hohoho..
Please rujuk orang yang jauh jauh lebih pengalaman, aku ni kawin pun dok lagik boleh jadik cakap pandai saja -_-“
Ok lah, InsyAllah rajin-rajin nanti aku meroyan pulak..

Wasalam


p/s Jangan expect tinggi sangat kat bakal pasangan kita tu, takut nanti kalau tak macam apa yang kita jangka, kita tawaq hati plak kan?
Er ada sapa-sapa yang dah kawin  dak yang terbaca blog budak ingus ni nak advise sikit? Hahah..dah dah merapu dah  ni..

Eh ada satu kisah ni yang terbaca tang Facebook..sweet ja kata-kata dia..hahah :

Isteriku Tidak Cantik
Isteriku tidak cantik, biasa- biasa saja. Aku juga sedar bahawa dia tidak cantik dan kalau bersanding denganku maka aku nampak lebih rupawan dari dia. Kulitnya agak hitam, lebih putih kulitku..
Namun aku sedar bahwa aku telah memilih dia dengan ikhlas dihatiku, kan aku yang memilih, bukan dia yang memaksa, dan walau isteriku tidak cantik, namun aku mencintainya. Allah taburkan rasa cinta itu
Di mata orang dia tidak cantik, tapi di mata aku dia seorang yang cantik..bahkan aku tenang bila melihat senyumannya. Dia selalu menerima diriku ini seadanya, pernah aku pulang ke rumah  tidak bawa gaji seperti yang dijanjikan di surat  penerimaan karyawan bahwa gajiku adalah 4 juta sekian-sekian, namun karena aku selalu terlambat dan juga sering bolos lantaran mengantar si kecil ke rumah sakit dan juga si sulung ke sekolah maka hampir 40 % gajiku dipotong.
Subhanallah dia tidak bersungut, malah segera bersiap menukar menu makanan dengan yang lebih sederhana dan bersikeras meminjam komputer butut kami untuk menulis artikel yang dikirimkannya ke beberapa majalah yang terkadang satu atau dua artikel ditayangkan, dan baginya itu sudah Alhamdulillah bisa menambah sambung susu anakku.
Istriku tidak cantik, namun aku ingat, banyak sekali sumber daya alam yang buruk bahkan legam dan membuat tangan kotor namun tetap dicari, diburu dan dipertahankan orang, seperti batubara. Istriku mungkin bukan emas, dia mungkin batubara, keberadaannya selalu menghangatkan hatiku dan selalu membuatku tidak merasakan resah.
Aku membayangkan bila aku menyimpan batubara satu kilo dirumahku dibandingkan dengan menyimpan emas satu kilo dirumahku, maka aku tidak akan dapat berjaga semalaman bila emas yang kusimpan. Namun bila batubara yang ku simpan, aku masih punya izzah ada barang yang ku simpan yang cukup berharga, namun aku tetap dapat tidur nyenyak dengannya.
Bayangkan bila istriku sangat cantik, mungkin aku tidak akan tenang membayangkan dia ke pasar dilirik semua lelaki, membayangkan dia sms-an dengan bekas pacar-pacarnya dulu, membayangkan mungkin dia bosan padaku. Akh.. aku bersyukur istriku tidak cantik sehingga aku bisa tidur nyenyak walau banyak nyamuk sekalipun. Istriku tidak cantik, namun dia adalah istri terbaik untukku.

Amacam? sejauh mana kebenaran dia aku pun tak tau..hahahaha
Tapi aku yakin memang ada orang macam ni! ^^ 

Saturday, March 30, 2013

sarung cendawan atas kepala?

Assalamualaikum,

Disebabkan aku ni jenih tak suka menunggu dengan muka bajet innocent dan blur-blur serta nak elakkan rasa marah kena tunggu lama-lama, so aku pun akan make sure bawak satu buku dalam beg. Tu pun aku bawak buku cerita kanak-kanak dalam bahasa inggeris. 


Ya aku tau, aku pernah cakap dah, aku pi mana-mana pun mesti aku bawak buku. Saja ja nak tengok sapa yang rajin baca blog aku ni, notice ka dok ayat berulang aku ni ;p hahahah.


Ada kaitan ka cerita ni dengan apa yang aku nak kongsi, macam dok saja...sigh~  

Hari ni aku nak kongsi cerita pasai tudung,..tudung oh tudung lalu ditambah labuh kat belakang dia..atau lebih tepat lagik cendawan...jeng..haha..jangan la tutup lagik..aku jamin tak dak paksaan untuk bertudung labuh dalam entri aku ni..amacam buleh tara tu?


Tahun lepas dah 9 tahun aku pakai cendawan…
Tapi kalau nak kata menutup dengan betui – betui skali stoking baru 5 tahun.
Aik mana hilang lagik 4 tahun tuu? 
Er..dah kena makan dengan naga – tolong la percaya, plezzzzz.. 

Ok aku tipu  (dah terang lagi bersuluh aku menipu, nak jugak aku habaq aku menipu..hahaha ) 

Atceli 5 tahun tu lah aku baru duduk dalam jalan tarbiah, baru kenal, baru belajar..
Sebelum tu rasa nak memakai cendawan tu tiba-tiba sepak aku kat hati, so tak dapat la aku nak menolak, sebab dia  tendang  kuat sangat.. 

Without ilmu yang cukup which is main bantai ja, yang aku tau masa tu, kena pakai longgaq-longgaq, pastu kena jaga kelakuan, 
Pastu kena banyak tau ilmu-ilmu agama, 
Waktu  tu aku slalu pikiaq yang kalau nak pakai cendawan ni kita kena dok skolah agama..hahah
Pastu kena... er... apa lagik aku pikiaq tah masa tu? Lupa dah,. 

Masa tu pun  pengetahuan agama aku tak la hebat, buleh kata takat pelajaran pendidikan islam yang diajaq  kat skolah  tu tau la,
Tu pun baca sebab exam -_-“
Mak aku ngan adik aku pun bukan pemakai cendawan (tapi still tutup aurat dengan baik la..)hoho 

Walaupun aku dah set pikiran aku camtu dan ilmu agama tau sikit-sikit saja,aku tetap buat jugak apa yang hati aku nak masa tu..jenih ketegaq, tak buleh nak buat apa…haishh -_-“ 

Main point aku kat sini aku biasa..sangat-sangat biasa
Extremely BIASA…
Seorang pompuan,Ada benda alah yang nama dia hati,
Pastu perangai pun masih dalam proses dok perbaik lagik walaupun dah 5 tahun kena proses..,T_T (tolak  1 tahun setengah sebab tinggai bulatan gembira – halaqah/ usrah) 

Jadi tak dak benda sebenaqnya yang bezakan aku dengan orang lain..sama semua..
Yang nak tau ada beza pun Allah saja la..sebab Allah yang cipta, tahu lah DIA.. 

Disebab aku pakai cendawan, soklan-soklan cepumas seperti di bawah selalu berkumandang di telinga aku: 

1)      Dulu skolah agama ka? Skolah apa? Kat mana?
2)      Sambung blajaq kos apa? Ussuludin? Pengajian bahasa arab?
3)      Abah farid ustaz ka?
4)      Mak Farid ngan adik Farid pakai tudung labuh jugak?
5)      Awak ni ustazah ka?
6)      Macam mana boleh pakai tudung labuh kalau dah tak skolah agama?   
      Mesti ambik kos agama masa stadi kan?
7)      Baca buku apa tu? Mesti banyak baca buku agama kan?
8)      Boleh saya  tanya dak, apa hukum ………….?
9)      Bila tak boleh jawab : Macam mana boleh tak tau? Kan pakai tudung     
      labuh
10)  Tak panas ka pakai tudung besaq-besaq camni?

Soklan-soklan ni ada yang aku jawab, ada yang aku sengih tunjuk gigi saja..sebab aku takut jugak jawapan aku tak cukup 'seni'. 
Tak pasai-pasai orang lain yang lebih mulia dapat nama buruk sebab aku.

Sebenaqnya asalkan menutup aurat, tak pakai cendawan pun tak pa. 
Kalau tanya aku sebab apa aku pakai cendawan, aku suka untuk jawab yang aku selesa dengan cendawan ni. Aku rasa bebas. Senang nak gerak. 

Contoh bila pi berjalan ka,beriadah ka atau aku pi makan ka lalu telah masuk time semayang, aku tak payah susah-susah nak bukak atau pakai 10 jenis pin. Main sarung ja. Mudah kan? 

Kalau nak kata nak elak gangguan tu, aku ni memang jarang-jarang kena ganggu. Jadi jawapan aku yang pertama tadi tu lah aku lebih prefer guna.

Dan rupa-rupanya ramai ja yang dulu-dulu dia budak biasa-biasa, maksud aku dia bukan budak skolah agama dan bukan dari keluarga yang dah memang di jalan 'tu'.

Aku bukan sorang-sorang dalam benda alah ni semua. Allah ada. Pastu siap izin sahabat sekeliling yang lebih kurang macam aku jugak la. Baru nak berpindah dari keadaan yang baik ke bertambah baik.
Lebih kurang macam sumber kekuatan jugak la time-time mood down. 

Dulu kalau aku dengaq orang yang suka cakap 'ingat tudung labuh tu baik sangat' , aku sentap la jugak, macam nak lambung buat bola ja orang yang cakap tu. 
Tapi la kalau sapa-sapa cakap macam tu, aku terima saja sebagai teguran dari Tuhan. Ada la tu tak kena mana-mana yang Allah nak aku muhasabah balik diri.

Pastu aku plak certain-certain orang aku guna la ayat ana-enti tu. Tu pun sebab depa start dulu. Nak harap aku memang hampeh la..Sesetengah yang lain tu aku guna saya awak, kami hampa, sebut nama, macam-macam la kiranya. Bukan sebab nak bezakan cuma sebab lidah ni dah dok besa dengan orang tu saja, bila nak try kat orang lain kena gelak teruih tak jadik. Hahah Kena tengok situasi jugak la kot.

Plus kebolehan berbahasa arab tu aku masih tak berpeluang untuk belajaq.
Dan perlu ingat tak semestinya kena cakap gitu once dah bertukaq tu. Terserah kat kita.

Bagi aku pelan-pelan kayuh tu pun Allah dah pandang as satu effort . InsyAllah bila kita buat betoi-betoi, keinginan lain tu akan datang sendiri. 

Terasa bila dah cendawan ni, nak buat perangai spongebob pun pikiaq dua tiga kali..Nak jadik siput sedut eh nak jadik sin chan di khalayak ramai pun rasa malu-malu..Kira macam fungsi firewall jugak la cendawan ni..ada manfaat dia tersendiri..
Nak cerita pun payah, kena rasa baru tau. 

Lagi satu yang kata manusia ni, dia dah ada spekulasi dia sendirik untuk puak-puak cendawan ni.

Lebih kurang macam mee segera. Sebut pi lah brand apa pun, bila orang tanya hang makan apa wei? mesti kita jawab makan megi. Kan? 

Jenih-jenih ni la yang teruk sikit nak ubah. 

Tapi takpa..bila kita sabaq insyAllah Allah tu akan tunjuk jugak.
Sekalipun tak semua yang buleh buang jauh-jauh pemikiran yang dah tersedia ditanam dalam kepala pasai puak cendawan ni, 
at least ada jugak la yang betui-betui faham walaupun depa tak buat. Maksudnya dia tak sewenang-wenangnya point jari dekat cik cendawan putih sebab cik cendawan merah yang buat hal kan. 

Alaaa yang peribahasa femes tu, sebab tukang masak tertitik nila dalam sebelanga susu, habeh susu tu jadik kaler biru nila..haishh

Huh~ elok jugak aku benti ni. Terpanjang la plak entri kali ni. Dah macam buat karangan subjek bahasa melayu la plak..heh~. 

Jumpa lagik nanti bila bila aku ada mood nak update..InsyAllah

Wasalam ^^ 

p/s Saja nak ulang ayat ni, tak pakai tudung labuh tapi menutup aurat dengan sempurna pun dah baik dah, cuma saja ja nak jadik yang lebih baik dengan pakai cendawan pulok. Tak salah kan kalau kita nak jadik sesuatu yang lebih baik? 





lebih kurang sama kan kan..hahah

Thursday, March 7, 2013

Enough is enough!

Assalamualaikum

Pada satu entry aku dulu, aku penah cakap yang nak syukur ni bukanya senang,
kalau hidup kita dah sedia baik, for sure kita akan cakap bab syukur ni dengan cemerlang dan terbilang..tapi kalau sebaliknya mampukah kita untuk bersyukur? sedangkan orang yang ada segalanya belum tentu syukur lagik la orang yang tak dak apa -apa kan..huh~

Dah naik berbuih tangan aku, hahaha taip banyak banyak kat sini bagitau yang hidup ni akan jadik syok bila kita syukur..

Ah..cakap memang senang sebab aku dah bertambah baik keadaan hidup la ni kan? cuba waktu aku tengah ketaq pala nak faham maksud syukur dulu kan..hahah

Tak, aku bukan nak paksa orang untuk syukur, aku tau nak melahirkan manusia tu pun susah tambah la syukur..sama dak kaitan ni? haha

Tapi kita buleh try,..kalau aku ni manusia yang tak reti nak syukur, asyik merungut, kaki complain satu ketika dulu buleh buat, why not orang lain? Again ini bukan satu paksaan.

Contoh pasal isu duit
Aku rasa duit aku sangat sangat la tak cukup, pastu aku rasa penat gila sambung belajaq sampai diploma, pastu gaji alahai, ciput macam aku ni lekeh sangat..(memang lekeh pun..huh~)Dah la aku tak pi sambung belajaq degree, tiba-tiba mai la rasa-rasa menyesal , tak baguih la, tup tup pi kait habis aku ni hitam, huduh, tak dak sapa nak..sigh~

Nampak dak tak bersyukur tu buleh buat apa kat orang yang tak bersyukur?

Bila sampai satu tahap, disebabkan terlalu sangat pikiaq, aku jadi lesu..jadi penat.."ah lantak la..malas nak pikiaq"

Satu hari Tuhan gerakan sorang kawan aku kat ofis, budak finance tapi buat logistik kat tempat keja aku untuk cerita kat aku cara-cara nak handle kewangan dengan betul.

Aku pun macam "oooo camtu, ingatkan duit tak cukup rupanya lebih dari cukup!"
so start dari situ aku senarai balik elok-elok apa perlu, apa tak perlu
dari situ atas izin Tuhan aku gain rasa bersyukur

Dan aku rasa hidup aku dah sempurna dari segi rezeki yang Allah bagi
aku rasa satu kenikmatan..nama dia = QANAAH (klik sini untuk maksud)

Masa tu gaji aku kecik, tapi aku rasa cukup
Masa tu aku naik motor, panas, hujan tapi aku rasa Allah dah beri aku kenderaan yang baik..
Masa tu aku masih lagi join SMART yang aku benci sangat tapi tiba-tiba aku rasa "takpalah, ada something Allah nak aku tau dengan duduk dalam ni" dan rasa benci hilang..
Masa tu bila aku dok atas jalan raya, bila ada kereta  tiba-tiba keluaq simpang, aku tak rasa marah lansung! yang akan terkeluaq dari pikiran aku  " Allah yang izin pemandu tu buat camtu, kalau Allah tak izin tak jadi jugak"

Dan yang paling penting aku rasa BAHAGIA..
susah nak cerita bahagia ni rasa dia camna..dan aku berharap aku boleh kongsi rasa ni tapi aku tak tau nak express dengan words..haishhh...

Dan cuba teka apa terjadi?
Tiba-tiba semuanya tersusun!
Mudah segala urusan, hati jadi tenang
Cukup segalanya..Allah tambah rezeki berlipat kali ganda!

Allah sendiri pernah cakap, kalau kita rasa syukur, DIA akan tambah lagi..
Dan sekarang aku percaya!

Apa - apa pun setiap orang Allah izin berbeza, cuma aku nak cakap tolong lah diri sendiri..
Kesian kat 'otak' kita yang Allah bagi kita pinjam,
Dah la bagi pinjam, kita seksa dia dengan pelbagai kekejaman..kesian kan?

Dear our self,
Give it a rest..
Relax and enjoy with what you have because you will never know 'when'  your life will end
And you will never know 'when' anything you got will gone..

ececece berterabur english aku tapi hopefully buleh sampai apa yang aku cuba nak cerita..hoho

Apa-apa pun selamat mencuba, mencuba untuk berlapang hati dan jiwa
mencuba untuk menarik nafas kelegaan, lihatlah langit dan senyumlah!
SENYUMLAH dan DAMAILAH duhai hati yang mencari!

Wasalam