Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, March 30, 2013

sarung cendawan atas kepala?

Assalamualaikum,

Disebabkan aku ni jenih tak suka menunggu dengan muka bajet innocent dan blur-blur serta nak elakkan rasa marah kena tunggu lama-lama, so aku pun akan make sure bawak satu buku dalam beg. Tu pun aku bawak buku cerita kanak-kanak dalam bahasa inggeris. 


Ya aku tau, aku pernah cakap dah, aku pi mana-mana pun mesti aku bawak buku. Saja ja nak tengok sapa yang rajin baca blog aku ni, notice ka dok ayat berulang aku ni ;p hahahah.


Ada kaitan ka cerita ni dengan apa yang aku nak kongsi, macam dok saja...sigh~  

Hari ni aku nak kongsi cerita pasai tudung,..tudung oh tudung lalu ditambah labuh kat belakang dia..atau lebih tepat lagik cendawan...jeng..haha..jangan la tutup lagik..aku jamin tak dak paksaan untuk bertudung labuh dalam entri aku ni..amacam buleh tara tu?


Tahun lepas dah 9 tahun aku pakai cendawan…
Tapi kalau nak kata menutup dengan betui – betui skali stoking baru 5 tahun.
Aik mana hilang lagik 4 tahun tuu? 
Er..dah kena makan dengan naga – tolong la percaya, plezzzzz.. 

Ok aku tipu  (dah terang lagi bersuluh aku menipu, nak jugak aku habaq aku menipu..hahaha ) 

Atceli 5 tahun tu lah aku baru duduk dalam jalan tarbiah, baru kenal, baru belajar..
Sebelum tu rasa nak memakai cendawan tu tiba-tiba sepak aku kat hati, so tak dapat la aku nak menolak, sebab dia  tendang  kuat sangat.. 

Without ilmu yang cukup which is main bantai ja, yang aku tau masa tu, kena pakai longgaq-longgaq, pastu kena jaga kelakuan, 
Pastu kena banyak tau ilmu-ilmu agama, 
Waktu  tu aku slalu pikiaq yang kalau nak pakai cendawan ni kita kena dok skolah agama..hahah
Pastu kena... er... apa lagik aku pikiaq tah masa tu? Lupa dah,. 

Masa tu pun  pengetahuan agama aku tak la hebat, buleh kata takat pelajaran pendidikan islam yang diajaq  kat skolah  tu tau la,
Tu pun baca sebab exam -_-“
Mak aku ngan adik aku pun bukan pemakai cendawan (tapi still tutup aurat dengan baik la..)hoho 

Walaupun aku dah set pikiran aku camtu dan ilmu agama tau sikit-sikit saja,aku tetap buat jugak apa yang hati aku nak masa tu..jenih ketegaq, tak buleh nak buat apa…haishh -_-“ 

Main point aku kat sini aku biasa..sangat-sangat biasa
Extremely BIASA…
Seorang pompuan,Ada benda alah yang nama dia hati,
Pastu perangai pun masih dalam proses dok perbaik lagik walaupun dah 5 tahun kena proses..,T_T (tolak  1 tahun setengah sebab tinggai bulatan gembira – halaqah/ usrah) 

Jadi tak dak benda sebenaqnya yang bezakan aku dengan orang lain..sama semua..
Yang nak tau ada beza pun Allah saja la..sebab Allah yang cipta, tahu lah DIA.. 

Disebab aku pakai cendawan, soklan-soklan cepumas seperti di bawah selalu berkumandang di telinga aku: 

1)      Dulu skolah agama ka? Skolah apa? Kat mana?
2)      Sambung blajaq kos apa? Ussuludin? Pengajian bahasa arab?
3)      Abah farid ustaz ka?
4)      Mak Farid ngan adik Farid pakai tudung labuh jugak?
5)      Awak ni ustazah ka?
6)      Macam mana boleh pakai tudung labuh kalau dah tak skolah agama?   
      Mesti ambik kos agama masa stadi kan?
7)      Baca buku apa tu? Mesti banyak baca buku agama kan?
8)      Boleh saya  tanya dak, apa hukum ………….?
9)      Bila tak boleh jawab : Macam mana boleh tak tau? Kan pakai tudung     
      labuh
10)  Tak panas ka pakai tudung besaq-besaq camni?

Soklan-soklan ni ada yang aku jawab, ada yang aku sengih tunjuk gigi saja..sebab aku takut jugak jawapan aku tak cukup 'seni'. 
Tak pasai-pasai orang lain yang lebih mulia dapat nama buruk sebab aku.

Sebenaqnya asalkan menutup aurat, tak pakai cendawan pun tak pa. 
Kalau tanya aku sebab apa aku pakai cendawan, aku suka untuk jawab yang aku selesa dengan cendawan ni. Aku rasa bebas. Senang nak gerak. 

Contoh bila pi berjalan ka,beriadah ka atau aku pi makan ka lalu telah masuk time semayang, aku tak payah susah-susah nak bukak atau pakai 10 jenis pin. Main sarung ja. Mudah kan? 

Kalau nak kata nak elak gangguan tu, aku ni memang jarang-jarang kena ganggu. Jadi jawapan aku yang pertama tadi tu lah aku lebih prefer guna.

Dan rupa-rupanya ramai ja yang dulu-dulu dia budak biasa-biasa, maksud aku dia bukan budak skolah agama dan bukan dari keluarga yang dah memang di jalan 'tu'.

Aku bukan sorang-sorang dalam benda alah ni semua. Allah ada. Pastu siap izin sahabat sekeliling yang lebih kurang macam aku jugak la. Baru nak berpindah dari keadaan yang baik ke bertambah baik.
Lebih kurang macam sumber kekuatan jugak la time-time mood down. 

Dulu kalau aku dengaq orang yang suka cakap 'ingat tudung labuh tu baik sangat' , aku sentap la jugak, macam nak lambung buat bola ja orang yang cakap tu. 
Tapi la kalau sapa-sapa cakap macam tu, aku terima saja sebagai teguran dari Tuhan. Ada la tu tak kena mana-mana yang Allah nak aku muhasabah balik diri.

Pastu aku plak certain-certain orang aku guna la ayat ana-enti tu. Tu pun sebab depa start dulu. Nak harap aku memang hampeh la..Sesetengah yang lain tu aku guna saya awak, kami hampa, sebut nama, macam-macam la kiranya. Bukan sebab nak bezakan cuma sebab lidah ni dah dok besa dengan orang tu saja, bila nak try kat orang lain kena gelak teruih tak jadik. Hahah Kena tengok situasi jugak la kot.

Plus kebolehan berbahasa arab tu aku masih tak berpeluang untuk belajaq.
Dan perlu ingat tak semestinya kena cakap gitu once dah bertukaq tu. Terserah kat kita.

Bagi aku pelan-pelan kayuh tu pun Allah dah pandang as satu effort . InsyAllah bila kita buat betoi-betoi, keinginan lain tu akan datang sendiri. 

Terasa bila dah cendawan ni, nak buat perangai spongebob pun pikiaq dua tiga kali..Nak jadik siput sedut eh nak jadik sin chan di khalayak ramai pun rasa malu-malu..Kira macam fungsi firewall jugak la cendawan ni..ada manfaat dia tersendiri..
Nak cerita pun payah, kena rasa baru tau. 

Lagi satu yang kata manusia ni, dia dah ada spekulasi dia sendirik untuk puak-puak cendawan ni.

Lebih kurang macam mee segera. Sebut pi lah brand apa pun, bila orang tanya hang makan apa wei? mesti kita jawab makan megi. Kan? 

Jenih-jenih ni la yang teruk sikit nak ubah. 

Tapi takpa..bila kita sabaq insyAllah Allah tu akan tunjuk jugak.
Sekalipun tak semua yang buleh buang jauh-jauh pemikiran yang dah tersedia ditanam dalam kepala pasai puak cendawan ni, 
at least ada jugak la yang betui-betui faham walaupun depa tak buat. Maksudnya dia tak sewenang-wenangnya point jari dekat cik cendawan putih sebab cik cendawan merah yang buat hal kan. 

Alaaa yang peribahasa femes tu, sebab tukang masak tertitik nila dalam sebelanga susu, habeh susu tu jadik kaler biru nila..haishh

Huh~ elok jugak aku benti ni. Terpanjang la plak entri kali ni. Dah macam buat karangan subjek bahasa melayu la plak..heh~. 

Jumpa lagik nanti bila bila aku ada mood nak update..InsyAllah

Wasalam ^^ 

p/s Saja nak ulang ayat ni, tak pakai tudung labuh tapi menutup aurat dengan sempurna pun dah baik dah, cuma saja ja nak jadik yang lebih baik dengan pakai cendawan pulok. Tak salah kan kalau kita nak jadik sesuatu yang lebih baik? 





lebih kurang sama kan kan..hahah

Thursday, March 7, 2013

Enough is enough!

Assalamualaikum

Pada satu entry aku dulu, aku penah cakap yang nak syukur ni bukanya senang,
kalau hidup kita dah sedia baik, for sure kita akan cakap bab syukur ni dengan cemerlang dan terbilang..tapi kalau sebaliknya mampukah kita untuk bersyukur? sedangkan orang yang ada segalanya belum tentu syukur lagik la orang yang tak dak apa -apa kan..huh~

Dah naik berbuih tangan aku, hahaha taip banyak banyak kat sini bagitau yang hidup ni akan jadik syok bila kita syukur..

Ah..cakap memang senang sebab aku dah bertambah baik keadaan hidup la ni kan? cuba waktu aku tengah ketaq pala nak faham maksud syukur dulu kan..hahah

Tak, aku bukan nak paksa orang untuk syukur, aku tau nak melahirkan manusia tu pun susah tambah la syukur..sama dak kaitan ni? haha

Tapi kita buleh try,..kalau aku ni manusia yang tak reti nak syukur, asyik merungut, kaki complain satu ketika dulu buleh buat, why not orang lain? Again ini bukan satu paksaan.

Contoh pasal isu duit
Aku rasa duit aku sangat sangat la tak cukup, pastu aku rasa penat gila sambung belajaq sampai diploma, pastu gaji alahai, ciput macam aku ni lekeh sangat..(memang lekeh pun..huh~)Dah la aku tak pi sambung belajaq degree, tiba-tiba mai la rasa-rasa menyesal , tak baguih la, tup tup pi kait habis aku ni hitam, huduh, tak dak sapa nak..sigh~

Nampak dak tak bersyukur tu buleh buat apa kat orang yang tak bersyukur?

Bila sampai satu tahap, disebabkan terlalu sangat pikiaq, aku jadi lesu..jadi penat.."ah lantak la..malas nak pikiaq"

Satu hari Tuhan gerakan sorang kawan aku kat ofis, budak finance tapi buat logistik kat tempat keja aku untuk cerita kat aku cara-cara nak handle kewangan dengan betul.

Aku pun macam "oooo camtu, ingatkan duit tak cukup rupanya lebih dari cukup!"
so start dari situ aku senarai balik elok-elok apa perlu, apa tak perlu
dari situ atas izin Tuhan aku gain rasa bersyukur

Dan aku rasa hidup aku dah sempurna dari segi rezeki yang Allah bagi
aku rasa satu kenikmatan..nama dia = QANAAH (klik sini untuk maksud)

Masa tu gaji aku kecik, tapi aku rasa cukup
Masa tu aku naik motor, panas, hujan tapi aku rasa Allah dah beri aku kenderaan yang baik..
Masa tu aku masih lagi join SMART yang aku benci sangat tapi tiba-tiba aku rasa "takpalah, ada something Allah nak aku tau dengan duduk dalam ni" dan rasa benci hilang..
Masa tu bila aku dok atas jalan raya, bila ada kereta  tiba-tiba keluaq simpang, aku tak rasa marah lansung! yang akan terkeluaq dari pikiran aku  " Allah yang izin pemandu tu buat camtu, kalau Allah tak izin tak jadi jugak"

Dan yang paling penting aku rasa BAHAGIA..
susah nak cerita bahagia ni rasa dia camna..dan aku berharap aku boleh kongsi rasa ni tapi aku tak tau nak express dengan words..haishhh...

Dan cuba teka apa terjadi?
Tiba-tiba semuanya tersusun!
Mudah segala urusan, hati jadi tenang
Cukup segalanya..Allah tambah rezeki berlipat kali ganda!

Allah sendiri pernah cakap, kalau kita rasa syukur, DIA akan tambah lagi..
Dan sekarang aku percaya!

Apa - apa pun setiap orang Allah izin berbeza, cuma aku nak cakap tolong lah diri sendiri..
Kesian kat 'otak' kita yang Allah bagi kita pinjam,
Dah la bagi pinjam, kita seksa dia dengan pelbagai kekejaman..kesian kan?

Dear our self,
Give it a rest..
Relax and enjoy with what you have because you will never know 'when'  your life will end
And you will never know 'when' anything you got will gone..

ececece berterabur english aku tapi hopefully buleh sampai apa yang aku cuba nak cerita..hoho

Apa-apa pun selamat mencuba, mencuba untuk berlapang hati dan jiwa
mencuba untuk menarik nafas kelegaan, lihatlah langit dan senyumlah!
SENYUMLAH dan DAMAILAH duhai hati yang mencari!

Wasalam