Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Sunday, September 2, 2012

Berenti gaduh sat boleh dak?

Assalamualaikum,

Berpuluh? Beratus atau  dah berjuta yang teguq
Kritikan ? umpatan ? cemuhan ? kejian ? teguran ?dan fitnah?

Aku penah cakap dakwah ada banyak cara..
Aku penah cakap jugak ’zaman sekarang, cakap apa pun salah’

Bila sokong dikatakan si syaitan
Bila bangkang dikatakan terlebih alim
Bila teguq dikatakan tak layak
Bila cerita dikatakan ’melayu ni cepat melatah’,
’melayu tak banyak membaca’

Aku suka membaca
Tak kira internet ka, buku ka
Ikut mood jugak dan oh tolong faham
Aku belum habis baca semua,
Ilmu yang ada pada aku terlalu sedikit tapi itu bukan  la alasan untuk tak berkongsi,
Malah kita sebagai manusia sentiasa belajar sampai ke akhir hayat kita...

Apa semua ni?
Ya di sini seperti biasa aku akan  keluarkan pendapat atau mungkin kesimpulan dari setiap perilaku yang aku lihat dan
Opkos la  aku akan berkata ayat di bawah ini setiap kali aku menulis sesuatu pendapat supaya incik-inck dan puan puan sekalian tak ’naik hangin’
”agak-agak tak boleh terima, hangpa hanya perlu baca, tak payah susah-susah terima, bajet-bajet rasa blog ni adalah sampah, sila lari jauh-jauh dari blog ini sebab jangan sesekali lupa yang aku bukan malaikat tapi manusia ”

Tertarik dengan sebuah tulisan aku bukan malaikat

Awat kita semua kena bergaduh?
Menunding jari? Bertikam – tikam lidah hanya sebab satu benda yang tak kita setuju?

Bukankah wujudnya satu kaedah yang nama dia perbincangan berhemah?
dan please hormat la orang lain walaupun kita tak sependapat...

Rata-rata segelintir komen yang dilontarkan untuk sesuatu isu amatlah menyedihkan baik yang menyokong mahupun membangkang...

Kalau yang sokong, tak lepas darik cuba menunjukkan diri nya lebih baik dari yang lain
Contoh komen :
”tah...saya pun sokong dengan admin, bodoh ja..tak tahu hukum lansung”
”baru setahun jagung kenal islam dah nak meroyan”

Kalau yang bangkang plak :
”semuanya tak bleh, semua nya salah, cuba jangan jadik jumud, islam tu kan luas..sampai bila nak berkembang..semuanya nak cuba jadik ustaz dan ustazah..dahh start meroyan dah ustaz dan ustzah fb ni...”

er agak-agak patut kah aku terang tang mana silap komen-komen  ni?
Masing-masing ada akal untuk menilai

Dan pastu, wujud plak komen-komen camni :
”macam ni ka orang islam menegur orang?”

Agama jadik taruhan di mana-mana
Agama jugak disalahkan sebab kurangnya ilmu
Agama jugak tengah hangat didebatkan

Agama tak pernah salah!
Yang salah penganutnya...

Betul la kata kata sorang hamba Allah  ni ”kalau la Rasulullah tengok kita berfacebook”
”kalau la Rasulullah tengok sikap kita..”
Allah.... teringat benda-benda ni saja dah buat aku nangis!

Salah ka isu yang kecik kita teguq  banding ngan isu yang besar?
Salah ka untuk kita guna bahasa yang elok-elok dalam teguq?
Salah ka bila orang tu tersalah, kita nak bawak dia balik?, kita nak bimbing elok-elok?
Awat salah ka?

Bila isu small-small kita teguq dan sembang , keluaq ayat ni:
”lawak la hangpa ni, isu kecik pun jadik hal, punya banyak isu besaq yang lain”

Sungguh la..ada betoi apa yang dia ni kata, banyak lagik isu lain,

Dan tapi..tetap ada tapi jugak…kalau nak padam api biaq dari mula-mula dia dok nyala, kalau dah besaq, susah sikit cara dia..

Yang pasti bukan semua ada kehebatan untuk teruih pi teguq atau selesai masalah yang ’big-big’

Yang si pengkomen ni pun satu, kalau boleh tu, ala kadar sudah la dalam berkata-kata..
biaq tenang sikit bila membaca,
ini bila baca terus naik mood gaduh orang lain...adehhh..

Zaman la ni,

Bila teguq salah, tak teguq salah
Bila cerita artis luaq, dia kata artis malaysia banyak lagik, awat dok kalut artis luaq
Bila teguq artis malaysia, dia kata kita ni mengaibkan orang islam..siap tambah lagik punya la banyak artis lain tang malaysia ni awat artis ni jugak kita nak teguuq...
Pulak dahhh???

Pastu ada plak yang  bagik idea ’baik’
“kubuq masing-masing, diri sendiri belum tentu, nak nasihat orang, pi la bagik ilmu penuh di dada dulu baru nak nasihat orang”

Pulakkk...

Haishh la sayang oiii,
Nak tunggu ilmu penuh kat dada,, alamatnya kita jumpa kat akhirat besok-besok pun belum tentu penuh sayang...

Dah dah..aku pun nak stop meroyan sat..
Nak kena iron baju untuk keja esok...
Hahahah...lalalalalala..insyAllah ada time aku meroyan lagik..

Wasalam...

2 comments:

Anonymous said...

K.zu dah bacaaa.. likee sgt... :D

Hanis Zashi said...

heee...makaseh ^^