Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Monday, September 10, 2012

Tajuk dia nak letak farid sentap la kot..buleh dak?


Assalamualaikum

“Gurl suka  lelaki yang handsome saja”
“Gurl suka lelaki yang  kurus saja”
Status holololo (sebut dalam nada pujuk budak kecik)  atas ni  aku selalu nampak dekat laman-laman social macam hi5, facebook, friendster, my space dan tagged (ni ja aku penah main..hahah).
Balik-balik sentences tu keluaq.

Sedangkan kalau tengok situasi bawah ni :

Di satu kenduri
“La ni mcama trend kan, kalau pi kenduri, mesti yang pengantin pompuan kecik saja, yang lelaki chubby, gemuk-gemuk sikit kan”
“La bini sikit punya lawa, putihhh, segak..yang lelaki alahai, sikit pun tak segak!”
“Awek segak, pakwe muka macam pecah rumah”

Mungkin si lelaki meletakkan piawaian yang tinggi untuk calon perempuan pilihan nya.
Dah dia ngorat yang lawa, kurus, putih dan complete package so susahla dia nak dapat.
Orang lawa sapa tak mau kan?

Dan as a perempuan, based on my experience (eceece) perempuan ni dia jarang memilih, sebab tu bila kita tengok ja couple suami isteri kat luaq nuh, payah nak jumpa perempuan cantik bergandingan ngan laki handsome..kalau ada pun satu dua saja..boleh bilang..rare sangat..

Even kalau kita sendiri pilih barang nak yang elok,
Jadik kita semua sebenaqnya pemilih jugak
Berapa kerat sangat nak bela kucing yang ekoq pendek, muka penyet dan badan kurap kan..hahaha

Walaubagaimanapun tak semua lelaki gitu.
Mungkin ‘lawa’ tu adalah yang sedap mata dia memandang.
Ada jugak seorang rakan penah cakap kat aku
“bini aku gemuk tak pa, janji tak hitam”

Tapi ada sorang bro dekat shorubber cakap
“Lelaki ni dia bukan carik yang cantik sangat pun, cukup sedap mata memandang, paling penting dia nak yang faham dia, cantik tu number 2”

Dan seorang kakak di shorubber jugak penah cakap kat aku :
“Ingat satu saja.... Dia dah atur yang terbaik untuk kita. Cantik ke hodoh ke bukan pointnya....akak selalu jugak compare diri dengan orang lain. Tapi tunang akak cakap, cantik seseorang tu lahir dari hatinya yang baik....so jangan jadikan ia sebagai satu kelemahan....never blame the others jugak sebab mulut depa hak depa nak cakap apa...bukan smua betoi pun kan...hehe”

Seorang  sahabat shorubber, penah jugak cakap :
“Awak mungkin bagi sesetengah orang awak tak cantik dari luaran. Dari dalaman bagi saya awak cukup sempurna. Mungkin kalau awak yang berkahwin dulu, saya rasa pahala yang awak himpun sebagai isteri cukup sempurna tiada cela dan mungkin suami awak tak pernah masam muka kat awak.Sebab awak halus tahu dosa pahala dan batas wanita, sebagai isteri ..”

Ya pesanan di atas sedikit terkesan di hati.



Kriteria yang sering dikatakan cantik :
-Kulit putih
-Kurus
-Muka ala-ala korea?
Semua ni adalah gara-gara Korean drama yang menjadik kegilaan orang. Jadik kalau sebut cantik, handsome, semuanya pusing kepala ke korea lah..”aku nak serupa itu”

Ada jugak yang minat ala-ala mat saleh ataupun minah saleh punya muka.
Waktu zaman industan femes dulu-dulu, masa tu gamaknya semua nak carik yang muka industan la kot..sebab tu bangla buleh kawin orang malaysia kot…hahah..kot saja..aku pun tak tau..tak penah amik port bab-bab kawin masa kecik-kecik.

Kalau aku plak, aku ada satu penyakit er apa nak sebut ya nama penyakit ni
Hurm..buleh dak panggei dia “tak bersyukur” ? ka nak panggei dia “rendah diri tahap gaban”?
Hah~ mana-mana pun buleh kot?
Dok dok, nak sambung bagik senang sebut lah..tak syukur + rendah diri = tak syurendiri? Haaa cam sedap ja..hahaha
Susah nak buang penyakit ni..dah kronik dah..kalau kanser dan tahap ketiga dah ni..

Kes nya masa skolah menengah panggilan untuk aku = betty
Pastu sapa-sapa agak nak menyakitkan hati kaum adam kat kelas aku,
Simple, ejek saja sifulan-fulan itu dengan aku,
So apa lagik, melenting la kaum adam ni..(waaaaa..tacimm ar weii)
“Agak-agak la nak kata pun wei, ada ka kata aku dengan faridah, kata la aku ngan hak putih-putih sikit”
Masa kelas lukisan bebas kat luaq kelas :
“woii betty tepi sikit, aku nak lukih ni, hang tu menggangu pemandangan” sambil buat tangan suruh ketepi
-_-“
Haishhh..Femes jugak aku ya..

Sahabat aku masa tu slalu positive kan aku
Kata dia :
“La maksudnya farid ni lawa la sebab betty last-last jadik lawa”
Aku sengih tawaq..susah nak dengan nasihat..
Maklumlah otak dah payah nak program balik..
Sahabat aku tu pulak girl yang femes kat skolah sebab lawa,
So lagik la aku susah nak makan nasihat tu..gahaha (sapa soh makan, orang soh dengaq..zzzzzz)

Bila nampak ja orang cantik aku mesti nak tengok banyak kali
Sambil-sambil tu pulak sambil kagum hebat-hebat
“uishh lawa noh dia, dah la putih, umuq 27 nampak cam 20, belajaq baguih pulak, pandai masak,  tenang ja tengok”
Gitu lah lebih kurang ayat aku tiap-tiap kali..

Jadik penyakit tu still aku susah nak rawat
Nak nak pulak dalam family aku, aku sorang pulak yang hitam dan kurang lawa la kot..hahaha
“ La yang adik dia dua-dua putih noh, mai tang kakak dia..hitam ikut abah”
Lagik la sentap oii..adehh mak cik ni pun satu..cakap la kurang putih, tak la sentap sangat..hishhh..
(sila lihat gambar adik lelaki aku di bawah ini..hahaha )















Tapi la ni tak teruk dah la..sikit-sikit tu buleh la..nak kata tak dak, nampak sangat berbohong..hahah
“Sapa kata anak ibu tak segak, macam combi, lawa aihh..kakak tu saja tak perasan”
Hahah sedap hati sat pastu jadik balik penyakit tak syurendiri aku tu..hoh~
tapi tapi, combi?







ibu biaq betuiii?? hahahahaha
okeh okeh maksud ibu aku, combi dalam cerita kasim selamat tuuu..hishhh...





Kesimpulan nya ni semua salah media..(aik???)
Hahahah dok dok saja nak carik benda nak pi salah
Padahal yang salahnya aku sebab tak reti bersyukur oiiii..

Haishhh nak kena lempang laju-laju farid ni..
-_-“
(ni kalau sahabat-sahabat aku nun jauh di sana,akak-akak shorubber nampak entri ni, mau kena tarbiah aku..hahaha)
Okeh dah..berenti meroyan untuk kali ni..hoh~

Wasalam. 

3 comments:

sharifahfatinzulaikha said...

hehe..bg saya..cantik tu subjektif...kalo ada org len tgk kita x cntik.jgn sedih..akan ada suatu hari nnt seseorg yg akan nmpak kecantikan kita tu..maka beruntunglah kita.hehe..sebab...dia tu ikhlas..nmpak permata dr longgokan kaca..x ke?hehehhe

Anonymous said...

setiap manusia itu mempunyai sifat "berkehendak" tapi tak semestinya boleh memiliki kesemuanya...

Hanis Zashi said...

cg fatin: heee betul2..tapi tara nak jumpa tu hurm susah jugak la..;p

anony: yup totally agree 100% dengan anda