Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, August 10, 2012

Special lah sangat


Assalamualaikum

“Orang pejabat special”
Selalu aku dengar ayat ni kat kat hurm....mana ya? ada la satu tempat atas bukit mana tah…
(cerita ni kalau kak wan, mira, bro yuzairi, bro affa, kak liza,kak zu, dibab, tehah baca mesti tau kat mana..hahaha)

Special tang mana pun aku tak tau
Aku tak mahu kata kerja pejabat tu teruk ataupun cuba nak tunjuk yang kononya teruk la dok pejabat..Sedangkan aku tahu kerja operator tu lebih penat dan ya betul..ianya teruk sungguh-sungguh at some part…(haaa part ni mesti semua reader bleh tangkap tempat ni kat mana..kan kan)

Cuma sekadar ingin berkongsi yang kalau ada 40 orang, 30 orang sebenarnya nak berhenti saja kalau ada pilihan…
Pasaipa sampai  hampir kesemuanya tension?nampak happy saja? selalu gelak-gelak?
Mudah saja
Kita kerja bukan nak stress, serius memang serius tapi kedamaian fikiran tanpa tekanan itu penting.
Apa yang seronoknya kalau cctv ada sampai 8 bijik?
Even makan pun direkod?
Aku tak nafikan semuanya adalah sebagai langkah keselamatan, tapi agenda lain bak kata pepatah ‘sambil menyelam minum air’, mungkin? ah aku pun tak tau
Tup tup bonus kurang…

“eh orang pejabat gaji banyak, so tak pa lah bonus kurang pun”
yelah..’banyak’ nyaaaa...pi opis pun naik moto
‘banyak’ la sampai nak beli viva pun teragak-agak..
‘banyakaaaaa’ bila gaji 27 aribulan, 3 aribulan dah tinggai rm 100 dan paling teruk, habiss
‘banyak’ jugak la gaji rm 1500 pun tak sampai (syukur Alhamdulillah…rezeki ni)
Ada yang dah keja 5 tahun pun gaji tak sampai lagik rm 1500…

“alah, kami lagik la sikit, sama saja lah kita”
Ya itu point aku..kita sama saja…
Aku seboleh-boleh nya tak mau untuk bezakan taraf pendidikan sebab aku penah jumpa orang yang ada spm, dan ada jugak pmr tapi boleh ada sebuah bunglow..dan lebih success dari those yang ada certificated.  
So,  aku tak mahu sebut tentang pendidikan 
Cuma aku nak ajak fikir sikit saja..
Disebabkan kan aku ni ‘galak’ nak sambung belajaq, so aku ada hutang rm 17 000
Jadik tu baru hutang belajar. Tidak termasuk moto atau kereta..

Bukan mintak banyak,
Hanya mintak hentikan perasaan tak puas hati seolah-olah 'dia' tu semua dapat…
Seolah-olah swasta ni semuanya bergaji banyak
Ada swasta yang betui la gaji banyak...

Kita semua sama
Kalau macam aku ni position tittle aku – IT ASSISTANT
Bile terjemah jadik = pembantu IT
Kalau letak dalam jadual rangking, operator ngan pembantu IT, sama ranking
Jadi tak dak beza…hanya dari segi gaji which is adil kot? sebab banyak masa korban nak amik kertas yang namanya diploma, degree, master dan bla bla.

Jadi tolong STOP amik PHD (perasaan hasad dengki)
Sebab yang sebenarnya sama
Orang pejabat perlukan operator
Dan operator perlukan orang pejabat
Semua saling perlu, semua sama penting, semua ada peranan masing-masing..
Tak dak sapa lebih, tak dak sapa kurang
Last last yang untung owner tempat niii, Managing Director, General Manager dan Japanese.

Walaubagaimanapun aku tak leh halang jugak,
Manusia mana pernah puas,
Aku sendirik pun tak puas, aku nak halang orang, memang ‘tak’ la kan
Menjadi hamba tak bersyukur memang hidup takkan bahagia..
Jadi silakan jika nak teruskan PHD anda, sebab percayalah,
Kita dengki tara mana pun kat seseorang,
Orang tu sikit pun tak rugi..Bahkan gaji dia tetap puluh ribu jugak sebulan.

Dan yang sebenarnya jugak, semua kerja ada pro dan kontra,
Tak dak kerja senang..

Sekian terima kasih.

 Wasalam


2 comments:

kak wan said...

terbaek..... :)

Anonymous said...

Setuju..