Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, December 21, 2013

Bila pemimpin zalim, rakyat yang kena tanggung, tapi sapa yang pilih pemimpin ni? rakyat yang zalim juga la kan??

Assalamualaikum,

Aku cuba struggle sehabis baik untuk hidup dalam negara yang semakin hari semakin zalim yang akhirnya aku sebagai rakyat mendapat 'dorongan' sebegini :



Buat pertama kalinya aku  tulis tentang isu ni. Penat.
Ayik minta rakyat bersyukur, jangan merungut dan cari alternatif lain untuk hidup, untuk survive, jangan asyik harap semuanya di 'suap'.

Dan sebagai orang yang dari mulanya Allah izin untuk didedahkan kepada kebenaran korupsi, aku lansung tak mengharap pada 'mereka' si kerajaan, sebab aku tau, sebagai seorang yang tak dak sebarang cable untuk masuk kerja kerjaan, aku kena dan wajib susah payah cari jalan aku sendiri dengan bantuan dan izin dari Allah, ibu dan abah.

Aku buat perniagaan dan aku faham ada orang lain yang lagi susah dari aku, aku sangat-sangat bertuah sebab sekurang-kurangnya boleh 'tumpang' alatan-alatan kat rumah. Ada sokongan dari ibu dan abah.

Cuba bayangkan sewaktu aku berniaga roti, pukui 3 atau 4 pagi dah kena bangun untuk siapkan benda yang kita nak niaga, pukul 7 dah kena keluar pi kerja pulak sebab masuk kerja pukul 7.30, balik kerja pukul 5.45 kena pikir beli bahan mentah untuk esok pulak,sampai rumah dah pukul 7 lebih, balik mandi, solat dan ready bahan untuk esok, bantu kerja-kerja di rumah mana yang boleh bantu. Letih. Dengan keadaan kita berniaga dengan penuh risiko sebab berniaga kat tempat kerja. Terikat dengan peraturan.

Bila aku berhenti buat roti yang juga disebabkan peraturan syarikat, aku tak putus asa sikit pun, aku cuba juai benda lain, macam-macam aku juai, sampai la sekarang, aku masih juai lagi. Aloe vera, barang kosmetik DNARS, dan makanan frozen.

Tu belum kira harga barang mentah lagi. Bila kita berniaga kita tersepit antara pembekal dan pembeli.
Beli bahan mentah dah mahal,  pembeli pula merungut makanan kita terlalu mahal. Jadi apa option yang aku ada?

Berkali-kali buat kajian nak jual apa, dah elok buat tengok-tengok modal untuk sebiji popia daging saja dah RM 0.45, jadi harga berapa aku kena jual? RM 0.50?? tolong sat jawab dengan aku..
Sedangkan popia sayur yang ada sengkuang and carrot dekat 1 malaysia pun 8 biji rm 3.20, itu baru sayur dah jatuh harga sebiji 0.40, kalau macam aku ni yang  letak daging, ubi, sayur, bawang, telur, macam mana?
abah slalu pesan, kalau kita nak jual, buat macam kita yang nak makan benda tu, kalau buat ala kadar ja, orang pun tak mau beli..kan? lagi satu kesian kat orang, penat kerja cari duit bila beli nak makan tup tup tudia peniaga buat tah apa-apa ja..

Mudah.
Depa cakap mudah sebab depa tak duduk dalam situasi rakyat. Atau mungkin depa penah duduk tapi depa lupa. Lupa situasi tu macam mana sebab depa dah senang. Dah kaya.
Ya kaya bukan penentu segalanya, dan aku bukan mintak untuk kaya, cuma mintak for at least dengan gaji dan untung perniagaan yang aku dapat, aku mampu survive hidup berdikari.

Berhempas pulas mencuba, diperah dengan majikan swasta, semua serba tak kena, cctv kanan kiri, satu kilang pasang, peraturan semua gila-gila kejam.
Tapi still rakyat jugak kena blame. semua salah rakyat, pemimpin tak pernah salah. Bila cakap, kita pula disuruh jadi pemimpin.

Ini masih lagi single, kalau berkahwin? seorang kawan satu pejabat, husband kerja kerajaan, seorang pegawai gred 41, isteri kerja di kilang ada degree, kerja pejabat, masih lagi dia cerita tak cukup, mana anak lagi, itu baru menumpang rumah parents. Kalau dah ada rumah sendiri?

Mereka minta kita belajar tinggi-tinggi, ada jaminan katanya, tapi dekat kilang aku  40 orang kerja dalam ofis pakat ada degree, tapi awat depa kerja kilang yang orang slalu pandang rendah "kerja kilang? sambungla belajar". Zaman sekarang, sijil kelayakan pun tak mampu beri jaminan.

Ya inilah majoriti keadaan rakyat yang tersepit. Lupakan tentang enjoy, nak melancong pun kena kumpui duit. Nak kawin lagilah, semua semakin mahal, yang merka tahu adalah naik, naik dan naikkan lagi. Kami di sini asyik sepit, sepit dan tersepit yang tak putus-putus cuba, cuba dan cuba lagi. JANGAN MERUNGUT depa pesan, BERSYUKURLAH MALAYSIA MASIH AMAN kan?


Wasalam

P/S Tolong sat bagitahu aku celah mana aku salah berusaha? adakah aku masih dikategorikan sebagai orang yang tak bersyukur?