Assalamualaikum
"Peluang depan mata walaupun belum pasti kesudahanya akhirnya buat aku takut buat pertama kalinya dalam hidup"
Kisahnya bermula apabila iman yang makin goyah..
Prinsip yang dengan mudah aku biarkan ikatannya longgar,
Aku pikir kalaulah dengan percaturan yang sahabat aku aturkan ni menjadik,
Aku akan teruskan tanpa rasa bersalah,
Bersedia untuk menerima 'dunia baru' yang kononya tak ada salahnya..Hanya kawan saja....
Tapi akhirnya diri sendiri yang rasa tak kena...
------------------------------------------------------------------------
Pada satu ketika yang hening,
Aku sering mendengar cerita tentang dia, si lelaki melalui sahabat aku Dib,
Sampai satu ketika,aku mula lupa diri,
Membiarkan diri aku mula menyukai si lelaki yang sering diceritakan dib.
Pada mulanya diam-diam saja aku suka kat si lelaki,
Tapi yang dinamakan sahabat, Dib mula menyedari tanpa aku perlu bercerita pun..
Akhirnya dib tau jugak...
Aku pikir 'ah takpa lah dib saja yang tau',
Suka tak salah kan, bukan si lelaki tau pun...
Tak disangka-sangka Dib sedang merancang sesuatu yang tak aku duga,
Si lelaki dapat tau tentangnya,
aku : Dib, malu la kalo dia dah tau, aduhhhh....baru pikiaq nak teruskan dengan tepuk sebelah tangan saja....waaa dib, why dib bagitau kat beliau, wuuuuuu...
jarum tak bersyukur mula hadir
aku : kami ni dah la hitam, tak cantik, budak poli pulak, keja technician cabut saja..waaaaaa.....tak sekufu la dib...kalo dalam cerita fairy tale ada hero n heroin, kami ni watak sampingan yang gabungkan hero n heroin tu walaupun diam-diam kami minat dekat hero tapi drama tetap drama,akan ada watak yang tepuk sebelah tangan ^^ dunia ni ibarat pentas lakonan yang Allah pinjamkan buat kita untuk lakonkan watak menjadi KITA....even kat shorubber ada ayat-ayat halus yang secara tak sedar orang shorubber kata kat kami HODOH...tapi sekarang ni isu dia bukan about me being ugly ma, tapi is about SEKUFU lor...u see mak cik kantin pun tau bezakan sekufu atau tidak...itu mak cik kantin sayang, orang lain? im just really really girl yang terlalu BIASA...i wish i am one of _______ best friend so i may find someone perfect for him..i was thinking one of my friend..sofyiah...they seem so perfect together ^^....honestly it is hurt to match someone you like with others..i would not lie to u lahhh..tapi i feel better this way..sebab dah 'mangli' dengan being middle 'girl' for someone i like...okeh okeh tak mau tacimmm...thank you so muchhhh sweetheart....muahhhh..u can resign now ;p is time for u to rest and think about your incoming marriage
dib : iii farid ni, tak baik tau, hishhh...farid cantik la, farid ni baik sebab tu dib nak sangat carik orang baik jugak kat farid...ahahhahaha. kamu niiiiiiiiiiiiii. shhhhhhhhhhhhhhh. jgn nak tacim tacimmm. tampo kaluuu. a prince is waiting for his princess the princess is adorable, noble, kindhearted, grateful in all sense and you have all that dear, that other girl might not have. If la, this sinetron could be a real scene, i'll be the first to cry. Cause you have your dream guy, and ___________ will get his guidance, he will never fall apart from Islam
aku : tolong la dib, kami tak baik macam yang dib sangkakan tau, kami ni jahat banyak..dib tak kenai kami lagik...
Dib main psikologi
dib : kalau farid yang macam ni pun kata farid tu jahat, tambah la dib ni, nampaknya dib berkali ganda la lagik jahat.....
aku: dib!!!!!! arghhh geramnya.....dib tak jahat la okeh..aduhhhh
---------------------------------------------------------------------------------
Pada satu hari
Dib : farid, balik sadgi tengok FB nah,.
aku: ar okeh..
aku tak syak apa-apa time tu sebab aku pikir maybe dib dah balas mesej aku dalam fb..so aku pun malam tu buat biasa saja lah nak tengok beliau balas apa...dan mungkin terdapat perbualan dib dan si lelaki tu, sebab dib sering copy paste perbualan mereka untuk bagik kat aku.
sebaik saja aku buka fb, jantung aku berdenyut kencang, kaki aku sejuk dan leher terasa panas...
Ada satu friend request!
Si lelaki ADD aku sebagai friend
Hati berbolak balik,
perlukah aku approve?
Untuk malam tu aku putuskan untuk tak approve,
Sepanjang malam, gelisah....tak dapat tidur.
Terlelap pastu terjaga balik,
Rasa bersalah, rasa macam nak demam, tangan ketar-ketar, hati tak tenteram
Sejuk -sejuk satu badan...Oh apa semua ni
First aku ingat ini nama dia GALAK dan ANGAU
Untuk menenangkan jiwa aku pun solat hajat,
Aku minta Tuhan beri aku jawapan
apa yang tengah aku rasa ni?
Patut ka aku teruskan? bukan nak buat apa pun, kawan saja kan....
Akhirnya Tuhan bagik aku jawapan
Rupanya perasaan tu bukan angau.
ianya adalah perasaan takut,
perasaan BERSALAH pada Tuhan...
Ya aku biarkan hati aku suka pada seorang lelaki yang tidak halal buat aku!
Kenapa fikiran aku bukan pada Allah?sebaliknya pada si lelaki saja?
Oh rasa menyesal tu Tuhan saja yang tau,
Menyesal sebab biarkan hijab terbukak.........
Hati aku sedang SAKIT!
Ini akibat terlalu lama tidak merawat hati!
Hati aku dijangkiti, dimasuki virus!
Salah siapa? Salah aku sendiri!
Mujurlah Allah masih hadirkan kesedaran,
Approve atau tidak ?
Tidak sama sekali
Apa yang aku perlu buat bukanlah menjadi kawan
sebaliknya aku PERLU menjauh..untuk mengelak hati menjadi SAKIT kembali...
Aku telah langgar prinsip
Ada satu prinsip yang aku pegang,
Aku tidak mahu bercinta dengan seorang lelaki selagi tidak ada ikatan sah,
Aku tidak mau cemari hati aku dengan cinta yang tidak halal,
Dan Tuhan hadirkan ujian untuk menguji prinsip tu..
Jujurnya aku hampir kalah sampai Tuhan bangunkan aku semula !
Alhamdulillah.......
Sebab tu aku sering kata "Kita tak tau lagi bagaimana kita di masa hadapan, jadi jangan sesekali kita hukum orang lain"
Oh aku harap prinsip ini takkan goyah lagik...
Agaknya inilah yang si gadis (rujuk sini)rasa kot pada satu masa dulu? Mungkin.....
Terima kasih Tuhan..terima kasih...
Wasalam
2 comments:
hmm..bagus awak ni..kuat..
Cikgu fatin, tak saya tak kuat, sebab saya dah biarkan hati saya sakit....
Post a Comment