Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Thursday, March 7, 2013

Enough is enough!

Assalamualaikum

Pada satu entry aku dulu, aku penah cakap yang nak syukur ni bukanya senang,
kalau hidup kita dah sedia baik, for sure kita akan cakap bab syukur ni dengan cemerlang dan terbilang..tapi kalau sebaliknya mampukah kita untuk bersyukur? sedangkan orang yang ada segalanya belum tentu syukur lagik la orang yang tak dak apa -apa kan..huh~

Dah naik berbuih tangan aku, hahaha taip banyak banyak kat sini bagitau yang hidup ni akan jadik syok bila kita syukur..

Ah..cakap memang senang sebab aku dah bertambah baik keadaan hidup la ni kan? cuba waktu aku tengah ketaq pala nak faham maksud syukur dulu kan..hahah

Tak, aku bukan nak paksa orang untuk syukur, aku tau nak melahirkan manusia tu pun susah tambah la syukur..sama dak kaitan ni? haha

Tapi kita buleh try,..kalau aku ni manusia yang tak reti nak syukur, asyik merungut, kaki complain satu ketika dulu buleh buat, why not orang lain? Again ini bukan satu paksaan.

Contoh pasal isu duit
Aku rasa duit aku sangat sangat la tak cukup, pastu aku rasa penat gila sambung belajaq sampai diploma, pastu gaji alahai, ciput macam aku ni lekeh sangat..(memang lekeh pun..huh~)Dah la aku tak pi sambung belajaq degree, tiba-tiba mai la rasa-rasa menyesal , tak baguih la, tup tup pi kait habis aku ni hitam, huduh, tak dak sapa nak..sigh~

Nampak dak tak bersyukur tu buleh buat apa kat orang yang tak bersyukur?

Bila sampai satu tahap, disebabkan terlalu sangat pikiaq, aku jadi lesu..jadi penat.."ah lantak la..malas nak pikiaq"

Satu hari Tuhan gerakan sorang kawan aku kat ofis, budak finance tapi buat logistik kat tempat keja aku untuk cerita kat aku cara-cara nak handle kewangan dengan betul.

Aku pun macam "oooo camtu, ingatkan duit tak cukup rupanya lebih dari cukup!"
so start dari situ aku senarai balik elok-elok apa perlu, apa tak perlu
dari situ atas izin Tuhan aku gain rasa bersyukur

Dan aku rasa hidup aku dah sempurna dari segi rezeki yang Allah bagi
aku rasa satu kenikmatan..nama dia = QANAAH (klik sini untuk maksud)

Masa tu gaji aku kecik, tapi aku rasa cukup
Masa tu aku naik motor, panas, hujan tapi aku rasa Allah dah beri aku kenderaan yang baik..
Masa tu aku masih lagi join SMART yang aku benci sangat tapi tiba-tiba aku rasa "takpalah, ada something Allah nak aku tau dengan duduk dalam ni" dan rasa benci hilang..
Masa tu bila aku dok atas jalan raya, bila ada kereta  tiba-tiba keluaq simpang, aku tak rasa marah lansung! yang akan terkeluaq dari pikiran aku  " Allah yang izin pemandu tu buat camtu, kalau Allah tak izin tak jadi jugak"

Dan yang paling penting aku rasa BAHAGIA..
susah nak cerita bahagia ni rasa dia camna..dan aku berharap aku boleh kongsi rasa ni tapi aku tak tau nak express dengan words..haishhh...

Dan cuba teka apa terjadi?
Tiba-tiba semuanya tersusun!
Mudah segala urusan, hati jadi tenang
Cukup segalanya..Allah tambah rezeki berlipat kali ganda!

Allah sendiri pernah cakap, kalau kita rasa syukur, DIA akan tambah lagi..
Dan sekarang aku percaya!

Apa - apa pun setiap orang Allah izin berbeza, cuma aku nak cakap tolong lah diri sendiri..
Kesian kat 'otak' kita yang Allah bagi kita pinjam,
Dah la bagi pinjam, kita seksa dia dengan pelbagai kekejaman..kesian kan?

Dear our self,
Give it a rest..
Relax and enjoy with what you have because you will never know 'when'  your life will end
And you will never know 'when' anything you got will gone..

ececece berterabur english aku tapi hopefully buleh sampai apa yang aku cuba nak cerita..hoho

Apa-apa pun selamat mencuba, mencuba untuk berlapang hati dan jiwa
mencuba untuk menarik nafas kelegaan, lihatlah langit dan senyumlah!
SENYUMLAH dan DAMAILAH duhai hati yang mencari!

Wasalam


1 comment:

Anonymous said...

Alhamdulillah. bahagia itu datang dari Allah :)