Orang jepun pernah kata mereka nak beli otak orang Malaysia sebab banyak sangat space dekat otak yang tak digunakan, tapi aku rasa aku nak beli kudrat mereka sebab mereka asyik duduk dan guna otak banyak sangat dan kudrat tu hanya jalan ke tempat yang nak dituju saja.
Hostel ada dekat belakang kilang tapi guna kereta. Sapa kata jepun rajin? Opsssss
Tapi depa memang rajin pun..hahah
Dan sebenarnya jugak Jepun bukannya pandai tapi usaha mereka yang menjadikan mereka tu berjaya. Aku kata camtu sebab ada jepun kat sini tak payah tahu pun ilmu pasal IT tapi boleh jadik bos IT.
Tapi sebab ni kilang mereka, aku zip mulut duk diam-diam..
Bangsa mana pun kalau berusaha insyAllah ALLAH bagik. Sebab yang boleh ubah nasib kita hanyalah diri kita sendiri dan semuanya adalah atas izin Allah.
Mula-mula dulu aku rasa terseksa duduk shorubber, rasa macam apa aku perlu buat?Sampai bila aku kena camni? Sampai bila aku nak mengeluh?merungut?
Puas cari kerja pun last-last baru 2 interview yang dapat dalam tempoh 2 tahun. Hah ok lah kan, sekurang-kurangnya ada lah jugak..haishh kena blajar bersyukur banyak-banyak lagi.
Nak dijadikan cerita sebab nak belajar bersyukur pastu nak ubah nasib diri, aku pun mula buat operasi carik duit lebih demi untuk mencukupkan duit yang konon nya asyik tak cukup.
Sasaran opis tempat aku carik makan.
Misi : jual makanan sarapan pagi
Resepi : pakai resepi abah.
Moto : nak bagik orang makan kualiti itu penting.
Penat , sangat penat tapi berbaloi untuk lahirkan sifat syukur.
Berbaloi untuk ajar erti susahnya cari duit.
Berbaloi untuk belajar cara hidup. Titik.
Jujur, aku rasa macam dah tak dak life. Semuanya jadi singkat untuk aku. Hari berlalu seolah-olah sehari ada 30 minit dan semua kena settle dalam masa yang pendek tu!. Cewah tak boleh blah la ayat ni.
Hahahah buat teruk sungguh aku ni.
Tapi jadual aku lebih kurang gini la :
Aku bangun pukul 4 pagi untuk masak. (uishhh masak tuuu) Selalunya pukul 6 akan settle kalau bungkus, kalau tak bungkus pukul 5 lebih dah boleh settle.
Pukul 6 lebih mandi ,siap – siap ke tempat kerja. Waktu kerja masuk 7.45 dan jarak pun buleh tahan, sebelum 7.20 kena ada atas jalan. So selalunya pukul 7.10 dan atas jalan.
7.30 sampai tempat kerja lalu pura-pura kerja dengan penuh dedikasi sampai pukul 5.30. Pukul 5.40 balik tapi aku tak terus balik. Singgah dulu kedai untuk barang niaga besok. Sampai rumah tetap pukul 7. Kadang-kadang awal sikit pukul 6.50.
Bila dah sampai rumah, terus pi dapur untuk urus buka posa kalau puasa dan sambil-sambil siapkan bahan untuk masak besok pagi.
Pukul 9.30 terus pengsan.
Kesimpulanya cari duit bukan benda senang. Nak dapat rm 15 sehari pun jalan cerita dia panjang. Bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah.
Haish tetiba rasa aku dah tua. Sekian terima kasih