Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Thursday, December 1, 2011

Masih belum cukup 2

Assalamualaikum


Sambungan masih belum cukup


Penerimaan orang

Huh~ yang ini memang sakit
Macam nak give up pun ada masa mula-mula..T_T
Biasa la budak-budak lagik..akal pun tak brapa nak matang sangat.

Komen yang 'membina' dari kawan baik yang 'menyenangkan'

kawan 1 : huih anda pakai begini nampak seperti orang tua la

kawan 2 : ciss..perangai anda itu bukannya baik sangat..tak kena gaya lansung dengan penampilan anda

kawan 3 : nak buat apa pakai tutup tutup, kita semua ini dah macam adik beradik..tak payah la dok tutup sangat...

lelaki 1: tudiaaa ustazah farida...ustazah ustazah (buat tone mengejek okeh)

lelaki 2: woi..awat yang tiba-tiba anda jadik alim neh?! ustaz mana plak anda sangkut?

Dan benda neh berterusan..dikaitkan dengan setiap hal..Tak boleh buat salah..kalo gatai terbuat jugak, free - free saja dapat nama buruk dekat orang lain yang bertudung labuh...

Ya...ejekan, hinaan dan tomahan bukan berhenti takat sekolah menengah saja,
Kalau time tu aku pikiaq tak pa la masing-masing budak-budak lagik...

Tapi aku salah tafsiran..sampai aku dah umuq 22 tahun ni pun,
Ada lagik insan-insan yang rasa sakit jiwa dengan golongan macam aku...

Time aku masuk poli cerita dia versi lain pulak ;

kawan 1 : kami semua tak macam farid..mana layak kawan ngan farid...

kawan 2 : hipokrit, dalam bilik bukan main lagik tak senonoh, dalam kelas  pura-pura sopan

Kalo time keja aku dah pernah cerita dalam entry yang sebelum-sebelum neh..(klik sini)

Tapi alhamdulillah..kalau bukan kerana rahmat dan kasih sayang Allah yang masih izinkan hati untuk bersabar, masih izinkan hati untuk istiqamah, mungkin dah lama aku menjauhkan diri dari salah satu pilihan untuk menutup aurat dengan betul :)

Dan dengan semua dugaan ni la aku dapat jadi lebih kuat...barulah challenge sikit..tu baru saja sikit tak sampai tahap macam negara yang mengharamkan tudung lagi...
Barula ada  rasa manis di penghujung kalau perjuangan tu penuh duri di permulaan bukan?

Bagi seterusnya juga, Allah hadirkan sahabat sefikrah untuk satu tempoh yang telah  menguatkan lagik diri.. Kemudian DIA hadirkan pula seorang yang boleh menerima aku seadanya malah meminta untuk aku membimbing dia...Oh terasa tak layaknya aku! Sunggguh aku tak layak!

Sebab (akhirnya ada kaitan ngan tajuk..bahahah) jujurnya aku serba serbi tak cukup lagi
Banyak nak diperbaiki...akhlak sana sini berlubang..nipis iman.....
Hakikatnya 'jahat' aku masih banyak,

Jadi bantulah aku untuk meneruskan perjuangan ini...
Untuk terus tetap istiqomah bukan hanya luaran tetapi juga dalaman.....

Tulah sedikit perkongsian dari aku..Cerita tamat diisini

Wasalam

No comments: