Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Thursday, February 14, 2013

T_T

Assalamualaikum

toing toing kena kat diri sendiri T_T


LALU DENGAN APAKAH AKU AKAN MASUK KE SYURGA?? T_T

ALLAH.......

wasalam

Monday, February 4, 2013

jatuh cinta dan imaginasi

Assalamualaikum..

Rasa-rasa ada dak yang ada minat sama dengan aku ?
hahaha, kali ni just nak tunjuk keterujaan membina rumah atas pokok..SUBHANALLAH!

cantik, hebat sungguh Allah, sampai boleh zahirkan pemikiran kat manusia untuk buat rumah atas pokok!

Suasana yang tenang, damai, nyaman,.. mana ada manusia yang tak suka dengan keadaaan ni?
ka ada jugak?

sila lah saksikan keindahan yang Allah izin pada seorang manusia untuk menjadi genius!!


fuhh macam dalam alam fantasi ..
cantikkkkkkkkkkk..incik arkitek saya nak yang ni buleh dak?

wah wah wah
untuk budak budak buleh la yang ni




design belah dalam..cunnnn dan simple ^^

nanti bila-bila lapang insyAllah aku carik lagi rumah atas pokok yang cun habuan untuk sama-sama kita jamu mata..walaupun ada yang tak minat tengok pun jadik la kan..hahaha

wasalam..

p/s sapa nak sponsor buat rumah atas pokok kat aku sila senyum..alaaa senyum la, senyum la..plesssss ;p

Saturday, February 2, 2013

Gaji oh gaji

Assalamulaikum,

Gaji oh gaji...
Cukup ka tak cukup?

Sorang bro kat tempat keja aku penah cakap :

"Lagik besaq gaji hang, lagi banyak commitment hang, tak kira la 2 ribu ke atas ka, hang tetap akan kata tak cukup"

Masa mula-mula masuk Shorubber dulu tahun 2010, gaji aku starting rm 1100,
Pastu lepas duduk sat 3 bulan ada adjustment gaji jadi rm 1200,
lepas 6 bulan tempoh percubaan tamat dan  jawatan IT assistant disahkan jadi 1300,
Nampak banyak tapi untuk zaman 2010 jumlah tu boleh dikatakan kecik la jugak.
Nak banding dengan kilang lain dan kerajaan yang budak teknikal (IT, engineering, letrik, mekanikal, alah benda-benda yang libatkan kemahiran dan kena ada basic knowledge) start rm 1800..
Akibat suka membanding..hahah
Tak reti bersyukur, kat luaq tu banyak lagi orang lain yang gaji lebih rendah..

Budak mentah baru nak terima gaji macam aku ni, tak tau nak manage gaji dengan baik,
selalu merungut dan tak pernah susun dengan teliti..
Padahal dengan status 'bujang', rumah pun tak kena bayaq!

Ni perbelanjaan aku masa tu

1) moto rm 200,
2) anggaran kasar minyak rm 40
3) bagik duit kat ibu abah rm 100,
4) hutang  ptptn (masa ni pulun bayaq) rm 200,
5) makan sehari kasaq rm 7
- tu pun kalau tak beli benda-benda merapu..heheh so aku bajet sebulan tu untuk makan habeh dalam rm 300 jugak la..sekali dengan pasar malam, jajan-jajan..(senang hati sampai berat naik T_T)
6) belanja famili rm 50 (sebulan sekali saja)
7) beli brg rumah sikit (sikit saja) rm 100
8) simpan - jenis tak pikiaq masa depan simpan sikit..hahaha (rm 50)
8) merapu habuan diri sendiri - baki dari semua kat atas ni

Yang peliknya masa tu, aku still rasa tak cukup, hohoho..
ya aku seorang yang boros masa tu..aku pikir aku nak enjoy puas-puas dengan gaji sendiri..
beli apa yang aku teringin nak beli masa zaman belajaq,..
aku akui tu adalah kesilapan besaq aku penah buat..

Konon sebab situasi terdesak dan mendesak, sibuk nak carik duit lebih, aku pun meniaga macam yang aku pernah cerita sebelum ni, satu sebab minat, tapi satu lagi aim yang lain sebab nak duit..hahah
jadi aku lansung tak dak masalah nak dapat duit lebih untuk ikut kehendak dan nafsu , bukan keperluan.

Tapi la ni, sebelum kenaikan gaji januari 2013,
tahun 2012 yang gaji aku masih rm 1300..
yang aku rasa macam dah terlambat tapi sebenaqnya dalam hidup kita tak pernah lambat untuk berubah..
kesilapan akan ajaq kita untuk jadi manusia ^^ seriuss
Aku belajaq untuk manage kewangan,
dan Alhamdulillah yang awai-awai tadi aku rasa tak cukup, jadik lebih-lebih cukup..heheh

Tanpa buang lebih banyak masa,hari ni aku nak tolong sapa-sapa yang selalu rasa gaji tak cukup,
Dan perlu diingatkan, ni hanya satu alternatif untuk survive, redha dan sentiasa merasa cukup dengan rezeki walaupun jumlah tu kecil..dan untuk orang bujang macam aku sebab tak dak komitmen..hahah,

kalau dah berumah tangga tu nanti aku cerita lain lepas aku dah kawin ;p eh eh bukan bukan..hahah
sebab rancangan lepas kawin tu aku baru rancang tapi sebab tak boleh nak praktik, aku baru bagik plan tu dekat adik aku untuk dia praktik kan, bila dah berkesan nanti insyAllah aku kongsi sama-sama..^^

KEY BESAR dia : senaraikan semua perbelanjaan, cut yang mana tak perlu, make sure benda tu betul-betul perlu...

Okeh, mula-mula skali sentiasa pegang prinsip
"simpan dulu baru belanja"

Mungkin aku cakap senang sebab aku pun dok dengan mak abah, so aku tak la berdikari tara mana pun
Aku bagi contoh la cara aku manage dengan gaji 1300 untuk tahun 2012 lepas aku dah insaf :

1) simpan - rm 304 (aku aim untuk sampai jumlah tertentu dalam bank sebab tu aku simpan jumlah ni)
2) bagi kat ibu abah - rm 100
3) minyak moto aku sengaja letak rm 50 (kalau lebih simpan)
4) hutang moto -  rm 200
5) ptptn aku aim setahun rm 1000 saja, so aku bayaq sebulan - rm 84
6) belanja famili - rm 50
7) bayar letrik - rm 60 (hahah bayaq habuan dok free)
8) bagi kat adik lelaki aku - rm 50
9) susu untuk breakfast - rm 32 ( 6 kotak rm 7.90)
10) contact lens - rm 35 sebulan
11) makan sehari rm 5 (keja 26 hari atau kurang) - rm 130
12) seminggu sekali atau dua kali belanja makan ibu n abah (beli something to eat on the way nak balik darik keja)-rm 80

dan yesss, aku boleh save banyak duit, walaupun lepas tolak semua ada la baki rm seratus lebih tapi lebih baik dari sebelum ni, dan cukup untuk buat macam-macam!

pastu berat badan pun turun sampai 5 kg sebab tak merapu makan bukan-bukan..hahaha..(berat badan aku senang nak naik dan turun)
tapi aku still meniaga macam besa, minat tetap minat
cuma kali ni betul-betul sebab minat bukan sebab nak duit lebih  ^^

1/12/12 : aku rancang kewangan untuk tahun 2013 dengan gaji rm 1350 (sebab dok aim naik gaji macam tahun 2011 rm 50..hahaha)
2013 aku habis bayaq duit moto lepas 2 tahun berhutang
so latest nya masih sama cuma hutang moto dah tukaq jadik insurans, dan again ni pun untuk masa depan so that in case Allah uji dengan musibah, aku ada backup plan yang jugak Allah izin.. 

Redha, merasa cukup dan syukur..
Tak sangka Allah tunjuk hikmah bersabar! 

First aku nak terima kasih dekat orang-orang kat tempat kerja aku..especially orang-orang luar dari opis..Depa sangat baik sebab slalu tolong doa kan aku,bila jumpa mana-mana :

"hangpa orang opis  takpa la gaji 2 ribu"

Aku pun, orang dah doa yang baik, aminkan saja , mana tau Allah makbul doa depa

Awal januari 2013 lepas mintak kebenaran abah untuk berenti dari shorubber,
aku buat istikarah dan solat hajat,
mohon Allah beri petunjuk samada keputusan aku nak berenti kerja untuk meniaga berbaloi atau tak..
Aku dah calculate untung niaga untuk permulaan boleh dapat rm 100 sehari..so insyAllah jika dizinkan Allah lancar semuanya, hutang-hutang yang ada masih mampu dibayaq...

Kalau belum sampai masanya aku carik rezeki sepenuhnya dengan meniaga, aku mohon Allah lembutkan hati pihak majikan di Shorubber untuk naikkan gaji supaya 'berbaloi', biaq aku boleh beli kereta sebijik walaupun second hand..

Dan sungguh Allah bagi jawapan..keputusannya aku masih di Shorubber..bukan sebab aku 'rambang mata' ataupun kena 'ikat' hidung tapi aku faham yang Allah masih belum izin aku berniaga sepenuhnya lagi..
Dan sungguh Allah tu lebih TAHU hikmah dan apa-apa saja yang terbaik buat aku ^^

Sebelum terlupa, untuk gaji rm 1000 ke bawah, boleh kurangkan jumlah simpanan, simpan jugak walaupun sikit..asalkan simpan, jangan tak simpan lansung..insurans kalau boleh amik yang murah sikit, yang rm 50, a little bit rugi sebab dia akan burn tapi sekurang-kurang nya kalau di uji Allah dengan ditimpa musibah, tak perlu bawak keluaq duit seketul..ada la jugak support dari usaha kita bulan-bulan untuk bayaq insurans kan..

Untuk yang bergaji dua ribu ke atas,tak kiralah swasta ka kerajaan ka, anda boleh simpan rm 10 000  dalam masa setahun saja, tu pun kalau bujang la..kalau dah status married tu lain cerita..

okeh la..aku mampu kongsi takat tu saja..moga-moga manfaat
Agak-agak cara ni boleh guna, guna sajalah, kalau tak boleh insyAllah pasti ada cara lain yang Allah izin ntuk kita survive dalam dunia sementara ni..

Bagik aku apa-apa pun boleh dicapai kalau kita yakin dengan Allah..trust me..Once rasa redha dah ada dalam diri Allah pasti bagi rezeki berlipat ganda...YAKINLAH!

Wasalam

p/s bila duit dah banyak, hati dah berlapang dada, jiwa dah tenang,  jangan la plak rasa kedekut nak share dengan orang yang memerlukan, apa salahnya kita kongsi sikit untuk 'bekalan' diri sendiri di 'sana' nanti..
sebab konsep nya lagi kita memberi, lagi bertambah-tambah! TRUST ALLAH!