Kali ni aku nak bagik tips untuk sapa sapa yang merasa
1) Dilupakan
2) Dicari-cari ketika susah sahaja
3) Orang buat salah dengan kita pastu dia yang
marah kita
4) Kecewa
First
of all kena muhasabah diri..kita selalu rasa orang yang buat kat kita tu saja
kejam kan, tapi kita? Sedarilah as human being kadang-kadang kita sendiri tak sedar yang
kata-kata kita yang kita melawak tu sebenarnya kawan atau sahabat kita terasa
hati. Mungkin jugak attitude kita tu tak disenangi..
Hopefully
lepas ni kita stop untuk asyik rasa semua orang saja salah..sebab mungkin punca
masalah dan kesalahan adalah dari kita..sekalipun kalau kita dah puas muhasabah
dan tak jumpa-jumpa jugak masalah diri sendiri ,kembali lah berfikir
yang sebagai manusia kita takkan lari dari kesilapan.
Pastu
kalau lah kita ni selalu ada feeling benci – benci or tak suka orang, tak mustahil akan ada orang
juga tak suka kita..so tak boleh nak salahkan orang yang melupakan kita atau
tak suka kita. Apa-apa pun kita lah yang salah. Ha kan senang fikir gitu.
Untuk
kawan yang jenis suka cari kita waktu susah pulak,
Aduh
kalau spesis ni aku pun rasa sentap jugak..ikutkan nafsu jahat dalam diri aku malas nak tolong, silalah
carik orang lain..Bila senang-senang tak
pernah nya tanya khabar kita, bila susah dia mucul Tanya khabar supaya kita
dapat membantu permasalahan beliau..
Tapi
untuk positifkan diri anggap sajalah mungkin kita juga pernah melakukan
sedemikian rupa (walaupun hakikatnya kita susah camna sekalipun kita takkan
carik orang untuk diajak susah sekali melainkan kita susahkan diri sendiri dan
mak bapak serta adik beradik)
Untuk orang yang buat salah dengan kita pastu dia plak yang
hangin..hohohho..dah la buat salah pastu di marah nya pulak kita..aduh
la..perkataan paling simple tu lah susah nak cakap kan..kita ni punya lah
berharap orang tu akan mintak maaf walaupun
dengan hantar mesej ‘saya mintak maaf’
tup tup dia buat derk macam tak dak benda berlaku.
So to handle with these situations just avoid this people. Serius.
Sebab kalau kita terus saja bersama mereka kita tetap akan menghadapi symptom
sakit jiwa punya . maka lebih baik la sangat-sangat untuk elakkan orang-orang
ni. Bukan nya aku maksudkan putus kawan ka apa ..jangan la gitu..tak baik tau..Cuma
maksud aku cakap tetap cakap tapi nak rapat tu tak perlu kot.
Aku punya pendapat bukan lah maksudnya the best pendapat
tapi kalau kita selalu sangat rasa diri kita baik sebab tu lah punca kemurungan
dan sakit jiwa. Sebab kita tak pernah perbaiki diri dan terlalu sibuk
tengok salah orang kan kan.
Last skali bila jadi semua ni kat kita, kita akan rasa
kecewa sangat. Oleh itu cara-cara untuk mengelak kekecewaan yang telah
menyerang diri kita is banyakan solat
hajat, solat malam dan taubat.Jangan lupa zikir dan baca Quran.
Percayalah seribu satu cara pun kita cuba hati kita tetap
takkan tenang kalau kita tak kembali kepada Dia. Luahkan sungguh-sungguh pada
Tuhan sebab Tuhan adalah pendengar yang takkan pernah bosan dengan cerita kita,
yang takkan berpaling dari kita dan yang tetap sudi melihat kita sekalipun
sebesar gunung dosa kita bawa kepadaNya. Plus, percayalah bahawa kita tak
sorang, sebaliknya kita ada Allah.
Lagi satu kan, kita suka sangat burden si otak kita dengan apa orang nak fikir. Semua tu
punca kepada stress yang tak sepatutnya wujud pun. Toksah la dok pikir apa nya
orang nak pikir. Kalau benda kita buat tu tak menyalahi syarak, kena gayanya dan bukan
perbuatan mungkar serta ada good advised, tak perlu kot kita nak takut apa orang
nak kata.
Hahah kesian kat kita ni tau. Asyik risau pendapat orang
saja tapi pendapat BIG BOS kita tak
pernah la kita nak amik tau. Sedangkan DIA lah yang berhak kita takuti. Tau pasai pa kita jadik gitu? Sebab kita tak pernah cari DIA, kalau kita cari mesti kita
fikir..cayalah cakap aku walaupun aku ni tak tara mana pun.heeee…
Sekian untuk tazkirah hari jumaat. Haha..
Wasalam.