Masa

Isk iSk

Rumah papan atas bukit mengadap ciptaan NYA...subhanallah CANTIK!! dan tersangatlah cool..ALLAH tu hebat!

Saturday, March 24, 2012

PAKSA?

Assalamualaikum,

Cer story kat aku apa rasa bila kena paksa?
Buat satu benda yang kita TAK MAU?

Contoh 
Ada satu peraturan ketat kat sebuah pusat pengajian tinggi,
Wajib pukul  4 pagi semua kena bangun stadi
Jadi setiap pukul 4 pagi stau siren kuat akan bunyi selama 5 minit
Nak dijadikan cerita, oleh sebab pihak pengurusan menjadikanbenda nihwajib,
setiap bilik dipasang pulak satu siren yang boleh dikawal dari jauh,..

Walaupun contoh ni agak merapu tapi cuba pikirkan perkaitanya dengan paksaan

For sure ramai antara penuntut pusat pengajian tu akan rasa tertekan
sebab kena ipaksa untuk stadi pagi-pagi buta
Tak bangun siap ada siren khas lagik
Memang paksaan lah..

Tapi brapa ramai yang nampak kebaikan dalam paksaan?
Brapa ramai yang sudi untuk bangun stadi?

Silap-silap lepas 5 minit siren bunyi pakat tiduq balik kan?
Sapa yang TAU?

Camtulah ISLAM sekarang

Seolah-olah PERATURAN yang ALLAH buat jadi satu paksaan
Cuma bezanya, kalau tadi dekat pusat pengajian tu tak dak sapa boleh MONITOR untuk bangun atau tak
Tapi kalau ISLAM, ALLAH buleh monitor secara direct..

Tapi tetap jugak brapa ramai yang betul-betul cuak bila TAHU ALLAH MAHA MELIHAT?

KENAPA KITA TIDAK TAKUT?

Cuba layan perbualan ni...

Si A : Muda hanya SEKALI, kita ENJOY dulu

Si B : ha ah elok sangat lah, MATI pun skali jugak

Si A: BELUM BERSEDIA la

Si B : Camna kalau MATI sebelum ALLAH izin bertaubat? pastu kan camna kalau ALLAH pun tak sedia nak bagi kita nafas?

Si A:  Ramai orang cuba nak jadik ustaz dan ustazah sekarang ni..huh~

Si B :  Salah kah semua orang menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah? Tu tugas kita sebagai manusia bukan? Kenapa bila orang buat jahat tak cakap pun "ramai orang cuba nak jadik setan dan iblis?"

Si A: kasar bahasa incik B

Si B: opsss maaf kalau buat incik A terasa, tak dak niat cuma hairan , bukan suruh buat jahat sebaliknya suruh buat kebaikan, dunia seolah terbalik, yang berbuat BAIK dipandang LAIN MACAM, yang buat JAHAT itulah TREND atau BIASA?

Si A:  alaahhh, yang bertutup - tutup tu, yang berkopiah tu, yang skolah agama tuuu, yang baikk tu...(ayat membosankan) BUKAN nya baik sangat! Mengumpat number 1, tu tak kira yang maksiat lagi, kalah saya ni incik A, Sekurang-kurangnya saya ni tak la buat cam mereka-mereka

Si B: hah ini lagik satu hairan ni, yang suruh buat amal makruf nahi mungkar tu sapa? MANUSIA kah?
Huh dah la ALLAH bagik pinjam nafas, anggota badan, kehidupan...tu tak kira lagik muka bumi yang kita pijak, mana nak kira dengan rumah lagik, kerja lagik..Tup tup baik punya SOMBONG dengan ALLAH, nak suruh BUAT YANG DISURUH  pun carik ALASAN lagik

Si A: bukan carik alasan incik Boi, cuma cuba tengok...yang dok nampak BAIK sebenarnya lebih teruk dari yang DISANGKA JAHAT...

Si B : Aiyakk incik A, siapa yang sering SANGKA? MANUSIA  bukan? Pentingkah sangkkan mereka? Awat bukan incik A yang ubah semua..?Ubah spekulasi yang incik A kata tu, jadi yang terbaik then baru lah tahu...

Si A: Incik B, saya ni memang nak berubah, cuma pelan-pelan la, BUKAN SENANG nak berubah TIBA-TIBA, apa pulak ORANG CAKAP nanti? dan lagi satu ni incik B, bukan kita patutnya DOAkan mereka? BUKAN hukum ! HIDAYAH kan HAK ALLAH?

Si B: ya perubahan tu memang perlukan MASA, jadi kenapa perlu mencarik SALAH pada yang juga CUBA untuk berubah?

Si A: apa incik B cakap ni? belit -belit la

Si B: Yalah, iman ni ada naik turunnya, pastu yang tadi incik A kemain best ja cakap yang tutup-tutup tu, yang pakai kopiah tu lebih teruk tu?
Bukan kah mereka jugak macam incik A, nak jugak berubah cuma pelan-pelan jugak kan?

Si A: Iman naik dan turun?

Si B: Yup, dan sebab tu lah kita kena sentiasa hadiri majlis ilmu, baca quran, zikir , BUAT apa yang ALLAH SURUH, TINGGAL apa yang ALLAH LARANG..sebab kita nak sentiasa beringat-ringat..Betul yang tutup- tutup tu belum tentu baik tapi kalau tak TUTUP?

Si A: Amboi incik B,ada tau orang yang tak tutup tu lebih baik amalan dia tahu

Si B: Betul ADA, cuma kalau amalan nya baik, SUDAH tentu dia tahu apa yang dilakukan nya itu SALAH, bukankah itu LARANGAN, jadi bila langgar? Hukum ALLAH tu..kalau BOS kat tempat kerja kita TAKUT dan HORMAT kalau ALLAH?yang bos kita tak suka semuanya kita nak ikut...kalau ALLAH tak suka? Sedangkan ALLAH tu besar lagik dari BOS tuuu
Dan lagik satu, bila kita buat sesuatu AMALAN dan kita merasakan KITA JAUH lebih baik dari ORANG LAIN, lalu disebabkan itu kita tak TUTUP ataupun bagi yang TUTUP kita BUAT DOSA atas alasan KITA JAUH LEBIH BAIK DAN TAK MENGAPA KALAU KITA BUAT?
Dah lain macam dah tuuu incik A...

Si A: Bukan orang tak tutup ja yang jadik camtu, yang tutup pun bercambah!

Si B: Ha ah betoii tu, thats why balik pada yang saya katankan tadi, IMAN ada NAIK dan TURUN...jadik incik B, yang tutup atau tidak kena perbaiki DIRI, ISLAM bukan untuk orang yang tutup saja, IANYA UNTUK SEMUA..
KITA SEMUA HAK ALLAH, kita semua pinjam BARANG ALLAH....Jadi untuk apa kita SOMBONG?
BERUBAH sementara ALLAH masih MAHU beri peringatan..

Si A: apa maksud incik B?

Si B: incik A rasa, takkan tiba-tiba saja ada orang cakap pasal KEBAIKAN dengan kita? Takkan tiba-tiba kita terdengar ceramah agama? KEBETULAN?  MESTI ALLAH yang jadikan semua tu pengantaraan untuk TEGUQ (tegur) kita..Ada orang yang ALLAH teguq secara direct, ada orang yang ALLAH hadirkan pulak sesorang untuk teguq kita..JADI bila ada orang teguq ketahuilah yang itu dari ALLAH, incik A...Dan maksudnya, ALLAH RINDU, ALLAH MASIH SAYANG dengan kita...
Tapi sayang tau, brapa ramai antara kita yang berpaling, tinggal kan ALLAH...
ALLAH sendiri penah kata :

Wahai anak Adam!
Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan.

Wahai anak Adam! 
Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya.

Wahai anak Adam!
Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.

(Hadis Riwayat Imam Tarmizi dan kata beliau ia adalah hadis Hasan Sohih)

"Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta maka aku kan menghampirinya sepemeluk dan
sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka Aku dekati dia dengan berlari.
Dan sesiapa menemuiKu (selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu."


Cuba tengok incik A, sayang dak ALLAH dekat kita? T_T tapi kita?

(Reaksi kemungkinan dari incik A)
Reaksi 1 : T_T
Reaksi 2 : Saya tengah berubah lah niii
Reaksi 3: wahh kemain pandai lagik incik B berkata-kata tapi incik B tu buat ker?

Cerita tamat ^^

No comments: