Tuesday, April 10, 2012

Berfikir sejenak

Assalamualaikum

"Kata-kata saya ni keramat, jangan sampai saya berdoa pada Tuhan supaya sekian sekian sekian"

"Kalau bukan kerana kami, anda takkan berjaya"

Fuh fuh serius confident ja beliau-beliau berucap...

Salah la kak,pak cik, kalau bukan kerana Allah kita semua takkan berjaya..
Kalau bukan kerana Allah yang jadikan akak dan pak cik, kita semua takkan di sini
Dan akak, yang makbulkan doa itu Allah lah...
Kalau kita doakan keburukan kepada orang, tak mustahil orang juga mendoakan keburukan kepada kita.
Begitu bukan?
Tapi kalau Allah itu izinkan setiap keburukan yang didoakan itu akan makbul, maka makbul lah ia ^^
Sesunggunya Allah Maha Tahu...

Ehem....first skali  macam biasa aku tak point pada sesiapa
Secondly....., aku hanya wujudkan contoh supaya penyampaian kali ini lebih jelas

Sahabat yang dikasihi kerana Allah,
Tanpa Allah siapalah kita
Jangan katakan berjalan, bernafas pun for sure kita tak mampu..
Dia lah segalanya..setiap sedutan , Dia lah yang izinkan

Orang-orang yang kita lihat penuh dengan ilmu, yang mencipta, yang bijak pandai,
Semua tu Allah jugak yang buat,
Hak Allah sepenuhnya!
Dan kerana Allah lah mereka mampu berbuat demikian,
Idea yang terbit dari mereka itu adalah dari Allah,
Hebat kan Allah?
Takkan lah tiba-tiba semuanya turun dari langit kan?

Jadi mengapa kita sombong?
Kita cakap penuh gah, riak seolah-olah kita jauh lebih baik dari orang lain,
ish sombong kan kita dengan Allah?
Dah la Allah bagik pinjam  benda-benda yang ada kat kita ni, kita plak sombong dengan Allah,
memang tak malu la kan?

Jaga percakapan sahabatku,
Jangan mudah melatah dengan kedudukan yang Allah beri kepadamu,
Ingat ! Sekuat mana pun anda berusaha, jika Allah itu tak izinkan, pasti anda tak kemana-mana
Hari ini, esok, tulat , tunggiing, Allah dah pun tahu apa nak jadik, Allah dah atur pun semuanya...
Dan sebesaq gajah mana pun kedudukan anda,
Jika bukan kerana Allah sudah tentu pangkat baik punya tinggi bukan milik mu teman!

Dan semua contoh-contoh yang  baik aku dok sebut di atas ini dipanggil tauhid rububiyah ^^
Oh jika salah tolong betulkan
Jika ada penambahan silalah tambah

Wasalam

Terima kasih banyak kak mar ^^

Saturday, March 31, 2012

Jujur : tak pelu baca jika anda tak boleh menerima pendapat ^^

Assalamualaikum

4 hari di rumah tanpa ke shorubber rasa  nyaman dan tenang..fuh fuh...(opsss jangan marah bossss..haitttt)

Kali ni aku nak berkongsi sedikit pendapat
Tapi incik dan puan sekalian, perlu di ingat ini hanya pendapat ^^
Dan pendapat tak semestinya betul..maka please jangan sesekali naik hangin wokeh?

Tarik nafas dalam-dalam
Okeh mulaaaa...

Baik,
Bicara hari ini adalah tentang dakwah.

Sudah tentu ramai yang tahu atau mungkin pura-pura tak tahu atau memang tak tahu
bahawa dakwah sebenarnya tanggungjawab semua..
dan bukanya sekadar tanggungjawab ustaz, ustazah, cik tudung labuh dan incik kopiah, mamat dan minah dari sekolah agama.

Jadi, ianya adalah amanah yang kita sebagai manusia harus bawa sepanjang hidup!

Dakwah ada banyak cara
salah satunya  secara direct (straight to the point ja cakapnya)
dan ada juga secara lembut dan hikmah

Aku highlight dua ni sebab ianya sangat femes  nowadays
Kedua-duanya tidak salah..
Contoh?
Saidina Umar  dan Saidina Uthman

Saidina Umar beliau seorang yang tegas yang sangat terkenal dengan sifat beraninya
manakala saidina Uthman adalah seorang yang lembut sampai malaikat juga mencemburui sifat pemalunya

Jadi apa pointnya?
Ceritanya di sini
Ada orang yang sesuai ditegur secara hikmah,
Ada orang yang sesuai ditegur secara terus (direct),

Manusia, banyak ragamnya
Banyak sifatnya..jadi tak semua 'makan' kalau ditegur secara lembut
Tak semua 'makan' jugak kalau ditegur secara direct

Aku bagik satu situasi sebab lebih mudah untuk faham

Seorang yang meletakkan gambar seksi dalam fesbukk (femes isu ni)

Apa kita sebagai umat islam akan buat?

1) mengumpat tapi tak buat apa-apa

yang ni banyak terjadik, baik punya dok tengok pastu siap mengata lagik..dah la tengok kan..
perlu ingat kalau kita mengumpat tanpa melakukan apa-apa siap tunjuk lagik dekat orang lain yang jugak akan mengata, si pelaku for sure takkan berubah sebab awak hanya 'kata', then si pelaku jugak boleh dapat pahala percuma ^^ sebab awak mengata dia

2) dekati dia perlahan-lahan (kenal dahulu)

ini adalah salah satu dakwah secara lemah lembut,camna caranya?
haaa...mula-mula add beliau, kenal perlahan-lahan
pastu mintak no phone
pastu perlu ingat jangan sesekali cakap bab agama, biaq depa yang mulakan dulu
i mean setiap manusia, jauh dilubuk hati dia sedalam-dalamnya,semua nak jadik baik
tak dak sapa kata dia 'mau' masuk neraka okeh

cara ni memang akan makan masa..adakalanya sampai bertahun - tahun
bergantung pada keadaan
hidayah kan milik Allah ^^

dan kalau secara berdepan plak (face to face)
mula-mula buat-buat la terpijak kaki ka,tercuit ka, pendek kata ter ter lah
then cakaplah sorry, pastu sembang-sembang la
pastu mintak no phone

oh better yang pompuan buat pada pompuan
yang lelaki buat pada lelaki...

3) comment terus kat gambar "_________ ni seksi la, tak takut Tuhan kah?"

T_T ya cara ini agak dilihat kasar sebenarnya, ada yang boleh menerima, tapi ada jugak yang mungkin akan diakhiri dengan makian.Tapi slalunya cara ni banyak di buat oleh lelaki sebab mereka kan berani ^^

Terus terang pada pendapat aku
ya ianya tidak salah
jika si pelaku malu, habis sangat beliau delete gambar tu
tak pun beliau delete komen si penegur
tak pun beliau private kan fb beliau bagi certain-certain orang saja boleh komen

See see
yang tadinya beliau publickan gambar beliau untuk sesiapa saja melihat
terus beliau privatekan
baguss what...
ada peningkatan kan kan...

Cuma pasti akan ada pihak yang akan berkata si pelaku telah ditegur dengan cara di aibkan
Kasihan juga sebenarnya pada si pelaku
Tapi kan, siapa yang zahirkan si penegur untuk tegur si pelaku secara direct? Allah bukan?
Bukan kah itu maknanya Allah sayang pada si pelaku? dan disebabkan itu DIA gerakkan si penegur untu tegur secara direct.


4) marah balik pada si penegur di atas

"Kita jangan mudah menghukum, kita semua penah buat salah.Hidayah kan milik Allah"

benar sahabat yang dikasihi..

jangan mudah kita menghukum orang..benar sangat
kita pernah buat salah..ya jugak benar
hidayah milik Allah...ya ya..true

tapi sahabatku, hukum itu siapa yang buat? bukankah tutup aurat tu hukum Allah?
tapi sahabatku, jika kita pernah buat salah, adakah kita mahu membiarkan si pelaku ini juga membuat salah?
tapi sahabatku, hidayah itu perlu dicari dan kerana hidayahlah Allah telah hadirkan si penegur untuk menegur si pelaku ^^


5) Inbox dan tegur secara direct

Boleh juga, ini lebih baik jika kita belum kenali seseorang
sebab sekurang-kurangnya dalam inbox..
Mungkin akan dimaki,di block dan mungkin tak dibalas lansung
sebab tu kadang-kadang tegur di gambar terus lebih berkesan ^^ sebab si pelaku akan melakukan "sesuatu"

Itu saja pendapat yang terzahir dari diri yang lemah...
ya ini mentaliti aku..
Jika tidak setuju, sila jangan kembang kempis hidung merasa marah,
masing-masing ada their own opinion kan kan ^^
dan sudah tentu pendapat you guys jauh lebih baik dari aku..ya for sure

Okeh cerita perkongsian tamat

wasalam

Monday, March 26, 2012

Muslimah part time yang membosankan

Assalamualaikum

"Baik mengganggur saja asalkan aku boleh jadik muslimah full time"
Ini antara fikiran mudah aku yang pernah terlintas disebabkan tak tertahan dengan situasi dan keadaan.

Aku cuba untuk blajar menerima seadanya tentang keadaan aku sekarang,
SYUKUR dengan rezeki yang dikurniaNya,
tapi KECEWA dengan keadaan diri yang asyik menjadik muslimah "part time"

Sampai bila aku kena macam ni?
Setiap hari bersiap dengan rasa sedih untuk ke tempat kerja
Selama hampir 2 tahun!

Aku masih tak selesa!BETUL!

Satu ketika dahulu...
Baju, aku  labuhkan sehingga paras lutut
Tudung, aku biar ia dilabuhkan sampai ke dada,
Seluaq, tak pernah aku biar ia dilihat  selain paras lutut ke kaki

Tapi kini?
Baju, ia terletak paras paha jauh dari yang asal
Tudung, ia dimasukkan ke dalam baju
Seluaq, nah NAMPAK dari paras paha ke kaki

Aku cuba untuk  faham situasi baju aku yang singkat tapi longgaq
Aku cuba untuk faham tudung itu katanya untuk tujuan keselamatan memandangkan aku kerja di kilang,
nak nak pulak bahagian komputer dan ada sedikit terlibat dengan masuk bahagian yang ada mesin..
Aku cuba untuk faham, seluaq itu memudahkan pergerakkan

Tapi aku tak pernah faham!
Aku hairan hairan dan hairan
Setiap hari aku asyik hairan!

Aduh sakitnya luka ni....
Luka paksaan yang semakin hari semakin besaq!

Kakak : sebenarnya kerja macam mana farid idamkan selain mengajar  ataupun pasal komputer?

Aku : kakak, saya tak pernah pilih, kerja kat kedai buku pun saya sanggup asalkan saya boleh jadi muslimah sepenuh masa

Kakak : jadi awat farid tak berhenti?

Aku : saya tak berhenti sebab saya disuruh berfikir sedalamnya, ibu bapa saya minta saya consider,depa kata saya kena pilih kerja yang berbaloi, maksudnya yang saya boleh lepas bayaq duit minyak, makan, ptptn dan moto saya. Disebabkan hal tu saya masih dihalang. Ikutkan hati, dah lama saya jauhkan diri. Saya tau saya tak sempurna tapi hati saya asyik menjerit minta jauhkan diri. Longgarnya syariat....Saya tak salahkan parent, saya faham ada betoi nya apa yang depa cakap.

Kakak : adik, islam tak dak paksaan, pelan-pelan carik jalan untuk keluar, banyakkan solat hajat. Moga Allah bantu adik untuk keluar darik situasi ni.

Aku : Doakan saya kakak. Terima kasih.

Aku akui pengalaman memang banyak tapi untuk apa semua tu kalau hubungan dengan Allah tu tak terjaga?

Mungkin bagi yang tak paham situasi aku akan cakap benda camni pun nak sedih
Tapi cukuplah kalau tiba-tiba aku paksa anda pakai tudung labuh bagi pompuan
dan anda yang terbiasa berkapel untuk jangan berkapel bagi lelaki dan pompuan,
Apa anda rasa?PAKSAAN bukan?

Jadi itulah situasi aku!
Aku tidak baik, jauh sekali sempurna
Ya aku teruk, betul!
Tapi aku dah terbiasa Allah izin untuk melabuhkan tudung,melabuhkan baju
tapi tiba-tiba tudung dan baju aku singkat
Aku tak pernah ikhlas pakai baju macam tu pi kerja!

Saudara seislam aku yang aku kasihi,
Andai tulisan blog ni dibaca,
Aku mintak tolong banyak-banyak,
Tolonglah doakan semoga Allah izin aku menjadi muslimah full time semula
Tolonglah doakan semoga Allah izin kita semua menjadi yang terbaik di sisiNya,
Tolonglah doakan semoga dikurniakan rasa CINTA kepada ALLAH...
Aminn......

Wasalam

Sayangnya mereka.........

Assalamualaikum,

Sekian lama aku berhajat,
akhirnya Allah mendengar rintihan hati,

Terima kasih Ya Allah,

Dah lama sejak keluar dari politeknik,
halaqah tak pernah konsisten aku ikut,
Sat sat ada halaqah,aku boleh ikut..
Sat sat ada halaqah, aku lansung tak boleh ikut....

Tapi kebanyakkan nya tak boleh ikut pun..
Alasan kerja,
Itu alasan yang aku sebagai manusia beri alasan kepada manusia,
Tetapi Allah tu lebih Mengetahui,
samada alasan itu boleh diterima pakai atau tidak...

Nak dijadikan cerita,
Ada lagi yang amat menyayangi...
Yang masih peduli dengan keadaan rohani aku, akhlak aku dan fizikal aku..
Dengan menjadikan kak ton (isteri cikgu azmi -murabbi aku) dan kak mar sebagai pengantaraan,
Allah telah menunjukkan betapa sayangnya DIA kepada aku...

Serius, sewaktu aku mendengar kata-kata mereka,
Aku seolah mahu sujud syukur disitu.
Mahu menangis semahu-mahunya.......

Ceritanya bermula sewaktu majlis reunion,
ketika aku pelawa kak ton dan kak mar untuk makan kek yang aku buat...

Selesai makan,
kak mar menghampiri aku.....

Kak mar : Farid, kak mar nak tanya, boleh tak lepas ni kak mar dan kak ton buat halaqah khas untuk farid?

Aku : Maksud kak mar?

Kak mar : Kak Mar faham, farid sibuk kerja dan lansung tak sempat nak ikut halaqah mak cik rohainon, jadik kak mar ingat, kak mar dan kak ton nak buat halaqah ikut masa farid free bila...

Aku : Betul ka kak mar? Allah...terharu sangat...sampai macam ni skali kak mar......(manahan sebak)

kak mar : ya farid, kak mar dan kak ton sayangkan farid, jadi rugi kalau farid tinggal kan halaqah macam tu saja..2 minggu skali pun tak pa lah farid, janji farid ikut halaqah........Bila farid free slalunya?

Aku: Slalunya ahad kak mar, sebab ahad tak kerja, sabtu pun ikut hari...

Kak ton bangun dan duduk di sebelah aku, diambil tangan ku dan dipegangnya...

Kak mar : Kalau macam tu hari ahad boleh, waktu pagi atau petang farid free?

Aku : sebaiknya pagi sebab petang susah sikit..

Kak mar : tempat? farid boleh mai beseri?

Aku : insyAllah boleh, sebab tu kena pagi,..

Kak ton : kalau pagi kak ton tak boleh sebab ada program...kalau petang insyAllah..

Aku : petang tu boleh selagi tak lewat petang kak ton, sebab insyAllah saya pergi beseri dengan moto jadi abah tak izin kalau jauh sangat pastu balik lewat petang sorang-sorang..

Kak ton : oh kalau camtu lepas zohor tu elok la

Aku : Boleh boleh, terima kasih kak ton, terima kasih kak mar

Kak Ton : sama-sama..InsyAllah jika kita berhajat, Allah pasti mudahkan jalan...banyak-banyak solat hajat, mohon pada Allah....

Aku genggam erat tangan kak ton, terasa seolah dah terlalu lama aku kenal.......
Sebelum pulang aku peluk dan cium kak mar dan kak ton...
Sayu rasanya untuk berpisah walaupun sementara
Sebab bila lihat mereka,
Ada satu rasa ketenangan yang luar biasa dalam diri..........

........................................................................................

Bertanya jugak pada diri
Macam mana mereka tau aku amat berhajat untuk ikut halaqah?
sedangkan tak pernah aku cerita melainkan pada Allah...

Hari ini aku sedar,
Betapa jika kita berhajat pada kebaikan..
Allah pasti mudahkan
Allah pasti hadirkan.......

;....................................................................................


Kenapa halaqah penting?
-Sebagai ingatan buat diri kita yang lalai.
-Banyak persoalan boleh terjawab dengan halaqah
-banyak perkara boleh belajar contoh belajar untuk bekerjasama, saling pimpin memimpin, saling ingat mengingati...
-belajar berbincang
-belajar menyampaikan idea

dan untuk lebih lanjut sila klik sini

BUAT SAUDARA SEISLAM KU
JANGAN PUTUS ASA DENGAN ALLAH 
SEBAB ALLAH ITU DEKAT! 


Wasalam

Camtum jiwa

Assalamualaikum,

Kelmarin 25/3/2012,
bertempat di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Satu majlis reunion telah dianjurkan oleh adik-adik pusat islam politeknik baik yang masih di poli dan yang sudah keluar dari poli,

Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Bersyukur kerana dengan izin Allah aku dapat bertemu adik-adik baru, lama dan sahabat-sahabat yang dah sekian lama tak jumpa.
Yang dah membara aku pendam rindu

................................................................................................

Melangkah masuk ke pusat islam,
Hati sayu, jiwa rasa sedih bercampur kegembiraan.
Seribu kenangan kat sini...

Cuma bezanya,
tak semua sahabat dapat berkumpul,
Itu yang membuatkan ada 'sesuatu' yang 'kurang'...

Tapi kekurangan itu ditampung dengan kehadiran adik-adik yang sangat ramah,
adik-adik yang sering tersenyum ikhlas,
adik-adik yang sudi berkongsi cerita dengan seorang kakak yang baru dikenali,
adik-adik yang sudi mendengar dan melayan kerenah seorang kakak yang asyik lupakan nama mereka..
Jazakillah adik-adik ku..beruntung akak dapat kenal adik-adik ^^

BERTUAHNYA MEREKA

Ya bertuahnya mereka, Allah pelihara...
Akhlak, dressing, fizikal dan rohani,
Cantik semuanya...

Cemburu?
Tipu kalau aku kata tak

Cemburu dengan akhlak yang baik
Cemburu dengan status mereka "muslimah sepenuh masa"

Nak dibandingkan dengan aku,
seorang "muslimah separuh masa"
akhlak pun tak seberapa...

Buat sahabat dan adik-adikku sayang,
Beruntunglah kalian
kerana Allah masih izin kalian menjadik muslimah sempurna
kerana Allah masih izin kalian terpelihara,.

Buat saudara seislam ku,
Apa ditangguh lagi?
TUTUPLAH AURAT MU SAYANG..............
Selagi Allah masih izin..selagi Allah masih mahu peduli....

Wasalam









.........................................................................

Saturday, March 24, 2012

PAKSA?

Assalamualaikum,

Cer story kat aku apa rasa bila dipaksa?
Buat satu benda yang kita TAK MAU?

Contoh 
Ada satu peraturan ketat kat sebuah pusat pengajian tinggi,
Wajib pukul  4 pagi semua kena bangun stadi
Jadi setiap pukul 4 pagi stau siren kuat akan bunyi selama 5 minit
Nak dijadikan cerita, oleh sebab pihak pengurusan menjadikan ianya wajib,
setiap bilik dipasang pulak satu siren yang boleh dikawal dari jauh,..

Walaupun contoh ni agak merapu tapi cuba pikirkan perkaitanya dengan paksaan

For sure ramai antara penuntut pusat pengajian tu akan rasa sangat tertekan
sebab dipaksa untuk stadi pagi2 buta
Tak bangun siap ada siren khas lagik
Memang paksaan lah gila-gila...

Tapi brapa ramai yang nampak kebaikan dalam paksaan?
Brapa ramai yang benar-benar sudi untuk bangun stadi?

Silap-silap lepas 5 minit siren bunyi pakat tertiduq balik bukan?
Sapa yang TAU?

Camtulah ISLAM sekarang

Seolah-olah PERATURAN yang ALLAH buat menjadi satu paksaan
Cuma bezanya disini,
Kalau tadi dekat pusat pengajian tu tak dak sapa boleh MONITOR anda bangun atau tak
Tapi kalau ISLAM, ALLAH buleh monitor secara direct..

Tapi tetap jugak brapa ramai yang betul-betul cuak bila TAHU ALLAH MAHA MELIHAT?

KENAPA KITA TIDAK TAKUT?

Cuba layan perbualan ni...

Si A : Muda hanya SEKALI, kita ENJOY dulu

Si B : ha ah elok sangat lah, MATI pun skali jugak

Si A: BELUM BERSEDIA la

Si B : Camna kalau MATI sebelum ALLAH izin bertaubat? pastu kan camna kalau ALLAH pun tak sedia nak bagi kita nafas?

Si A:  Ramai orang cuba nak jadik ustaz dan ustazah sekarang ni..huh~

Si B :  Salah kah semua orang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah? Tu tugas kita sebagai manusia bukan? Kenapa bila orang buat jahat tak cakap pun "ramai orang cuba nak jadik setan dan iblis?"

Si A: kasar bahasa incik B

Si B: opsss maaf kalau buat incik A terasa, tak dak niat cuma hairan wooo , bukan suruh buat jahat sebaliknya suruh buat kebaikan, dunia seolah terbalik, yang berbuat BAIK dipandang LAIN MACAM, yang buat JAHAT itulah TREND atau BIASA?

Si A:  alaahhh, yang bertutup - tutup tu, yang berkopiah tu, yang skolah agama tuuu, yang baikk tu...(ayat membosankan) BUKAN nya baik sangat! Mengumpat number 1, tu tak kira yang maksiat lagi, kalah saya ni incik A, Sekurang-kurangnya saya ni tak la buat cam mereka-mereka

Si B: hah ini lagik satu hairan ni, yang suruh buat amal makruf nahi mungkar tu sapa? MANUSIA kah?
Huh dah la ALLAH bagik pinjam nafas, anggota badan, kehidupan...tu tak kira lagik muka bumi yang kita pijak, mana nak kira dengan rumah lagik, kerja lagik..Tup tup baik punya SOMBONG dengan ALLAH, nak suruh BUAT YANG DISURUH  pun carik ALASAN lagik

Si A: bukan carik alasan incik B oi, cuma cuba tengok...yang dok nampak BAIK sebenarnya lebih teruk dari yang DISANGKA JAHAT...

Si B : Aiyakk incik A, siapa yang sering SANGKA? MANUSIA  bukan? Pentingkah sangkkan mereka? Awat bukan incik A yang ubah semua..?Ubah spekulasi yang incik A kata tu, jadi yang terbaik then baru lah tahu...

Si A: Incik B, saya ni memang nak berubah, cuma pelan-pelan la, BUKAN SENANG nak berubah TIBA-TIBA, apa pulak ORANG CAKAP nanti? dan lagi satu ni incik B, bukan kita patutnya DOAkan mereka? BUKAN hukum ! HIDAYAH kan HAK ALLAH?

Si B: ya perubahan tu memang perlukan MASA, jadi kenapa perlu mencarik SALAH pada yang juga CUBA untuk berubah?

Si A: apa incik B cakap ni? belit -belit la

Si B: Yalah, iman ni ada naik turunnya, pastu yang tadi incik A kemain best ja cakap yang tutup-tutup tu, yang pakai kopiah tu lebih teruk tu?
Bukan kah mereka jugak macam incik A, nak jugak berubah cuma pelan-pelan jugak kan?

Si A: Iman naik dan turun?

Si B: Yup, dan sebab tu lah kita kena sentiasa hadiri majlis ilmu, baca quran, zikir , BUAT apa yang ALLAH SURUH, TINGGAL apa yang ALLAH LARANG..sebab kita nak sentiasa beringat-ringat..Betul yang tutup- tutup tu belum tentu baik tapi kalau tak TUTUP?

Si A: Amboi incik B,ada tau orang yang tak tutup tu lebih baik amalan dia tahu

Si B: Betul ADA, cuma kalau amalan nya baik, SUDAH tentu dia tahu apa yang dilakukan nya itu SALAH, bukankah itu LARANGAN, jadi bila langgar? Hukum ALLAH tu..kalau BOS kat tempat kerja kita TAKUT dan HORMAT kalau ALLAH?yang bos kita tak suka semuanya kita nak ikut...kalau ALLAH tak suka? Sedangkan ALLAH tu besar lagik dari BOS tuuu
Dan lagik satu, bila kita buat sesuatu AMALAN dan kita merasakan KITA JAUH lebih baik dari ORANG LAIN, lalu disebabkan itu kita tak TUTUP ataupun bagi yang TUTUP kita BUAT DOSA atas alasan KITA JAUH LEBIH BAIK DAN TAK MENGAPA KALAU KITA BUAT?
Dah lain macam dah tuuu incik A...

Si A: Bukan orang tak tutup ja yang jadik camtu, yang tutup pun bercambah!

Si B: Ha ah betoii tu, thats why balik pada yang saya katankan tadi, IMAN ada NAIK dan TURUN...jadik incik B, yang tutup atau tidak kena perbaiki DIRI, ISLAM bukan untuk orang yang tutup saja, IANYA UNTUK SEMUA..
KITA SEMUA HAK ALLAH, kita semua pinjam BARANG ALLAH....Jadi untuk apa kita SOMBONG?
BERUBAH sementara ALLAH masih MAHU beri peringatan..

Si A: apa maksud incik B?

Si B: incik A rasa, takkan tiba-tiba saja ada orang cakap pasal KEBAIKAN dengan kita? Takkan tiba-tiba kita terdengar ceramah agama? KEBETULAN?  MESTI ALLAH yang jadikan semua tu pengantaraan untuk TEGUQ (tegur) kita..Ada orang yang ALLAH teguq secara direct, ada orang yang ALLAH hadirkan pulak sesorang untuk teguq kita..JADI bila ada orang teguq ketahuilah yang itu dari ALLAH, incik A...Dan maksudnya, ALLAH RINDU, ALLAH MASIH SAYANG dengan kita...
Tapi sayang tau, brapa ramai antara kita yang berpaling, tinggal kan ALLAH...
ALLAH sendiri penah kata :

Wahai anak Adam!
Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! 
Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam!
Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

"Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan
sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.
Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."


Cuba tengok incik A, sayang dak ALLAH dekat kita? T_T tapi kita?

(Reaksi kemungkinan dari incik A)
Reaksi 1 : T_T
Reaksi 2 : Saya tengah berubah lah niii
Reaksi 3: wahh kemain pandai lagik incik B berkata-kata tapi incik B tu buat ker?

Cerita tamat ^^

Yesss aku kOLOT

Assalamualaikum,

Ya aku masih KOLOT,
Jadi awat?

Aku KOLOT sebab aku tak sudi terima percakapan yang tak senonoh dari sang LELAKI,

Aku KOLOT sebab aku tak sudi mengwujudkan hubungan yang  belum tentu masa depan dengan si LELAKI

Aku KOLOT sebab baju nak besaq-besaq yang mana orang cakap macam makcik-makcik, tak style lansung!

Aku KOLOT sebab tudung pun nak besaq-besaq...

Jadi awat kalau aku mau KOLOT?

Sedikit duit orang aku tidak kacau..
Andai pandangan terasa sesak, jangan LIHAT aku..MUDAH bukan?

Aku tidak mungkin memandang orang seolah-olah aku manusia paling BAIK
Nak judge orang? Fuh takdak makna ok!
Baik judge diri sendiri itu lebih baik sebab kita takkan penah tahu APA kita pada ALLAH!

Monday, March 19, 2012

Cerita hati

Assalamualaikum

Haihh..sedaq tak sedaq rupa-rupanya dah di penghujung bulan 3
Baik punya aku tak hupdate! (update)

Hari ini aku MC..tau apa itu MC..ah tak payah nak terang lagi, eberibodi (everybody) tau dah
Aku telah mendapat MC tetapi tengah bersenang lenang update blog
Fuhh ini kalau si bos baca, mau kena fire zassss ngan kuasa raksasa

Aku rasa elok jugak aku terangkan dulu apa halnya sebelum apa-apa terjadik
Keh keh..Ini perbualan antara aku dan watak imaginasi..(aku tak gila lagik)
Anggap sajalah watak imaginasi tu sebagai bos..erkkkk (baikk jangan..hohoh- gelak tersipu malu)

Aku: Sebenaqnya tok, saya ini sakit gigi (hek eleh sakit gigi pun malas mau kerja)

Tok: Sakit gigi ja pun , apahai sampai MC

Aku: aiyak tok, seminggu sudah saya sakit gigi dan asyik menangguh - nagguh pencabutan beliau

Tok: pastu apakah kaitannya dengan ber'MC'? then then apahai tangguh sampai seminggu?

Aku: (banyak pulak soklan beliau nihhh- dalam hati saja) pagi ini apabila bangun, gigi saya berdenyut-denyut tok, dan lalu badan saya panas tok. Dan takkan tok lupa? network kat maintenance office kan problem, maka saya tak dapat nak keluar, malah SMART Project jugak harus disiapkan tok...Disebabkan sayang SHORUBBER saya tangguh dulu tok perihal sakit2 diri..sebab tu SHORUBBER bagik saya bonus banyak kan kan tok?

Tok: oh begitukah? baguz baguz...esok buleh kerjakah?

Aku : ya ya tok, buleh buleh, SHORUBBER di hati saya tok (sila amik perhatian SHORUBBER adalah tempat kerja aku)

Perbualan imaginasi tamat
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita seterusnya

Bangun pagi ini aku bersiap untuk ke klinik kesihatan
Memang tak bajet nak pi hospital sebab tau dah lambat

Lalu 7.45 sampai di klinik kesihatan
masuk-masuk fuyoooo marvelous!!!! ramai kot manusia

Nak summarize kan sajalah
- Tunggu
- Dapat number bertuah
- Naik tingkat 2
- Tunggu lagik
- Nama kena panggei
- Masuk bilik doktor
- Doktor check
- Beliau soh pi x-ray dekat hospital (aduhh aduh aduhhhh)
- Pi hospital
- masuk bahagian x-tray
- dapat number bertuah
- tunggu
- nama kena panggei
- masuk x-ray
- mesin time2 tu lah nak buat perangai
- yeahh aku suka lah -_-"
- siap x-ray
- pi klinik kesihatan semula
- tunggu (arghhhh)
- nama dipanggei

"adik pi klinik pakar gigi dekat sebelah klnik pakar mata"
 " kat mana?"
 " hospital" -_-" mengapa tidak sekali harung saja..oh oh oh

- pi klinik pakar
- tunggu lagik >_<
- tunggu
- tunggu
- okeh tak larat nak tulis tunggu
- orang ramai mula kurang
- tunggu
- nama dipanggei
- sepatah dua kata dari doktor selepas check

 " kita tak bleh cabut hari ini"
  " oh yakah? mengapakah T_T "
  " sebab adik tengah sakit, kita akan bagi appointment dan bedah, lepas bedah kita bagi MC 3 hari"
  T_T

- pukul 12.30 pulang ke rumah

7.45 sampai pukul 12.30
moto klinik kesihatan : senyuman anda kepuasan kami
aku senyummmm
SERONOK nya TUNGGU lama2 untuk mai pulak -_-"

Baru 4 jam kan kan kan
Jadi jika mau ke hospital sila bawak buku
Maka tidak akan bosan,
Serius aku dah buat

Jadik kepada incik bos
"minggu depan saya MC 3 hari" >_<
Jangan marah bos!

Kalo tak bedah saya tak leh makan bosssss
nanti saya tak dak tenaga nak buat kerja bosssss
Bye bosss

Wasalam

Tuesday, December 13, 2011

Tabah

Assalamualaikum
Hidup kita ini tak seindah wayang gambar mahupun drama.

Secara jujurnya, bila melihat pada cerita korea, kita dengan mudah merasa asyik dengan jalan cerita dimana kita amat berharap “fuhhh best nya kalau jalan hidup aku pun macam depa (mereka)”

Tetapi sebaik saja cerita itu sampai ke penghujung, sedar atau tidak itu hanyalah satu lagi cerita yang direka oleh manusia.
Dimana si penonton mahukan penamat yang baik –baik sahaja. Watak – watak yang diambil juga selalunya cantik-cantik, tampan –tampan dan comel-comel belaka.
SEMPURNA bukan? Kerana itulah yang MATA kita mahu lihat. SEMPURNA
Di dalam filem dan drama juga angan-angan selalu menjadi kenyataan, segalanya boleh dibuat. Sebut sahaja apa yang kita mahu jadi. Doktor? Engineer atau Perdana Menteri sekalipun, kita boleh jadi.

Tetapi realitinya untuk menjadi hebat ianya tidak mudah. Ada yang ter’pancit’ di tengah jalan selepas kuat berusaha. Ada yang perjalanan hidup nya tidak lah seperti yang dirancang. Tidak semudah sesetengah orang yang kehidupan nya sangat mudah.Riwayatnya juga baik –baik sahaja.Kalau ada part yang susah sekalipun ianya hanya kecil saja bak kata orang perlis “haluihhh”.

Antara contoh-contoh kesudahan yang baik yang sering dimainkan dalam drama:

1) Ada seorang gadis yang hodoh, minat pada seorang lelaki, kesudahanya si gadis menjadi cantik dan si lelaki pun jatuh hati padanya. Akhirnya mereka pun bercinta.

Tetapi realitinya si gadis yang hodoh tidak akan menjadi cantik dan si lelaki tidak akan sedar pun kewujudan si gadis ni. Dan jika ada sekalipun si lelaki sudah tentu mempunyai pilihan nya sendiri.
Nak cantik? Ubahlah akhlak..

2) Ada seorang yang miskin, akhirnya menjadi kaya kerana tiba-tiba tolong seorang tan sri, dikahwin kan dengan anak perempuan tan sri tersebut kemudian kena uruskan syarikat tan sri tu.

Hanya segelintir yang nasib nya baik. Realitinya tak semua orang akan menjadi kaya dengan mudah. Nak kaya? Berusahalah sendiri. InsyAllah jika Allah izin pasti kita akan menjadi kaya.

Jangan pernah mendongak ke atas.

Pujuklah hati supaya tabah, kuat dan sabar dalam menempuh semua yang sedang berlaku...
Memang aku akui akan ada time - time yang kita rasa sangat-sangat nak give up dan ada satu waktu kita feel sangat-sangat down...

Untuk meneruskan hidup dengan menjadi orang yang berjiwa besar dan bersyukur,
kita sering dinasihatkan jangan sesekali mendongak ke atas itu,
melihat seseorang yang hidupnya lebih bahagia dan jalan cerita nya sangat perfect.....

Sebab kalau kita buat camtu,
kita hanya akan menjadik seorang yang sangat tidak bersyukur dengan hidup...

Aduhhh penat jugak bila jadik hamba yang tak reti bersyukur
Sebab otak asyik fikir why why dan why..
Kan lebih baik kalau otak asyik ligat fikir how how dan how...
Dimana mencari jalan untuk menjadi yang terbaik...
Bukan mempersoalkan rezeki orang lain dan mahu jadi orang lain.

Ah cakap memang senang,
Tak kena pada diri.
Sekadar perkongsian, jalan cerita aku jugak tidak mudah.
Jadi bila aku katakan kita, aku sedang menyenaraikan diri aku juga ^^

Wasalam

Wednesday, December 7, 2011

Benda berfaedah

Assalamualaikum

Aku suka buku!
Kalau kurung aku dalam perpustakaan pun aku takkan bosan punya...

Kalau aku pi kerja, keluar berjalan dan mana-mana skalipun aku suka bawak buku standby dalam beg, in case kalau tetiba aku nak kena menunggu masa tu aku tak buang dengan duduk termenung melihat orang walaupun hakikatnya melihat ragam manusia tu adalah menyeronokkan..bahahahaha

Antara buku- buku yang berjaya mencuri perhatian dan tumpuan aku :

Semua series enid blyton 



Tulisan fatimah syarha 



Komik anime 








Hari hari midori vol 1 - 8.

Ujang



Solusi




Reader digest 


Encyclopedia


Tulisan Pahrol Juoi



Tafsir Quran




Wasalam......