Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, December 21, 2012

tak tara mana pun tapi boleh la kot

Assalamualaikum


Kali ni aku nak bagik tips untuk sapa sapa yang merasa
1)  Dilupakan
2)  Dicari-cari ketika susah sahaja
3) Orang buat salah dengan kita pastu dia yang marah kita 
4) Kecewa

First of all kena muhasabah diri..kita selalu rasa orang yang buat kat kita tu saja kejam kan, tapi kita? Sedarilah as human being  kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang kata-kata kita yang kita melawak tu sebenarnya kawan atau sahabat kita terasa hati. Mungkin jugak attitude kita tu tak disenangi..

Hopefully lepas ni kita stop untuk asyik rasa semua orang saja salah..sebab mungkin punca masalah dan kesalahan adalah dari kita..sekalipun kalau kita dah puas muhasabah dan tak jumpa-jumpa  jugak  masalah diri sendiri ,kembali lah berfikir yang sebagai manusia kita takkan lari dari kesilapan.

Pastu kalau lah kita ni selalu ada feeling benci – benci or  tak suka orang, tak mustahil akan ada orang juga tak suka kita..so tak boleh nak salahkan orang yang melupakan kita atau tak suka kita. Apa-apa pun kita lah yang salah. Ha kan senang  fikir gitu.

Untuk kawan yang jenis suka cari kita waktu susah pulak,
Aduh kalau spesis ni aku pun rasa sentap jugak..ikutkan nafsu  jahat dalam diri aku malas nak tolong, silalah carik orang lain..Bila  senang-senang tak pernah nya tanya khabar kita, bila susah dia mucul Tanya khabar supaya kita dapat membantu permasalahan beliau..

Tapi untuk positifkan diri anggap sajalah mungkin kita juga pernah melakukan sedemikian rupa (walaupun hakikatnya kita susah camna sekalipun kita takkan carik orang untuk diajak susah sekali melainkan kita susahkan diri sendiri dan mak bapak serta adik beradik)

Untuk orang yang buat salah dengan kita pastu dia plak yang hangin..hohohho..dah la buat salah pastu di marah nya pulak kita..aduh la..perkataan paling simple tu lah susah nak cakap kan..kita ni punya lah berharap orang tu akan mintak maaf  walaupun dengan hantar mesej ‘saya mintak  maaf’ tup tup dia buat derk macam tak dak benda berlaku.

So to handle with these situations just avoid this people. Serius. Sebab kalau kita terus saja bersama mereka kita tetap akan menghadapi symptom sakit jiwa punya . maka lebih baik la sangat-sangat untuk elakkan orang-orang ni. Bukan nya aku maksudkan putus kawan ka apa ..jangan la gitu..tak baik tau..Cuma maksud aku cakap tetap cakap tapi nak rapat tu tak perlu kot.

Aku punya pendapat bukan lah maksudnya the best pendapat tapi kalau kita selalu sangat rasa diri kita baik sebab tu lah punca kemurungan dan sakit jiwa. Sebab kita tak pernah perbaiki diri dan terlalu  sibuk tengok salah orang kan kan.

Last skali bila jadi semua ni kat kita, kita akan rasa kecewa sangat. Oleh itu cara-cara untuk mengelak kekecewaan yang telah menyerang  diri kita is banyakan solat hajat, solat malam dan taubat.Jangan lupa zikir dan baca Quran.

Percayalah seribu satu cara pun kita cuba hati kita tetap takkan tenang kalau kita tak kembali kepada Dia. Luahkan sungguh-sungguh pada Tuhan sebab Tuhan adalah pendengar yang takkan pernah bosan dengan cerita kita, yang takkan berpaling dari kita dan yang tetap sudi melihat kita sekalipun sebesar gunung dosa kita bawa kepadaNya. Plus, percayalah bahawa kita tak sorang, sebaliknya kita ada Allah.

Lagi satu kan, kita suka sangat burden si  otak kita dengan apa orang nak fikir. Semua tu punca kepada stress yang tak sepatutnya wujud pun. Toksah la dok pikir apa nya orang nak pikir. Kalau benda kita buat tu  tak menyalahi syarak, kena gayanya dan bukan perbuatan mungkar serta ada good advised, tak perlu kot kita nak takut apa orang nak kata.

Hahah kesian kat kita ni tau. Asyik risau pendapat orang saja tapi pendapat BIG BOS  kita tak pernah la kita nak amik tau. Sedangkan DIA lah yang berhak kita takuti. Tau pasai pa kita jadik gitu? Sebab kita tak pernah cari DIA, kalau kita cari mesti kita fikir..cayalah cakap aku walaupun aku ni tak tara mana pun.heeee…

Sekian untuk tazkirah hari jumaat. Haha..

Wasalam.