Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Wednesday, January 30, 2013

Betulkah kita ni baik?

Assalamualaikum

Baik bukan terletak pada cara dia berpakaian tapi terletak pada sikap dia tu tapi sikap dia tu lah yang akan menjadikkan baik yang dia ada tu untuk dia pamerkan pakaian yang baik kan?

hahaha paham dak?
ka aku kena ulas jugak?

alaa aku twist ayat asal saja, yang orang slalu post tu
orang menutup aurat tak semestinya baik tapi orang yang baik pasti akan menutup aurat

isu yang buat orang-orang sentap, naik hangin dan rasa fedup
tapi aku tak mau nak ulas isu ni panjang-panjang sangat sebab aku nak cerita pasai benda lain,

so aku just boleh cakap, kalau rasa hati kita ni baik, so kena selari la baik tu, bagik 'cantek' luaq sama
takkan nampak baik depan manusia saja kot?
nama pun makhluk ciptaan NYA
cakap boyfriend, cakap kawan-kawan dengaq, cakap TUHAN?

Dah terang terang la kalau tak tutup aurat tu salah, takkan nak kata
"walaupun i ni tak tutup aurat tapi hati i baik, lebih baik dari yang menutup-tutup tuuuu"
sudah-sudah la keluaq statement camni..berenti sat..
tak rasa penat ka asyik nak tegakkan kan benda yang salah?
Apa salahnya kalau dengaq nasihat..teruk sangat ka kalau tutup aurat?
Tau dak kita ni bertuah?
Sebab ALLAH masih sudi nak bagik ingatan..kalau ALLAH biaq?

Hidayah ni hak ALLAH, tapi kita kena usaha carik sama
kalau kita nak tunggu sampai 'seru' baru nak hijrah...takut-takut jugak 'seru' tu tak sampai dah..

Pastu yang dah menutup-tutup pulak,
kena bagik selari luar dengan dalam,
jangan luaq ja tunjuk baik kat manusia, tapi dalam kena baik skali jugak
fuhhh....dah dah..kalau aku ulas lagik ni mau berjela entry ni..hoh~

Okeh la ni aku nak meroyan pasai satu statement ni
" orang islam ka? tapi awat orang islam la yang perangai jahat, yang hisap dadah, yang buang anak, yang ramai kat penjara, yang dengki kat orang islam balik, yang kuat mengumpat yang suka carik salah orang?, yang selalu merungut sebab macam-macam tak boleh buat dalam islam"

"eiii kenapa dia masuk islam?"

"adik i lepas masuk islam terus dia bankrupt"

"kenapa orang islam asyik perang ja?"

"kenapa you kena buat benda tu, dia tu tak buat pun"

Cuba teka pasai pa non muslim keluaq statement ni?

Jawapan aku maybe tak sebagus jawapan orang lain tapi pendapat aku yang aku tak mintak persetujuan sapa-sapa, semua ni sebab salah kita, salah orang islam sendiri..

Kita tak tunjuk keindahan islam , silap-silap kita tak amalkan pun
pastu camna NON MUSLIM nak rasa ISLAM tu bagus?

Aku pernah tengok seorang yang tertarik dengan islam bila dia duduk dengan suasana, persekitaran yang betul-betul mengamalkan islam...

Cuba tengok zaman la,
rosak semuanya, islam tu tinggal nama
tak pulak diamalkan tapi asyik disalahkan

"tu lah ustaz, ustazah, nampak ja alim tapi ROSAK!"
"pakai tudung labuh, kopiah tapi busuk hati!"

Sapa yang selalu keluaq statement ni?
non muslim ka?
pi mai pi mai tengok tengok orang islam jugak yang cakap
pastu bila non muslim dengaq, agak-agak apa perception dia?
suka? rasa kagum? rasa nak kembali ke islam?

Salah sapa jugak?
Tungging terbalik, pusing-pusing, putar belit, kaji-kaji salah kita jugak..
ORANG ISLAM yang tak mau amalkan islam sepenuhnya
Yang tak amik tau ISLAM TU APA SEBENARNYA?
Pastu last-last AGAMA disalahkan
Sedangkan nak ikut akai logik penganut dia yang buat taik
Is like kita buat roti bagik orang makan, bila orang makan orang buang plastik roti merata-rata,
Tup tup kita yang kena blame, dah la bagik makan, pastu kena marah sebab buat sampah..

Aduh...orang islam yang aku sayangi semua,
kalau kita berpaling, ALLAH  tak rugi walaupun sikit
Tak mau buat? tak yah buat pun tak pa..ingat ALLAH nak heran?
la ni cuba try jangan bernafas sehari tengok, eh eh tak perlu kot  sampai sehari, amik 5 minit pun jadik lah
(tak payah nak kait dengan world record yang tahan nafas 22 minit tu..kalau TUHAN tak bagik jadik apa yang ada dekat dia tu, jangan harap la dia nak ada kelebihan tu)

DUNIA dan isi - isi ni, manusia, semua DIA yang buat dengan hanya "kunfayakun" kita semua boleh hilang sat saja
tak payah amik contoh jauh-jauh, tengok masa tsunami hari tu
berapa orang yang mati?
KALAU ALLAH nak, bila bila masa saja boleh

Tapi nak tunjuk yang ALLAH tu punya la sayang kat kita,
kita dok lalai tara mana ALLAH mai lagik kat kita, ALLAH bagik hidayah kat kita..
Pastu bila jadik apa-apa, ALLAH jugak kita salahkan?
LOL..teruk nya kita kan kan


KITA as hamba,pernah dak tanya diri sendiri dengan soklan camni :

1) aku orang islam, tapi apa aku buat untuk islam hari ni?
2) aku CINTAKAN ALLAH tapi apa aku buat untuk buktikan kata-kata aku?
3) aku cintakan RASUL, rinduuu sangat pada RASUL tapi hari ni sunah mana yang aku amalkan?
4) aku tahu perilaku tu dosa tapi ada dak aku cuba avoid? ada dak aku buat solat TAUBAT?
5) hari ni ALLAH bagi aku bernafas, ALLAH bagi aku makan, ALLAH bagi aku rezeki, aku bersyukur dak? kaaa aku asyik merungut ja?
6) hari ni aku ada buat dah SURUHAN-NYA? solat? sedekah? solat sunat?
7) hari ni aku ada tolong dak saudara islam aku yang dalam kesusahan?
8) hari ni aku ada berdakwah dak?
9) hari ni aku ada berhijrah sikap dak?
10) hari ni aku nasihat orang tapi aku buat dak apa yang aku nasihat tu? ka aku pandai cakap ja? buat nya tidak?

Oh, orang-orang islam saudara aku yang aku sayang,
DIMANA KITA?

cukup lah kot aku meroyan, nanti panjang-panjang pun macam-macam isu plak keluaq..
hahaha, well apa-apa pun as human kita tak pernah lari dari SILAP tapi sejauh mana kah kita cuba untuk UBAH SIKAP kita yang menjurus untuk hasilkan SILAP tu?

BERUSAHA LAH untuk mencarik kebenaran, bukan terima bulat-bulat apa yang disampaikan
BERUSAHALAH untuk sentiasa muhasabah diri,perbaiki diri bukan asyik cakap saja diri ni teruk..
BERUSAHALAH untuk CARI ALLAH sebab ALLAH sangat rindu untuk dengaq rintihan kita..
kerana tanpa ALLAH siapalah kita...

CHAYOKKKKK!!!!!

wasalam...

p/s SALAHKAN DIRI KITA JIKA KITA MELAKUKAN KEJAHATAN SEBAB KITA SENDIRI YANG TAK MAMPU NAK BENDUNG NAFSU, NAK JAGA DIRI BAIK-BAIK, BUKAN SALAHKAN ORANG LAIN

DAN APABILA KITA DUDUK DI PIHAK ORANG LAIN TU, JANGAN SESEKALI KITA MELAMPAU DALAM MENGHUKUM! KAJI DAN SIASATLAH BETUL-BETUL SERTA DEKATI LAH DENGAN BERHIKMAH...

Sunday, January 6, 2013

kongsi cerita

Assalamualaikum,

Mungkin 6.45 atau 6.50 pagi tu terlalu awal untuk aku pi keja tapi serius aku tak dak pilihan
Untuk mengelak tekanan perasaan kat diri aku sendirik sebab nak kena tersekat dalam tempoh lama semata-mata nak parking moto, aku haruslah carik cara lain yang bukannya langkah penyelesaian terbaik..

Cuma aku kesian la kat orang yang keja tempat sama dengan aku tu yang ada famili or duduk jauh,
Pukul 6.30 dah keluaq dari rumah,
anak-anak pukul 7 dah ada kat skolah..
untuk orang yang dah biasa keja jauh, atau belah-belah KL maybe depa dah biasa dengan rutin keja ni kot..
Moga Allah izin pinjam kekuatan kat semua untuk harungi satu lagik perubahan kecil..

So today, aku nak menceritakan sedikit lah pasal shorubber ni, saja nak kongsi-kongsi,
mana lah tahu ada orang luar sana yang tengah seeking peluang pekerjaan kat sini,
haa boleh lah tau kan..

Dulu-dulu yang tak brapa nak dulu sangat waktu keja dia dalam pukul 8 sampai pukul 5, senaman pun pukul 7.50 pagi, kerja 6 hari seminggu, cuti hari ahad saja tapi tu dulu lah..sebelum masuk tahun 2012 dan 2013,
sebab kat sini ada 2 jadual kerja
1) orang yang keja ofis
2) orang yang keja luar ofis

Okeh aku cerita yang keja luar pada ofis dulu, dah nama kilang so dia ada banyak position bukan semata-mata operator saja, dia ada :

- assistant leader
- leader
- assistant supervisor
- supervisor
- superintendent
- assistant manager
- manager
- assistant general manager
- general manager
- director
- managing director.

Enginner pun ada, technician aircond, letrik pun ada, boilerman semua tu, RND pun ada, banyak lah nak aku sebut semua berjela la pulak dan aku sure ada yang tau benda ni.

Qualification plak ada darik PMR, SPM, DIPLOMA, DEGREE, MASTER.

Language macam-macam depa buleh tambah-tambah kalau dah keja lama tu ada lah yang pandai cakap jepun, vietnam, thai.

Waktu keja depa ni sebelum 2013, dari 8 pagi sampai 5 petang, sabtu keja, ada yang ahad keja jugak.
Tapi lepas 2013 waktu keja depa tukaq darik 7.45 pagi hingga ke 4.45 petang.
Tapi 7.30 pagi kena ada kat shorubber sebab nak senaman pukui 7.35 pagi
Dan depa ada 3 shif .

Kat ofis plak, haa untuk pengetahuan shorubber ni ada ofis,
Position yang ada dalam ofis :

- assistant
- officer
- executive
- assistant manager
- manager
- assistant general manager
- general manager
- director
- managing director

Qualification : ada darik SPM, DIPLOMA, DEGREE dan MASTER
Tapi la ni kalau nak masuk ofis depa nak at least ada diploma.
Tu pun tak barapa sangat la, kalau takat technician cabuk cam aku ni buleh la diploma
kira macam rezeki aku la kat sini sebab depa banyak amik budak DEGREE walaupun untuk post assistant.

Language ada la dua tiga orang orang local tau bahasa jepun. Yang lain tu kebanyakan normal language la.

Waktu kerja : sebelum tahun 2012 normal macam orang lain jugak tapi bila ada idea yang nak cuti hari sabtu so company pun wujudkan waktu kerja :

- 7.30 pagi hingga 5.15 petang
- 7.45 pagi hingga 5.30 petang.

Benda ni macam choice la, cuti hari sabtu 2 kali sebulan gilir-gilir ikut group, kalau tak mau boleh ja mai pukui 8 balik pukui 5 tapi tak leh la cuti hari sabtu.

Bila masuk 2013 tetap sama ja kena masuk 7.45 pagi, jadik tak dak la rasa bezanya cuma jadual keja 7.30 pagi tu dimansuhkan dan semua kena ikut jadual 7.45 pagi..Plus sama jugak kena mai sebelum 7.30 sebab nak senaman, kalau lebih pada tu tak la sampai kena buang keja cuma kena tegur saja la, paling teruk pun marah sikit saja.

Yang terasa sikit messy nya sebab waktu nak masuk kilang, waktu tu lah shif malam berakhir,
Boleh bayang dak camna semut kerumun gula?
lebih kurang gitu la suasana kat tempat parking moto, pastu seawal 7.10 orang dah berenyut la, macam pi pasar malam la pulak..hahah..

Disebabkan aku ni keluaq darik rumah pukui 6.45 pagi, aku sampai shorubber pukul 7 pagi maka suasana berenyut tu aku dapat lah elakkan.
Aku ni tak suka sikit berhimpit-himpit. Rimas.
Lagipun aku sedaya upaya nak elakan stress.  Tak mau serabut pala otak fikir benda kecik.
Jadi bila sampai awal tu aku pi lah kantin dulu, makan - makan kalau tak puasa, rilex-rilex.

Macam kat tempat lain, kalau keja ada lah dapat cuti kan
so camtu la jugak kat shorubber,cuti kat sini :

- kalau baru masuk tak sampai 2 tahun cuti dia 8 hari setahun
- lebih 2 tahun 12 hari setahun

Dan cuti tu plak tak bleh ikut suka hati ja nak bantai amik. Ada syarat dia
Katakan cuti tu 8 hari, kena bahagi dengan 12 bulan.
Sebulan boleh amik tak lebih darik 0.5 hari bersamaan half day.
Kalau betul-betul urgent boleh la amik cuti tapi company akan potong lah gaji ikut bilangan hari yang kita cuti tu.

Pastu bila kita keja 3 bulan lansung tak amik cuti, so pada bulan keempat boleh la amik 1 hari setengah sebab cuti tu boleh dibawak jika tak amik.
Selagi tak habis bulan tu so tak dapat la yang 0.5 tadi tu sebab tu walaupun dah masuk bulan keempat jadik 1 hari setengah saja bukan 2 hari.
Lebih kurang gitu lah peraturan dia.

Kebaikan yang diberitahu nak elak unpaid leave dan cuti habis cepat.

Antara benefit lain yang aku dapat bila kerja sini :
Elaun makan , Elaun minyak, tapi tak leh la bergantung sepenuhnya kat elaun tu, macam aku elaun makan sehari 2 ringgit, aku kena tambah la lagik 2 ringgit untuk cukupkan belanja aku sehari, camtu lah jugak minyak..

La ni aku tengah dok tunggu 27 aribulan ni sebab ada ura-ura mengatakan gaji akan revised, elaun semua bagai nak mansuh untuk buat satu elaun lain, macam-macam cerita lah

Kenaikan gaji boleh tau pun masa dapat  slip gaji bulan 1 lah..
Selalunya paling tinggi aku expect rm 50, sebab aku tak mau lah mengharap lebih dari tu, bimbang performance tak sebaik mana pun untuk dapat kenaikan yang tinggi..lagipun bos punya penilaian lain dari yang kita nilai..dan aku jugak dapat pupuk rasa syukur dalam diri..

Oh lupa nak cakap  kalau diploma gaji starting dalam seribu dua ratus gitu la, masa aku dulu seribu seratus..
Kalau degree seribu empat ratus..pastu gaji tu ikut lah tahap, experiance level..DAN ATAS BUDI BICARA COMPANY..^^
tapi ni semua mungkin bakal direvised, macam besa tu semua aku tak sure..sebagai pekerja aku tak lari dari mendengar khabar angin atau mungkin mereka betul-betul akan buat, wallahualam..

Tudia panjang nya aku bercerita..InsyAllah lapang-lapang nanti aku tambah lagik lah cerita pasal shorubber ni..takat la tu saja lah..

Wasalam

Saturday, January 5, 2013

dunia bisnes tu ohsemmm

Assalamualaikum

Genap februari ni cukup lah setahun perniagaan tak bertapak yang nama dia GIJYUTSU ZASHI 
aku rasa darik aku skolah menengah lagik aku dah minat sangat dengan dunia perniagaan

Seingat - ingat aku dalam otak yang dah bertambah usia ni, 
masa skolah menengah dulu aku suka jual barang runcit
macam coklat tango, agar-agar salut gula yang berbentuk beruang  dan kek coklat..

Lepas skolah menengah aku carik keja dekat kedai runcit konon-konon aku dapat berangan macam manage kedai sendirik la..hahah
Lepas tu diam sat sebab sambung belajaq..

Bila dah keja almost 2 tahun, aku sambung balik dunia perniagaan

"Just do it"
Dengan tekad yang bertekad, masa awal februari 2012 aku daftar lah syarikat aku tu,
Modal yang  sedia ada masa tu memang aku dah aim nak bukak cyber cafe,
kedai pun dah booking, sewa rm 1200 sebulan atas dan bawah,

Dalam perancangan aku, belah atas nak buat bilik sewa dan belah bawah cybercafe plus kelas komputer..
siap interview semua bagai, langkah terakhir aku buat, istikarah dan solat hajat..
masa tu memang aku kerja kat Shorubber lagik..bajet kalau dah mula niaga tu buleh la berenti..
Tapi Allah tu lebih tahu apa yang aku tak tau..
aku dimaklumkan kedai sebelah ada anak orang kaya nak bukak cyber cafe,

Bukan rezeki aku barangkali, aku pun cancel dulu nak amik kedai tu..
Bayangkan lah dengan sewa rm 1200 nak balik modal dengan kedai cyber cafe serentak sebelah menyebelah..susah sikit la nak survive..
Masa tu aku rasa elok  aku atur strategi yang lebih baik supaya aku tak habiskan modal kecil yang aku ada..

So aku pun continue kumpul modal lagik,
cuma mungkin excited sangat nak meniaga aku buat plak perniagaan jual roti,
nuget, cucuk-cucuk which is sambutan amat menggalakan! 
Aku hanya perlu bangun pukul 4 pagi dan sediakan makanan..(aku ada cita dah pasai ni dalam post lepas..klik ler kalau nak baca)

Perasaan seronok berniaga tu susah aku nak gambarkan...
aku still keja macam biasa,..so jadual aku full! 
Tapi tiba-tiba company buat rules tak boleh bawak plastik..
Aku anggap tu cabaran, tetap jugak jual cuma bezanya aku tak bungkus,
bawak dalam bekas yang besar, 
Pagi-pagi bawak lah bekas besaq tu naik moto, hahah
dah macam mak cik -mak cik dah aku masa tu..

Disebab kan plastik pembungkus tak dak,
bilangan order dari 30-40 keping tinggal 20 saja..
Dugaan sungguh..
Pastu wujud peraturan tak boleh makan kat pantri lah, susah semuanya..
atas desakan dan nasihat ibu, beliau mintak aku berenti sebab  tak mau aku kena apa-apa tindakan plus beliau kata aku nampak letih sangat...
dan at that time beliau nak  aku tolong apa yang patut untuk siapkan persiapan kenduri adik aku yang nak kawin bulan 10...
Aku pun stop...bajet mungkin aku bleh try cara lain...tapi tup tup stop tu memang stop terus..
tak dak nya sambung-sambung..adeh...

Oleh sebab aku dah ketagih sangat nak meniaga so aku pun buat lah bisnes yang aku bleh buat,
aku jahit butang dekat sarung lengan untuk jual,
aku tolong member aku jual cheese powder, 
aku tolong member aku jual barang kecantikan..
aku tolong kawan abah jual kolagen, 
dan sekarang aku plak jual kolagen tu..hahah..

Baru-baru ni aku survey barang kecantikan dekat indonesia,
saja nak cuba-cuba jenguk dunia kecantikan memandangkan wanita dan cantik susah nak dipisahkan..cewahhh
bagik aku apa salahnya mencuba variety jenis perniagaan kan..
tak susah tapi renyah la..so aku dapat la knowledge baru pasai
camna nak buat telegraphic transfer..shipping, camna nak pos kalau darik outsider, brapa charge bank kenakan
serius ohsemmm...dan lagik bertambah minat aku kat bisnes! 

Tu lah sedikit perkongsian aku pasai bisnes kecik yang aku impikan menjadik besaq sebab aku tak pernah berhenti fikir untuk give up this bisnes walaupun macam-macam aku buat!
Jadik, kepada sapa-sapa kat luaq tu yang rasa nak buat sesuatu yang tak melanggar syarak, tak menyusahkan orang, go for it..belum cuba belum tau..

wasalam

p/s bulan 2 ni jugak la lesen aku expired, nak kena renew ni..huh~ aku rasa nak kena tambah tajuk jugak la kali ni, banyak benda aku nak cuba lagik nih..hahah

Tuesday, January 1, 2013

Tanam sifat 'judge' dalam diri

Assalamualaikum

Aku tak sure zaman dulu-dulu orang judge orang tu lagu mana..
Tapi menurut cerita bapak aku, sama saja,
Orang layan kita lain kalau kita tu ada duit 'lebih'
Orang hormat kita lebih kalau kita tu ada sijil dari pusat pengajian,
Orang sanjung kita kalau kita ada pangkat..

Sejak kita mula - mula  keluaq dari perut mak kita lagik aku rasa kita dah start kena 'judge'
Samada kita tu yang 'diharapkan' atau bukan seperti yang orang 'mau'
Kadang-kadang tu bila mak bapak syukur, adik beradik lain OR people around us plak yang lebih
Kadang-kadang tu mak bapak sendirik rasa frust..

Misalnya hitam atau putih, bijak atau kurang pandai,.
Aku tau, la ni aku boleh cakap sebab aku tak jadik mak bapak lagik
Mana tau tah tah esok aku lagik teruk berkali ganda..

Bermulalah perjalanan hidup kita untuk dihakimi..
Bila masuk sekolah kita akan dilayan ikut kelas yang kita duduk
Fitrah sebagai manusia, budak bodoh sapa nak suka kan?
Dan anak murid kesayangan cikgu pulak terdiri daripada orang-orang yang bijak dan ada rupa adalah satu bonus tambahan..

Pastu kawan-kawan mak bapak, adik beradik lain, plak sibuk cerita anak depa sekolah top sana,
Pi wakil sukan sini, macam-macam cara untuk banding...
Yang sebenaqnya nak 'menunjuk'
'Ya anak aku jauh lebih baguih darik anak hang'
Cuma depa tak cakap teruih saja..

Bila masuk universiti saja, ada plak mind set lain..
Kalau tak masuk pun salah, kena kata jugak,
Kurang bijak sebab ada SPM saja,
Kurang bijak sebab ada DIPLOMA saja
Kalau ada DEGREE ke atas tu kira hebat berganda anak mak cik tu..

Oleh sebab aku ni budak diploma, jadi aku faham camna rasa 'diperlekehkan' sebab tak dak degree
Kadang-kadang tu orang tepi - tepi kita bukan nak tuju kat kita pun tapi maybe aku ni kadang-kadang nak jadik minah sentap la kot, so aku pun 'terasa'..

Aku tak dak niat nak tibai budak-budak degree dan ke atas,
Aku kagum depa mampu untuk ke tahap yang lebih baik...dan yes tuntut ilmu itu biarlah sampai ke mati..
Cuma dah naik berbuih mulut aku ni dok  kata, ada degree dan sekutunya ke atas tu bukan tiket untuk kita pandang rendah kat orang lain yang rendah pada kita..
Kita ada degree, pastu keja buat filing, bubuh data dalam sistem, talipon orang ni dan orang tu pastu keja  siap, bila siap bos puji bagus..pastu kita rasa bangga, pastu kita pun nampak orang lain lekeh.
camtu ka cara kita zaman la?

Satu kata-kata lecturer aku yang aku tak pernah lupa " pembelajaran sebenar bermula bila kita kerja"
Selagi kita tak keja, kita takkan dapat pengalaman sebenar, pengalaman keja tu lain,
memang sikit pun tak sama dengan apa yang kita belajaq,
cuba cerita kat aku celah kita guna add math ,yang kita belajaq kat skolah dulu kalau jadik tukang masak? tak pun jadik technician cabuk macam aku?

Dah tu bila keja plak, orang tetap akan 'judge',

Tu tak masuk lagik bila BOS judge,
Orang yang pandai bodek jugak dia nampak,
yang dok buat keja sungguh-sungguh tenggelam..

Punya penat belajaq, tup tup nak carik keja susah tak sangga,
Kalau 'sesetengah' keja kerajaan tu takpa la, bukan nak pakai pun experience tu..
tapi kalau swasta jangan berangan la, at least kena ada jugak skill,
Elok-elok dapat keja, pastu  kena :

Mak cik Temah: anak keja mana?
Mak cik Joyah : keja kilang
Mak cik Temah : ooo kilang ( sambil buat muka tak bleh blah)
Mak cik Joyah : boleh la pada tak dak buat apa..heheh ( sengih tak ikhlas)

Mak cik Temah: hang tau dak, anak dia tu keja kilang ja
Mak cik Munah : laaa..mengaji pandai-pandai, pastu keja kilang ja??..iskisk
Mak cik Temah : tu la pasai, sementara ja kot..tak tau la weh...

Camtu jugak bila kawin
Patutnya kawin tu memudahkan tapi jadik susah sebab nak jaga 'apa orang fikir'
buat kecik salah
buat besaq pun salah
bagi cendarahati sikit salah
tak bagik lansung pun salah..
tak panggei semua pun salah..

Pastu lepas kawin cycle 'judge' tu akan teruih-teruih jadik kat kita dan mula pulak dekat anak kita
sampai bila-bila pun benda ni tak kan berakhir..dok ulang situ saja..
sebab kita dah tanam kat otak kita camni :

Putih dan kurus = lawa
Baby bijak = minum susu MAMIL GOLD
Budak pandai = sekolah pandai
Budak agama =  sekolah agama
Keja pegawai = hebat
Kawin doktor = superb hebat
Menantu Pilot = hebat hebat nya
Ada DEGREE = boleh survive
Duit banyak = sanjung

Banyak lagik lah kalau aku nak list kat sini..pandai-pandai la tengok-tengok tepi ka, depan ka, belakang ka..
Ni aku ada video sekali untuk pakat-pakat  tengok dan faham apa yang aku cuba nak sampaikan..
Selamat menonton lah..aku dah habeh cakap-cakap dah..





Macam besa, ni cuma apa yang aku nampak dari sudut mata aku,
lagipun aku sendirik bukannya baik mana..silap-silap kalau judge orang tu aku lagik teruk..
Kalau tak setuju tak pa, tak dak masalah,.
Okeh wasalam