Mengikut rasa-rasa hati aku, kali ni rasa nak kongsi pasai memasak pulak..
Bila sebut masak, apa yang kita pikiaq? Ada dak macam ni:
- Malas
- Leceh
- Takut tak sedap
- Takut tak habis
- Tak reti
- Susah
Abah penah kata kat aku " tak kira lah apa saja kakak buat dalam hidup, kakak kena enjoy, macam masak..walaupun benda tu berkali-kali kakak buat tapi tak jadik, buat jugak ulang-ulang, jangan pernah give up sebab lama-lama nanti mesti kakak akan dapat jugak 'rasa' dan 'skill' yang kakak nak tu"
"Bagi abah,masak ni bukan benda yang susah bila kita dah enjoy dan yang penting know the basic, bila tau basic semua masakan jadik mudah, pastu kena kreatif dengan bahan yang ada"
Aku pun start belajaq memasak dah lewat dah, tu pun tak sepenuhnya, ikut mood..ada yang aku tau masak, ada yang aku tak tau masak,..even sampai sekarang aku masih belajaq memasak..serius tak tipu..
Plus bapak aku suka masak dan suka cipta resepi baru, dulu aku sebagai anak yang bajet patuh kepada parent, hanya akan menghabiskan masakan bapak aku sampai licin..hahah..malas nak amik tau sebab aku rasa susah, ala list-list yang aku senarai kat atas tu lebih kurang aku punya pikiran lah tu..hahaha dah bapak aku masak, buat pa aku nak susah-susah belajaq kan? T.T
Tapi lama-lama bila asyik makan saja, terjadik satu peristiwa yang mana bapak aku masak moi sup masa raya kedua dan masakan tu licin tak sempat tengahari kena masak lain..pastu pakat-pakat kata buleh bukak kedai..hoh~
Aku pun mula la rasa teringin nak tau and nak belajaq, sebab 'terpikiaq' incase aku tak dak keja lepas aku habeh belajaq dari poli, aku bulehlah meniaga masakan bapak aku tu.(.hahah bila nampak duit baru nak belajaq..ada ka patut -_-" )
Tapi lama-lama bila dok belajaq rasa syok jugak memasak ni, betui cakap abah, tak susah..kita saja dok complicated kan fikiran kita yang susah nya nak buat gulai, padahai simple saja..
Aku ada satu buku resepi, yang mana abah ajaq, lepas siap memasak teruih aku tulis dalam buku tu, so next time bila nak masak aku buleh rujuk buku tu,ada ja yang aku kena gelak ngan bapak aku sebab asal memasak ja bukak buku tu tapi aku buat derk ja sambil kata "i am copy cat"..Means setiap resepi yang bapak aku reka aku tiru sebijik-sebijik..
Banyak jugak yang bapak aku selaku ketua chef kat rumah ajaq,
Apa perlu buat nak hilangkan hanyir dalam minyak, dalam masakan, bila terlebih berminyak nak buat apa, bila terlebih garam apa perlu buat, macam mana nak bagik nasik tu masak jadi panjang-panjang tanpa perlu guna beras brasmati, teknik-teknik buat nasi goreng dengan betoi, nak bagik manis dengan guna bahan semulajadi, masak without guna ajinamoto lansung..fuhh macam-macam..
Dan setiap kali aku masak beliau akan komen, so far baru 1 atau 2 saja yang dia akan kata "okeh yang ni sedap" , yang lain-lain "boleh tahan" , " sikit lagik nak capai perfect" , "rasa dia tak sampai"
Paling best aku buleh jual masakan dan dapat feedback yang baik..heheh especially resepi inti roti..
Yang mencabar sikit masa buat koteaw goreng la sebab aku kena goreng beberapa hari before aku nak juai sebab bapak aku nak aku capai rasa yang betui-betui sedap untuk juai kat orang..so 2 hingga 3 hari asyik makan koteaw saja..iskisk..Alhamdulillah berjaya..cuma tak sebijik rasa macam bapak aku buat -_-"
La ni plak aku tengah aim nak masak ikan, disebabkan aku ni tak makan ikan, aku lansung tak amik tau cara nak masak ikan..pastu baru-baru ni bapak aku yang turut tak makan ikan pun bersuara :
Abah nak kakak belajaq masak ikan, nak carik laki (husband) yang tak makan ikan jugak bukanya senang..kalau jumpa laki tak makan ikan pun takkan mertua tak makan ikan, pastu dah buleh anak-anak takkan tak mau bagik anak-anak makan ikan?
-_-" dush dush
Urghh i hate ikan so much..T.T but what abah said to betui jugak..haishhh my mums ngan adik-adik plak peminat ikan tegar, hahah okeh ada mangsa nak dera untuk makan masakan ikan aku..bahahahah (gelak jahat)...
Well cukup lah perkongsian kali ni, pesanan aku kita tak pernah terlambat nak belajaq masak, tak kisahlah umuq berapa pun, yang belum kawin, yang dah kawin, semua buleh..dan please learn it to survive..jangan buat sebab sapa-sapa..Enjoy dan selamat belajar ^^
Sila berfikiran terbukak... Memasak is not just for perempuan , when kita sebut to survive, its means everyone..,lagipun ramai ja chef lelaki yang lebih superb dari perempuan kan..eh salah ayat.kebanyakan chef yang hebat is lelaki -_-"
Okeh byeeee..jumpa lagik..
Wasalam
Gambaq selingan :)
abah teringin nak makan cucuq jagung + teh wangi |
sotong paprik kunyit + sup sayuq kobis..heheh jangan pandang rupa dia..gahahah |
No comments:
Post a Comment