Masa

Isk iSk

My photo
Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Friday, June 21, 2013

Sapa salah?

Assalamualaikum,



Makin bertambah tahun, makin hebat-hebat lah teknologi yang terberanak keluaq kan?
Tapi dalam kita dok jenguk teknologi yang semakin hebat ni, agak-agak rohani kita ada bertambah bertamadun dak?

Aku nak bagik satu soklan kat sapa-sapa yang dah klik untuk baca blog ni

Atas 3 meja ada 3 pinggan yang berisi makanan

1) dekat satu meja A, satu makanan terdedah, lalat hinggap banyak
2) dekat satu meja B , satu makanan tutup separuh, tetap lalat buleh masuk jugak
3) dekat satu meja C, satu makanan tutup sepenuhnya

Aku rasa dengan aku tulis situasi kat atas ni, dah ramai buleh tangkap apa yang aku nak kongsi kali ni.
Chill..aku bukan nak pukui sapa-sapa dengan tulisan aku ni. Dan aurat bukan pasai cover belah luaq saja, dalam pun kena jugak which is aku pun still dalam proses jugak.

Cuma aku nak ajak berfikir sikit saja,dalam 3 situasi kat atas, fitrah kita sebagai manusia akan pilih yang mana? makanan kat kedai yang terang-terang kita nampak ulat pun mesti kita tak mau makan kan?

Aku tak cakap yang  perumpamaan orang yang tak menutup apa yang patut tu macam makanan yang terdedah, cuma just imagine la, kita sendirik pun takkan pilih makanan terdedah yang kena hinggap lalat,.pastu kita expect orang lain akan faham dengan keadaan kita..dah tu habis semua yang menutup dipukul-pukul dengan kata-kata yang bajet 'cool'.

Zalim kan?
Ada tukang masak tolong masak tiga-tiga makanan tadi dan siap masak dia letak kat atas meja tadi untuk makan. Beliau pun  panggil 3 orang ni dan suruh makan. Beliau siap pesan lagik  kalau tak mau makan simpan dulu elok-elok.

1) Si A tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" sambil teruih blah tanpa amik inisiatif pun untuk 'at least' tudung dulu makanan tu.

2) Si B tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" tapi amik tudung dan tutup separuh sebab takut kalau tutup abeh nanti makanan tu jadik 'berpeluh'. Bimbang tak sedap. Sedangkan tudung saji kan dah direka khas untuk tudung makanan.

3) Si C tengok makanan atas meja pastu kata dalam hati ."sadgi lah makan, biaq dulu" tapi amik tudung saji, letak elok-elok makanan bawah tudung saji.

Nak dijadikan cerita, bila time si A dan si B nak makan, depa tengok makanan tu ada ulat lalat..pastu banyak lalat dok hinggap..niat nak makan pun terbantut sebab dah geli..Akhirnya nasi tu dok dalam tong sampah sambil depa merungut-rungut salahkan si lalat yang tengah 'lapaq' jugak.

Cer cerita kat aku sapa yang zalim? tukang masak yang masak ka atau orang yang nak makan tu yang zalim? ka lalat tu yang zalim? aikkk??
Dah la si tukang masak ni masak, hidang, siap bagi guideline lagi kalau tak mau makan kena buat apa. Si pemakan hanya perlu makan dan jaga makanan tu saja tapi last-last bila makanan tu tak leh makan depa merungut dan salahkan lalat dah rosakkan makanan depa..paling teruk kalau ada yang salahkan tukang masak..fuhh sangatlah tak patut kan?

Pastu bila tengok si C ni buleh makan, si A ngan Si B pun mula lah cakap yang makanan yang tutup tu tak semestinya lalat tak masuk dan mintak si C check betul-betul.

Faham dak analogi yang aku cerita kat sini?
Ok kalau tak faham meh aku terang dengan ayat pendek

Tuhan bagik jadi kita, dia bagi kita guideline yang nama nya AL QURAN, pastu bila kita tak ikut, kena timpa macam-macam kita rasa tak adil and cuba salahkan takdir, paling teruk kita salahkan ALLAH sebagai pencipta kita..
Part paling best bila kita tak 'mau buat', kita blame habis orang yang buat..pastu kita melenting bila ada yang menegur,..habis semua yang 'mau buat' kita maki sebab kita rasa kita dah cukup baik dah dari depa,
Tambahan plak kita yang hebat ni 'pikiaq' depa tu walaupun 'mau' buat apa yang Allah suruh tetap ada slack jugak..tak tara mana pun lahhh..hoh~
Dalam fikiran kita, kita dah cukup sure yang kedepan nanti bila Allah izin kita berubah, kita akan jadik taraf-taraf malaikat dan takkan buat salah lansung..yeahh syabas attitude itu..

FAHAM?


Ok tu saja kali ni..wasalam


1 comment:

Hanis Zashi said...
This comment has been removed by the author.