Assalamualaikum
Lepas baca apa yang Ibnu Batoota https://www.facebook.com/Ibnubatoota cerita tentang isterinya,
jujur aku jadik tak senang duduk.
Kagum edisi kali ke 2 kepada isteri Ibnu Batoota, selepas kagum aku yang pertama pada sahabat aku dalam artikel yang aku tulis “dia menangis bila lelaki suka dia"
Aku tak sangka, tak pernah jumpa barangkali.
Kalau aku pi MATRI (Ma'had Attarbiyah Al-Islamiyah) atau join aktiviti yang depa buat, duduk dengan depa saja aku dah rasa
“uishh kecik nya aku”
“uishh lekeh nya aku”
“uishh rupanya jauh lagik perjalanan aku”.
Itu belum lagik cakap…
Aku tahu Allah itu memandang semua hambaNYA
Tapi kalau depa itu yang slalu basahkan lidah dengan alunan Al Quran dan zikir boleh kata
“Apa yang hebatnya farid, akak masih terlalu hina dik”
Pastu aku camna? Di tingkat mana kah iman aku?
T_T sedih tak terkata..
Seringkali Tuhan temukan aku dengan orang yang hebat imannya..
Seringkali Tuhan temukan aku dengan orang yang indah akhlaknya..
Buat isteri Ibnu Batoota,
(Oleh sebab umuqnya pun baru 19, jadi elok lah aku bahasakan adik dan akak ja)
Dik,
Andai Allah izin, betapa akak harap nak jumpa!
Sungguh kita terlalu banyak bezanya!
Dan sungguh akak jeles !
Akhir zaman ni ada lagi wanita sehebat adik!
Bersih, suci terpelihara dari segala debu-debu dosa di sekeliling..
Rasa malu yang adik pamerkan buat kaum adam buat aku terfikir kat mana letaknya rasa malu aku?
Sikap berluma-lumba adik untuk habiskan 10 juz dalam masa sehari, buatkan aku malu kat diri sendiri, 1 juzuk sehari pun aku terkial-kial..
Cara adik jaga diri dengan baik,buat aku tertanya, selama ini sejauh manakah aku jaga diri?
Sebutir manik yang wujud di jubah hitam pun dia menjadi khuatir lelaki pandang dia..
Tetapi aku tak pernah risau pun tentang hal yang amat mudah tapi lansung tak mau buat!
Allah..sungguh kagumnya aku dengan hamba ciptaan mu ini
masih wujud rupanya insan-insan camni..T_T.
Adik ini dah bukak mata aku besaq-besaq,
kata Ibnu Batoota, isterinya buta teknologi,
Bagi aku tu satu rahmat,
Lebih baik tak tahu dari tahu tapi menglalaikan,
dari tahu tapi tak mampu menjaga,
dari tau tapi hati jadi sakit,
dari tau tapi hubungan dengan Tuhan jadi retak..
Kita bukan insan yang terlalu suci hatinya untuk kata tu tak jadi kat kita..
Buat yang mampu menggunakan teknologi ke arah menaikkan islam..Tahniah aku ucapkan
Kalian hebat..tapi aku tidak!
Ya Allah, Engkau telah menunjukkan pada ku
Bahawa jika Engkau mahu,
Engkau pasti wujudkan, Engkau pasti tunjukkan..
Terima kasih Tuhan sebab tunjuk ada lagik orang camni..terima kasih T_T
Wasalam
1 comment:
hang gempak lah farid...
dah lah gempak, mahu berubah lebih baik lagi lak tu.
sebagai member2 ni, aku doakan hang dipermudahkan segala urusan kearah kebaikan..
Post a Comment