Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Tuesday, May 21, 2013

Yes hidup memang la camni

Assalamualaikum..

Hi u olsss.... mat kiah back in the houseeeee..hahahaha (erk...mat kiah mana pulak dah..)..Sudah-sudah la meroyan wahai farid-_-"

Mukadimah tak berilmiah lansung..hoh~
Okeh okeh as a promise to one of my friend a.k.a "orang tua" (ini nama panggilan beliau)
Aku telah mengeluarkan perkataan "ar nanti aku update pasai ni dalam blog..hahah"
maka disebabkan aku telah terkeluar ayat tu aku kena lah menulis jugak...haishh

So this post bukan sekadar untuk beliau, tapi untuk diri aku sendiri dan for those out there lah yang rasa buleh amik buat pengajaran sikit-sikit..mana lah tahu kan kan..


















Apa yang kita faham bila tengok word dekat gambaq ni?

Pernah dak kita duduk dalam situasi atau pengalaman atau  kita nampak kat orang lain atau kita yang buat kat orang..hahah :

-  Kita pulun gila stadi, kawan kita plak buat derk ja, rilex..siap main game lagik, pastu tup tup tengok bila result keluaq tak tara mana pun result kita tu tapi kawan kita yang main tadi plak yang dapat high score.

- Penat tungkus lumus buat assigment, kata ber'group' tapi lepas kita dah siap buat, yang lain main letak nama ja.

- Duduk satu rumah skali, masak kita yang masak, cuci kita yang cuci, beli kita yang beli, yang lain?

-  Kita sedia la kemudahan untuk diri sendiri contohnya broadband, kita bayaq bulan-bulan tengok-tengok kawan kita selamba guna tanpa rasa bersalah.

- Member-member sama baya dah buleh pakai kereta dah, kita ni dok terhegeh lagik naik moto.

- Bila jumpa cikgu ka, lecturer ka punya lah nak mengelak sebab 'malu' nak habaq keja kat mana, keja apa, jawatan apa.

- Member lain pakat sambung blajaq tinggi-tinggi, kita ni dok kat 'takuk' lama lagi

- Member kita sama baya masuk keja teruih jadik bos, kita ni dok pegang tittle "assistant" lagi

- Kita suka, sayang, tangkap cinta ngan mamat/minah ni,.pastu lepas usaha semua tengok-tengok dapat kat orang lain jugak. 

- Member kita banyak dah kawin, ada anak, kita ni asyik DOTA  ja (DUNIA ORANG TANPA AYANG..hahah memandai ja ubah ya) 

- Kita beratuq punya panjang dekat kaunter, tengok-tengok VVIP mana tah, terus masuk dalam ja.

- Punya la susah kita pi interview, dah la jauh,duit pun terbang banyak, tengok-tengok dah ada orang 'dalam' tolong kira untuk minah/mamat tu..huh~

- Tudia dia tu, tak yah susah pun semua mudah, belajaq best student, stadi dapat scholar no hutang at all, dapat keja mudah government /swasta, kawin pun mudah..senang nya jalan dia

Cukup list-list tu dulu, dah buat kita rasa angin satu badan kan? Tujuan aku menyenaraikan semua ni bukan nak bagik rasa sakit hati, ada yang aku penah kena dan ada yang aku tolong jadik kaunselor untuk orang-orang sekeliling aku yang kena..Tapi motif nya aku nak ajak kita sama-sama berfikir..Nak ajak 'kembali' ..nak ajak untukbelajaq 'menerima' apa yang dah ditetapkan untuk kita after kita dah berusaha.

"Cuihhh dia ni bab nasihat orang pandai la, tah tah bila kena kat dia lagik teruk apa"

Yes betul, bila nasihat orang memang pandai, bila kena kat diri sendiri fitrah kita sebagai manusia ada rasa sedih..TAPI apa yang kita buat dengan rasa SEDIH tu? apa yang kita buat untuk kurangkan rasa SEDIH tu?
atau mungkin rasa tak PUAS HATI, rasa DUNIA sangat tak adil..
Dan as manusia aku jugak seorang yang lemah, terkadang sewaktu iman lemah yang disebabkan kezaliman diri sendiri, rungutan jugak terkeluaq..

Tapi sekurang-kurangnya kita boleh sama-sama  pujuk hati, sama-sama usaha untuk 'baiki' diri, mana tahu dengan ingat-mengingati begini kita lebih di izin Nya untuk jadik super 'kuat' menempuh hidup yang kita set dalam diri   "tak adil"

Cuba kita ambil balik dari senarai-senarai yang ada tadi, lepas di summarize dan dicari punca  perkara yang selalu kita rungutkan = harta/ money..Dunia sekarang semuanya tentang duit...Betoi dak? sebab apa dari duit tadi wujudlah benda lain yang tak puas hati tu...kurang jelas? sat aku bagik contoh :

Tolong bagitau aku kita belajaq tinggi-tinggi sebab apa? nak pegang pangkat tinggi kan? sebab apa?
Sebab gaji banyak..Bila gaji banyak means pekerjaan tu mesti la yang hebat-hebat kan? bila keja dah hebat, duit berkepuk, kita buleh kawin, beli rumah, beli kereta, dan HIDUP.. (Untuk yang nak belajaq sebab ilmu, congratulation..)

Dahtu kalau kita tak belajaq tinggi  sekalipun kita carik keja untuk apa? bukan sebab DUIT ka?

Ya kita perlukan duit, so disebabkan duit kita tend to banding diri kita and orang lain..kita akan asyik rasa sedih bila kita tengok orang lain yang jalan hidupnya Allah izin jauh lebih baik..mudah..ditambah plak persepsi masyrakat sekeliling "kau banyak duit kau bagus" back to yang aku sebut tadi bila banyak duit mesti dia keja bagus kan? bila keja bagus orang pandang kita tinggi..

ITULAH  'kita'..Susah nak merasa cukup, susah nak syukur, susah kalau tak banding..SUSAH semuanya..
Betoi ka susah atau kita yang jadikan 'nya' susah?

Sekali-sekala duduk, muhasabah diri. Contoh :

Kita pulun gila stadi, kawan kita plak buat derk ja, rilex..siap main game lagik, pastu tup tup tengok bila result keluaq tak tara mana pun result kita tu tapi kawan kita yang main tadi plak yang dapat high score.

Dari satu segi kita rasa sakit hati, kenapa kita..?! wahh depa sedap ja main, tiduq, kita yang bersusah payah kat library, kita yang tungkus lumus siapkan semua, cari sumber..Arghhhh..
Tapi pernah kita pandang satu segi lagi? Eh segi apa pulak dah? segi tiga? empat? hoh~
Segi di mana ilmu tu sebenarnya kita dapat lebih, usaha kita yang 'teruk' untuk dapat ilmu tu, bila sampai di alam pekerjaan nanti dimana 'ilmu' yang jerit payah kita buat tu 'mungkin' dapat membantu..berapa ramai antara kita yang pandang dari sudut ni?

Satu lagi contoh:

Susahnya nak dapat benda yang kita mahu, orang lain mudah ja..Bertimpa-timpa kesusahan yang jadik kat aku, kenapa dia tu senang ja..

Betul kah orang lain mudah? dan betulkah kita susah?
Antara nikmat susah dan nikmat kesenangan, lebih baik lagi nikmat kesusahan
lebih baik lagi apa yang kita mahu tu susah untuk kita dapat, lebih baik lagi kita terus-terus ditimpa musibah..
(Ewah ewah budak ni..cakap  memang la senang..)

Tau sebab apa aku cakap mudah camni? Tolong jawab kat aku, zaman la ni, berapa ramai orang yang ALLAH beri nikmat senang, yang kaya raya ingat Tuhan? berapa ramai? memang la ada tapi persoalanya ramai ka? Bukan lebih banyak yang kufur ka, lupa diri..bila di uji musibah sikit terus terduduk..ha kan?
Pastu slalunya kita ni menangis time bila? ada ka orang kaya menagis sebab dia kaya? kita menagis bila kita sedih, jadi dengan sedih, sekurang nya kita dekat dengan TUHAN..ya kalau dengan ujian kesedihan mampu menjadikan iman kita bertambah, bukankah tu bermakna Tuhan 'nak' kat kita..kan? Jadi setiap kali ditimpa musibah ingat yang TUHAN tu rindu sangat nak dengaq sora kita, sebab ada antara kita yang bila di uji 'senang' lupa diri, lupa TUHAN..ya sebab tu jugak lah antara salah satu sebab TUHAN tak izin kita senang..

"Ah, hang takpa la Farid, semua ada, bukan susah pun.."

Mungkin aku rasa aku slalu di uji kesusahan, payah nak dapat sesuatu dalam hidup atau mungkin aku menjadi manusia yang tak merasa cukup dengan apa yang aku ada sedangkan banyak lagik manusia di luaq sana yang Allah uji jauh lebih berat..

Tapi believe me, apa yang kita nampak kat orang tu bukan seindah yang kita sangka..Kita takkan tau keperitan seseorang tanggung untuk capai ke tahap dia hari ini, tapi as for me setakat la yang aku tau, apa yang aku nak memang aku takkan dapat mudah-mudah..serius..Contoh :

-Masa aku skolah dulu, aku ni otak lembap, payah nak masuk pelajaran, so aku kena usaha lebih sikit la, balik skolah stadi sejam, pukui 3 pagi bangun stadi, sampai ada yang kata kat aku "buat pa sampai nak bangun pukui 3 pagi stadi?"

-Teringin nak pakai handphone? Mak bapak aku ajaq, kalau nak apa-apa kumpui duit beli sendirik, so lepas abeh skolah aku kumpui duit and beli handphone secondhand by myself..Kata abah "abah bukan tak mampu nak beli tapi abah nak hangpa tau duit tu bukan mudah nak dapat dan at least hangpa akan appreaciate benda yang hangpa beli susah payah"

- Allah yang beri rezeki aku masuk poli..Sebab lepas aku habis SPM, aku apply U semua tak dapat, aplly POLI pun sebenaqnya tak dapat..eik? ya aku buat rayuan..aku masuk POLI dari rayuan..bukan check-check terus dapat..

- Famili aku bukan terus-terus senang, my parent start dari bawah, berterit susah payah besaqkan kami adik beradik, pernah susah tapi tak pernah la sampai tak makan, so far alhamdulillah cukup..sebab tu la abah aku pandai masak, disebabkan 'kesusahan' hidup banyak benda belajaq masak sendiri, jarang -jarang dapat melancong, buleh bilang dengan jari..benda yang paling aku tak bleh lupa pasai parent aku, sebab kami adik beradik teringin nak pi langkawi, ibu siap buat pinjaman koperasi semata-mata nak bawak melancong...dan lagik ibu penah cerita abah  duduk dalam rumah masa raya sebab tak dak duit lepas beli baju raya kat kami semua..masa tu aku ngan adik-adik kecik lagik,.

- Ada satu ketika aku pernah di uji sampai aku rasa lebih baik 'mati' sebab terlalu tertekan, asyik ditimpa musibah demi musibah..tapi syukur Allah izin aku 'kembali'..syukur Allah beri aku 'peluang' untuk bertaubat..
Ya aku juga ada masa silam, bukan lahir-lahir terus baik macam yang orang slalu cakap (erk baik lah sangat kan)..

Cukup sekadar contoh-contoh ni, tak baik rasanya aku cerita kesusahan aku, bukan nak habaq yang kononnya aku susah tapi sebagai pengajaran dan perkongsian.

Tudiaaa skali meroyan secara serius, panjang beb..apa-apa pun aku suka untuk kata, apa saja yang aku kongsi kat sini boleh jadik betoi, boleh jadik tak betoi..jadi jangan assume aku tau semua, cari lah sumber-sumber lain, aku sekadar berkongsi rasa, cerita..

Sekian terima kasih ^^

Wasalam

P/S Agak-agak kalau semua orang kaya, bumi ni ada lagik ka dok ya?




Wednesday, May 15, 2013

Tunang

Assalamualaikum,


sumbangan gambaq google..heh~ mustahil tangan aku seputih ni..haha

Tajuk kena la bertujuan nak bagik orang klik kan..hahah

Bila cerita bab tunang ka, kawin ka orang mesti ingat kita dah ada calon kan?
Opss bunyik macam nak promote single ja ni..haishhh mana ada..kena habaq jugak
nanti pakat salah faham sebab aku tulis tajuk-tajuk gini..hoho..(ada sapa-sapa nak kira aku dengan kawan yang tengah single dak?..hahahah okeh aku melawak ja..adeh)

Sekali sekala kalau seorang yang single seperti aku nak menulis perihal orang yang dah ke arah 'itu' tak salah kot kan kan..sekadar nak kongsi-kongsi, pastu cakap pandai..hahah
Dah tu plak aku tulis sebab makin ramai kawan-kawan aku yang sebaya dah tamatkan zaman 'muda'
(kawin = tua..hahahha jangan marah..sesunggunya aku saja gurau-gurau..alaaa u olls ni..erk..) ececece alasan ja nih..hahah

Baru baru ni masa duduk- duduk sembang dengan abah,
Abah ada cakap pasai tunang..sebagai pengetahuan katanya..
Mula-mula aku cakap jugak "ambuih dok tak dok cakap pasai tunang, calon pun tak dak"
Pastu aku tak sangka plak apa yang abah aku sampaikan tu sebijik macam yang aku pikiaq selama ni..
Sebab aku ingat untuk orang yang macam abah aku mesti la dia nak ikut adat kan.
Tup tup lain pulak..hahah elok jugak bapak aku cakap pasai benda-benda ni kan..
Mana la tau Allah izin ada orang berkenan..erkk..hahah

Kisahnya bermula di satu malam lepas masing-masing sudah makan (perbualan sebelum tu rasanya tak perlu kot aku masuk sini, aku skip terus ke bab 'tunang')

Abah : tunang ni patutnya diam-diam saja, tak yah dok habaq kat orang..cukup kalau famili-famili dan kawan-kawan dekat ja tau, kalau tak jadik pun tak dak nak malu apa ka...Kalau ikut abah, tunang tu tak yah susah-susah buat hantaran tu semua, cukup bawak cincin, 'tanda' kata dah tunang..pastu biaq adik-beradik ja yang ada masa sarung cincin..sudah, baju pakai ja baju yang tutup aurat..sewa ka, make up ka tak yah..

Aku : tu la, kakak dok pikiaq benda yang sama, macam buang duit jugak atas benda yang tak pasti, bagi kakak benda ke depan tu kita tak tau lagi la apa nak jadik, nanti nak kawin nak keluaq banyak jugak duit, tunang nak keluaq duit lagik..adeh semput..kita ni terikat dengan adat sangat kan bah...kalau kakak la Allah izin, nak sangat buat macam yang abah kata..cukup 'ala kadar'..

Abah: kita dah set macam tu, orang lain buat camtu, kita pun nak buat camtu, takut nak buat hok 'lain' sikit..takut orang kata,.tapi sebenaqnya nak susah kita jugak,.bila buat ala kadar, tak jadik pun takpa, tak dak la nak bagi balik hantaran ka apa ka, cukup bagik balik cincin kalau depa nak balik..duit pun takat keluaq tak teruk sangat habuan cincin,..kita ni nak sangat jaga 'imej', juai 'ego'..bukan la abah nak kata yang kita kena negatif dok pikiaq benda tak jadik tapi kita kan manusia, buleh rancang saja, nak tentu tu Allah jugak..

Habis dahhhhh..heheh

Cukup kot takat tu dulu, aku rasa apa yang aku nak kongsi pun dah aku muntah-muntah abeh kat blog ni, by the way, apa yang aku sharing-sharing dengan anda ni bukan lah bermaksud benda ni betul atau aku nak soh ikut cara ni , this is apa yang aku ngan bapak aku bincangkan, means boleh jadik ada yang akan ikut cara ni, boleh jadik sekadar tambah pengetahuan..

Hopefully tu as the one who discuss buleh lah praktik kan..haha..tak tahu lah kedepan macam mana..Allah Maha Mengetahui..moga-moga Allah izin bila sampai masa aku nanti, aku buleh buat just the way i want..

Apa-apa pun kita rancang lah tungging terbalik camna pun tapi last-last kena balik kepada Allah, lepas usaha, doa serahkan pada Allah..sebab Allah tu kan sebaik perancang..

Wasalam

p/s  Kalau pun kita tak dak sapa-sapa, jangan risau..ALLAH pasti temukan bila sampai masa..kena YAKIN saja..YAKIN tau ^^..


JAMU MATA :
haaa simple gini kan lawa..

simple dan cute..heee
erk..,biaq betuii? hahaha
hahahah makin pelik zaman la ni

nak habaq kata budak IT -_-"

macam ni pun buleh..hahah
peminat game tegar..hohoho

er..suka tanam pokok? XD

tak tau nak kata apa dah..hahaha..

Sunday, May 5, 2013

Reti masak dak?

Assalamulaikum..

Mengikut rasa-rasa hati aku, kali ni rasa nak kongsi pasai memasak pulak..

Bila sebut masak, apa yang kita pikiaq? Ada dak macam ni:

- Malas
- Leceh
- Takut tak sedap
- Takut tak habis
- Tak reti
- Susah

Abah penah kata kat aku " tak kira lah apa saja kakak buat dalam hidup, kakak kena enjoy, macam masak..walaupun benda tu berkali-kali kakak buat tapi tak jadik, buat  jugak ulang-ulang, jangan pernah give up sebab lama-lama nanti mesti kakak akan dapat jugak 'rasa' dan 'skill' yang kakak nak tu"

"Bagi abah,masak ni bukan benda yang susah bila kita dah enjoy dan yang penting know the basic, bila tau basic semua masakan jadik mudah, pastu kena kreatif dengan bahan yang ada"

Aku pun start belajaq memasak dah lewat dah, tu pun tak sepenuhnya, ikut mood..ada yang aku tau masak, ada yang aku tak tau masak,..even sampai sekarang aku masih belajaq memasak..serius tak tipu..

Plus bapak aku suka masak dan suka cipta resepi baru, dulu aku sebagai anak yang bajet patuh kepada parent, hanya akan menghabiskan masakan bapak aku sampai licin..hahah..malas nak amik tau sebab aku rasa susah, ala list-list yang aku senarai kat atas tu lebih kurang aku punya pikiran lah tu..hahaha dah bapak aku masak, buat pa aku nak susah-susah belajaq kan? T.T

Tapi lama-lama bila asyik makan saja, terjadik satu peristiwa yang mana bapak aku masak moi sup masa raya  kedua dan masakan tu licin tak sempat tengahari kena masak lain..pastu pakat-pakat kata buleh bukak kedai..hoh~

Aku pun mula la rasa teringin nak tau and nak belajaq, sebab 'terpikiaq' incase aku tak dak keja lepas aku habeh belajaq dari poli, aku bulehlah meniaga masakan bapak aku tu.(.hahah bila nampak duit baru nak belajaq..ada ka patut -_-" )

Tapi lama-lama bila dok belajaq rasa syok jugak memasak ni, betui cakap abah, tak susah..kita saja dok complicated kan fikiran kita yang susah nya nak buat gulai, padahai simple saja..

Aku ada satu buku resepi, yang mana abah ajaq, lepas siap memasak teruih aku tulis dalam buku tu, so next time bila nak masak aku buleh rujuk buku tu,ada ja yang aku kena gelak ngan bapak aku sebab asal memasak ja bukak buku tu tapi aku buat derk ja sambil kata "i am copy cat"..Means setiap resepi yang bapak aku reka aku tiru sebijik-sebijik..

Banyak jugak yang bapak aku selaku ketua chef kat rumah ajaq,
Apa perlu buat nak hilangkan hanyir dalam minyak, dalam masakan, bila terlebih berminyak nak buat apa, bila terlebih garam apa perlu buat, macam mana nak bagik nasik tu masak jadi panjang-panjang tanpa perlu guna beras brasmati, teknik-teknik buat nasi goreng dengan betoi, nak bagik manis dengan guna bahan semulajadi, masak without guna ajinamoto lansung..fuhh macam-macam..

Dan setiap kali aku masak beliau akan komen, so far baru 1 atau 2 saja yang dia akan kata "okeh yang ni sedap" , yang lain-lain "boleh tahan" , " sikit lagik nak capai perfect" , "rasa dia tak sampai"

Paling best aku buleh jual masakan dan dapat feedback yang baik..heheh especially resepi inti roti..
Yang mencabar sikit masa buat  koteaw goreng la sebab aku kena goreng beberapa hari before aku nak juai sebab bapak aku nak aku capai rasa yang betui-betui sedap untuk juai kat orang..so 2 hingga 3 hari asyik makan koteaw saja..iskisk..Alhamdulillah berjaya..cuma tak sebijik rasa macam bapak aku buat -_-"

La ni plak aku tengah aim nak masak ikan, disebabkan aku ni tak makan ikan, aku lansung tak amik tau cara nak masak ikan..pastu baru-baru ni bapak aku yang turut tak makan ikan pun bersuara :

Abah nak kakak belajaq masak ikan, nak carik laki (husband) yang tak makan ikan jugak bukanya senang..kalau jumpa laki tak makan ikan pun takkan mertua tak makan ikan, pastu dah buleh anak-anak takkan tak mau bagik anak-anak makan ikan?

-_-" dush dush

Urghh i hate ikan so much..T.T but what abah said to betui jugak..haishhh my mums ngan adik-adik plak peminat ikan tegar, hahah okeh ada mangsa nak dera untuk makan masakan ikan aku..bahahahah (gelak jahat)...

Well cukup lah perkongsian kali ni, pesanan aku kita tak pernah terlambat nak belajaq masak, tak kisahlah umuq berapa pun, yang belum kawin, yang dah kawin, semua buleh..dan please learn it to survive..jangan buat sebab sapa-sapa..Enjoy dan selamat belajar ^^

Sila berfikiran terbukak... Memasak is not just for perempuan , when kita sebut to survive, its means everyone..,lagipun ramai ja chef lelaki yang lebih superb dari perempuan kan..eh salah ayat.kebanyakan chef yang hebat is lelaki -_-"

Okeh byeeee..jumpa lagik..

Wasalam


Gambaq selingan :)

abah teringin nak makan cucuq jagung + teh wangi


sotong paprik kunyit + sup sayuq kobis..heheh  jangan pandang rupa dia..gahahah



Bila pi keja awai-awai

Assalamualaikum,

Bila hari sabtu terpaksa keluaq awai jugak untuk pi keja suddenly rasa sunyi pelik ja jalan kat kangaq -_-"
Padahal dah almost 6 month dah dok pi keja pukui 6.50 hari sabtu..haishhh

Near putra palace pukui 6.50 am Sabtu 
Lalalala, tu ja nak cerita..bye ;p

Wasalam