Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Tuesday, October 30, 2012

Kenduri yang nak kata bajet tapi bukan bajet la tapi tapi..sudah sudah

Assalamualaikum,

Penat tau kenduriii....
(hahaha  pura-pura teruk padahal bukan kena buat apa sangat pun..tayang muka, amik video, pastu pi duduk-duduk ngan tetamu yang aku kenal…..iskisk)

Sebab kita kan,kita kan kan  tuan rumah, tapi double+ triple+million of syukur  sebab abah pilih untuk buat kat denai larian pengkalan asam(track jogging) maka tak dak la banyak sangat nak buat, just make sure rumah bersih dan bawak semua goodies yang nak bagik kat tetamu ke homestay yang available kat sana.

Makan plak catering yang buat, senang kan zaman sekarang? Tak payah teruk-teruk..dah la sedap..sekali khemah ngan makan beradab pengantin semua, sekepala jadik rm 7..nice..

Sebenaqnya boleh dikatakan kecil-kecilan jugak la sebab panggilan dalam 700 gitu,seperti besa dalam kenduri ni bila dah memanggil tu kena la darab 3 (untuk bini, laki dan anak dan eh..eh dah cukup 3 la)..maka jadik la 2100 tapi abah genapkan untuk jadik 2000 saja.Dah tu sewa tapak kat track jogging tu rm 150 saja. ada surau, ada toilet..Kalau nak homestay tambah la lagik rm 150..huh~ murah teruk darik sewa dewan!

Cuma kontra dia kalau hujan tu tak dapet la nak tolong, walaubagaimanapun Allah tu lebih tahu mana yang lebih baik untuk kita, minggu adik aku kenduri tu, adalah minggu hujan yang femes menyerlahkan dirinya, tapi Alhamdulillah, pagi tu hujan lebat, elok pukui 10 teruih  cuaca panas baik saja sampai pukul 4 petang, atucara majlis pun sampai 4 petang ja, lepas 4 petang tu atas izinNya barulah hujan balik..ALHAMDULILLAH…mudah segalanya ^^

Part yang aku rasa tak best masa nak menjemput la, tak dapat aku nak panggil semuanya,kebanyakan yang aku panggil guna mesej dalam facebook tu pun aku Tanya status kehadiran dan certain-certain orang saja, dah tu yang respon  aku kira..Mungkin cara ni Nampak kejam dan lebih senang cakap “nak panggil orang makan kenduri tapi macam kuda..kuda.. er.. er kuda hekut kut kut (kedekut)” .

Niat dia hati tu, nak memanggil saja semua yang kenal, tapi al maklumlah, kenduri itu kenduri adik aku, dah tu plak duitnya dikeluarkan oleh mak bapak aku, part aku tu just tang siapkan rumah kasik kemas-kemas baik punya, tolong ibu sikit-sikit tang hantaran dan goodies.

Pastu dalam 700 panggilan tu plak bahagian yang aku dapat 100panggilan ja, orang shorubber saja dah 60 plus plus (not include all worker la, gila kau nak panggil semua..mau mendidih mak bapak aku sebab ada 2 ribu lebih pekerja), thas why la aku kena kompom sapa nak mai atau tak, sebab kalau dah tak mau mai tu bleh la aku panggil orang lain pulak..hahha teruk kan?

Tambah-tambah plak aku ni dah 23 tahun chumel chumel, (ecece apa kaitan plak?) jadik kawan-kawan tu darik skolah rendah, menengah, poli, praktikal, haluan dan tempat keja, fuhh banyak tuuu…
(tapi tapi tapi, Tuhan kata niat tu dah dapat pahala dah kan kan..ahaks ahaks..hoho)

So aku tak kesah la sebab tak terjadinya pembaziran bila buat camni,.aku ni jenih susah hati sikit kalau makanan berlambak lebih kena buang, sayang oi! Siap boleh teringat sedara-sedara kita susah payah nak carik sesuap nasik kat Myanmar, Palestine dan Negara-negara yang susah-susah..Oleh itu, kalau kejam sikit demi benda yang elok kan, pembaziran tu kan amalan setan..(hoho)

Masa mak bapak aku menjemput pulak, cerita dia lain sikit,  :

“ambui, konsep garden ka, grand giler” ß ayat kebanyakan orang

“budaya apa lah hampa ikut nih, konsep taman lah apa lah”

mak bapak aku sengih saja sambil berkata

"haishh mana ada taman-taman aih, ada khemah macam besa la, biasa-biasa jer"

Yang best nya masa depa mai kenduri tu dengan memakai ala-ala vogue gitu, siap makan, basuh tangan sopan-sopan lalu  mengeluarkan ayat comel ini:  

“elok jugak noh tempat ni, luas, murah pulak”

Hahaha yes mak cik, yes..That’s why kita buat kat sini makcik, bukan sebab nak men’taman’ kan kenduri ini tapi sebab nak memudah-mudahkan makcik..

Hahah…ragam manusia..
Buat baik kena kata, buat jahat lagik la kena kata..
holoh holoh sweet betul lah..

Dah dah, makin aku meroyan makin aku merapu, sudah sudah la farid oi, orite I stop meroyan dulu okeh.

P/S teringin nak letak p/s jugak, okeh la u’olss, I stop dulu lah, jangan rindu-rindu I okeh (geli pulokk guna ayat gini..hak tuiii)

Wasalam..


Thursday, October 18, 2012

aku dah kawin...eh eh adik aku dah kawin..salah pulak taip tittle nih..hahah

Assalamualaikum...

"Tepat 5.43 pm, telah menjadik milik dia sepenuhnya, syukur alhamdulillah"
"Majlis akad nikah berjalan lancar, walaupun tak dapat cuti tapi alhamdulillah mudah segalanya..."

Intro kena lah power sikit...

heeee..atceli 17/10/12 aku eh eh salah, adik aku telah pun bertukar tittle dari cik kepada puan,
Syukur alhamdulillah aku sebagai kakak, amat-amatlah gembira tak terkata..

Cuma sentap sikit dengan soklan makcik-makcik yang bertandang..
"laaa adik dulu, kakak nya bila"
Siap desak lagik tanya aku bila nak kawin, dah ada calon ka belum..
bila aku jawab " tak dak lagik makcik"
depa gelak-gelak cakap aku bohong -_-"oh makcikkkk...

hoh~ rilex la mak cik, saya kan muda lagik baru 23 tahun sweet - sweet gitu..

so kat bawah ni ada la sikit gambo masa majlis akad nikah adik aku, kenduri belum lagi..heeee




tu saja untuk diroyankan minggu ini..sekian

wasalam