Assalamualaikum,
Hahah tajuk mau kontroversi kan kan, lalalalalalalala
Lately benda ni selalu main kat pala otak
Mungkin lebih kepada muhasabah diri jugak la kot..kot la,,hahaha
Agaknya bila Allah izin ada seorang lelaki yang nak
buat aku as bini kan kan
Berapa hantaran yang abah akan letak ya? Hahaha -_-“
malu oi cakap pasai ni..okeh okeh, open sikit la..tajuk ni
kan general..adehhh..semua orang nak dan akan kawin kan?
Teringat tahun lepas masa time nurul dan suami dia nak
kawin,
Abah letak satu jumlah (tak sampai 10 ribu pun)
Then as kakak sulung yang ada perasaan ingin tau aku pun
tanya,
“Kalau depa nak nego abah bagik?”
“Awat pulak tak bleh, abah letak saja, kalau depa setuju
Alhamdulillah, kalau depa nak nego pun abah ok ja,kena jugak consider si lelaki, esok-esok dia jugak yang nak
bela anak abah, kalau sampai nak kena berhutang, yang nak susah anak abah jugak
kan”
Aku sengih ja..
Bukan ni yang jadi muhasabah nya,
Cuma aku hope sangat bila sampai turn aku dimana Allah
jualah yang izin,
Aku harap abah letak kurang lagi pada Nurul,
Bukan nak rendah diri cuma rasa diri aku ni banyak kurang
nak dibandingkan dengan adik aku
Serius..tak tipu..aku tau la sebab ni kan diri aku sendiri,
takkan la aku nak cakap aku bagus sedangkan hakikatnya dok kan?
Kalau pikiaq balik baik-baik
Dari segi rupa, skill memasak, pekerjaan, fizikal, agama,
Serba serbi kurang !
Nak meratap sebab kurang tu takkan kot,
Takkan la nak biaq kurang saja kan?
Usaha sekuat mungkin untuk menambah yang mana boleh tambah,
Yang tak mampu ubah aku wajib ‘jirus’ dengan ‘baja’
syukur
Sebab Tuhan tu takkan uji kalau kita tak mampu
kan..heheh..so terima seadanya dan baiki yang mana patut..
Besaq jugak tanggungjawab depa,
Nak sedia duit belanja, mas kawin, hantaran,
Pastu yang paling penting kehidupan lepas kawin tu, banyak
benda nak kena ready,
Duit yang kumpui berkepuk selama ni, buleh jadi habis banyak
masa kawin kalau bakal mertua letak tinggi, boleh jadi habis kat kenduri, boleh
jadi habis renovate rumah -__-“
Tah maybe aku belum jadik mak bapak,
So aku
takkan tau depa punya perancana untuk anak-anak..
Apa-apa
pun terserah la kat abah aku, beliau kan wali aku jugak,
Sapa lah
aku nak persoalkan bukan-bukan tapi still aku ada cakap jugak kat abah aku yang
kalau buleh letak rendah sudah la,kakak ni
besa-besa saja, feedback beliau adalahhhhhh…………… er rahsia ;p
Bukan senang
nak dapat laki dan pompuan yang buleh seadanya terima KITA NI
Lepas da
kawin banyak ‘hal’ akan terbukak dan sejauh mana masing-masing dapat terima?
Ramai
orang kawin tapi ramai ka yang masih berkasih sayang sampai sudah?
Atau
sekadar hidup bersama sebab dia tu bini aku dan dia tu laki aku
Memang
ar sebelum kawin macam-macam kita kata kita boleh, tapi lepas kawin?
Apa kita
boleh jadik tara Nabi Muhamad ngan Siti Khadijah?
Sampaikan
bila Khadijah dah tak dak pun, cara ketukan pintu Khadijah masih baginda cam
Pinggan
diletakkan di tempat Siti Khadijah slalu duduk seolah-olah belaiu masih ada, boleh?
Kalau
tak boleh sekalipun sekurangnya kita berusaha kearah tu kan..hahah cakap memang la mudah cik parid oi..haishhh -_-“
Pompuan
misalnya, bila dah beranak
Banyak ‘benda’
akan berubah, Lelaki buleh terima dak?
Bila
sibuk uruskan anak-anak pulak, serabai sikit jadiknya,boleh mengadapkah?
Masa memasak
misalnya, baju bau bawang bagai, camna?
Kalau
yang chumel tu buleh tahan la jugak kalau yang tak tu?bolehkah lelaki?
Tepuk
dada, muhasabah diri, Sediakah?
Bila
marah, mampukah kawal perasaan?
Perempuan,
mampukah menjaga diri , berhias dan mengambil hati suami?
Lelaki
bila dah punya isteri mampukah menjaga hati supaya tak diserah pada yang lain?
Itu
fizikal, rohani?
Sentiasa
ingat mengingati, berpesan – pesan bila ada yang ‘ terlupa’
Cara
menegur dengan baik, cara membimbing, apa sediakah?
Anak-anak
mahu diajar, dibentuk sediakah?
Kedua
pihak main peranan, SEDIAKAH?
Fuh
banyak jugak ya benda nak kena sedia..
Tu yang aku sebut, yang tak sebut?
Bukan
sekadar untuk menjadikan semuanya halal
Ada satu
kisah baru yang perlu dilalui..
Kawin
bukan benda mudah, bukan jugak benda yang dibuat main..
Bukan
jugak semata-mata simply said “saya nak kawin”, tapi banyak definisi nya!
Apa-apa
pun, tak dapat dinafikan lah jugak,
Bila dah
berjodoh kita tetap akan kawin,
Maksudnya
kena lalui dan teruskan next fasa dalam kehidupan
Plus
fasa ni jugak adalah salah satu jalan untuk kita cari DIA kan?
Apa-apa
pun duduk dan muhasabah diri, Sediakan diri,
“Alahhh..Ada
ja orang yang sedia bagai nak rak last-last cerai jugak kan”
Aturan
Tuhan, siapa kita nak menolak?
Aku
pernah jugak la sempit punya pemikiran,
Pernah
pikiaq “alah calon pun tak dak, nak buat pa sedia awai-awai”
Tapi
lepas incik abah kata “kita kena ada target umuq brapa nak kawin, baru kita
akan usaha untuk capai target tu”
So lepas
tu secara gegeh nya terus aku target umuq 25 atau 26, bahahah la baru 24 wei
which means next year..opsss
Andai
Allah izin, umuq 25 tak jugak kawin, letak la target baru 26,
Apa nak
buat ? Kan kita hanya mampu merancang, Allah jugaklah yang menentukan kan ? ;p
So
lapang-lapang lah dada anda, letak target
Toksah
risau ‘tak’ capai tapi ‘isi diri’ banyak-banyak
Bak kata
sahabat aku ecah,
Kita
kata ja kita tak ready tapi yang kita belajar
masak, tingkatkan ilmu, dekatkan diri ngan Tuhan, kumpul duit,
Tu semua
nama dia usaha la jugak tu..tanpa sedaq
bila kita letak target insyAllah kita akan push diri kita untuk ubah apa-apa
yang patut..
Lagi
satu kita bukan nya nak buat jahat, bila nak buat benda baik ni insyAllah Allah mudahkan
Lepas
usaha, doa jangan lupa..
Tudia..panjang
nya tajuk aku kalau bab kawin yer..Hahah
Yang
mana boleh pakai tu, amik la, yang mana tah apa-apa tu, aku mintak maaf, ala
besa la manusia kan
Bukan
semua cakap aku ni buleh pakai..hohoho..
Please
rujuk orang yang jauh jauh lebih pengalaman, aku ni kawin pun dok lagik boleh
jadik cakap pandai saja -_-“
Ok lah, InsyAllah
rajin-rajin nanti aku meroyan pulak..
Wasalam
p/s
Jangan expect tinggi sangat kat bakal pasangan kita tu, takut nanti kalau tak macam
apa yang kita jangka, kita tawaq hati plak kan?
Er ada
sapa-sapa yang dah kawin dak yang
terbaca blog budak ingus ni nak advise sikit? Hahah..dah dah merapu dah ni..
Eh ada satu kisah ni yang terbaca tang Facebook..sweet ja kata-kata dia..hahah :
Isteriku
Tidak Cantik
Isteriku tidak cantik, biasa- biasa saja. Aku juga sedar bahawa
dia tidak cantik dan kalau bersanding denganku maka aku nampak lebih rupawan
dari dia. Kulitnya agak hitam, lebih putih kulitku..
Namun
aku sedar bahwa aku telah memilih dia dengan ikhlas dihatiku, kan aku yang
memilih, bukan dia yang memaksa, dan walau isteriku tidak cantik, namun aku
mencintainya. Allah taburkan rasa cinta itu
Di
mata orang dia tidak cantik, tapi di mata aku dia seorang yang cantik..bahkan
aku tenang bila melihat senyumannya. Dia selalu menerima diriku ini seadanya,
pernah aku pulang ke rumah tidak bawa
gaji seperti yang dijanjikan di surat
penerimaan karyawan bahwa gajiku adalah 4 juta sekian-sekian, namun
karena aku selalu terlambat dan juga sering bolos lantaran mengantar si kecil
ke rumah sakit dan juga si sulung ke sekolah maka hampir 40 % gajiku dipotong.
Subhanallah dia tidak bersungut, malah segera bersiap menukar
menu makanan dengan yang lebih sederhana dan bersikeras meminjam komputer butut
kami untuk menulis artikel yang dikirimkannya ke beberapa majalah yang
terkadang satu atau dua artikel ditayangkan, dan baginya itu sudah
Alhamdulillah bisa menambah sambung susu anakku.
Istriku tidak cantik, namun aku ingat, banyak sekali sumber daya
alam yang buruk bahkan legam dan membuat tangan kotor namun tetap dicari,
diburu dan dipertahankan orang, seperti batubara. Istriku mungkin bukan emas,
dia mungkin batubara, keberadaannya selalu menghangatkan hatiku dan selalu
membuatku tidak merasakan resah.
Aku membayangkan bila aku menyimpan batubara satu kilo dirumahku
dibandingkan dengan menyimpan emas satu kilo dirumahku, maka aku tidak akan
dapat berjaga semalaman bila emas yang kusimpan. Namun bila batubara yang ku
simpan, aku masih punya izzah ada barang yang ku simpan yang cukup berharga,
namun aku tetap dapat tidur nyenyak dengannya.
Bayangkan bila istriku sangat cantik, mungkin aku tidak akan
tenang membayangkan dia ke pasar dilirik semua lelaki, membayangkan dia sms-an
dengan bekas pacar-pacarnya dulu, membayangkan mungkin dia bosan padaku. Akh..
aku bersyukur istriku tidak cantik sehingga aku bisa tidur nyenyak walau banyak
nyamuk sekalipun. Istriku tidak cantik, namun dia adalah istri terbaik untukku.
Amacam? sejauh mana kebenaran dia aku pun tak tau..hahahaha
Tapi aku yakin memang ada orang macam ni! ^^
2 comments:
wah,samalah "feel" nak kawen kita kak.hehehe =P
kita memang nak yang terbaik untuk diri kita,saya pun macam tu.tapi saya pun terbayang kalau jodoh tu mempunyai kekurangan sedikit dari saya,saya tetap akan menghormatinya dan perkahwinan itu kan saling melengkapi satu sama lain.
=)
izzamri: heheh sama yer? tak salah bersedia pada skrg dik..tak rugi pun, sekalipun bukan dgn org yang kita nak, at least dengan orang yang Allah aturkan ^^...ha ah kita kena dan wajib terima kekurangan, nobody perfect dalam dunia ni..gud gud :) bertuah sapa dapat adik ni
Post a Comment