Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Wednesday, November 23, 2011

Pandainya orang kita

Assalamualaikum

Ramai orang lebih pandai mengkritik dari melakukan sesuatu dengan baik dan sempurna.

Kalau rasa ‘hangin’ satu badan dengan hipotesis yang aku baru bagi, boleh point cursor anda dekat tanda pangkah kat atas tu atau boleh browse saja blog lain. Sebab banyak lagi aku nak ulas kat bawah ni dan oh please sini bukan tempat nak sentap...

Dan sekarang aku juga sedang mengkritik, see aku juga lebih pandai mengkritik bukan?

Betul atau tidak jika aku kata :
Orang kita sukar nak beri penghargaan. ‘terima kasih’ seolah – olah jika kita berterima kasih ada pula ketul emas akan jatuh keluar dari mulut…lalu kita akan mengalami kerugian yang besar… Aku kadang-kadang sampai terbayang, agaknya dengan berterima kasih nyawa terpisah dari jasad kot..

Tapi lain pula apabila diberi peluang untuk komen, yang buruk tu lebih banyak dari yang baik. Yang baik tak pula nak disebut “ya perkara itu sangat baik, terima kasih” tapi yang buruk ALLAHUAKBAR, boleh buat tajuk buku “100 annoying thing about bla bla”

Bila tiba giliran mereka untuk buat hal atau perkara yang sama, hasilnya tidaklah sehebat seperti yang di war-warkan, bagi mereka itulah kesempurnaan, tuala yang serupa alas kaki itu lebih baik dari jam meja cabuk yang pada aku kedua-dua hadiah sama saja, nampak murah…

Kalau diam saja tidak boleh kah? Perlukah kita menyakiti hati sesama islam sedangkan kaum cina saling menjaga antara satu sama lain. Kita orang islam? Sibuk menjatuhkan antara satu sama lain..begitukah?

Sibuk sungguh kan manusia ni..gila kuasa, gila pangkat dan sibuk nak tunjuk sesama manusia “UNTUK PENGETAHUAN U ALL I LAH YANG TERBAIK” tapi bila sampai pada agama, tak pula dikejar untuk buktikan pada pemilik nyawa, “YA TUHAN AKU MAHU MENJADI ISTIMEWA DI SISI MU”

Seperti aku katakan dalam post-post aku yang sebelum ni, apabila kita tidak ditempat orang yang kita hukum seperti kitalah Tuhan, kita takkan tahu bahawa sesuatu tu bukan lah semudah yang kita nampak…

Kadang-kadang kita tidak tahu betapa penatnya orang itu membuat sesuatu tetapi last-last bukan dapat terima kasih, suap lagi mereka dengan makian, kritikan dan komen.

Bagi aku, aku tak harapkan pujian, cukup dengan terima kasih. Itu adalah sebesar rahmat selepas lelah berhempas pulas. Tapi andai terima kasih pun terlalu berat, DIAM itu lebih memandai..CUKUP!

Bukan aku tak mahu mendengar kritikan atau cadangan. Tetapi biarlah dengan cara berhemah. Sapa yang suka bila orang tiba-tiba “sapa lah yang bodoh pi pilih benda ni”. Ayat bodoh itu lebih suka digunakan daripada berkata “ Saya cadangkan pemilihan souvenirs tu dibuat survey supaya kita dapat tahu apa yang pekerja nak” . Tunjukkan pada aku, sapa yang suka dikatakan bodoh?

Cadangan tu lebih sedap diberi dengan sogokan perlian terlebih dahulu, bahkan ada yang lebih prefer COMPLAIN daripada bagi solution...

Dan lebih baik juga kalau kita terlebih dahulu siasat sesuatu, ambil tahu dahulu situasi sebenar sebelum kita condemn.
Aku bagi contoh pertama. Pihak penganjur telah sediakan sebanyak 120 hadiah cabutan bertuah, tapi oleh kerana tidak ada rezeki, Allah tak izin si pengkritik dapat hadiah tu, dia jadik biawak komodo kelaparan, bengang…lalu dikomen dalam sehelai kertas “ hadiah sikit sangat, tak sampai seratus pun”
Nah, sapa yang bodoh di sini? Si pengkritik atau si penganjur?

Contoh kedua:
Ada seorang ayah yang sudah tua berumur lingkungan 80 an, sakit teruk sampai tak boleh jalan. Si anak lelaki yang berumur hampir 50 an pun menjalankan tanggungjawab sebagai anak. Suap makan, tukar pampers, usung ke toilet yang berada di tingkat bawah dan mandikan. Kalau kita baca balik nampak simple bukan?

Tapi cuba letakkan diri kita kat tempat si anak lelaki. Seorang yang dah hampir 50 an, nak angkat seorang yang seberat 80 kg, nak mengadap taik lagi dan nak melayan kerenah. Pagi pukul 6.30 pagi urus ayah, pastu pi kerja 8 sampai 6 petang, Dalam tempoh kerja tu jugak lari balik dari pejabat ke rumah sebab risau si ayah tak makan, tak dak sapa nak jaga..pukul 2 pagi baru balik rumah sebab besok nak keja, besok awal-awal dah bangun balik.

Namun dah bersengkang mata dan badan pun jadi lesu berbulan jaga si ayah, orang kampong dengan baik hati menelefon si anak lelaki “ Hello, assalamulaikum, niii balik la mai jaga ayah ni, sakit teruk ni, jangan la dok abai ayah”

Belum sempat si anak lelaki nak menjawab, terus diletakkan telefon, tak perkenalkan diri sapa, tak juga bertanya terlebih dahulu sebaliknya terus melontar bicara dengan amarah?

Di kampong pula heboh cerita si anak ni tak ambil tahu tentang si ayah. Ha ah ‘MEMANG’ seorang yang tidak boleh berjalan LOGIKNYA tukaq pampers dia sendiri kan? Logik kan? ‘

Apa perasaan kita kalau kita di tempat si anak lelaki?

Hebat bukan orang kita…Hebat dalam berkata-kata…hebat dalam mengkritik..atau dalam kata sebenar, hebat dalam MENGFITNAH..

Kita lansung tidak sedar bahawa kita sedang menjadi PEMBUNUH
Lebih baik kita bunuh saja si fulan-fulan yang kita kritik, kerana DOSA si fitnah dan si pembunuh sama saja..

Sayang juga, masing-masing bukanya budak sekolah lagi. Dari anak dara, teruna, mak, bapa, nenek dan datuk orang pun ada tapi minda? Percakapan yang menggunakan akal amat berbeza dari yang tidak menggunakan akal.

Kadang-kadang belajar sampai spm, sijil, diploma dan degree pun belum tentu IQ kita "A" 

Kesimpulanya, ya orang kita memang PANDAI MENGKRITIK! Lebih pandai bercakap dari BUAT..

Wasalam

2 comments:

Ckin Kembaq said...

Betul akak..rasa berat..penah jugak tu kena dalam situasi gini.haish..agak benganglah dalam hati kan..hehe tp,takpa lah..mungkin depa tak tau kan...

p/s : cuba fikir positif..hehe

Hanis Zashi said...

Tu la ckin...kita semua pandai mengkritik saja lebih..heeee..xpa sama2 lah kita baiki diri kan..heee