Assalamualaikum...
Hish dah la lama tak menulis, skali tulis tajuk kontroversi bukan main..Hahah..
Dengan hanya baca tajuk maybe orang akan kata aku neh antara minah atau hambaNYA yang tak reti bersyukur,..
Seriously sekarang aku sangat selesa menjadi aku yang tidak mempunyai rupa yang cantik,
Just sebagai gadis biasa..
Ditambah pula berkulit gelap...satu package lengkap si bukan rupawan...
Bukan tak reti nak puas hati,
Cuma kadang-kadang benda yang dok dalam dada yang nama dia hati tu, tiba-tiba nak ter 'touching' dengan 'segelintir' orang sekeliling yang 'mungkin' nak melawak saja dengan aku..
Haishhh sang 'hati' ni pulak buat teruk pi anggap serius..apa lah...
Salah sendiri sebab suka ambil port dengan pandangan orang dan apa orang kata,
Tahap keyakinan diri aku pernah down satu ketika dahulu,
Hilang terus dan sangat merendah diri,
Aku pernah merasakan 'kasihan' pada yang 'memandang' diri aku kerana aku sangatlah tidak cantik,
Malah merasa amat bersalah jika suka pada seorang lelaki...
Semuanya berlaku atas faktor diri sendiri dan sekeliling
secara jujurnya dah ramai yang secara terang mahupun halus mengeluarkan satu ayat yang bermaksud aku tidak lah cantik,
itu tidak termasuk perilaku dan tindak tanduk lagi,
Malah ada sehingga tahap dibandingkan dengan adik-adik sendiri...,
Sebab cantik tu telah pun diletakkan kriteria nya haruslah putih..jadi bila hang hitam, hang huduh..
Itulah mindset aku satu ketika dulu,
Sibuk nak jadi cantik...sibuk nak kejar pandangan manusia...
Tapi bila kenang balik rasa lucu pun ada,
Entah apa yang aku kejar...
Sedangkan Allah dah beri aku seribu kelebihan,
nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang rupawan, besar sungguh halangan mereka,
sampai dah kawin pun masih ada yang berharap..Paling teruk dibomohkan demi untuk mendapatkan si cantik...nauzubillahminzalik...
Baru aku tahu aku sangat sangat BERTUAH
Aku kayuh basikal sorang-sorang sejauh 10 km pun alhamdulillah tak dak sapa nak kacau,
Alangkah bertuahnya aku..
Aku pakai apa pun mana ada orang nak komen,
Then tak dak orang nak bersangka-sangka aku nak rampas boyfriend beliau ka..
Part yang aku rasa paling bertuah skali,
Bila sampai masa Allah izin aku temui pasangan,
Sebab lelaki tu sangat hebat,
Beliau mampu membuang kriteria gadis yang cantik fizikal dari ciri-ciri pilihanya, menilai perkara lain,
Dan memilih aku si gadis biasa....
Apa-apa pun bila dah biasa di lawak kan dengan jenaka "farid hitam", "farid tak cute", "kalau orang cantik yang mintak benda ni, kami akan blanja farid" ,
sekali bila tiba- tiba ada yang memuji cantik, muncul satu perasaan tidak suka dengan pujian tu, rasa seperti orang bersimpati, dan mau menjaga hati..rasa takut kalau-kalau jiwa syok sendiri dengan pujian,
Tapi jangan salah faham,..tak semua aku rasa camtu, aku tau sahabat-sahabat aku sering menilai aku dari semua aspek...dan aku tau mereka mahu aku bersyukur dengan apa yang aku ada....dan terima seadanya anugerah hebat yang Tuhan beri..
Yang pasti bak kata aisyah "Cantik luaran tak kekal, yang penting cantik iman"
Harap-harap Allah izin hati ni terus redha dan syukur syukur syukur...
Jangan la aku gatai pulak dok touching-touching pi compare diri sendiri dengan orang yang Allah beri keistimewaan cantik...-_-"
Wasalam...
5 comments:
aduh... akak rasa tersentuh baca kisah nie... akak setuju setiap isi dalam entry adik ni...
ps: bila dulu cantik rasanya hebat/. bila berubah untuk sesuatu yg dulunya di kejar... rasanya berbaloi dari sekarang akak menilai Dia di sudut yg paling tinggi dalam hidup akak...
Heheh...teringin nak jumpa kakak...rasa ada macam boleh sembang panjang ^^
huu.saya pon kdg2 jeles ngan orang cantik..tapi bila tgk banyak sangat dugaan hidup dorang pastu tgk dorang serabot2,kita otometik akan jadi bersyukur..xpa x cantik rupa,janji hidup bahagia..rasanya itu pun dah cukup..=)..
Cikgu fatin, heheh..betul2...manusia dan saya sendiri slalu tak cukup dengan apa yang ada sebab slalu tengok orang yang lebih baik...tu yang tak reti nak bersyukur..iskisk T_T
http://www.facebook.com/warkahbidadari .... kita boleh sembang pajang jugak....
Post a Comment