Assalamualaikum
"Semua orang boleh sembang pasai syukur tapi tak semua orang mampu buat dengan ikhlas" (tangan kat dada mata keatas..fuh fuh)
Agak agak setuju dak?
Hoho..sebenaq nya bila kita duduk dalam satu kedudukan yang selesa dan baik
semuanya mudah dan jalan tu kurang herot petot (bengkang bengkok) dan sweet sweet saja,
maka kita secara otomatiknya akan sembang bab syukur tu dengan sangat baik..ya gitu la lebih kurang.(.tu pun ada jugak yang tak reti syukur..)
Tapi bila hidup kita sebaliknya, maka syukur tu sangat perit untuk di jalankan..
Macam mana pun tetap ada method dia..
incik abah selalu ajaq kat aku method-method untuk bersyukur,
Meh aku nak kongsi, macam mana nak bersyukur..
Sebab apa aku tekankan untuk syukur?
haa sebab zaman la ni, ketenangan hati dan kelapangan dada tu kita buleh dapat kalau kita reti syukur..
seriusss!
dalam Quran pun Tuhan banyak tekan ayat untuk syukur (salah satu dia = sila rujuk surah ibrahim ayat 7 "kalau kamu bersyukur nescaya aku akan menambahkan kepadamu")
So method pertama:
1) JANGAN BANDING DIRI NGAN ORANG LAIN YANG LEBIH DARIK KITA..?
Aku nak bagik contoh..jom kita sembang pasai kakitangan kerajaan yang dapat kelebihan sungguh-sungguh banyak dalam belanjawan 2013..yahh isu ini amat hangat..swasta?
ada swasta yang lagik advanced pada kerajaan, means that bonus 5 bulan yang dasyat woo..tapi ada swasta yang lagik teruk darik kerajaan iatu kalau anda ada degree pun gaji anda boleh takat 1200 saja..
tak percaya? tolong la percaya ^^
Jadi untuk geng-geng yang tak dapat macam YANG KITA IDAMKAN..sila jangan dok perati orang lain yang lebih walaupun kita dok serumah, sebaliknya usha la sapa-sapa yang jauh lebih susah dari kita? banyak boleh carik..tengok kanan dan tengok kiri ^^
Aku nih 3 orang dalam rumah aku orang kerajaan, benefit tu tak yah kata, tapi macam mana aku nak bersyukur?
Mudah, abah aku ada kawan, kawan dia ada tunang, tunang dia ada degree tapi gaji dia RM 1200. Bulan-bulan kena bayaq keta bapak dia sebab bapak dia request keta sebab dia ada degree, mana minyak lagik, mana makan lagik, keja plak amat-amat tertekan.
oh awat dia tak keluaq? yang nama dia rezeki tu bukan hak kita, merata dia mintak tapi tak dapat..sekian terima kasih..
Renungkan..seorang yang dah berumur 28 tahun, bukan tak dak kelayakan, besaq kelayakan dia tapi? tiba-tiba rasa sangat bersyukur...
Pastu aku ada kawan, kawan aku ada diploma, tapi gaji dia rm 600.., nak banding ngan aku sedap jugak..
bayangkan dia nak sara famili dia lagik, makan lagik, minyak lagik..uishh la untung banyak dah kita ni..
Seterusnya, tengok sedara seislam kita kat PALESTIN..ok noktah..tak syukur jugak tak tau la
2) SILA KEJAR PANGKAT..eh JANGAN KEJAR PANGKAT.
Aku paham why kita pulun nak kejaq pangkat. Nak nak plak kita ada degree dan ke atas kan. Bila ada pangkat gejala-gejala di bawah ini akan berlaku :
- orang sengih dengan begitu indah kat kita
- orang kagum kat kita
- orang er er..dah la sikit-skit satgi tak pasai-pasai blog ni panjang pulok..hahah
Kalau aku, pangkat tu bukan tak penting, buleh la sikit sipi penting (puii) tapi kalau kita jadik bos tapi kita tak reti nak buat keja, malu la jugak, pastu bongkak plak kan..hahah..tapi heii im the boss kan..so??
Walaupun kita jadik bos dengan kebolehan tapi jadik bos tu bukan benda yang senang, sebab berkebolehan la beban tu jadik berat..sebab kita tak cakap pandai saja :)
Dulu dulu, masa zaman muda-muda (la ni muda la jugak tapi berusia sikit la) time-time aku baru masuk keja, fuhh..bab syukur tak yah sembang la ngan aku, MEMANG TAK RETI LANSUNG..SIKIT-SIKIT MERUNGUT...silap-silap ketaq pala cakap pasai syukur..hahaha
tapi bila hari berlalu,lepas bapak aku BRAINWASH aku,TARBIAH aku, aku pun pi keja, buat keja, cukup bulan dapat gaji, dan ya experience pun aku dapat, bukan takat pasai komputer tapi pasai ORANG..yaaaa macam-macam ada ^^
Bukan apa, bila kita buat keja kita harap something, susah sikit la, contoh dia camni :
A: Oi ang mai rumah aku sat, tengok tengok komputer aku tuh..jadi apa tak tau,. ang buat apa pun takpa la aku bagi RM 100 kat ang.
B: wowwww...orite-orite
So si B ni dengan pengharapan RM 100 dalam kepala pi buat komputer kat rumah si A, tengok tengok simple ja Si B ni buat..alaaa defragment ja pun..bila tengok keadaan tu si A ni bagik la RM 30 saja
Jadik secara tak lansung Si B ni mesti la rasa tak puas hati sebab dia mengharap RM 100 tadi...
tapi cuba kalau dialog tadi camni :
A: Ang mai rumah aku sat, tengok tengok komputer aku tu..jadi apa tak tau,.
B: orite-orite
So si B ni pi la rumah si A ni without harap apa-apa.
Bila dah siap :
A: terima kasih wei..nah RM 30. ni ja aku ada, lepas-lepas ni aku belanja hang makan ka
B: ha sama-sama..takpa-takpa..
Si B tu pun terima duit tu dengan senang hati..
Jadi pengharapan tu tak dak..orang putih kata you dont expect more..means that as is saja la..dapat brapa pun takpa..so even kalau perbualan yang atas tadi tu pun boleh ja kalau nak buang tak puas hati tuu...BERHENTI BERHARAP..yaaaa...itu key dia
Sebaik-baiknya better harap kat Tuhan la..sebab qadak n qadar kita ni kita boleh ubah dengan DOA dan USAHA..yaa darik kita sakit hati tak ketahwan hala, baik kita usaha to do something kan kan kan.. (mata bling-bling)
3) BANYAK SUJUD SYUKUR WALAUPUN ATAS HAL YANG KECIK DAN BUAT SOLAT HAJAT
Hari ni agak-agak ada sujud syukur? alamak!
Ada sahabat aku penah kata "kalau nak ikutkan bernafas tu benda besaq kan, tapi kita tak reti syukur pun..iskisk"
Tuhan bagik hidup tu pun dah satu rahmat tapi kita? iskisk sombong, ramai mana yang mau sujud syukur sebab Tuhan izin bernafas saja? bukan susah pun, lepas solat tu sujud sat..nak sujud tu pun la payah benor..
Macam tu jugak solat hajat, 2 rakaat saja. lepas magrib cuba buat, kalau tak mintak ngan Tuhan camna nak dapat kan? semua harap mai golek-golek depan mata saja, pastu bila tak dapat salah Tuhan..dah la Tuhan bagik hidup, baru tak dapat yang kita nak sikit dah melenting..tu tak kira part dosa lagik...tak malu sungguh!
Okeh..buat 3 ni dulu, no 3 jangan tinggai..mula-mula memang berat..tapi jangan tinggai..insyAllah hati lapang
nak lebih lapang, banyakkan selawat ya sahabat ^^
Dulu masa aku kena pi dan balik keja dalam hujan naik moto pakai baju hujan, aku rasa sakit hati, rasa sedih ,tambah tambah bila ada keta ikut suka teradap saja bawak,
Tapi la bila aku kena redah hujan, kadang-kadang demam dan ada keta penah hampir-hampir langgaq aku, tapi aku tetap rasa tenang, ikut petua abah, pusing kat keta tu dan senyum, angkat tangan buat best..hahaha...hati tak sakit jiwa rasa tenang!
So bila kita dah usaha untuk buat sesuatu tapi Tuhan tak izin tu maksudnya tu bukan rezeki kita..
Sebab Tuhan tengah rancang nak bagik kita benda yang jauh jauh lebik baik..oh baiknya Tuhan!
Jadi BERSYUKURLAH! ^^
P/S AMBIL MASAMU SAHABATKU SAYANG, BELAJAR BERSYUKUR, IMAN NI ADA NAIK DAN TURUN NYA, BILA MAI PERASAAN TAK SYUKUR TU CEPAT-CEPAT SOLAT HAJAT DAN MOHON MOGA TUHAN BUANG PENYAKIT HATI TUU..SELAMAT MENCUBA..
wasalam..
No comments:
Post a Comment