Assalamualaikum
Aku rasa nak berlari di rumput lapang yang gebu, lalu baring kemudian renung langit lama-lama
Tak mau pikir apa-apa
Biar dia si otak sedikit 'tenang'....
Tapi bila aku tersenyum, mau bukak lagi mata ni luas-luas sambil katakan kat diri "oh ini bukan mimpi kan" ,
TIBA-TIBA semua hilang..
Aduhh..sepatutnya aku just biarkan keadaan keluasan mata aku dibuka tadi..
Merungut pun tak dak guna..'keindahan' tadi dah hilang
sigh~
Mengeluh panjang (sangat tidak baik...)
Oh Farid
sekurang-kurangnya kau masih ada tempat tinggal 'tumpangan' milik ibu dan abah dan tak perlu menyewa! tolong bersyukur!
Oh Farid
sekurang-kurangnya gaji kau yang kau asyik merungut kata sikit tu, kau masih boleh makan tanpa perlu menadah tangan meminta-minta! Kau masih buleh beli moto sebijik...kau masih buleh beli pakaian yang baik...gaji tu masih cukup walaupun cukup cukup! tolongla bersyukur!
Oh Farid
Walaupun kau tak dak kereta dan amat berharap kau ada sebijik kereta habuan kau berulang alik bila matahari terlalu menikam kulit dan kadang-kadang langit tiba-tiba mau nangis ,sekurang -kurangnya time hujan mak kau masih buleh hantar pi kerja walaupun masa kau sampai pintu office belum dibuka lagi ! tolong -tolong bersyukur!
Oh Farid
Sekurang -kurangnya kau masih dibagi cuti walaupun satu hari ,nak di bandingkan ada kenalan kau yang hari-hari kerja dan tak dak cuti pun! bersyukur bersyukur lah farid!
Oh Farid
Sekurangnya Tuhan masih izin kau istiqamah walaupun dan setahun lebih kau keja dekat tempat yang tak izinkan kau tutup aurat dengan sempurna..ya ya beryukurlah duhai farid!
Oh Farid
Masa nya akan sampai untuk kau sambung blajar mengikut cara yang kau mahu..Tak payah sentap nak rasa menyesal atas keputusan yang kau dah buatdi masa yang lepas! bersabarlah!
Oh Farid
Tak payah nak banding-banding dengan orang yang jalan hidupnya lebih baik sebab kalau kau buat, kau hanya akan terbit rasa tak bersyukur pada PEENCIPTA kau...!
Oh Farid
"If you cannot beat them, then join them.."....Smile and remember that Allah always with you!
Oh Farid
Jika Tuhan lambat makbulkan doa kau itu bukan tanda kau untuk berputus asa tapi ertinya Allah mahu beri yang terbaik buat kau! Bersangka baiklah pada Allah wahai Farid!
Oh Farid
Walaupun kau hitam dan huduh, kau tetap ada semuanya...fizikal sempurna tanpa cacat, keluarga yang baik dan kelengkapan yang cukup untuk seorang manusia! Jadi bersyukurlah dan berhenti merungut!
Oh Farid
Politik pejabat sangat kotor tapi kau bukan nak kerja sampai mati di situ kan? Jadi bersabarlah..masa kau akan sampai untuk kau pergi! Bersyukurkah kau ada kerja nak dibandingkan dengan orang yang masih tercari-cari pekerjaan!
Okeh habis motivasi diri sendiri tapi,
Saat ni aku masih sangat mau berlari-lari di dalam angin sepoi sepoi, atas hamparan rumput karpet, rebahkan diri dan mengintai lagit di celahan tangan aku...
Pastu bila cukup time panjat naik masuk rumah aku kat atas pokok, mandi dan solat kemudian renung langit di sebelah malam....Subhanallah! cantik nya langit yang beraksesorikan bintang!
Amacam ada baik dak angan-angan aku?
Wasalam
No comments:
Post a Comment