Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Wednesday, January 30, 2013

Betulkah kita ni baik?

Assalamualaikum

Baik bukan terletak pada cara dia berpakaian tapi terletak pada sikap dia tu tapi sikap dia tu lah yang akan menjadikkan baik yang dia ada tu untuk dia pamerkan pakaian yang baik kan?

hahaha paham dak?
ka aku kena ulas jugak?

alaa aku twist ayat asal saja, yang orang slalu post tu
orang menutup aurat tak semestinya baik tapi orang yang baik pasti akan menutup aurat

isu yang buat orang-orang sentap, naik hangin dan rasa fedup
tapi aku tak mau nak ulas isu ni panjang-panjang sangat sebab aku nak cerita pasai benda lain,

so aku just boleh cakap, kalau rasa hati kita ni baik, so kena selari la baik tu, bagik 'cantek' luaq sama
takkan nampak baik depan manusia saja kot?
nama pun makhluk ciptaan NYA
cakap boyfriend, cakap kawan-kawan dengaq, cakap TUHAN?

Dah terang terang la kalau tak tutup aurat tu salah, takkan nak kata
"walaupun i ni tak tutup aurat tapi hati i baik, lebih baik dari yang menutup-tutup tuuuu"
sudah-sudah la keluaq statement camni..berenti sat..
tak rasa penat ka asyik nak tegakkan kan benda yang salah?
Apa salahnya kalau dengaq nasihat..teruk sangat ka kalau tutup aurat?
Tau dak kita ni bertuah?
Sebab ALLAH masih sudi nak bagik ingatan..kalau ALLAH biaq?

Hidayah ni hak ALLAH, tapi kita kena usaha carik sama
kalau kita nak tunggu sampai 'seru' baru nak hijrah...takut-takut jugak 'seru' tu tak sampai dah..

Pastu yang dah menutup-tutup pulak,
kena bagik selari luar dengan dalam,
jangan luaq ja tunjuk baik kat manusia, tapi dalam kena baik skali jugak
fuhhh....dah dah..kalau aku ulas lagik ni mau berjela entry ni..hoh~

Okeh la ni aku nak meroyan pasai satu statement ni
" orang islam ka? tapi awat orang islam la yang perangai jahat, yang hisap dadah, yang buang anak, yang ramai kat penjara, yang dengki kat orang islam balik, yang kuat mengumpat yang suka carik salah orang?, yang selalu merungut sebab macam-macam tak boleh buat dalam islam"

"eiii kenapa dia masuk islam?"

"adik i lepas masuk islam terus dia bankrupt"

"kenapa orang islam asyik perang ja?"

"kenapa you kena buat benda tu, dia tu tak buat pun"

Cuba teka pasai pa non muslim keluaq statement ni?

Jawapan aku maybe tak sebagus jawapan orang lain tapi pendapat aku yang aku tak mintak persetujuan sapa-sapa, semua ni sebab salah kita, salah orang islam sendiri..

Kita tak tunjuk keindahan islam , silap-silap kita tak amalkan pun
pastu camna NON MUSLIM nak rasa ISLAM tu bagus?

Aku pernah tengok seorang yang tertarik dengan islam bila dia duduk dengan suasana, persekitaran yang betul-betul mengamalkan islam...

Cuba tengok zaman la,
rosak semuanya, islam tu tinggal nama
tak pulak diamalkan tapi asyik disalahkan

"tu lah ustaz, ustazah, nampak ja alim tapi ROSAK!"
"pakai tudung labuh, kopiah tapi busuk hati!"

Sapa yang selalu keluaq statement ni?
non muslim ka?
pi mai pi mai tengok tengok orang islam jugak yang cakap
pastu bila non muslim dengaq, agak-agak apa perception dia?
suka? rasa kagum? rasa nak kembali ke islam?

Salah sapa jugak?
Tungging terbalik, pusing-pusing, putar belit, kaji-kaji salah kita jugak..
ORANG ISLAM yang tak mau amalkan islam sepenuhnya
Yang tak amik tau ISLAM TU APA SEBENARNYA?
Pastu last-last AGAMA disalahkan
Sedangkan nak ikut akai logik penganut dia yang buat taik
Is like kita buat roti bagik orang makan, bila orang makan orang buang plastik roti merata-rata,
Tup tup kita yang kena blame, dah la bagik makan, pastu kena marah sebab buat sampah..

Aduh...orang islam yang aku sayangi semua,
kalau kita berpaling, ALLAH  tak rugi walaupun sikit
Tak mau buat? tak yah buat pun tak pa..ingat ALLAH nak heran?
la ni cuba try jangan bernafas sehari tengok, eh eh tak perlu kot  sampai sehari, amik 5 minit pun jadik lah
(tak payah nak kait dengan world record yang tahan nafas 22 minit tu..kalau TUHAN tak bagik jadik apa yang ada dekat dia tu, jangan harap la dia nak ada kelebihan tu)

DUNIA dan isi - isi ni, manusia, semua DIA yang buat dengan hanya "kunfayakun" kita semua boleh hilang sat saja
tak payah amik contoh jauh-jauh, tengok masa tsunami hari tu
berapa orang yang mati?
KALAU ALLAH nak, bila bila masa saja boleh

Tapi nak tunjuk yang ALLAH tu punya la sayang kat kita,
kita dok lalai tara mana ALLAH mai lagik kat kita, ALLAH bagik hidayah kat kita..
Pastu bila jadik apa-apa, ALLAH jugak kita salahkan?
LOL..teruk nya kita kan kan


KITA as hamba,pernah dak tanya diri sendiri dengan soklan camni :

1) aku orang islam, tapi apa aku buat untuk islam hari ni?
2) aku CINTAKAN ALLAH tapi apa aku buat untuk buktikan kata-kata aku?
3) aku cintakan RASUL, rinduuu sangat pada RASUL tapi hari ni sunah mana yang aku amalkan?
4) aku tahu perilaku tu dosa tapi ada dak aku cuba avoid? ada dak aku buat solat TAUBAT?
5) hari ni ALLAH bagi aku bernafas, ALLAH bagi aku makan, ALLAH bagi aku rezeki, aku bersyukur dak? kaaa aku asyik merungut ja?
6) hari ni aku ada buat dah SURUHAN-NYA? solat? sedekah? solat sunat?
7) hari ni aku ada tolong dak saudara islam aku yang dalam kesusahan?
8) hari ni aku ada berdakwah dak?
9) hari ni aku ada berhijrah sikap dak?
10) hari ni aku nasihat orang tapi aku buat dak apa yang aku nasihat tu? ka aku pandai cakap ja? buat nya tidak?

Oh, orang-orang islam saudara aku yang aku sayang,
DIMANA KITA?

cukup lah kot aku meroyan, nanti panjang-panjang pun macam-macam isu plak keluaq..
hahaha, well apa-apa pun as human kita tak pernah lari dari SILAP tapi sejauh mana kah kita cuba untuk UBAH SIKAP kita yang menjurus untuk hasilkan SILAP tu?

BERUSAHA LAH untuk mencarik kebenaran, bukan terima bulat-bulat apa yang disampaikan
BERUSAHALAH untuk sentiasa muhasabah diri,perbaiki diri bukan asyik cakap saja diri ni teruk..
BERUSAHALAH untuk CARI ALLAH sebab ALLAH sangat rindu untuk dengaq rintihan kita..
kerana tanpa ALLAH siapalah kita...

CHAYOKKKKK!!!!!

wasalam...

p/s SALAHKAN DIRI KITA JIKA KITA MELAKUKAN KEJAHATAN SEBAB KITA SENDIRI YANG TAK MAMPU NAK BENDUNG NAFSU, NAK JAGA DIRI BAIK-BAIK, BUKAN SALAHKAN ORANG LAIN

DAN APABILA KITA DUDUK DI PIHAK ORANG LAIN TU, JANGAN SESEKALI KITA MELAMPAU DALAM MENGHUKUM! KAJI DAN SIASATLAH BETUL-BETUL SERTA DEKATI LAH DENGAN BERHIKMAH...

5 comments:

nur aisyah said...

muhasabah diri... :)

Tamar Muda said...

sentap hati ku.. tima kasih kak..

Hanis Zashi said...

aisyah : musahabah bersama ^^ tamar muda : akak pun sentap jugak T_T sama2

Unknown said...

manusia . macam-macam , nak2 org melayu . ish3

Hanis Zashi said...

hurm..mungkin sebab kita ramai kot, sbeab tu kita asyik memerhati atau condemn orang lain..