Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Sunday, February 20, 2011

Batu penghalang

Assalamualaikum
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, 
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan"
Aku suka akan kata-kata ni...
Banyak yang dapat kita kaitkan buat baju 
Allah SEKAT kita darik MEMBUKA aurat,
adakah anda mengangap ia sebagai halangan untuk anda buat apa-apa?
(sudah tentu aku maksudkan buat apa- apa tu yang tak bertentangan ngan syariat la) 

Betoi kah ianya menjadik satu halangan?
Mai mai, mari dan meh kita selidik sikit...
Kita ni kan pakai tudung, pastu pastu
balik mana dan celah mana kah  atau di manakah kesusahan untuk kita main sukan?
Bukan lagik best apa rambut tak kotor if suddenly terjatuh dalam lumpur kan
Oh and some says "tudung kacau laaa, nanti angin tiup terbuka"
Errr sorry for intterupt....but atceli kan la ni dah banyak vas2 (sejenih baju yang tidak mempunyai lengan) pelbagai pesen (fesyen)
yang buleh puan-puan memakainya ketika bermain...
telah tercoverlah kehadiran tudung yang kunun-kunun mengganggu puan-puan sebentar tadi...


Kemudian - kemudian ada lagik jawapan : 
Oh panas la banyak-banyak lapis
Arrr...ohhhhh..panas ya?
cuba la kita try test letak tangan kat ayaq yang mendidih tu sikit saja,
Agak-agak rasa dia camna entah?
Uishhh tu baru ayaq (air) kat muka bumi Allah
belum lagik neraka Allah...agak-agaknya camna entah?
Buat keja? apa kaitan keja ngan tudung kepala?
Lagik kemas apa rambut tak jatuh, luruh ke dalam makanan atau ke atas lantai

Halang anda untuk nampak cantik?
Sikit - sikit nak cantik depan manusia, depan Allah bagaimana?
Kalau cantik - cantik seorang perempuan pun last - last kawin ngan SEORANG lelaki sahaja iatu sama dengan 1,
jadik dimana yang bagusnya? 
dan tidak kah hebat apabila anda hanya menjadikkan  suami anda saja teristimewa untuk melihat mahkota anda?
Ada ka seorang pemaisuri sesuka hati tayang mahkota nya dan tak simpan ngan elok?
Bukankah mahkota tu akan disimpan dan dijaga ngan rapi?
Jadik same goes to our aurat,
Dah cakap statement "rambut is mahkota for women, very precious"
then why tayang merata?

Bukan suruh jadik serebeh (selekeh) tapi definisi cantik tu sendirik, 
Adakah anda faham, atau buat- buat faham?
Cukuplah sekadar kemas dan bersih....
Tak perlu buka-buka...

Lagik statement
Pakai tudung banyak benda tak boleh buat
Habis tu kalau tak pakai tudung banyak perkara haram buleh buat?
Haram tetap haram
Kau pakai tudung atau tidak as long as kau islam
HARAM is HARAM....
dosanya tetap sama, 
tak dak bezanya

Dan jika anda merasa orang yang pakai tudung lagik teruk pada yang tak pakai tudung
maka ketahui lah sekiranya satu hari Allah bukak pintu hati anda untuk bertudung,
BELUM TENTU anda tidak akan menjadik seperti orang-orang yang anda kata teruk itu
Jadik BERHENTI mencarik salah orang yang MAHU menutup aurat dan fokus kepada diri sendirik yang TIDAK MAHU atau INGKAR menutup aurat
Berdiri depan cermin dan kata pada dirik sendirik baru LIHAT orang lain

Ini baru cakap pasal sekatan yang Allah bagik pasal aurat
belum lagik lain-lain
See from satu quote kita buleh amik banyak pengajaran
Itulah aku amat suka ngan ayat atas skali itu (sila tengok balik permulaan karangan..hahah)

Bila cakap pasal aurat memang takkan habeh....
Terkadang merasa geram pada manusia - manusia yang suka menghukum...
Tentang kisah ni aku akan ceritakan pada entry akan datang ^^


p/s  Jika kena caranya, anda tetap akan nampak cantik bertudung
Wasalam



No comments: