Aku tak sure zaman dulu-dulu orang judge orang tu lagu mana..
Tapi menurut cerita bapak aku, sama saja,
Orang layan kita lain kalau kita tu ada duit 'lebih'
Orang hormat kita lebih kalau kita tu ada sijil dari pusat pengajian,
Orang sanjung kita kalau kita ada pangkat..
Sejak kita mula - mula keluaq dari perut mak kita lagik aku rasa kita dah start kena 'judge'
Samada kita tu yang 'diharapkan' atau bukan seperti yang orang 'mau'
Kadang-kadang tu bila mak bapak syukur, adik beradik lain OR people around us plak yang lebih
Kadang-kadang tu mak bapak sendirik rasa frust..
Misalnya hitam atau putih, bijak atau kurang pandai,.
Aku tau, la ni aku boleh cakap sebab aku tak jadik mak bapak lagik
Mana tau tah tah esok aku lagik teruk berkali ganda..
Bermulalah perjalanan hidup kita untuk dihakimi..
Bila masuk sekolah kita akan dilayan ikut kelas yang kita duduk
Fitrah sebagai manusia, budak bodoh sapa nak suka kan?
Dan anak murid kesayangan cikgu pulak terdiri daripada orang-orang yang bijak dan ada rupa adalah satu bonus tambahan..
Pastu kawan-kawan mak bapak, adik beradik lain, plak sibuk cerita anak depa sekolah top sana,
Pi wakil sukan sini, macam-macam cara untuk banding...
Yang sebenaqnya nak 'menunjuk'
'Ya anak aku jauh lebih baguih darik anak hang'
Cuma depa tak cakap teruih saja..
Bila masuk universiti saja, ada plak mind set lain..
Kalau tak masuk pun salah, kena kata jugak,
Kurang bijak sebab ada SPM saja,
Kurang bijak sebab ada DIPLOMA saja
Kalau ada DEGREE ke atas tu kira hebat berganda anak mak cik tu..
Oleh sebab aku ni budak diploma, jadi aku faham camna rasa 'diperlekehkan' sebab tak dak degree
Kadang-kadang tu orang tepi - tepi kita bukan nak tuju kat kita pun tapi maybe aku ni kadang-kadang nak jadik minah sentap la kot, so aku pun 'terasa'..
Aku tak dak niat nak tibai budak-budak degree dan ke atas,
Aku kagum depa mampu untuk ke tahap yang lebih baik...dan yes tuntut ilmu itu biarlah sampai ke mati..
Cuma dah naik berbuih mulut aku ni dok kata, ada degree dan sekutunya ke atas tu bukan tiket untuk kita pandang rendah kat orang lain yang rendah pada kita..
Kita ada degree, pastu keja buat filing, bubuh data dalam sistem, talipon orang ni dan orang tu pastu keja siap, bila siap bos puji bagus..pastu kita rasa bangga, pastu kita pun nampak orang lain lekeh.
camtu ka cara kita zaman la?
Satu kata-kata lecturer aku yang aku tak pernah lupa " pembelajaran sebenar bermula bila kita kerja"
Selagi kita tak keja, kita takkan dapat pengalaman sebenar, pengalaman keja tu lain,
memang sikit pun tak sama dengan apa yang kita belajaq,
cuba cerita kat aku celah kita guna add math ,yang kita belajaq kat skolah dulu kalau jadik tukang masak? tak pun jadik technician cabuk macam aku?
Dah tu bila keja plak, orang tetap akan 'judge',
Tu tak masuk lagik bila BOS judge,
Orang yang pandai bodek jugak dia nampak,
yang dok buat keja sungguh-sungguh tenggelam..
Punya penat belajaq, tup tup nak carik keja susah tak sangga,
Kalau 'sesetengah' keja kerajaan tu takpa la, bukan nak pakai pun experience tu..
tapi kalau swasta jangan berangan la, at least kena ada jugak skill,
Elok-elok dapat keja, pastu kena :
Mak cik Temah: anak keja mana?
Mak cik Joyah : keja kilang
Mak cik Temah : ooo kilang ( sambil buat muka tak bleh blah)
Mak cik Joyah : boleh la pada tak dak buat apa..heheh ( sengih tak ikhlas)
Mak cik Temah: hang tau dak, anak dia tu keja kilang ja
Mak cik Munah : laaa..mengaji pandai-pandai, pastu keja kilang ja??..iskisk
Mak cik Temah : tu la pasai, sementara ja kot..tak tau la weh...
Camtu jugak bila kawin
Patutnya kawin tu memudahkan tapi jadik susah sebab nak jaga 'apa orang fikir'
buat kecik salah
buat besaq pun salah
bagi cendarahati sikit salah
tak bagik lansung pun salah..
tak panggei semua pun salah..
Pastu lepas kawin cycle 'judge' tu akan teruih-teruih jadik kat kita dan mula pulak dekat anak kita
sampai bila-bila pun benda ni tak kan berakhir..dok ulang situ saja..
sebab kita dah tanam kat otak kita camni :
Putih dan kurus = lawa
Baby bijak = minum susu MAMIL GOLD
Budak pandai = sekolah pandai
Budak agama = sekolah agama
Keja pegawai = hebat
Kawin doktor = superb hebat
Menantu Pilot = hebat hebat nya
Ada DEGREE = boleh survive
Duit banyak = sanjung
Banyak lagik lah kalau aku nak list kat sini..pandai-pandai la tengok-tengok tepi ka, depan ka, belakang ka..
Ni aku ada video sekali untuk pakat-pakat tengok dan faham apa yang aku cuba nak sampaikan..
Selamat menonton lah..aku dah habeh cakap-cakap dah..
lagipun aku sendirik bukannya baik mana..silap-silap kalau judge orang tu aku lagik teruk..
Kalau tak setuju tak pa, tak dak masalah,.
Okeh wasalam
2 comments:
Im not a diploma holder neither degree holder.... :(
Saya cuma org biasa yg x belajar tinggi...
heheh..lain orang lain jalan rezeki, saya yakin rezeki bukan bergantung pada ketinggian kelayakan ^^
Post a Comment