Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, September 9, 2011

Sejukkkk

Assalamulaikum

Di satu tengahari yang indah...luar kawasan gunung shorubber

Dibah : Farid nak sweater tu...

Aku: nah..hish cuaca baik-baik neh pakai apa la berlapis-lapis

Dibah: (sambil menutup kepala dengan sweater) grrrr sejukkkk farid sejuk (buat mulut ketar-ketar)

Aku : uihhh betoi la sejukkk nya..grrrr

Dibah: Fariddd...tak tahan nii..sejukkkk...grrrr (buat sejuk teruk-teruk)

Tiba-tiba ada angin yang kuat menghembus...

Aku: Dibah bertahanlah..oh oh kenapa tiba-tiba angin kuat nii?

Dibah: sejuk sejuk...grrrr

Aku : Jom kita berhenti kat pokok tu duluuu....sejukkk sangat nii

Dibah : jom grrrr sejukkk jom

Aku dan dibah menuju ke pokok tepi jalan

Dibah: dah grrr sejuk sejuk..jom la kita gerak..nanti lagik sejuk..grrr

Aku : jom..per..la..han lahan di..bah (cakap dalam nada slow motion) kita jalan dalam salji mesti susah kan nak jalan laju...

Dibah: ya ya...grrr sejuk sejukk

Kami dua buat pergerakkan slow motion (macam susah nak jalan sangat-sangat)

Setelah jalan lama sikit

Aku: ada pokok lagi di situ..mari berteduh

Dibah : tak boleh tak boleh ..ada gurun berapi disitu

Aku : wahhh hebat sungguh kawasan salji ini kerana mempunyai gurun berapi

Dibah  start gelak sampai tertunduk

Aku yang tengok pun tak tahan jugak lalu gelak skali

Aku: bayangkan kalau ada orang nampak apa kita buat tadi..

Dibah : tak payah tunggu orang lain nampak..pak guard sudah..bahahahahah

Hohoho..Dibah yang start dulu, aku pak turut ja ;p (bunyikkan tone mengajuk pondan dan buat muka suci tak bersalah)

Wasalam

p/s berkesan untuk hilangkan stress..cubalah!

Thursday, September 8, 2011

Sedappp..betul tak tipu!

Assalamualaikum

Cerita ni back dated sikit sebab tarikh masak tu 22 Ogos..Abah buat yee mee untuk berbuka puasa..

My most favourite dish

Ini yee mee bandung..abah buat khas untuk aku sorang saja


Yee mee hot plate ;p untuk ibu


Ahaaa ni la chef dia..heeee

wasalam

p/s nota untuk adik aku : Nuroi jangan jeles...sedapppp

Hadiah hari lahir aku

Assalamualaikum

20 Ogos yang lalu genap umur aku 22 tahun..
Walaupun dah lepas, aku tetap nak cerita jugak..

Terima kasih atas setiap hadiah, ucapan dan ingatan ..Isk isk terharu habis

Hadiah dari abah: RM 200..beliau soh beli kasut..Aku tak beli lagik sebab nak carik yang paling cute..

Hadiah ibu : RM 50..tak dak specific barang yang beliau soh aku beli tapi aku bercita-cita nak jahit tudung baru..Boleh ingat ibu slalu..

Yang ni pula hadiah dari adik perempuan aku..Terima kasih Nurui busukkk
Hadiah pertama yang aku dapat..dari seorang sahabat sejati dan juga officemate aku Adibah..Terima kasih darling...


Hadiah dari kak am  officemate aku siap dengan  kad ucapan skali ..Terima kasih kakak am


Cawan hijau ni hadiah dari anak kak linda officemate aku..Terima kasih iylia dan mimi...Kakak terharu sungguh.....


Hadiah dari kakak yew ching hooi..Terima kasih kakak yew


Hadiah dari orang office.Mereka kongsi duit  30 orang dan beli untuk aku..Oh tafsir yang paling aku nak sangat..Baru berniat nak beli tiba-tiba kak liza cadang untuk buat sebagai hadiah hari lahir...Terima kasih banyak semua...T_T



Wasalam

Wednesday, September 7, 2011

Dia menangis bila ada lelaki suka pada dia

Assalamulaikum

Gadis itu menangis bila dia dapat tau ada lelaki ajnabi punyai perasaan 'suka' melebihi seorang kawan pada dia
Hati nya penuh kerisauan dan kesedihan

Aku yang at the moment yang still lagik tak paham, rasa sangat pelik...
Aik? awat nak nangis pulak?
Bukankah lebih banyak pilihan bila ramai yang memuja?

Aku siap buleh cakap : Uishh bertuah lah ramai lelaki suka..tak payah carik susah payah..depa mai sendirik

"Tak macam ana, sebelah mata pun depa tak pandang, camna nak tengok, gelap sangat..tak nampak" aku menambah sambil buat ayat yang tersangat hampeh

Si gadis menjawab : Bertuah lah jadi Farid..diri Farid terhindar dari dosa..Bila tak ada yang memandang, lebih senang nak menjaga diri...

Aku: (bertambah heran) menjaga diri dari?..maksudnya?

Si gadis: Farid...,ana risau bila ada lelaki bukan muhrim suka pada ana, ana rasa berdosa pada Tuhan, apakah ana yang buat mereka lalai dari mengingati Allah dengan mereka asyik mengatakan cinta pada ana dan bukannya pada Allah? Enti, bila mereka katakan mereka sukakan ana kerana Allah, ana skali lagik takut dan sedih..Benarkah kerana Allah? atau itu hanya satu propaganda untuk mendekati seorang perempuan yang mereka mahukan? Malah nama ana menjadik sebutan di bibir mereka..Bukan kah sepatutnya zikir yang dilafazkan?

Aku: tapi tu bukan salah enti..Tu kan fitrah bagik seseorang manusia? Depa yang suka, jadik tu salah depa la bukan salah enti...

Si gadis : Enti, suka tu tak salah sebab kita kan manusia biasa saja tapi cara tu yang salah...kalau suka jangan biar seseorang itu tahu..Doa banyak-banyak moga Allah izin untuk lupa kalau 'suka' tu hanya berlandas nafsu, maksudnya sebab seseorang tu kacak atau cantik...ataupun buat cara yang betul..yang islam suruh...Guna orang tengah untuk merisik..bertanya dan istikarah selepas usaha...

Si gadis menerangkan panjang lebar : Ini tak..dah suka sibuk plak nak bagitau..sibuk nak menjalinkan hubungan yang kononnya berlandaskan syariat....Hubungan islamic lah....kejut bangun tahujud lah...enti matlamat tetap tak menghalalkan cara..yang haram jika kita ucapkan kalimah syahadah pada benda haram tu sekali pun tetap ianya menjadik haram....Kalau enti terjun dalam lubang taik, sudah tentu enti akan berlumuran taik..mustahil untuk enti menjadi bersih melainkan enti memakai baju protection yang benar-benar menutup enti tapi tu pun mesti akan terkena jugak kat kulit enti time enti nak bukak baju protection tu untuk cuci kan?

Si gadis menambah lagi:  ana sedaya upaya cuba menjauhi semua nya, ana jaga syariat, ana pakai jubah, pakai tudung labuh supaya tak menjadi perhatian sang lelaki..biar ana tak dipandang lansung..itu lebih baik..Tapi ana hairan..makin ana menutup makin ramai pula yang hadir seolah -olah menjadi tarikan pula..

Aku : betoi jugak tu tapi sebab pa lagik yang buat enti rasa terbeban?

Si gadis : Ana khuatir dengan hati ana...Ana juga manusia..kalau ana layan lelaki-lelaki ni, ana memang la boleh cakap yang ana tak mau kat dia tapi ana risau kalau hati ana satu hari nanti akan terpaut jugak..Macam enti kata, cinta tu fiitrah seorang manusia..Ana insan yang lemah jadi ana sedar setakat mana iman ana..Ana takut kalau tiba-tiba ana jugak 'terjatuh' hati pada salah sorang, ana risau kalau cinta yang ana sepatutnya beri pada Tuhan kita sewenangnya ana berikan pada makhluknya kemudian ana mengaku pula "aku mencintai si fulan fulan kerana Allah" ...Allah..berat berat..sangat berat enti...Bukan senang nak mencintai kerana Allah
Tambahan pulak dengan yang bukan ajnabi..Sebab tu ana cakap enti bertuah..sebab enti lebih mudah nak pelihara hati..

Aku :...... terdiam...

dalam hati : kagum..sampai situ dia fikir..indah sungguh akhlak dia..kuat sungguh dia jaga, dia pelihara diri dia...aku baik punya dok pikiaq "isk aku neh buruk sangat ka tak dak laki suka"
Tapi dia..dia lebih prefer nak jadik aku....

Masih ada rupanya cinta seorang gadis pada Tuhannya macam Rabiatul Adawiyah time time dunia dah semput ni...

Dia ada pesan kat aku :
"Farid..kalau farid cintai Tuhan, DIA akan berikan seseorang yang juga mencintai DIA..takkan ada halangan untuk farid meletakkan DIA sebagai yang dicintai paling utama sebab Farid dah dapat seorang lelaki yang jugak mencintai DIA..jadi si lelaki itu akan lebih ke arah nak mencarik cinta dan keredhaan Allah"

Serius aku cakap, akhlak dia sangat baik..
Perilaku dia membuatkan dia tanpa sedar dah jadikan diri dia idola aku sampai sekarang
Muka dia sangat tenang bercahaya yang bila aku tengok dan bila aku bersama dia  mesti aku akan ingat Tuhan...
Barulah aku faham apa erti nya bila Tuhan soh kita berdamping ngan sahabat yang soleh dan solehah..

Fuhhh...(aku dok tarik nafas panjang-panjang niii)
Rindu sangat nak jumpa ngan sahibah - sahibah..adik-adik
Rindu nak berkumpul
Rindu suasana soleh
Rindu pengisian
Rindu ingat mengingati
Rindu teguran
Rindu nak makan bersuap...
Nak sangat balik zaman lepas..hahah..mustahil Farid oi!

Wasalam

Syukran sahabat

Assalamulaikum

Sangat suka kata-kata yang adik surita post kan dekat facebook

*Ukhti*

Jangan menangis, jangan bersedih, hapus keraguan di dalam hatimu
Percayalah pada-Nya, Yang Maha Pemberi Cinta, bahawa ini hanya likuan hidup yang pasti berakhir
Yakinlah saat itu pasti kan tiba
Tak usah kau risau kerana makin memudarnya kecantikanmu
Kerana kecantikan hati ; iman yang dicari
Tak usah kau resah kerana makin hilangnya aura keindahan luarmu
Kerana aura keimananlah yang utama
Itulah auramu yang memancarkan cahaya syurga

Dan untuk Adibah nyet nyet ;p
Terima kasih sebab comfort kan saya...
Terima kasih sebab slalu faham macam mana perasaan menjadik 'the things'

Buat Aisyah sayang,
Jazakillah for the word :
"Alhamdulillah... Allah bagi rasa bahagia walaupun hidup sederhana... :)"

Dan untuk semua sahabat
Syukran atas ingatan, atas kasih sayang yang kalian berikan :)

Wasalam

Tuesday, September 6, 2011

Oh Farid~

Assalamualaikum

Aku rasa nak berlari di rumput lapang yang gebu, lalu baring kemudian renung langit lama-lama

Tak mau pikir apa-apa
Biar dia si otak sedikit 'tenang'....

Tapi bila aku tersenyum, mau bukak lagi mata ni luas-luas sambil katakan kat diri "oh ini bukan mimpi kan" ,
TIBA-TIBA semua hilang..

Aduhh..sepatutnya aku just biarkan keadaan keluasan mata aku dibuka tadi..
Merungut pun tak dak guna..'keindahan' tadi dah hilang

sigh~
Mengeluh panjang (sangat tidak baik...)

Oh Farid
sekurang-kurangnya kau masih ada tempat tinggal 'tumpangan' milik ibu dan abah dan tak perlu menyewa! tolong bersyukur!

Oh Farid
sekurang-kurangnya gaji kau yang kau asyik merungut kata sikit tu, kau masih boleh makan tanpa perlu menadah tangan meminta-minta! Kau masih buleh beli moto sebijik...kau masih buleh beli pakaian yang baik...gaji tu masih cukup walaupun cukup cukup! tolongla bersyukur!

Oh Farid
Walaupun kau tak dak kereta dan amat berharap kau ada sebijik kereta habuan kau berulang alik bila matahari terlalu menikam kulit dan  kadang-kadang langit tiba-tiba mau nangis ,sekurang -kurangnya  time hujan mak kau masih buleh hantar pi kerja walaupun masa kau sampai pintu office belum dibuka lagi ! tolong -tolong bersyukur!

Oh Farid
Sekurang -kurangnya kau masih dibagi cuti walaupun satu hari ,nak di bandingkan ada kenalan kau yang hari-hari kerja dan tak dak cuti pun! bersyukur bersyukur lah farid!

Oh Farid
Sekurangnya Tuhan masih izin kau istiqamah walaupun dan setahun lebih kau keja dekat tempat yang tak izinkan kau tutup aurat dengan sempurna..ya ya beryukurlah duhai farid!

Oh Farid
Masa nya akan sampai untuk kau sambung blajar mengikut cara yang kau mahu..Tak payah sentap nak rasa menyesal atas keputusan yang kau dah buatdi masa yang lepas! bersabarlah!

Oh Farid
Tak payah nak banding-banding dengan orang yang jalan hidupnya lebih baik sebab kalau kau buat, kau hanya akan terbit rasa tak bersyukur pada PEENCIPTA kau...!

Oh Farid
"If you cannot beat them, then join them.."....Smile and remember that Allah always with you!

Oh Farid
Jika Tuhan lambat makbulkan doa kau itu bukan tanda kau untuk berputus asa tapi ertinya Allah mahu beri yang terbaik buat kau! Bersangka baiklah pada Allah wahai Farid!

Oh Farid
Walaupun kau hitam dan huduh, kau tetap ada semuanya...fizikal sempurna tanpa cacat, keluarga yang baik dan kelengkapan yang cukup untuk seorang manusia! Jadi bersyukurlah dan berhenti merungut!

Oh Farid
Politik pejabat sangat kotor tapi kau bukan nak kerja sampai mati di situ kan? Jadi bersabarlah..masa kau akan sampai untuk kau pergi! Bersyukurkah kau ada kerja nak dibandingkan dengan orang yang masih tercari-cari pekerjaan!

Okeh habis motivasi diri sendiri tapi,
Saat ni aku masih sangat mau berlari-lari di dalam angin sepoi sepoi, atas hamparan rumput karpet, rebahkan diri dan mengintai lagit di celahan tangan aku...

Pastu bila cukup time panjat naik masuk rumah aku kat atas pokok, mandi dan solat kemudian renung langit di sebelah malam....Subhanallah! cantik nya langit yang beraksesorikan bintang!

Amacam ada baik dak angan-angan aku?

Wasalam