Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Monday, April 5, 2010

Sombong


Assalamualaikum....
Dari Anas bin Malik r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda,
Allah tabaraka wa ta’ala berfirman
“Wahai anak Adam,
selagi engkau berdoa kepada-Ku dan berharap kepada-Ku,
nescaya Aku ampuni dosa-dosamu yang telah lampau dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam,
andaikata dosamu mencapai petala langit kemudian engkau memohon ampun kepada-Ku,
nescaya Aku ampuni dan Aku tidak peduli.
Wahai anak Adam,
seandainya engkau mendatangi-Ku dengan membawa sepenuh bumi kesalahan,
kemudian engkau mendatangi-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan- Ku dengan sesuatu apapun,
nescaya Aku akan mendatangimu dengan sepenuh bumi ampunan”.

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi, hasan.

http://emo.huhiho.com 
Sangat terkesan di hati...
Betapa Dia Maha Pengampun...
Betapa Dia menyayangi kita....
http://emo.huhiho.comTapi kita??
Sombong nya diri kita ini...
Taktala Tuhan bukakan pintu keampunan,
kita palingkan muka dan berlalu pergi...
Saat kesusahan bertandang barulah kita ingat padaNya..
Namun bila senang??
Kita alpa dan lupa....
Lalu kita bertanya "Kenapalah malang sering menimpaku"
http://emo.huhiho.comSedangkan kita terlupa bahawa Nabi dan orang2 yang soleh juga diuji...
Nabi itu kekasih Allah, 
Namun tetap diuji...
Sedangkan mereka dicintai Allah...
Tidak nampak kah kita di situ??
Bahawa kita di uji kerana Allah sayang pada kita..
Kerana Allah rindu pengaduan kita...
http://emo.huhiho.com
Lihat wahai sahabat...ALLAH MERINDUI KITA..
Allah Yang Maha segalanya..
Tapi sayang..
Betapa sombongnya kita..
Sombongnya kita..

Kembali lah sahabat...
http://emo.huhiho.comKembali lah ke pangkal jalan....
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun...
Selagi masih ada kesempatan waktu...
Kembalilah..

No comments: