Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, January 5, 2013

dunia bisnes tu ohsemmm

Assalamualaikum

Genap februari ni cukup lah setahun perniagaan tak bertapak yang nama dia GIJYUTSU ZASHI 
aku rasa darik aku skolah menengah lagik aku dah minat sangat dengan dunia perniagaan

Seingat - ingat aku dalam otak yang dah bertambah usia ni, 
masa skolah menengah dulu aku suka jual barang runcit
macam coklat tango, agar-agar salut gula yang berbentuk beruang  dan kek coklat..

Lepas skolah menengah aku carik keja dekat kedai runcit konon-konon aku dapat berangan macam manage kedai sendirik la..hahah
Lepas tu diam sat sebab sambung belajaq..

Bila dah keja almost 2 tahun, aku sambung balik dunia perniagaan

"Just do it"
Dengan tekad yang bertekad, masa awal februari 2012 aku daftar lah syarikat aku tu,
Modal yang  sedia ada masa tu memang aku dah aim nak bukak cyber cafe,
kedai pun dah booking, sewa rm 1200 sebulan atas dan bawah,

Dalam perancangan aku, belah atas nak buat bilik sewa dan belah bawah cybercafe plus kelas komputer..
siap interview semua bagai, langkah terakhir aku buat, istikarah dan solat hajat..
masa tu memang aku kerja kat Shorubber lagik..bajet kalau dah mula niaga tu buleh la berenti..
Tapi Allah tu lebih tahu apa yang aku tak tau..
aku dimaklumkan kedai sebelah ada anak orang kaya nak bukak cyber cafe,

Bukan rezeki aku barangkali, aku pun cancel dulu nak amik kedai tu..
Bayangkan lah dengan sewa rm 1200 nak balik modal dengan kedai cyber cafe serentak sebelah menyebelah..susah sikit la nak survive..
Masa tu aku rasa elok  aku atur strategi yang lebih baik supaya aku tak habiskan modal kecil yang aku ada..

So aku pun continue kumpul modal lagik,
cuma mungkin excited sangat nak meniaga aku buat plak perniagaan jual roti,
nuget, cucuk-cucuk which is sambutan amat menggalakan! 
Aku hanya perlu bangun pukul 4 pagi dan sediakan makanan..(aku ada cita dah pasai ni dalam post lepas..klik ler kalau nak baca)

Perasaan seronok berniaga tu susah aku nak gambarkan...
aku still keja macam biasa,..so jadual aku full! 
Tapi tiba-tiba company buat rules tak boleh bawak plastik..
Aku anggap tu cabaran, tetap jugak jual cuma bezanya aku tak bungkus,
bawak dalam bekas yang besar, 
Pagi-pagi bawak lah bekas besaq tu naik moto, hahah
dah macam mak cik -mak cik dah aku masa tu..

Disebab kan plastik pembungkus tak dak,
bilangan order dari 30-40 keping tinggal 20 saja..
Dugaan sungguh..
Pastu wujud peraturan tak boleh makan kat pantri lah, susah semuanya..
atas desakan dan nasihat ibu, beliau mintak aku berenti sebab  tak mau aku kena apa-apa tindakan plus beliau kata aku nampak letih sangat...
dan at that time beliau nak  aku tolong apa yang patut untuk siapkan persiapan kenduri adik aku yang nak kawin bulan 10...
Aku pun stop...bajet mungkin aku bleh try cara lain...tapi tup tup stop tu memang stop terus..
tak dak nya sambung-sambung..adeh...

Oleh sebab aku dah ketagih sangat nak meniaga so aku pun buat lah bisnes yang aku bleh buat,
aku jahit butang dekat sarung lengan untuk jual,
aku tolong member aku jual cheese powder, 
aku tolong member aku jual barang kecantikan..
aku tolong kawan abah jual kolagen, 
dan sekarang aku plak jual kolagen tu..hahah..

Baru-baru ni aku survey barang kecantikan dekat indonesia,
saja nak cuba-cuba jenguk dunia kecantikan memandangkan wanita dan cantik susah nak dipisahkan..cewahhh
bagik aku apa salahnya mencuba variety jenis perniagaan kan..
tak susah tapi renyah la..so aku dapat la knowledge baru pasai
camna nak buat telegraphic transfer..shipping, camna nak pos kalau darik outsider, brapa charge bank kenakan
serius ohsemmm...dan lagik bertambah minat aku kat bisnes! 

Tu lah sedikit perkongsian aku pasai bisnes kecik yang aku impikan menjadik besaq sebab aku tak pernah berhenti fikir untuk give up this bisnes walaupun macam-macam aku buat!
Jadik, kepada sapa-sapa kat luaq tu yang rasa nak buat sesuatu yang tak melanggar syarak, tak menyusahkan orang, go for it..belum cuba belum tau..

wasalam

p/s bulan 2 ni jugak la lesen aku expired, nak kena renew ni..huh~ aku rasa nak kena tambah tajuk jugak la kali ni, banyak benda aku nak cuba lagik nih..hahah

2 comments:

nur aisyah said...

jom jadi rakan niaga sama... ^_^

Hanis Zashi said...

nak nak,belah perlis dah ada pasaran ni ;p mai stay sini nak? lepas dah maju ana hantar cawangan ke johor pulak ^^