Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, August 10, 2012

Special lah sangat


Assalamualaikum

“Orang pejabat special”
Selalu aku dengar ayat ni kat kat hurm....mana ya? ada la satu tempat atas bukit mana tah…
(cerita ni kalau kak wan, mira, bro yuzairi, bro affa, kak liza,kak zu, dibab, tehah baca mesti tau kat mana..hahaha)

Special tang mana pun aku tak tau
Aku tak mahu kata kerja pejabat tu teruk ataupun cuba nak tunjuk yang kononya teruk la dok pejabat..Sedangkan aku tahu kerja operator tu lebih penat dan ya betul..ianya teruk sungguh-sungguh at some part…(haaa part ni mesti semua reader bleh tangkap tempat ni kat mana..kan kan)

Cuma sekadar ingin berkongsi yang kalau ada 40 orang, 30 orang sebenarnya nak berhenti saja kalau ada pilihan…
Pasaipa sampai  hampir kesemuanya tension?nampak happy saja? selalu gelak-gelak?
Mudah saja
Kita kerja bukan nak stress, serius memang serius tapi kedamaian fikiran tanpa tekanan itu penting.
Apa yang seronoknya kalau cctv ada sampai 8 bijik?
Even makan pun direkod?
Aku tak nafikan semuanya adalah sebagai langkah keselamatan, tapi agenda lain bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’, mungkin? ah aku pun tak tau
Tup tup bonus kurang…

“eh orang pejabat gaji banyak, so tak pa lah bonus kurang pun”
yelah..’banyak’ nyaaaa...pi opis pun naik moto
‘banyak’ la sampai nak beli viva pun teragak-agak..
‘banyakaaaaa’ bila gaji 27 aribulan, 3 aribulan dah tinggai rm 100 dan paling teruk, habiss
‘banyak’ jugak la gaji rm 1500 pun tak sampai (syukur Alhamdulillah…rezeki ni)
Ada yang dah keja 5 tahun pun gaji tak sampai lagik rm 1500…

“alah, kami lagik la sikit, sama saja lah kita”
Ya itu point aku..kita sama saja…
Aku seboleh-boleh nya tak mau untuk bezakan taraf pendidikan sebab aku penah jumpa orang yang ada spm, dan ada jugak pmr tapi boleh ada sebuah bunglow..dan lebih success dari those yang ada certificated.  
So,  aku tak mahu sebut tentang pendidikan 
Cuma aku nak ajak fikir sikit saja..
Disebabkan kan aku ni ‘galak’ nak sambung belajaq, so aku ada hutang rm 17 000
Jadik tu baru hutang belajar. Tidak termasuk moto atau kereta..

Bukan mintak banyak,
Hanya mintak hentikan perasaan tak puas hati seolah-olah 'dia' tu semua dapat…
Seolah-olah swasta ni semuanya bergaji banyak
Ada swasta yang betui la gaji banyak...

Kita semua sama
Kalau macam aku ni position tittle aku – IT ASSISTANT
Bile terjemah jadik = pembantu IT
Kalau letak dalam jadual rangking, operator ngan pembantu IT, sama ranking
Jadi tak dak beza…hanya dari segi gaji which is adil kot? sebab banyak masa korban nak amik kertas yang namanya diploma, degree, master dan bla bla.

Jadi tolong STOP amik PHD (perasaan hasad dengki)
Sebab yang sebenarnya sama
Orang pejabat perlukan operator
Dan operator perlukan orang pejabat
Semua saling perlu, semua sama penting, semua ada peranan masing-masing..
Tak dak sapa lebih, tak dak sapa kurang
Last last yang untung owner tempat niii, Managing Director, General Manager dan Japanese.

Walaubagaimanapun aku tak leh halang jugak,
Manusia mana pernah puas,
Aku sendirik pun tak puas, aku nak halang orang, memang ‘tak’ la kan
Menjadi hamba tak bersyukur memang hidup takkan bahagia..
Jadi silakan jika nak teruskan PHD anda, sebab percayalah,
Kita dengki tara mana pun kat seseorang,
Orang tu sikit pun tak rugi..Bahkan gaji dia tetap puluh ribu jugak sebulan.

Dan yang sebenarnya jugak, semua kerja ada pro dan kontra,
Tak dak kerja senang..

Sekian terima kasih.

 Wasalam


Tajuk er er er

Assalamualaikum,

Bukan rugi kalau jadik baik…
semua orang suka dan sayang walaupun 'semua' tu bukanlah orang dari seluruh dunia

bercakap tentang 'baik' rasanya ada sedikit benda aku nak kongsikan kali ni tentang blog…
dan jeng jeng sudah tentu blog aku la..

hahaha mungkin aku punya penulisan kadang-kadang, oh tak tak ,
sebenarnya 'selalu' lebih kepada luahan perasaan, tak puas hati atau pun kesedihan
Atau mungkin bajet nak tunjuk baik, atau bajet hot?
(Hahahaha ini seriusly lawak…)
sebenarnya kalau baca go through penulisan dan cerita-cerita, ada pengajaran hidup yang boleh diambil, (ececece perasan pulakkk)

ada kisah yang kononya mampu dibuat 'guideline' malah ada sesetengah solution mampu diguna pakai..konon ja lah yer..
mungkin sebagai salah satu alternatif penyelesaian..mungkin la..
yang nama lain nya 'ikhtiar' dan sedikit kesedaran ..sikit kot…(hahah kot saja lah ya… )
tu pun kalau boleh atau berupaya memahami apa yang cuba aku nak sampaikan la...
lagipun bahasa aku memang kasaq sikit..ada sebab jugak tu..bukan saja-saja

Mesti rasa pening kan apa kebenda la aku meroyan ni..iskisk
hahahah..nak jugak nak jugak buat
Dan untuk pengetahuan jugak yang aku sure semua tahu tapi tetap aku nak cakap jugak-jugak (sambil guling-guling)
Dekat hujung screen monitor anda ada satu benda kaler merah putih, (kalau window 7 kaler biru putih,)
Bentuk dia lebih kurang gini :






Fungsi button ini mudah saja, tujuan nya adalah untuk ditekan bila anda rasa  tak selesa baca ayat ayat kat blog ni
Tekan saja button ni dekat atas skali tuuu laju-laju dan insyAllah tertutuplah blog ni..silap-silap anda akan rasa puas hati ^^
Tekan saja bila rasa = I don’t need to read this ‘sampah’(waaaaa blog aku sampah ka weiii..sentap oii)
Mudah bukan?
Dengan hanya sekali klik anda akan mendapat kelegaan berganda-ganda.
Cer cuba bila time-time tengah jadik gorilla (yang berhidung kembang tapi still cute la kot) masa baca apa-apa artikel ka,blog ka dan apa-apa lah.. insyAllah dengan izin YANG MAHA ESA rasa tenang pasti hadir Hahaha.

Kesimpulannya dan maksud yang aku nak sampaikan (kononyalah): rasa rasa menyampah ngan blog ni...sila lah awak ke blog lain..kita tak suruh pun awak baca blog kita..har har..(geli oiii) fuhh sopan teruk sopan dak? ^^

Wasalam..

Thursday, August 2, 2012

Bila dah jadikkk

Assalamualaikum

sekali lagik nyaman sungguh ramadhan..
Moga ketenangan ini mampu dibawa dalam diri selama-lamanya...

Sedikit cerita nak aku sampaikan..
Tuhan tu slalu saja ingatkan kita..
Sayangnya Dia pada kita walaupun kita ini sering khianati Dia...
especially aku lah...

Satu hari di laman hi5 dan facebook,
aku telah dengan sengajanya letak satu gambaq profile yang telah diblurkan dengan sangat-sangat blur sampai susah nak nampak rupa sebenaq..,
gambar tu bukan besaq pun, kecik saja,
buat pertama kali setelah bertahun-tahun aku ada profile di laman maya aku tetiba galak nak letak profile picture..
fikiran aku " takpa la kot, blur saja, lagipun aku bukanya lawa pun, tak menarik perhatian lah"

Rupanya aku salah (okeh aku bukan maksudkan aku lawa..sila baca lagik)
di hi5 saja ratusan friend request dari insan yang namanya lelaki
Tak kira peringkat umuq!
Fuhhh!!
tak aku sangka, blur-blur pun depa lagi berminat!

Terus aku amik langkah delete profile photo tu
dan cuba teka?
Friend request berhenti..
Nyaman balik rasanya!
Hahahahah..

Kesimpulanya, kebanyakan lelaki,
kebanyakan ya bukan semua, reti..
kebanyakan mereka memilih seorang perempuan untuk kawan sebab rupa..
Hanya nak kawan kot..bukan nya nak buat bini...sigh~

Cehh hanya kerana profile photo aku bleh cakap gitu?
opkos la..disebabkan kononya aku ni nak psiko lah konon konon..last-last aku yang kena balik..
sebab ada sorang mamat tu aku cakap aku ni kulit gelap dia yang tadinya bukan main lagik dok mengayat, terus belit-belit pastu aku bagik la jarum sikit
"awak kulit cerah, kena carik yang kulit cerah jugak, baru sesuai ^^"
konon nya aku bajet nak psiko la..sekali dia jawab :
"awak ada tak kawan-kawan yang kulit cerah? bleh tolong kenalkan kat saya tak"
aku kata " insyAllah saya ada"
dia kata "hurm kenalkan dengan saya ya awak, saya tak nak yang free hair"
wah wah..siap bagitau spec lagik..bagus bagus..cemerlang sungguh sikap itu..
-_-"

Hahah dan farid, padan muka!
sebab dok tak duduk nak psiko orang

Pastu nak jadik cerita, Tuhan nak tunjuk.,2 minggu lepas aku buang profile picture
Wujud plak laman-laman himpunan bla bla bla (kena rahsiakan)
hukhuk ALLAH MAHA BESAR!

Kira macam peringatan untuk aku,
Jangan pernah langgar prinsip!
Baik baik aku sudah mengerti wahai Tuhan...

Cuma apa yang aku buleh buat bila buka laman tu adalah report kan kepada fb..
Bukan apa, kesian dekat saudara seislam aku,
Tambah-tambah perempuan...
aurat mereka dilihat oleh ratusan atau mungkin ribuan lelaki..tah tah jutaan?
Allah Maha Mengetahui...

Betoi depa salah sebab upload gambar-gambar yang tidak menutup aurat ataupun membiarkan diri mereka menjadi tatapan umum tapi aku sangat tak setuju dengan method yang admin Himpunan bla bla tu buat sebab lebih ramai lagik lelaki akan melihat gambaq depa, dah tu komen plak benda-benda yang tak baik..
dah la bulan posa,..Jadi dimana method yang digunakan tu betul?
siap komen pelac** semua..
Ini bukan kasaq dah namanya..ini namanya sabotaj...huh~
Jadi saudara perempuanku, please..remove picture anda dan hati-hati..
zaman sekarang banyak orang gila..
Moga Allah buka pintu hati mereka...

Wasalam...