Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, March 12, 2011

Kerisauan seorang ibu

Assalamualaikum


Dah lama nak cerita tentang ni..
Mungkin sebelum ni merasakan bahawa seakan - akan malu untuk luahkan

Cerita diganggu seketika (iklan)
Teringat kutukan seorang insan
"Cehh, sejak bila Farid tahu malu"  kata seorang bro
"Eh tentulah saya malu bro, saya kan seorang perempuan" aku membalas sambil tersipu - sipu

Balik kepada story tadi
Bagi aku 22 itu masih mentah, muda lagi

Ya...masih lagik hingusan...
Itu lah yang aku buleh kata pada diri sendiri
Terlalu kebudak - budakan aku ni

Tapi tidak buat ibu aku

"Ibu ni dulu, umur 22 dah kawin dengan abah" ibu ku memulakan perbualan

"Tengok la ni, anak dah umur 22, ibu baru umuq 46 taun" kata beliau sambil menjamah biskut kering cicah teh

"Cepat - cepat lah carik, ibu teringin nak main ngan cucu" lagi ayat berbisa aku terima

"Ibu,.. esok kakak ingat nak pi kedai sat" kononnya nak ubah topik..(ingat ibu tak perasan ka)

"Ibu cakap bab kawin, dia alih topik pulak" balas ibu ku

"Ibu,..." aku memulakan perbualan..bajet nak serius kononnya...
"Kakak ni bukan tak mau kawin, tapi calon nya enggak ada sih, gimana mau kawin" jawab aku dalam nada indonesia, sedikt main - main
"Lagipun, kakak tak minat kapel -kapel neh..hahah" sambung aku

"Yalah, ibu ngan abah ni bukannya nak tongkat langit, bisok lusa belum tentu" Ibu ku dah start ayat sedih

"Ada jodoh ada lah ibu..InsyAllah, nanti kawin la kot...heeeeee.....kakak ni bukannya macam nurul, dah la gelap, hodoh pula, tak dak sapa nak" balas aku konpident
(nurul itu adik aku )

Aku sangka ibu takkan balas lagi, rupa - rupanya ini ayat beliau :
"Isk...orang india pun kawin, tu tara dia hitam, kakak bukannya hitam sangat"
"anak ibu semuanya cantik"
ayat penyedap seorang ibu sudah keluar

Aku terdiam terus ..tahu maksud ibu tu...
Tumpuan kami kini pada air teh strawberi yang masih panas di dalam cawan

"Tak pa ibu, nanti kakak buat iklan dalam e-bay" aku memecah sunyi dengan bergurau

"Haishhh budak ni" ibu menggeleng kepala
"Main - main pulak dia"

Aku tersengih macam kerang busuk..bahkan lagik busuk pada kerang..

Ikutkan otak gila aku ni
Nak saja aku buahkan hipotesis akuyang aku telah dapat
hasil dari pembacaan buku TENTANG CINTA 

semakin manis cinta sebelum kawin
semakin tawar lah cinta selepas kawin

Just imagine,..
Kita akan spend masa sepanjang hidup dengan beliau si suami atau isteri
Jadi why kena bercinta sakan before kawin?

Tapi aku tak lah seberani  tu nak jawab begitu kat ibu...
Aku paham  kerisauan beliau sebagai seorang ibu

Dulu masa aku kecik beliau risau pasal sekolah, belajar dan belajar
Bila dah besar beliau risau pasal keja, kawin, cucu
Esok - esok aku dah jadik ibu tahulah rasanya....

Beliau ada lah sedikit panik, mungkin saja..
Mana taknya, zaman sekarang ni orang yang tak kapel tu ibarat ketinggalan zaman

Rata - rata manusia mesti ada "si intan payung" "pucuk ulam jantung" hahaha
Anak beliau pulak tak pernah kapel..

Nak dibandingkan adik - adik aku yang tak jauh beza umur dengan aku
Banyak peminat, ada plak pasangan masing - masing

"Patutnya ibu bangga la kakak tak kapel" jawab aku satu ketika dulu
Masa tu umur aku dah masuk 20 an

Thats why aku lebih suka menggunakan ayat
Aku ini apa lah sangat...satu - satu nya anak yang berkulit gelap

Jadi, syukurlah aku begini
If tak dah lama lalai dengan kecantikan sendiri...Alhamdulillah

Jangan salah sangka
Bukan aku tak percaya pada lelaki
Cuma rasanya aku tak berminat pada hubungan yang tak halal
Banyak buruk dari baiknya...

Ada yang mengatakan aku kolot
Tak kurang juga yang mengatakan aku mesti akan ada "pacar" tak lama lagi

Tapi aku mohon biarlah tak dak saja
Kuatir + risau kalau - kalau tak mampu menjaga hati
Syariat pun akan bertambah - tambah la longgar....

Mengingati si "dia" lebih dari Tuhan
Pastu dah tentu apa yang aku sentiasa berpesan - pesan pada diri dan orang lain
AKU SENDIRI YANG BUAT...

Uishhh...tak sanggup aku....
Biar kolot saja anggapan orang
Yang pasti Tuhan tak pandang kita kolot...

(entry ni sudah terlalu lama diperap, baru sekarang ingat nak post..-_-")

Thursday, March 10, 2011

Gila kah aku?

Assalamualaikum...

Dalam bilik server
Mengadap terminator (nama komputer itu)

Jam di tangan menunjukkan pukul 12...9 March 2011 Rabu

"Cantekkk" kata si comel Farid

"Ada time neh aku nak update blog"

tap tap tap (sila ambil perhatian : ini adalah bunyi menaip menggunakan  keyboard)
Laju saja si farid ini menaip dalam bab merapu -_-"
http://www.emocutez.com
tok tok tok (Ini pula bunyi pintu diketuk)
aku buat muka pura - pura terkejut...

Sepatutnya hendaklah aku membuat muka rilex saja supaya tak kantoi
Ini lah akibat orang tak pandai cover lansung..

Bukan apa risau ditambah rasa takut juga  kalau bos yang ketuk pintu
Pasti beliau akan salah faham...
Beliau bukannya tahu aku duty pada hari ini...

Aku tak sempat menutup blog ku
"Ahhh, lantak lah" bentak aku

aku menuju ke pintu
Rupa - rupanya bro Affa yang mengetuk

Fuhhhhh....
"Farid, email problem ka?" tanya beliau

"Dok aihhh" balas aku

"Dah tu awat email saya problem" kata beliau lagik

Sudah tentulah aku harus ke tempat beliau,
kerana problem takkan settle jika aku hanya bercakap pandai saja

Setelah selesai aku meng "settle" kan masalah bro tersebut
Aku pun kembali ke bilik server bagi menyempurnakan penulisan blog aku

"Aikkk??"
Bila masa lak aku publish?

Gadup dup dup (bunyi instinct) ~ tergerak hati aku mahu membacanya semula
Aku pun menyangka maybe aku lah yang tertekan "publish" ketika aku berpura - pura terkejut awal -awal tadi

Tengah - tengah best aku bersangka baik,
tetiba aku ternampak satu ayat =
http://www.emocutez.com
"Aku yang semakin giler dan sememangnya aku giler...
terus aku menari2 ala2 babun depan mesin ATM tu.."

Ceh..bila masa lak aku menulis segila neh
Memang sah la..
Dah tak dak orang lain lagi yang buleh ke bilik server ini
Bro wandy punya keja la neh...Haishhhh -_-"


Lalu aku pun kena dan haruslah edit semula
Kerana nanti tak fasal -fasal aku dianggap gila..Isk isk
"Ada ka patut kata aku ini gila, aku dah cukup normal lah ni" kata aku bangga sambil buat muka 'kerek'


Sekian cerita tamat

P/s aiseyyy...terpaksalah aku men "delete" gambar bro wandy yang telah aku sertakan di sini memandangkan nanti beliau tersipu malu pula apabila melihat gambar beliau di sini..hahah

P/s 2 (orang buat satu p/s, aku buat dua..buahahaha)
Bagaimana lah aku tak gila?
Orang di sekeliling aku banyak yang 'gila'
Buleh kah aku kata begitu? hahah
Okeh,...sesungguhnya saya bergurau saja..Jangan marah...
http://www.emocutez.com

Wednesday, March 9, 2011

Lari dari rumah??

Assalamualaikum

Perancangan bulan neh:
Bayar hutang kat abah RM 100 (beli sparepart komputer)
Bayar moto RM 200
Barang bulanan RM ...

PTPTN pun dah 'mai' rumah,
Punya la rapat aku tutup pintu,

tengok-tengok masuk jugak ptptpn ke dalam umah aku -_-"
Nak halau takot 'sentap' plak..hoh~

Gila memang smooth aku rancang,
Namun, pada satu hari ketika sedang 'baik' punya berdiri kat ATM bajet nak tekan duit,

lantas apabila mau menekan duit sudah tentu aku mau mengeluarkan ATM card
namun tiba- tiba dengan rasa seram sejuk aku tak menjumpai kad ATM yang selalu nya menyibuk di dalam poket kecik aku yang comel  ini

"Ceh..."aku mendengus, sempat jugak aku toleh sekeliling sebelum aku mengeluarkan kata -kata
"Hampeh kau ATM card, tadi aku dah suruh masuk dalam poket" kata aku lagik
"Degil..." aku mengata lagik, tapi kali neh dalam hati kerana sudah ada orang di belakang ku..

Terus OTAK aku pun ligat carik balik backup 2 minggu lepas
Waktu tu memang last time aku keluarkan duit yang berjumlah ........ (sensor)

Pada waktu tu aku telah menyuruh kad ATM ku masuk kedalam beg kegemaranku sebab aku dah tak larat mendukung beliau di tangan

Namun otak aku seperti sudah tak larat nak mengingat..
samar - samar....
Sure tak sure..
yaaaa seingat otak aku memang last time banyak tu lah aku keluar kan...

Aku nekad
Mesti wajib carik...
If biar kad ATM tu merayau nanti takut kena culik plak..

Dush kepakkkk kepommm (bunyik  aku mencarik kad ATM)
huh~ puas aku carik si kad ATM...

Dalam kuali, bawah katil, dalam laci, dalam periuk nasi..satu rumah la kiranya
Pada hal memang tau dah tak kan logik punya...huh~

Hampa...Kali neh nampaknya kad ATM benar-benar bawak diri
"Merajuk la tu...sikit -sikit merajuk" kata aku seakan menyesal

Lalu aku menge "check" adik beradik kad ATM
iatu mycard dan lesen memandu

Ya mereka maseh ada..Fuhhhh...
Alhamdulillah..kata aku sambil buat muka cute lega

Akhirnya setelah matahari mula membenamkan diri beliau,
aku membuat lah keputusan bahawa kad ATM telah lari dari rumah

Sedih bercampur hiba
aku pun berkata dengan sopan nya
"Tak pa lah, akan ku ganti kau dengan yang baru dan aku berjanji bahawa akan menjaga pengganti kau dengan baik"

Cerita tamat

Wednesday, February 23, 2011

Wayar talipon ka?

 Assalamualaikum

Sedikit kisah di tempat carik rezeki

http://www.emocutez.com"Apahai kau farid, macam tak dak benda lain nak pakai, ada ka wayar talipon pakai kat tangan"
kata bro mamat
"Huh bro apa tau, ini adalah seni yang tak dapat di explain kan"
sambil tepuk dai (dahi) "ceh, seni kat mana tah, ada jugak pompuan yang pelik cam ang neh no farid"
buat -buat seolah muka terluka padahai serius aku tak kisah " Halaaa banyak kegunaanya neh"
bro tu geleng -geleng pala saja...mungkin agak "penat" mengata kat aku
tambahan aku yang asik bagik jawapan yang mantap- mantap...hahah

http://www.emocutez.comaku pown membalas konon - konon mau sakitkan hati beliau padahal
sebenarnya aku sedang melarikan topik agar gelang kesayangan aku tidak dikutuk oleh beliau
"kasihan gelang ku, bersabar ek" kata aku pada gelang ku...seolah memujuk

"bro buleh tanya satu soklan dak?"
http://www.emocutez.com"apa dia?" kata beliau lagik
"tapi bro dilarang marah" aku membagik syarat
lantas dia menjawab " wokeh aku tak marah"
lalu dengan kebenaran lampu hijau yang beliau bagik aku pun bertanya
" pasai apakah isteri bro sangat -sangat cantek tapi bro tidak kacak?" soklan neh suda cukup untuk membolehkan aku mendapat sepakan percuma..
lalu pada saat itu aku pun mula membuat tanda - tanda mau melarikan diri...
http://www.emocutez.com
" hampeh sungguh kau farid"
aku sudah lari ketika itu kerana khuatir beliau tidak boleh menerima kenyataan darik soklan aku yang agak panas..hahah

wasalam...

Tuesday, February 22, 2011

Jatuh hati

Assalamualaikum

http://www.emocutez.com
Tak sama ngan yang lain - lain...
Aku dah jatuh hati !

Benarlah satu penyataan,
kena caranya lagu amat memainkan peranan dalam dakwah

Kata - kata nya indah.


Thank to adik yang share kan video ni pada kakak...http://www.emocutez.com




http://www.emocutez.comSangat kagum + terharu dengan keperibadian Rasulullah....
Sayangnya Rasulullah dengan kita...
Kita bagaimana?.

Ramai orang lebih prefer mencintai manusia darik Rasul
http://www.emocutez.comRamai orang lebih CINTA dunia darik CINTA Allah dan Rasul
Ya mungkin yang sedang menulis ini juga sama...
Moga- moga Allah memilih kita semua untuk mencintai Dia dan pesuruh-Nya Rasulullah melebihi segalanya...

Ya Rasulullah kami rindu padamu...
Moga Allah beri peluang pada kita semua untuk bertemu insan hebat ini...
AMINNNN.....

Sunday, February 20, 2011

Batu penghalang

Assalamualaikum
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, 
Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu loncatan"
Aku suka akan kata-kata ni...
Banyak yang dapat kita kaitkan buat baju 
Allah SEKAT kita darik MEMBUKA aurat,
adakah anda mengangap ia sebagai halangan untuk anda buat apa-apa?
(sudah tentu aku maksudkan buat apa- apa tu yang tak bertentangan ngan syariat la) 

Betoi kah ianya menjadik satu halangan?
Mai mai, mari dan meh kita selidik sikit...
Kita ni kan pakai tudung, pastu pastu
balik mana dan celah mana kah  atau di manakah kesusahan untuk kita main sukan?
Bukan lagik best apa rambut tak kotor if suddenly terjatuh dalam lumpur kan
Oh and some says "tudung kacau laaa, nanti angin tiup terbuka"
Errr sorry for intterupt....but atceli kan la ni dah banyak vas2 (sejenih baju yang tidak mempunyai lengan) pelbagai pesen (fesyen)
yang buleh puan-puan memakainya ketika bermain...
telah tercoverlah kehadiran tudung yang kunun-kunun mengganggu puan-puan sebentar tadi...


Kemudian - kemudian ada lagik jawapan : 
Oh panas la banyak-banyak lapis
Arrr...ohhhhh..panas ya?
cuba la kita try test letak tangan kat ayaq yang mendidih tu sikit saja,
Agak-agak rasa dia camna entah?
Uishhh tu baru ayaq (air) kat muka bumi Allah
belum lagik neraka Allah...agak-agaknya camna entah?
Buat keja? apa kaitan keja ngan tudung kepala?
Lagik kemas apa rambut tak jatuh, luruh ke dalam makanan atau ke atas lantai

Halang anda untuk nampak cantik?
Sikit - sikit nak cantik depan manusia, depan Allah bagaimana?
Kalau cantik - cantik seorang perempuan pun last - last kawin ngan SEORANG lelaki sahaja iatu sama dengan 1,
jadik dimana yang bagusnya? 
dan tidak kah hebat apabila anda hanya menjadikkan  suami anda saja teristimewa untuk melihat mahkota anda?
Ada ka seorang pemaisuri sesuka hati tayang mahkota nya dan tak simpan ngan elok?
Bukankah mahkota tu akan disimpan dan dijaga ngan rapi?
Jadik same goes to our aurat,
Dah cakap statement "rambut is mahkota for women, very precious"
then why tayang merata?

Bukan suruh jadik serebeh (selekeh) tapi definisi cantik tu sendirik, 
Adakah anda faham, atau buat- buat faham?
Cukuplah sekadar kemas dan bersih....
Tak perlu buka-buka...

Lagik statement
Pakai tudung banyak benda tak boleh buat
Habis tu kalau tak pakai tudung banyak perkara haram buleh buat?
Haram tetap haram
Kau pakai tudung atau tidak as long as kau islam
HARAM is HARAM....
dosanya tetap sama, 
tak dak bezanya

Dan jika anda merasa orang yang pakai tudung lagik teruk pada yang tak pakai tudung
maka ketahui lah sekiranya satu hari Allah bukak pintu hati anda untuk bertudung,
BELUM TENTU anda tidak akan menjadik seperti orang-orang yang anda kata teruk itu
Jadik BERHENTI mencarik salah orang yang MAHU menutup aurat dan fokus kepada diri sendirik yang TIDAK MAHU atau INGKAR menutup aurat
Berdiri depan cermin dan kata pada dirik sendirik baru LIHAT orang lain

Ini baru cakap pasal sekatan yang Allah bagik pasal aurat
belum lagik lain-lain
See from satu quote kita buleh amik banyak pengajaran
Itulah aku amat suka ngan ayat atas skali itu (sila tengok balik permulaan karangan..hahah)

Bila cakap pasal aurat memang takkan habeh....
Terkadang merasa geram pada manusia - manusia yang suka menghukum...
Tentang kisah ni aku akan ceritakan pada entry akan datang ^^


p/s  Jika kena caranya, anda tetap akan nampak cantik bertudung
Wasalam



Sunday, November 7, 2010

Sayu

Assalamualaikum....
http://www.emocutez.com
http://www.emocutez.comSebelum aku start entry kali neh,aku mau pesan...entry kali neh lebih kepada rasa emosi...
Jika sebut "emo" saja paham-paham saja lah bagaimana isinya...
Tak perlu baca jka takmau..tidak ada yang memaksa..


Ya...rasa sayu dihati.... 
Tak dapat lagi dibendung..
Tak dapat lansung di elak....
Hari yang aku lansung tak nantikan....
Hari yang aku tidak mahu masuk ke dalamnya mahupun menempuhnya....
Tetap hari itu aku terpaksa langkah dengan berat....


Mereka pulang akhirnya...
Pulang ke kampung masing-masing...
Nun jauhhhh...tak tercapai langkahku kesana...
Setakat ini belum Allah izinkan lagi....        
 
 
Merekalah sahabat dunia akhirat....
Sahabat dunia akhirat lah yang paling sukar dicari...
Kalau ada mereka hanya hadir sementara dalam hidupku
Kemudian,mereka pergi...pergi jauh dariku....         
Sahabat dunia akhirat yang asal "senegeri"juga merantau....




Mereka ada ketika aku susah
Mereka ada ketika diri ini dalam kegelapan
Mereka ada ketika aku melakukan kesilapan
Mereka ada ketika diri ini lalai
Mereka ada ketika aku memerlukan nasihat
Mereka ada ketika aku kesedihan
Ya mereka ada

Aku tidak pernah walau sekali mendengar mereka merungut tentang sikapku
Aku tidak pernah dengar "jemu" dari mulut mereka
Aku tidak pernah lihat mereka merasa putus asa dengan ragamku

Rasanya seperti baru semalam kita berkenalan...
Rasanya seperti baru tadi kita bercinta
Rasanya seperti baru saja kita memupuk ukhuwah ini
Ya Allah betapa aku sudah mula merindui....

Ya benar sahabat,
Sudah sampai masanya kita bawa diri masing-masing...
Sudah tiba masanya kita berjuang sendiri...

Kenangan, ukhuwah yang terbina takkan aku lupa...
Itulah cinta ukhuwah yang terindah pernah aku alami...
Betapa manisnya tak dapat ku gambarkan


Tadi dengan izin Allah waktu aku ke poli,
Aku berjaya peluk puas sahabat-sahabat ku....
Kemudian satu ketika otak aku ligat berputar...Aku termenung....
Di satu sudut..bermain kembali senyuman-senyuman ikhlas sewaktu berbuka puasa bersama...
Dalam satu talam...bersuap-suap sesama kita...dengan kenalan baru..dengan adik-adik
Di satu sudut  aku terlihat usrah-usrah yang kami hadir bersama
Di satu sudut aku seolah-olah nampak kembali memori memasak bersama
Aku nampak kita semua begitu gembira.....


Sewaktu mereka khabarkan kat  aku yang paper last mereka bulan 11,
Aku seolah berharap bulan sebelas tu tak wujud...
Tak logik..ya aku tau...
Tapi berhentilah bulan..berhentilah setakat bulan 10 saja dan ulanglah kembali semuanya...
Farida...itu semua mustahil
Berpijaklah di bumi yang nyata....
Adat perkenalan pasti ada perpisahan....

Jazakillah ya sahibah-sahibah
BERTEMU DAN BERPISAH KERANA ALLAH
UHIBUKKIFILLAH ya sahibah.....


Wasalam

Friday, October 15, 2010

Kenangan dan emosi

Assalamualaikum


"Enti, ana teringin teh strawberi, heheh..."
"Meh la bilik ana, ana bancuhkan"
"Ahaaaa insyAllah ana pi lepas isyak okeh" 
"Okeh enti..ana tunggu"


Pada waktu tu Tuhan saja yang tahu,
Seronoknya bukan main kepalang....
seorang sahabat yang sering bersama waktu susah dan senang mau bertendang menyinggah ke bilik..


Ada satu "waktu."
"Waktu" yang  takkan aku  lupa sampai ke hari ini....
Malam,
Esok kelas cancel...Jadi lokasi aku adalah bilik sahabat yang tersayang...
Kehadiran aku seringkali disambut dengan gembira..
Seolah-olah komputer yang bakal di "upgrade" 
Seolah-olah sudah lama tidak bertemu...


Pada "waktu" tu aku memendam rasa...
Menghalimunankan atau lebih tepat lagi "hidden file" yang tak patut di lihat....
Kononnya cuba untuk happy....
Tapi ternyata, 
Sahabat aku still boleh "detect"
Kuatnya "anti virus" kasih sayang yang beliau pakai, 
hinggakan "trojan" sedih yang aku cuba sembunyikan beliau berjaya "scan" walaupun di dalam hidden file...
Aku keluarkan semua data yang dah dijangkiti virus
Beliau mendengar dengan baik...


Sehingga sampai pada satu "hidden file" yang tersembunyi di dalam "document and setting" dalam "local disk c',
data-data tersebut seperti tersekat......
aku tak mampu lagi menahan virus sebak...
Perlahan aku muntahkan sejenih titisan yang bernama "air mata"
Sahabatku menyapu air mata ku....
"Sabarlah Farida, enti janganlah sedih...Kalau enti sedih, ana lagi sedih
ana sayangkan enti, Enti jangan sedih ya"
Lalu dia dodoikan aku dengan zikir "Lailahaillawah" 


Takkan aku lupa alunan itu...
Takkan aku lupa detik itu...
Yang pasti satu ketenangan yang membuatkan diri yang lalai ini kembali mengingati Tuhan...
Virus yang tadinya menguasai, telah di "delete" dengan jayanya....
Terima kasih wahai sahabat....


Namun kini....
Rasa amat terkilan dihati...
Ketika beliau hilang orang penting di dalam hidupnya
Aku tidak disisinya
Ketika beliau sedih mengalirkan air mata,
Aku bukan disampingnya....
Ketika beliau menghantar mesej kepadaku,
Lewat petang baru ku balas...
Dimana peranan ku pula sebagai "anti virus"?
Dimana tugasku sebagai "firewall" yang sepatutnya setia "on" dalam  "operating system" ?


"Kesibukan" ku jadikan alasan...
Tugas "dakwah" aku tangguh-tangguhkan
Hinggalah sahabat sendiri memerlukan aku pun.., aku tidak disitu....


Moga-moga Tuhan temukan kami buat kali terakhir......
Sebelum sahabatku pulang ke kampung halamanya.....
Agar aku dapat memeluknya dengan puas.....
Agar aku dapat memohon maaf darinya..
Agar dapat ku katakan aku sayang padanya....
Agar dapat ku tatap puas wajahnya....


Wahai sahabat..maafkan aku.....
Kerana aku bukan sahabat terbaik untuk mu.....




Sunday, October 3, 2010

Tabiat "some" human

Assalamualaikum





Dia suda mau buat dah…
Darik cara gerakan memang sah..hoh konpiden betoi
Dia senget badan pastu buat muka lega..
Haha..bajet tak dak sapa tengok..ceh..
Kena spesis manusia yang “suka perhati orang” dok usha dia,
Haishhh...lagi pown tabiat manusia adalah satu perkara yang paling besh untuk ditengok
Fuhhh sedap betoi dia kentut, bau pown leh tahan..
Nyesal aku tak tarik nafas awal-awal




Apa reality sebalik perkataan yang aku sedikit sebanyak mengarut neh?
Ada manusia yang buat jahat tapi bajet tak dak sapa tau
Tapi hakikatnya ? Tuhan kan tau
Lupa ka?
Ya depa lupa…Kalo depa ingat dan takut Tuhan, takkan depa buat kan?
Ramai yang tau hakikat “Tuhan tengok apa yang kau buat”
Tapi tak ramai yang betoi-betoi “ingat Tuhan” bila nak buat jahat
Opsss sat sat beb, aku tak kata kentut tu jahat
Tapi amik la analogi kentut tu sebagai nasihat yang mendalam dan tersirat (chewahhh)




Ibarat kita rasa si fulan tu atau si fulan neh takdak
Alaaaa...depa bukan tau pown kalo aku buat..
Ceh kalo nak curik buat la depan-depan..huh~
Macam la ada orang brani curik depan-depan?
Tapi zaman la tak leh kira gak
Macam-macam da jadik,
Bunuh orang cam sembelih ayam..kejam…






Al-kisah bila “geng” aku balik cuti aritu
(Heheh geng itu adalah adik sekutu aku, kami bleh kata ibarat kawan baik sebab beza umuq cuma setaun)
Dia stori kat aku satu kesah
Hostel dia banyak orang “kebuluq” (terlebih lapar – ibarat tak makan lama dah)
Aku sebagai kakak mithali (ecece) pown tanya “apa pasai weh?”
Dia kata makanan yang dia beli bila letak dalam peti ais abeh ilang,
Disapu ngan sangat licin..sampai tuan sendirik tak dan nak amik secebis..
Adakah: hampeh punya orang?, kuceng pandai bukak peti ais?, makhluk ghaib?..


Skali dua bleh la niat sedekah
Tapi kalo da berkali-kali agak “perit” la
Beli bajet nak breakfast before pi kelas,
Tapi benda tu bleh takat jadik niat ja la..
Buka peti ais bisok pagi
Kabushhh = aik? wahhh ajaibnya...
Pi mana susu kotak yang simpan tu? salah letak?
Selongkar punya selongkar peti besi ais tu tak jugak jumpa…Kecewa
Nak buat camna adik oii, tak dak rezeki kau..


Dan benda keep happen,
Sapa saja yang simpan mesti ilang..
Memang sah..ada pencuri..
Maka aku telah memberi idea yang jahat gila
Memang sangat jahat
Buahahah..(gelak sangat jahat)
Dan rancangan neh menjadik rahsia..oh yeahhhh




Bukan nak buat aniaya kat beliau “si pencurik”
Tapi sebagai pengajaran buat beliau
Agar dia reti mintak dulu pada masa kedepan
dan paham “that thing” bukan dia “punya




Nak tuduh lagik la naikk mazmumah ati
Pastu dosa mengata lagik..isk isk isk
Bek kita carik dulu “sapa si pencuri”
So kita bleh bincang balik elok-elok..


Apa-apa pown kalo tak dapat tangkap jugak,
Moga Allah bukakan pintu ati pencurik tersebut..
Kalo takdak manusia nampak,
Tuhan tetap ada untuk “lihat”
Ingat tuuu…


Wasalam

Sunday, September 26, 2010

japanese lunch box

Assalamualaikum


Bushes Bush !!! (semak semak)...= broken english
kemas balik.....= selepas seketika= 
tadaaaaa...dah kemas balik..haha


teng teng teng  =bunyik moto=
"assalamualaikum" = masuk rumah dan terus ke bilik=
eh eh bilik aku kemas nya...barang tersusun eloknya..sapa la yang kemas neh
haha...i hate bush bush..


Kemas pown ada seni dia gak..
Nak tengok? Neh salah satu seni kekemasan yang kena tengok
Aku merasakan mereka sangat kreatif...hoho


 oh ya jemput makan ;p


















Hah...amacam? ciri kekemasan cam aku ada dak? 
kreatif satu hal..yang kemas cam aku satu hal..
Adoiyai....aku nak nak nak =yang halal saja= 
Tapi rasa dia tak to lah..haha..
Maka tu saja aku nak kata untuk episod kali neh..
Jumpa di episod seterusnya...
Wasalam