Assalamualaikum,
Kelmarin 25/3/2012,
bertempat di Pusat Islam Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,
Satu majlis reunion telah dianjurkan oleh adik-adik pusat islam politeknik baik yang masih di poli dan yang sudah keluar dari poli,
Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.
Bersyukur kerana dengan izin Allah aku dapat bertemu adik-adik baru, lama dan sahabat-sahabat yang dah sekian lama tak jumpa.
Yang dah membara aku pendam rindu
................................................................................................
Melangkah masuk ke pusat islam,
Hati sayu, jiwa rasa sedih bercampur kegembiraan.
Seribu kenangan kat sini...
Cuma bezanya,
tak semua sahabat dapat berkumpul,
Itu yang membuatkan ada 'sesuatu' yang 'kurang'...
Tapi kekurangan itu ditampung dengan kehadiran adik-adik yang sangat ramah,
adik-adik yang sering tersenyum ikhlas,
adik-adik yang sudi berkongsi cerita dengan seorang kakak yang baru dikenali,
adik-adik yang sudi mendengar dan melayan kerenah seorang kakak yang asyik lupakan nama mereka..
Jazakillah adik-adik ku..beruntung akak dapat kenal adik-adik ^^
BERTUAHNYA MEREKA
Ya bertuahnya mereka, Allah pelihara...
Akhlak, dressing, fizikal dan rohani,
Cantik semuanya...
Cemburu?
Tipu kalau aku kata tak
Cemburu dengan akhlak yang baik
Cemburu dengan status mereka "muslimah sepenuh masa"
Nak dibandingkan dengan aku,
seorang "muslimah separuh masa"
akhlak pun tak seberapa...
Buat sahabat dan adik-adikku sayang,
Beruntunglah kalian
kerana Allah masih izin kalian menjadik muslimah sempurna
kerana Allah masih izin kalian terpelihara,.
Buat saudara seislam ku,
Apa ditangguh lagi?
TUTUPLAH AURAT MU SAYANG..............
Selagi Allah masih izin..selagi Allah masih mahu peduli....
Wasalam
.........................................................................
No comments:
Post a Comment