Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Sunday, March 20, 2011

Ketat?

Assalamualaikum

Astafirullahalazim........panjang nafas ditarik......
"istigfar banyak - banyak" hati mula memujuk

Pakaian beginikah membolehkan tubuh seorang manusia bergerak bebas untuk buat sesuatu keja?
Di manakah profesional nya pakaian ketat -ketat menampakkan susuk tubuh?

Penuh kebencian..pemberontakan...
Jantung sakit dan mencemuh....

Buah pikiran melayang terpikir bagaimanakah seorang itu buleh memakai baju ketat without rasa bersalah pada agama dan Tuhan , pemilik rasmi diri seorang manusia...

Sedangkan jika bukan sebab yang 'terpaksa' mereka sebenarnya ada pilihan...

Susahnya nak selamat dari cengkaman buah pikiran dan aturan seorang kafir
Perosak agama yang digelar 'islam'

Dan dalam era yang makin maju dan bertamadun ini kononnya.
Orang 'melayu' islam turut join sekaki menyokong buah pikiran barat..

Hanyut dibuai dalam agenda -agenda tersembunyi si yahudi
Dan sebenarnya telah terjajah minda tanpa sedar dan tau...

Seolah ianya perkara biasa
"Zaman dah maju laaa bai...moden la sikit pikiran"

Ah...di mana tamadun nya jika seorang lelaki melihat seorang perempuan itu dengan pandangan nafsu?
Dimana celah tamadun kalo baju yang pakai seolah tak cukup kain?
Tamadun apa kalo pikiran pun kena jajah..pirahhhh

Bukankah hasil penyelidikan di zaman purba baju - baju nya pun tak cukup kain?
Jadi kita bukan semakin maju bukan?

Hakikatnya kita seolah balik ke zaman di purba kala
Lebih tepat lagi zaman 'dinosour'

"Kalau tak sebab terpaksa, sumpah aku takkan ikut"
"Because i have no choice my friend"

Sekurangnnya lah ada juga kesedaran..
Ada juga rasa benci dengan pelanggaran syariat
Tu lah sedikit pesan Aisyah, seorang sahabat...

Pesan aku pulak,
if berpeluang tutup aurat, TUTUPLAH

Jangan rasa susah,
sebab orang yang nak tutup atau dah sedia tutup dan tetiba masuk keja terikat ngan peraturan bodoh bajet professional begitu mau nak tutup..

Sedangkan kita yang tiada halangan ni TAK MAU tutup
Kesian lah sama diri....Sayang lah sama diri

Sebab sebenarnya rohani kita sedang melancarkan peperangan yang benar -benar internal
"Arghhhh..bila tuan aku mau cari Tuhan nya" jerit rohani

Tapi kita 'pekak'
Tak dengar pun rintihan dalaman...

------------------------------------------------------------------------------------------

3 hari tak boleh tidur since  kena pakai that pathetic baju

Tak putus aku berdoa moga Tuhan gerakkan hati  bos

Satu pagi hari kedua pakai baju, sabtu 7.10 am
tengok cermin tiba -tiba sekumpulan air meleleh di muka...

Pi dekat ibu dan luahkan kesakitan di hati
"ibu..kakak tak mau pakai baju ni..singkat"

Ibu terkejut tengok anak dia...
"tak singkat pun la kakak"

"singkat bila kakak angkat barang..kakak tak selesa sangat"

"sabarlah....dah keja..nak buat camna"

Aku tengok jam dah hampir 7.20 am...
aku bangkit dan dengan perasaan berat sedia mau berangkat ke kerja

Ibu ikut sampai ke pintu
"balik nanti kita adjust baju tu bagi tak singkat"

sedikit lega
"okey lah ibu, kakak pi dulu"

3.00 pm, di tempat kerja
tengah tukar RAM (kepingan memori untuk komputer)

"Nampak kurang sesuai kan farid pakai baju ni"  kata abang long, IT executive

"Heheh...kurang anggun sikit kan" Encik Mizi assistant manager membalas

Ya Allah...moga - moga mereka lihat ketakselesaan aku dan terpikir untuk tukar...hati aku balas

4.00 pm, di meja aku
"Kakak, saya nak tanya, tapi harap kak tak marah" aku memberanikan diri

"Ya, apadia farid" balas kakak HR officer

"Kalaulah saya nak request pakai baju lain boleh tak?" lagi seolan dari aku

"Apa masalahnya dengan baju tu?" dia mula bertanya

"Saya susah nak buat kerja" agenda mula dilancarkan

"Yalah tapi kat mana masalahnya?" kata beliau dengan sedikit tak puas hati dengan jawapan aku yang tak bernas

"Saya banyak masuk bawah meja, bila ke production office saya mesti kena panjat meja sebab switch  tu dekat atas" aku yakin memberi jawapan

"Jadi apa halnya?" dia semakin hairan

"Tak selesalah kakak" kak rabihah membela
"Betul kakak..dah la dia IT...berjalan merata" budak ingus si adibah  turut serta

Aku terharu...benar -benar rasa terharu
lansung tak sangka mereka akan membantu....

"Awat tak mintak kedai buat longgar?" dia bertanya

"Dia tak ikut la, dah bagitau, dia takut HR manager marah" kata aku

"Eh tak pa lah..lain kali kata kat dia kita yang nak pakai, baju kita, kita yang bayar" kakak menjawab

"Depa ni dah mintak kakak, kedai tu yang tak mau ikut..depa dok kata nanti tak cantik" adibah menolong lagi

"Oh yaka..ermm...kalau camtu farid buat lah satu baju lain kat tempat lain, buat ikut keselesaan farid"dia memberi idea

"Erm okey, terima kasih" balas aku bersyukur

Idea tu sama dengan abah aku, cuma aku perlukan permision dari bahagian HR dahulu...

5.30 pm
"balik dulu abang long" kata aku pada IT executive

"Abang long dah cakap dengan matsuzaki, dia setuju nak tukar baju IT yang sesuai" beliau mula berbicara,ekoran perbincangan aku dan beliau sebelum aku bincang dengan HR officer

(Matsuzaki adalah bos bahagian IT )

Seakan mau meloncat di situ...
"Alhamdulillah..terima kasih abang long..beliau cakap apa" tanya aku dengan gembira

"Dia kata dia pun setuju baju hang tak sesuai, dia nak mesyuarat denagn bos besaq dulu, nak tukaq semua baju IT"  beliau  meng'explain'  lagi

"Seronoknya...terima kasih abang long" aku menjawab lagi

"ambui..sebab ang habis IT kena tukaq baju" beliau berkata dengan gelakan

"Alaaaa..terima kasih banyak -banyak la abang long sebab tolong"

Doa dan harapan aku moga bos besar setuju
Moga -moga mereka beri pakaian yang sesuai..yang longgar...

Buat sesiapa yang terbaca...aku pohon pertolongan doa kalian
Tolonglah aku sebagai sedara seislam kalian untuk memohon moga big bos setuju..

Moga -moga Allah makbulkan
aminnn....

Sepulang di rumah
"Ibu......depa dok bincang nak tukaq baju IT" aku memeluk ibu dengan gembira

"Alhamdulillah...baguslah" ibu membalas dengan senyuman puas...lega anaknya dah tak sedih...

Terima kasih wahai Tuhan.....

1 comment:

affacino said...

Allah sentiasa mendengar....