Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, March 31, 2012

Jujur : tak pelu baca jika anda tak boleh menerima pendapat ^^

Assalamualaikum

4 hari di rumah tanpa pi shorubber rasa  nyaman,... tenang..fuh fuh...(opsss jangan marah bossss..haitttt)

Kali ni aku nak berkongsi sedikit pendapat
Tapi incik dan puan sekalian, perlu di ingat ini hanya pendapat ^^
Dan pendapat tak semestinya betul..maka please jangan sesekali naik hangin wokeh?

Tarik nafas dalam-dalam
Okeh mulaaaa...

Baik,
Bicara hari ini adalah tentang dakwah.

Ramai yang tau atau mungkin pura-pura tak tau atau memang tak tau
Dakwah sebenarnya tanggungjawab semua..
dan bukanya sekadar tanggungjawab ustaz, ustazah, cik tudung labuh dan incik kopiah, mamat dan minah dari sekolah agama.

DAKWAH:  adalah amanah yang kita sebagai manusia kena bawak sepanjang hidup!

Dakwah ada banyak cara
salah satunya  secara direct (straight to the point ja cakapnya)
dan ada juga secara lembut dan hikmah

Aku highlight dua ni sebab benda ni sangat femes  nowadays
Dua dua tak salah..
Contoh?
Saidina Umar  dan Saidina Uthman

Saidina Umar beliau seorang yang tegas,sangat terkenal dengan sifat beraninya
manakala saidina Uthman adalah seorang yang lembut sampai malaikat pun cemburu dengan sifat pemalunya

Jadi apa pointnya?
Ceritanya di sini
Ada orang yang sesuai ditegur secara hikmah,
Ada orang yang sesuai ditegur secara terus (direct),

Manusia, banyak ragamnya
Banyak sifatnya..jadi tak semua 'makan' kalau ditegur secara lembut
Tak semua 'makan' jugak kalau ditegur secara direct

Aku bagik satu situasi sebab lebih mudah untuk faham

Seorang yang letak gambar seksi dalam fesbukk (femes isu ni)

Apa kita sebagai umat islam akan buat?

1) mengumpat tapi tak buat apa-apa

yang ni banyak terjadik, dah la tengok, pastu siap mengata lagk.
perlu ingat kalau kita mengumpat tanpa buat apa-apa siap tunjuk dekat orang lain yang jugak akan mengata, si pelaku for sure takkan berubah sebab kita hanya 'kata', then si pelaku jugak boleh dapat pahala percuma ^^ sebab kita mengata dia

2) dekati dia perlahan-lahan (kenal dahulu)

ini adalah salah satu dakwah secara lemah lembut,camna caranya?
haaa...mula-mula add dia, kenal slow-slow
pastu mintak no phone
pastu kena ingat jangan cakap bab agama lagik, biaq depa sendiri yang mula dulu
i mean setiap manusia, jauh dilubuk hati dia sedalam-dalamnya,semua nak jadik baik
tak dak sapa kata dia 'mau' masuk neraka

cara ni memang akan makan masa..ada yang sampai bertahun - tahun
bergantung pada keadaan
hidayah kan milik Allah ^^

dan kalau secara berdepan plak (face to face)
mula-mula buat-buat la terpijak kaki ka,tercuit ka, pendek kata ter ter lah
then cakaplah sorry, pastu sembang-sembang la
pastu mintak no phone

oh better yang pompuan buat pada pompuan
yang lelaki buat pada lelaki...

3) comment terus kat gambar "_________ ni seksi la, tak takut Tuhan kah?"

T_T ya cara ni agak  kasar sebenarnya, ada yang boleh menerima, tapi ada jugak yang mungkin akan diakhiri dengan makian.Tapi slalunya cara ni banyak di buat oleh lelaki sebab mereka kan berani ^^

Terus terang pada pendapat aku
ya ianya tak salah
jika si pelaku malu, habis sangat beliau delete gambar tu
tak pun beliau delete komen si penegur
tak pun beliau private kan fb beliau bagi certain-certain orang saja boleh komen

tapi buleh nampak dah,
yang tadi beliau publickan gambar beliau untuk sapa-sapa saja tengok
terus beliau privatekan
baguss jugak la tapi kasaq..
ada peningkatan kan kan...

Cuma akan ada pihak yang akan berkata si pelaku telah ditegur dengan cara di aibkan
Kasihan juga sebenarnya pada si pelaku
Tapi kan, sapa yang zahirkan si penegur untuk tegur si pelaku secara direct? Allah bukan?
Bukan kah itu maknanya Allah sayang pada si pelaku? dan disebabkan itu DIA gerakkan si penegur untu tegur secara direct.


4) marah balik pada si penegur di atas

"Kita jangan mudah menghukum, kita semua penah buat salah.Hidayah kan milik Allah"

benar sahabat yang dikasihi..

jangan mudah kita menghukum orang..benar sangat
kita pernah buat salah..ya jugak benar
hidayah milik Allah...ya ya..true

tapi sahabatku, hukum itu siapa yang buat? bukankah tutup aurat tu hukum Allah?
tapi sahabatku, jika kita pernah buat salah, adakah kita mahu membiarkan si pelaku ini juga membuat salah?
tapi sahabatku, hidayah itu perlu dicari dan kerana hidayahlah Allah telah hadirkan si penegur untuk menegur si pelaku ^^


5) Inbox dan tegur secara direct

Boleh juga, ini lebih baik jika kita belum kenali seseorang
sebab sekurang-kurangnya dalam inbox..
Mungkin akan dimaki,di block dan mungkin tak dibalas lansung
sebab tu kadang-kadang tegur di gambar terus lebih berkesan ^^ sebab si pelaku akan melakukan "sesuatu"

Itu saja pendapat yang terzahir dari diri yang lemah...
ya ini mentaliti aku..
masing-masing ada their own opinion kan kan ^^
dan sudah tentu pendapat you guys jauh lebih baik dari aku..

Okeh cerita perkongsian tamat

wasalam

Monday, March 26, 2012

Muslimah part time yang membosankan

Assalamualaikum

"Baik tak dak keja  asalkan aku boleh jadik muslimah full time"
Ini antara fikiran mudah aku yang pernah terlintas sebab tak tahan dengan situasi dan keadaan.

Aku cuba untuk blajar menerima seadanya tentang keadaan aku sekarang,
SYUKUR dengan rezeki yang dikurniaNya,
tapi KECEWA dengan keadaan diri yang asyik jadi muslimah "part time"
RINDU dengan muslimah full time!

Dok tanya sampai bila kena camni tapi dah 2 tahun dah !
Siap depan cermin with rasa tak dak rasa redha

Aku tak selesa!BETUL!

Satu masa dulu...
Baju, aku  labuh sampai paras lutut
Tudung, aku biar labuh melepasi dada,

Tapi la ni?
Baju, atas satu jengkal setengah dari lutut
Tudung,kena masuk dalam baju
Seluaq, nah NAMPAK dari paras paha ke kaki

Aku cuba  faham situasi baju aku yang singkat tapi longgaq
Aku cuba  faham tudung itu katanya untuk tujuan keselamatan sebab aku kerja di kilang,
nak nak pulak bahagian komputer, ada sedikit terlibat dengan masuk bahagian yang ada mesin..
Aku cuba nak faham, seluaq itu mudahkan pergerakkan

Tapi aku tak pernah faham!
sebaliknya ada rasa heran..
tiap tiap hari heran

Aduh sakitnya!!!!.
Luka paksaan yang semakin hari semakin besaq!

Kakak : sebenarnya kerja macam mana farid idamkan selain mengajar  ataupun pasal komputer?

Aku : kakak, saya tak pernah pilih, kerja kat kedai buku pun saya sanggup asalkan saya boleh jadi muslimah sepenuh masa

Kakak : jadi awat farid tak berhenti?

Aku : saya tak berhenti sebab saya disuruh berfikir sedalamnya, ibu bapa saya minta saya consider,depa kata saya kena pilih kerja yang berbaloi, maksudnya yang saya boleh lepas bayaq duit minyak, makan, ptptn dan moto saya. Disebabkan hal tu saya masih dihalang. Ikutkan hati, dah lama saya jauhkan diri. Saya tau saya tak sempurna tapi hati saya asyik menjerit minta jauhkan diri. Longgarnya syariat....Saya tak salahkan parent, saya faham ada betoi nya apa yang depa cakap.

Kakak : adik, islam tak dak paksaan, pelan-pelan carik jalan untuk keluar, banyakkan solat hajat. Moga Allah bantu adik untuk keluar darik situasi ni.

Aku : Doakan saya kakak. Terima kasih.


Mungkin bagi yang tak paham situasi aku akan cakap benda camni pun nak sedih
Tapi cukuplah kalau tiba-tiba aku paksa sapa-sapa pakai tudung labuh bagi pompuan
pastu kalau yang terbiasa berkapel untuk jangan berkapel bagi lelaki dan pompuan,
Apa anda rasa?PAKSAAN bukan?

Jadi tu la situasi aku!
Aku tak baik, sempuirna?? nooooo...
Ya aku teruk, betul!
Tapi aku dah terbiasa Allah izin untuk melabuhkan tudung,melabuhkan baju
tapi tiba-tiba tudung dan baju aku singkat
Aku tak pernah ikhlas pakai baju macam tu pi kerja!

Saudara seislam aku yang aku kasihi,
Andai tulisan blog ni dibaca,
Aku mintak tolong banyak-banyak,
Tolonglah doakan semoga Allah izin aku menjadi muslimah full time semula
Tolonglah doakan semoga Allah izin kita semua menjadi yang terbaik di sisiNya,
Tolonglah doakan semoga dikurniakan rasa CINTA kepada ALLAH...
Aminn......

Wasalam

Sayangnya mereka.........

Assalamualaikum,

Akhirnya Allah mendengar rintihan hati,

Terima kasih Ya Allah,

Dah lama sejak keluar dari politeknik,
halaqah tak pernah konsisten aku ikut,
Sat sat ada halaqah,aku boleh ikut..
Sat sat ada halaqah, aku lansung tak boleh ikut....

Tapi kebanyakkan nya tak boleh ikut pun..
Alasan kerja,
Itu alasan yang aku sebagai manusia bagi alasan kat manusia,
Tetapi Allah tu lebih TAU..
samada alasan itu boleh terima pakai atau tidak...

Nak dijadikan cerita,
Ada lagi yang sayang!
Yang masih peduli dengan keadaan rohani aku, akhlak aku dan fizikal aku..
Dengan menjadikan kak ton (isteri cikgu azmi -murabbi aku) dan kak mar sebagai pengantaraan,
Allah telah menunjukkan betapakasih sayang NYA

Serius, sewaktu aku dengar kata-kata mereka,
Aku mahu sujud syukur kat situ
rasa nak nangis..

Benda ni jadik masa majlis reunion
waktu aku pelawa kak ton dan kak mar untuk makan kek yang aku buat...

Selesai makan,
kak mar menghampiri aku.....

Kak mar : Farid, kak mar nak tanya, boleh tak lepas ni kak mar dan kak ton buat halaqah khas untuk farid?

Aku : Maksud kak mar?

Kak mar : Kak Mar faham, farid sibuk kerja dan lansung tak sempat nak ikut halaqah mak cik rohainon, jadik kak mar ingat, kak mar dan kak ton nak buat halaqah ikut masa farid free bila...

Aku : Betul ka kak mar? Allah...terharu sangat...sampai macam ni skali kak mar......(manahan sebak)

kak mar : ya farid, kak mar dan kak ton sayangkan farid, jadi rugi kalau farid tinggal kan halaqah macam tu saja..2 minggu skali pun tak pa lah farid, janji farid ikut halaqah........Bila farid free slalunya?

Aku: Slalunya ahad kak mar, sebab ahad tak kerja, sabtu pun ikut hari...

Kak ton bangun dan duduk di sebelah aku, diambil tangan ku dan dipegangnya...

Kak mar : Kalau macam tu hari ahad boleh, waktu pagi atau petang farid free?

Aku : sebaiknya pagi sebab petang susah sikit..

Kak mar : tempat? farid boleh mai beseri?

Aku : insyAllah boleh, sebab tu kena pagi,..

Kak ton : kalau pagi kak ton tak boleh sebab ada program...kalau petang insyAllah..

Aku : petang tu boleh selagi tak lewat petang kak ton, sebab insyAllah saya pergi beseri dengan moto jadi abah tak izin kalau jauh sangat pastu balik lewat petang sorang-sorang..

Kak ton : oh kalau camtu lepas zohor tu elok la

Aku : Boleh boleh, terima kasih kak ton, terima kasih kak mar

Kak Ton : sama-sama..InsyAllah jika kita berhajat, Allah pasti mudahkan jalan...banyak-banyak solat hajat, mohon pada Allah....

Aku genggam erat tangan kak ton,
Sebelum pulang aku peluk dan cium kak mar dan kak ton...
Sayu rasanya untuk berpisah..
Sebab bila tengok depa,
Ada satu rasa ketenangan yang luar biasa dalam diri..........

........................................................................................

Hari ini aku sedar,
Betapa jika kita berhajat pada kebaikan..
Allah pasti mudahkan
Allah pasti hadirkan.......

;....................................................................................


Kenapa halaqah penting?
-Sebagai ingatan buat diri kita yang lalai.
-Banyak persoalan boleh terjawab dengan halaqah
-banyak perkara boleh belajar contoh belajar untuk bekerjasama, saling pimpin memimpin, saling ingat mengingati...
-belajar berbincang
-belajar menyampaikan idea

dan untuk lebih lanjut sila klik sini

BUAT SAUDARA SEISLAM KU
JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH 
SEBAB ALLAH ITU DEKAT! 


Wasalam

Camtum jiwa

Assalamualaikum,

Kelmarin 25/3/2012,
bertempat di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Satu majlis reunion telah dianjurkan oleh adik-adik pusat islam politeknik baik yang masih di poli dan yang sudah keluar dari poli,

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Bersyukur kerana dengan izin Allah aku dapat bertemu adik-adik baru, lama dan sahabat-sahabat yang dah sekian lama tak jumpa.
Yang dah membara aku pendam rindu

................................................................................................

Melangkah masuk ke pusat islam,
Hati sayu, jiwa rasa sedih bercampur kegembiraan.
Seribu kenangan kat sini...

Cuma bezanya,
tak semua sahabat dapat berkumpul,
Itu yang membuatkan ada 'sesuatu' yang 'kurang'...

Tapi kekurangan itu ditampung dengan kehadiran adik-adik yang sangat ramah,
adik-adik yang sering tersenyum ikhlas,
adik-adik yang sudi berkongsi cerita dengan seorang kakak yang baru dikenali,
adik-adik yang sudi mendengar dan melayan kerenah seorang kakak yang asyik lupakan nama mereka..
Jazakillah adik-adik ku..beruntung akak dapat kenal adik-adik ^^

BERTUAHNYA MEREKA

Ya bertuahnya mereka, Allah pelihara...
Akhlak, dressing, fizikal dan rohani,
Cantik semuanya...

Cemburu?
Tipu kalau aku kata tak

Cemburu dengan akhlak yang baik
Cemburu dengan status mereka "muslimah sepenuh masa"

Nak dibandingkan dengan aku,
seorang "muslimah separuh masa"
akhlak pun tak seberapa...

Buat sahabat dan adik-adikku sayang,
Beruntunglah kalian
kerana Allah masih izin kalian menjadik muslimah sempurna
kerana Allah masih izin kalian terpelihara,.

Buat saudara seislam ku,
Apa ditangguh lagi?
TUTUPLAH AURAT MU SAYANG..............
Selagi Allah masih izin..selagi Allah masih mahu peduli....

Wasalam









.........................................................................

Saturday, March 24, 2012

PAKSA?

Assalamualaikum,

Cer story kat aku apa rasa bila kena paksa?
Buat satu benda yang kita TAK MAU?

Contoh 
Ada satu peraturan ketat kat sebuah pusat pengajian tinggi,
Wajib pukul  4 pagi semua kena bangun stadi
Jadi setiap pukul 4 pagi stau siren kuat akan bunyi selama 5 minit
Nak dijadikan cerita, oleh sebab pihak pengurusan menjadikanbenda nihwajib,
setiap bilik dipasang pulak satu siren yang boleh dikawal dari jauh,..

Walaupun contoh ni agak merapu tapi cuba pikirkan perkaitanya dengan paksaan

For sure ramai antara penuntut pusat pengajian tu akan rasa tertekan
sebab kena ipaksa untuk stadi pagi-pagi buta
Tak bangun siap ada siren khas lagik
Memang paksaan lah..

Tapi brapa ramai yang nampak kebaikan dalam paksaan?
Brapa ramai yang sudi untuk bangun stadi?

Silap-silap lepas 5 minit siren bunyi pakat tiduq balik kan?
Sapa yang TAU?

Camtulah ISLAM sekarang

Seolah-olah PERATURAN yang ALLAH buat jadi satu paksaan
Cuma bezanya, kalau tadi dekat pusat pengajian tu tak dak sapa boleh MONITOR untuk bangun atau tak
Tapi kalau ISLAM, ALLAH buleh monitor secara direct..

Tapi tetap jugak brapa ramai yang betul-betul cuak bila TAHU ALLAH MAHA MELIHAT?

KENAPA KITA TIDAK TAKUT?

Cuba layan perbualan ni...

Si A : Muda hanya SEKALI, kita ENJOY dulu

Si B : ha ah elok sangat lah, MATI pun skali jugak

Si A: BELUM BERSEDIA la

Si B : Camna kalau MATI sebelum ALLAH izin bertaubat? pastu kan camna kalau ALLAH pun tak sedia nak bagi kita nafas?

Si A:  Ramai orang cuba nak jadik ustaz dan ustazah sekarang ni..huh~

Si B :  Salah kah semua orang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah? Tu tugas kita sebagai manusia bukan? Kenapa bila orang buat jahat tak cakap pun "ramai orang cuba nak jadik setan dan iblis?"

Si A: kasar bahasa incik B

Si B: opsss maaf kalau buat incik A terasa, tak dak niat cuma hairan , bukan suruh buat jahat sebaliknya suruh buat kebaikan, dunia seolah terbalik, yang berbuat BAIK dipandang LAIN MACAM, yang buat JAHAT itulah TREND atau BIASA?

Si A:  alaahhh, yang bertutup - tutup tu, yang berkopiah tu, yang skolah agama tuuu, yang baikk tu...(ayat membosankan) BUKAN nya baik sangat! Mengumpat number 1, tu tak kira yang maksiat lagi, kalah saya ni incik A, Sekurang-kurangnya saya ni tak la buat cam mereka-mereka

Si B: hah ini lagik satu hairan ni, yang suruh buat amal makruf nahi mungkar tu sapa? MANUSIA kah?
Huh dah la ALLAH bagik pinjam nafas, anggota badan, kehidupan...tu tak kira lagik muka bumi yang kita pijak, mana nak kira dengan rumah lagik, kerja lagik..Tup tup baik punya SOMBONG dengan ALLAH, nak suruh BUAT YANG DISURUH  pun carik ALASAN lagik

Si A: bukan carik alasan incik Boi, cuma cuba tengok...yang dok nampak BAIK sebenarnya lebih teruk dari yang DISANGKA JAHAT...

Si B : Aiyakk incik A, siapa yang sering SANGKA? MANUSIA  bukan? Pentingkah sangkkan mereka? Awat bukan incik A yang ubah semua..?Ubah spekulasi yang incik A kata tu, jadi yang terbaik then baru lah tahu...

Si A: Incik B, saya ni memang nak berubah, cuma pelan-pelan la, BUKAN SENANG nak berubah TIBA-TIBA, apa pulak ORANG CAKAP nanti? dan lagi satu ni incik B, bukan kita patutnya DOAkan mereka? BUKAN hukum ! HIDAYAH kan HAK ALLAH?

Si B: ya perubahan tu memang perlukan MASA, jadi kenapa perlu mencarik SALAH pada yang juga CUBA untuk berubah?

Si A: apa incik B cakap ni? belit -belit la

Si B: Yalah, iman ni ada naik turunnya, pastu yang tadi incik A kemain best ja cakap yang tutup-tutup tu, yang pakai kopiah tu lebih teruk tu?
Bukan kah mereka jugak macam incik A, nak jugak berubah cuma pelan-pelan jugak kan?

Si A: Iman naik dan turun?

Si B: Yup, dan sebab tu lah kita kena sentiasa hadiri majlis ilmu, baca quran, zikir , BUAT apa yang ALLAH SURUH, TINGGAL apa yang ALLAH LARANG..sebab kita nak sentiasa beringat-ringat..Betul yang tutup- tutup tu belum tentu baik tapi kalau tak TUTUP?

Si A: Amboi incik B,ada tau orang yang tak tutup tu lebih baik amalan dia tahu

Si B: Betul ADA, cuma kalau amalan nya baik, SUDAH tentu dia tahu apa yang dilakukan nya itu SALAH, bukankah itu LARANGAN, jadi bila langgar? Hukum ALLAH tu..kalau BOS kat tempat kerja kita TAKUT dan HORMAT kalau ALLAH?yang bos kita tak suka semuanya kita nak ikut...kalau ALLAH tak suka? Sedangkan ALLAH tu besar lagik dari BOS tuuu
Dan lagik satu, bila kita buat sesuatu AMALAN dan kita merasakan KITA JAUH lebih baik dari ORANG LAIN, lalu disebabkan itu kita tak TUTUP ataupun bagi yang TUTUP kita BUAT DOSA atas alasan KITA JAUH LEBIH BAIK DAN TAK MENGAPA KALAU KITA BUAT?
Dah lain macam dah tuuu incik A...

Si A: Bukan orang tak tutup ja yang jadik camtu, yang tutup pun bercambah!

Si B: Ha ah betoii tu, thats why balik pada yang saya katankan tadi, IMAN ada NAIK dan TURUN...jadik incik B, yang tutup atau tidak kena perbaiki DIRI, ISLAM bukan untuk orang yang tutup saja, IANYA UNTUK SEMUA..
KITA SEMUA HAK ALLAH, kita semua pinjam BARANG ALLAH....Jadi untuk apa kita SOMBONG?
BERUBAH sementara ALLAH masih MAHU beri peringatan..

Si A: apa maksud incik B?

Si B: incik A rasa, takkan tiba-tiba saja ada orang cakap pasal KEBAIKAN dengan kita? Takkan tiba-tiba kita terdengar ceramah agama? KEBETULAN?  MESTI ALLAH yang jadikan semua tu pengantaraan untuk TEGUQ (tegur) kita..Ada orang yang ALLAH teguq secara direct, ada orang yang ALLAH hadirkan pulak sesorang untuk teguq kita..JADI bila ada orang teguq ketahuilah yang itu dari ALLAH, incik A...Dan maksudnya, ALLAH RINDU, ALLAH MASIH SAYANG dengan kita...
Tapi sayang tau, brapa ramai antara kita yang berpaling, tinggal kan ALLAH...
ALLAH sendiri penah kata :

Wahai anak Adam!
Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! 
Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam!
Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

"Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan
sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.
Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."


Cuba tengok incik A, sayang dak ALLAH dekat kita? T_T tapi kita?

(Reaksi kemungkinan dari incik A)
Reaksi 1 : T_T
Reaksi 2 : Saya tengah berubah lah niii
Reaksi 3: wahh kemain pandai lagik incik B berkata-kata tapi incik B tu buat ker?

Cerita tamat ^^

Monday, March 19, 2012

Cerita hati

Assalamualaikum

Haihh..sedaq tak sedaq rupa-rupanya dah di penghujung bulan 3
Baik punya aku tak hupdate! (update)

Hari ini aku MC..tau apa itu MC..ah tak payah nak terang lagi, eberibodi (everybody) tau dah
Aku telah mendapat MC tetapi tengah bersenang lenang update blog
Fuhh ini kalau si bos baca, mau kena fire zassss ngan kuasa raksasa

Aku rasa elok jugak aku terangkan dulu apa halnya sebelum apa-apa terjadik
Keh keh..Ini perbualan antara aku dan watak imaginasi..(aku tak gila lagik)
Anggap sajalah watak imaginasi tu sebagai bos..erkkkk (baikk jangan..hohoh- gelak tersipu malu)

Aku: Sebenaqnya tok, saya ini sakit gigi (hek eleh sakit gigi pun malas mau kerja)

Tok: Sakit gigi ja pun , apahai sampai MC

Aku: aiyak tok, seminggu sudah saya sakit gigi dan asyik menangguh - nagguh pencabutan beliau

Tok: pastu apakah kaitannya dengan ber'MC'? then then apahai tangguh sampai seminggu?

Aku: (banyak pulak soklan beliau nihhh- dalam hati saja) pagi ini apabila bangun, gigi saya berdenyut-denyut tok, dan lalu badan saya panas tok. Dan takkan tok lupa? network kat maintenance office kan problem, maka saya tak dapat nak keluar, malah SMART Project jugak harus disiapkan tok...Disebabkan sayang SHORUBBER saya tangguh dulu tok perihal sakit2 diri..sebab tu SHORUBBER bagik saya bonus banyak kan kan tok?

Tok: oh begitukah? baguz baguz...esok buleh kerjakah?

Aku : ya ya tok, buleh buleh, SHORUBBER di hati saya tok (sila amik perhatian SHORUBBER adalah tempat kerja aku)

Perbualan imaginasi tamat
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita seterusnya

Bangun pagi ini aku bersiap untuk ke klinik kesihatan
Memang tak bajet nak pi hospital sebab tau dah lambat

Lalu 7.45 sampai di klinik kesihatan
masuk-masuk fuyoooo marvelous!!!! ramai kot manusia

Nak summarize kan sajalah
- Tunggu
- Dapat number bertuah
- Naik tingkat 2
- Tunggu lagik
- Nama kena panggei
- Masuk bilik doktor
- Doktor check
- Beliau soh pi x-ray dekat hospital (aduhh aduh aduhhhh)
- Pi hospital
- masuk bahagian x-tray
- dapat number bertuah
- tunggu
- nama kena panggei
- masuk x-ray
- mesin time2 tu lah nak buat perangai
- yeahh aku suka lah -_-"
- siap x-ray
- pi klinik kesihatan semula
- tunggu (arghhhh)
- nama dipanggei

"adik pi klinik pakar gigi dekat sebelah klnik pakar mata"
 " kat mana?"
 " hospital" -_-" mengapa tidak sekali harung saja..oh oh oh

- pi klinik pakar
- tunggu lagik >_<
- tunggu
- tunggu
- okeh tak larat nak tulis tunggu
- orang ramai mula kurang
- tunggu
- nama dipanggei
- sepatah dua kata dari doktor selepas check

 " kita tak bleh cabut hari ini"
  " oh yakah? mengapakah T_T "
  " sebab adik tengah sakit, kita akan bagi appointment dan bedah, lepas bedah kita bagi MC 3 hari"
  T_T

- pukul 12.30 pulang ke rumah

7.45 sampai pukul 12.30
moto klinik kesihatan : senyuman anda kepuasan kami
aku senyummmm
SERONOK nya TUNGGU lama2 untuk mai pulak -_-"

Baru 4 jam kan kan kan
Jadi jika mau ke hospital sila bawak buku
Maka tidak akan bosan,
Serius aku dah buat

Jadik kepada incik bos
"minggu depan saya MC 3 hari" >_<
Jangan marah bos!

Kalo tak bedah saya tak leh makan bosssss
nanti saya tak dak tenaga nak buat kerja bosssss
Bye bosss

Wasalam