Assalamualaikum
Ramai orang sering salahkan orang lain bila kita
MEMILIH untuk berkawan
Ramai orang sering mewujudkan spekulasi kita
BERPUAK jika kita rapat dengan golongan tertentu
Yang digelar berpuak itu bila kita ni
HANYA berkawan dengan satu group saja,
Orang lain lansung kita tak pandang, cakap pun lebih kurang...
Tapi jika masih bersahabat dengan semua orang
dan ada masanya kita
LEBIH SUKA meluangkan masa dengan satu group itu,
ianya bukan lah digelar
BERPUAK....
Macam biasa aku gemar memberi analogi supaya kenyataan aku ni jangan di salahfaham...
Okeh begini :
SITUASI A
Ada sekumpulan pelajar yang selalu stadi dengan pelajar yang juga satu kos atau satu subjek yang sama
SITUASI B
Ada sekumpulan pelajar yang memilih stadi saja ramai - ramai tanpa perlu ikut kos atau subjek yang sama
SITUASI C
Ada kumpulan pelajar yang main 'bedal' saja stadi, orang buat stadi group dia pun nak stadi group
Last -last jadik 'sembang group'
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Bagi ketiga -tiga situasi ni, kita sendiri pun dah mampu menilai mana yang baik dan mana yang buruk
Analoginya di sini,
Bagi setiap situasi ada banyak kesimpulan dan hipotesis yang kita boleh beri,
Misalnya situasi A
Pelajar yang sama kos ini boleh bertanya satu sama lain jika ada tajuk yang mereka kurang faham dan pemahaman mereka akan lebih bertambah baik...
Mereka juga pasti telah
MEMILIH pelajar yang berpengetahuan lebih dalam
SUBJEK tersebut bagi menjadikan si
BIJAK itu sumber rujukan
Lalu segala kemusykilan tetang
ILMU akan terjawab...
Jika ada soalan yang tak mampu
DISELESAIKAN selepas
PERBINCANGAN, soalan itu akan disimpan untuk ditanya kepada
PENDIDIK...
Begitu juga bersahabat,
kita memilih sahabat yang
BAIK...
kita memilih sahabat yang lebih
SOLEH atau
SOLEHAH...
Supaya jika kita lalai,
SAHABAT kita ini dapat mengingatkan kita...
Membantu kita kembali ke landasan yang benar...
Jika kita ada sebarang ketakpastian,
kita boleh rujuk pada beliau juga...
Beliau boleh memberi jawapan tapi sekiranya masih kita merasa konpius,
Pada
MURABBI lah rujukan kita...
SUASANA SOLEH juga terwujud,
Sikap saling mengingati serta fikrah yang sama itu penting supaya andai satu
JATUH satu lagi boleh
ANGKAT
Andai ada yang salah sorang yang tidak mempunyai fikrah yang sama, si soleh atau solehah boleh bimbing...
Bagi situasi B
Mereka juga kumpulan stadi group..Bagus tetap bagus sebab mereka pilih untuk belajar bersama walaupun bukan dalam subjek yang sama
Tapi jika ada sebarang kemusykilan tetang
SATU atau
DUA soalan sudah pasti sebab kos yang berbeza mereka tak dapat nak bertanya persoalan yang timbul.,.
Tanpa sebarang
PERBINCANGAN, golongan ini
HARUS terus bertanya kepada
PENDIDIK
Stadi group ini akan lebih bersifat
SEPI kerana masing -masing dengan subjek kos sendiri...
Baiknya kita tidak memilih untuk bersahabat..benar...Jangan berpuak
Buruknya,
kita nampak dia buat kemungkaran tapi kita buat
'DERK' saja
Biarkan dia dengan hal dia...Sepi demi
MENJAGA HATI kononnya
Kita akan hanya terus menanam spekulasi dan bersembang perihal buruk nya pada yang lain
"Dia ini buat itu dan ini"
"You jump, i just look and laugh hahahahahah"
"What ever you do is none of my business"
"What ever"
Namun jika tadinya dalam kumpulan ini adanya yang
SOLEH atau
SOLEHAH sekurangnya boleh juga 'diangkat' sahabat yang 'terjatuh' tadi...
Situasi C pula
Ini adalah kehancuran...
Ada apa dengan pertubuhan kumpulan belajar jika hanya akan berakhir dengan SEMBANG -SEMBANG kosong yang amat merugikan masa dan diri sendiri...
Why begitu drastik kesimpulan aku beri untuk situasi terakhir ni?
Jika si
PELACUR hanya berkawan dengan
PELACUR,
Kalau ikut logik, takkan pelacur sorang lagi nak nasihat ;
"Ang ni bila mau tobat, tobat - tobat la"
Sejurus selepas habis beliau nasihat, beliau pulak terbang buat maksiat sama...
kita lebih suka duduk dalam kumpulan yang sering ke disko
Last -last kita pun kaki disko
Bukan mudah nak bertahan jika iman di dada tak cukup
Bukan mudah juga untuk terus istiqamah kalau hari -hari kita dengar
"Cuba la moden sikit, kita ni muda lagi" Ayu start bebel
"Try pakai baju ni tengok" Jijah menghulurkan baju tanpa lengan pada Minah
"Ang neh, kami semua bukan tak mau lepak ngan ang, tapi cuba tengok dressing ang tu" kata Wati
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Terpulang pada anda semua untuk menerima atau tidak tapi di zaman yang dah semakin mengetepikan islam sebagai cara hidup,
SAHABAT amat memainkan peranan penting,
Terkadang ada anak yang dari keluarga yang baik akan rosak jua disebabkan
KAWAN...
Aku ajak marilah kita semua tepuk dada tanya
IMAN...
Fikirlah dengan rasional...
Jika Tuhan memberikan kita sahabat yang baik, itu bermakna Tuhan menyayangi kita...
BERHENTI menilai orang dan
START jadi
TERBAIK kalau mahu sahabat
BAIK....
Wasalam
p/s Aku bukan suruh berpuak tapi aku suruh
PILIH orang yang mampu ingatkan kita pada
TUHAN!
p/s lagik
Kalau kita mahu cinta Allah, kita juga akan berkeinginan untuk semua orang
MENCINTAI ALLAH....