Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, March 31, 2012

Jujur : tak pelu baca jika anda tak boleh menerima pendapat ^^

Assalamualaikum

4 hari di rumah tanpa pi shorubber rasa  nyaman,... tenang..fuh fuh...(opsss jangan marah bossss..haitttt)

Kali ni aku nak berkongsi sedikit pendapat
Tapi incik dan puan sekalian, perlu di ingat ini hanya pendapat ^^
Dan pendapat tak semestinya betul..maka please jangan sesekali naik hangin wokeh?

Tarik nafas dalam-dalam
Okeh mulaaaa...

Baik,
Bicara hari ini adalah tentang dakwah.

Ramai yang tau atau mungkin pura-pura tak tau atau memang tak tau
Dakwah sebenarnya tanggungjawab semua..
dan bukanya sekadar tanggungjawab ustaz, ustazah, cik tudung labuh dan incik kopiah, mamat dan minah dari sekolah agama.

DAKWAH:  adalah amanah yang kita sebagai manusia kena bawak sepanjang hidup!

Dakwah ada banyak cara
salah satunya  secara direct (straight to the point ja cakapnya)
dan ada juga secara lembut dan hikmah

Aku highlight dua ni sebab benda ni sangat femes  nowadays
Dua dua tak salah..
Contoh?
Saidina Umar  dan Saidina Uthman

Saidina Umar beliau seorang yang tegas,sangat terkenal dengan sifat beraninya
manakala saidina Uthman adalah seorang yang lembut sampai malaikat pun cemburu dengan sifat pemalunya

Jadi apa pointnya?
Ceritanya di sini
Ada orang yang sesuai ditegur secara hikmah,
Ada orang yang sesuai ditegur secara terus (direct),

Manusia, banyak ragamnya
Banyak sifatnya..jadi tak semua 'makan' kalau ditegur secara lembut
Tak semua 'makan' jugak kalau ditegur secara direct

Aku bagik satu situasi sebab lebih mudah untuk faham

Seorang yang letak gambar seksi dalam fesbukk (femes isu ni)

Apa kita sebagai umat islam akan buat?

1) mengumpat tapi tak buat apa-apa

yang ni banyak terjadik, dah la tengok, pastu siap mengata lagk.
perlu ingat kalau kita mengumpat tanpa buat apa-apa siap tunjuk dekat orang lain yang jugak akan mengata, si pelaku for sure takkan berubah sebab kita hanya 'kata', then si pelaku jugak boleh dapat pahala percuma ^^ sebab kita mengata dia

2) dekati dia perlahan-lahan (kenal dahulu)

ini adalah salah satu dakwah secara lemah lembut,camna caranya?
haaa...mula-mula add dia, kenal slow-slow
pastu mintak no phone
pastu kena ingat jangan cakap bab agama lagik, biaq depa sendiri yang mula dulu
i mean setiap manusia, jauh dilubuk hati dia sedalam-dalamnya,semua nak jadik baik
tak dak sapa kata dia 'mau' masuk neraka

cara ni memang akan makan masa..ada yang sampai bertahun - tahun
bergantung pada keadaan
hidayah kan milik Allah ^^

dan kalau secara berdepan plak (face to face)
mula-mula buat-buat la terpijak kaki ka,tercuit ka, pendek kata ter ter lah
then cakaplah sorry, pastu sembang-sembang la
pastu mintak no phone

oh better yang pompuan buat pada pompuan
yang lelaki buat pada lelaki...

3) comment terus kat gambar "_________ ni seksi la, tak takut Tuhan kah?"

T_T ya cara ni agak  kasar sebenarnya, ada yang boleh menerima, tapi ada jugak yang mungkin akan diakhiri dengan makian.Tapi slalunya cara ni banyak di buat oleh lelaki sebab mereka kan berani ^^

Terus terang pada pendapat aku
ya ianya tak salah
jika si pelaku malu, habis sangat beliau delete gambar tu
tak pun beliau delete komen si penegur
tak pun beliau private kan fb beliau bagi certain-certain orang saja boleh komen

tapi buleh nampak dah,
yang tadi beliau publickan gambar beliau untuk sapa-sapa saja tengok
terus beliau privatekan
baguss jugak la tapi kasaq..
ada peningkatan kan kan...

Cuma akan ada pihak yang akan berkata si pelaku telah ditegur dengan cara di aibkan
Kasihan juga sebenarnya pada si pelaku
Tapi kan, sapa yang zahirkan si penegur untuk tegur si pelaku secara direct? Allah bukan?
Bukan kah itu maknanya Allah sayang pada si pelaku? dan disebabkan itu DIA gerakkan si penegur untu tegur secara direct.


4) marah balik pada si penegur di atas

"Kita jangan mudah menghukum, kita semua penah buat salah.Hidayah kan milik Allah"

benar sahabat yang dikasihi..

jangan mudah kita menghukum orang..benar sangat
kita pernah buat salah..ya jugak benar
hidayah milik Allah...ya ya..true

tapi sahabatku, hukum itu siapa yang buat? bukankah tutup aurat tu hukum Allah?
tapi sahabatku, jika kita pernah buat salah, adakah kita mahu membiarkan si pelaku ini juga membuat salah?
tapi sahabatku, hidayah itu perlu dicari dan kerana hidayahlah Allah telah hadirkan si penegur untuk menegur si pelaku ^^


5) Inbox dan tegur secara direct

Boleh juga, ini lebih baik jika kita belum kenali seseorang
sebab sekurang-kurangnya dalam inbox..
Mungkin akan dimaki,di block dan mungkin tak dibalas lansung
sebab tu kadang-kadang tegur di gambar terus lebih berkesan ^^ sebab si pelaku akan melakukan "sesuatu"

Itu saja pendapat yang terzahir dari diri yang lemah...
ya ini mentaliti aku..
masing-masing ada their own opinion kan kan ^^
dan sudah tentu pendapat you guys jauh lebih baik dari aku..

Okeh cerita perkongsian tamat

wasalam

2 comments:

Ckin Kembaq said...

Penglmn akk.mmg ckp mdh,tp plksnaan kdg xsma ng apa yg dckpkn..huhu mmg tgs ni skar sgt.kalu dah buat,bwu rasa hasilnya.inshaAllah. Slmt bjuang akk. ^_^

Hanis Zashi said...

heheh, betul dik ckp mmg mudah, perlaksanaan sukar..heheh, selamat berjuang untuk ckin jugak ^^ percayalah bila kita mahu Allah ada bersama, banyak cara kita boleh pilih :)